Monday, December 31, 2012

2013

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Welcome 2013. Menyambut dgn hyperthermia dan high tussivity. Semoga menjadi kaffarah segala dosa. Saya ingin memohon maaf kepada kalian pembaca. Saya insan yang banyak dosanya. Doakan saya untuk berubah kpd yg lebih baik dan mencapai apa yang saya usahakan.


Allahu a'lam.

Sunday, December 30, 2012

Documentary: Khattab

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...





Khattab dan Shamil Basayev...hurm, dah ada 2 nama yg boleh diberi utk anak ni.

30 12 2012

Dengan Nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Baru pulang dari bermusafir. Penat segala sendi dan otot. *gunalah ammeltz yoko yoko!*

Ok, merepek.

Respek la makcik ni. Sanggup kasi tabik hormat 3 hari 3 malam.

Bacaan: Hari Istimewa

Thursday, December 27, 2012

chess

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Siapa minat main chess? kalau minat boleh komen kat bwh, kasi id ym di bawah, kita battle online :-p *joke*




Saya gemar main chess. saya gemar main chess yang bukan tournament, saja untuk suka-suka. Ia merupakan satu permainan yang saya akan paksa abang saya main dengan saya bila dia balik cuti dari asrama suatu ketika dahulu. Dan saya cuba menghidupkan 'that spirit' bersama adik lelaki saya. Macam berhasil. Haha. Tak dapat main dengan abang (sekarang), kerana saya jadi 'segan' nak tegur. Ntah la. People always changing. Sangat pantas. Nasib tak sama kepantasannya dengan kekerapan menukar lampin bayi (-_-")

Kepada yang gemar chess, kalian mesti tahu, betapa unpredictable nya medan perang papan catur. Itulah menyebabkan chess genius memang sangat-sangat 'ditabik' oleh para manusia kerana kemampuan akal untuk menganalisa dengan sangat baik, memikirkan option (yang boleh kata beribu-ribu kemungkinan) terbaik dan mengawal gerak opponent tanpa mereka sedari.

Makan banyak tidak menunjukkan anda hebat.
Dapat bunuh Queen tak menunjukkan lawan lemah.
Banyak check tidak menggambarkan anda hampir menang.

Well, dikeheningan malam bulan purnama (kut? pasal smlm hampir purnama..tak sempat nak mengintai bulan hari ini).. hidup ini macam permainan chess. Try main, dan anda akan tahu persamaannya.

Ya-ayyatuhannafsul mut'mainnah. Irji-ie ila rabbiki radhiyatammardhiyyah. Fadkhuli fi-ibadi. Wadkhuli jannati. (sangat la hai gemar ayat-ayat terakhir surah al-Fajr)


ps: movie: Searching for Bobby Fischer. dah tengok minggu lepas tak salah. tp nak promote. psl tajuk post harini mengenai chess XD

Wednesday, December 26, 2012

pokemon

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




Haritu masak ikan karp! Karpu karpu. Masak goreng cicah kuah kicap cili dan sweet sour (cheat pakai perasa sedia siap). Beli ikan fresh di luar. Tapi sampai rumah, ikan masih hidup! Menggelupur. Baru sedar. Splash! Nama attack magickarp dalam pokemon. Haha. *boleh tak kamu evolve jadi gyarados?




Harini makan kuah rendang (yg belum tersejat kering). Pedas. Ternganga. Haha. macam ada bara dalam mulut. Teringat chamender. ember. fire spin. flamethrower. fire blast. haha. Nak evolve jadi Charizard boleh tak? (favourite pokemon).

hurm hurm. dalam sesetengah aksi kehidupan, kita secara tak langsung akan teringat perkara berkaitan.

Dan seorang muslim itu seharusnya mengingati Rabb-nya dalam setiap perbuatan.

Sudahkah saya? (==")

Allahu a'lam

Tuesday, December 25, 2012

ye yeee~~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Fuaaaahhh~~~ berjaya...!

balance.. balance... boleh tidur.. balance..balance... $$$$$$$$$$$$$$$

Saturday, December 22, 2012

doa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




X: Puan, doakan **** ye? (huhu~)
Y: Iyee... Puan boleh doakan, tapi Allah lah yang menentukan...**** berusaha. jangan tinggal sembahyang. jaga kesihatan (suara tua seorang nenek)
X: ...baik puan, terima kasih... (kampung-sick)

~~~

puan=grandma belah mak. my buah jantung pengarang hati.

jaga tepi kain

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

X: buzz *ym*, eh mat, ko cube cek minah tu, dia kwn ko tak kt fb?
Y: hurm, minah mana satu ni..? minah ni ke, minah tu ke?
X: minah yg dkt sini (tempat) la...
Y: ooo, aah da tak kwn. kenapa? (blurr bru bgn tidur)
X: takde la. kenapa die tibe2 tak kwn. ko tau sebab tak?
Y: tak
X: asal eh?
Y: asal ko tye aku?
X: aku nak tanya pendapat ko la ni...
Y: (perh, boleh tahan besar mandat aku sekarang). pada hemat saya, mengikut pola politik kini

....

tak tahu.
who cares?

(sambung gelak sorang-sorang)

manusia ni memang la. dah takde benda lain da kut nak discuss. meh ak tolong kasi tajuk sesuai memikir.

esok, kita sama-sama fikir, macam mana untuk menghapuskan budaya buta ilmu dlm masyarakat?

ps: mcm-mcm. dan 'insomnia' dtg lagi. penyakit waktu cuti takde exm.

nakama. kamarad.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Mari bersyukur. Mari bersyukur kerana disekeliling kita, kita punya banyak kawan yang baik-baik. Mari bersyukur.




ps: kadang-kadang, bila dengar lagu ni, berharap jangan lah saya mati lambat. Biarlah mati lebih awal dari kawan-kawan yg lain. (-_-")

kepada pembaca blog yg budiman

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Blog ini, seperti title nya: what is inside. It supposed to be secret. And I like it that way.

Blog ini mengisahkan apa yg sy rasa, fikir. Dan ia tidak ditulis atas tekanan sesiapa.

Saya manusia lemah. Ye, sy kalau boleh nak kahwin dengan seseorang yg sy suka. So? Ada masalah?

Tak suka, jangan baca blog ni. Saya akui ada kala post dlm blog ni langsung tak ilmiah. But somehow, sy sukar nak berkongsi perasaan saya, maka sy tulis atas blog ni. Saya tidak boleh letak di ruang umum, kerana ia akan menimbulkan salah faham, bukan kerana sy mengada-ngada.

And pls, who ever happen to know me, buat la macam sy ni kamu tak kenal. I will close this blog, if too much fitnah occur. So pls people. Be matured.

Allahu a'lam

Friday, December 21, 2012

Thursday, December 20, 2012

mujahid

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

He already choose 'the path'. Kamu bila lagi pendamba_cinta?
Why you so afraid to leave this world huh? :(


Before joining rebel forces, Mr El Sayed had been like many other Irish youngsters -- attending St Mary's school in Drogheda before holding down several jobs in Dublin. He had recently been involved in setting up his own company.
But he was one of a handful of men from Ireland who have headed to Syria in order to join the uprising.
Speaking to reporters in Syria before his death, he admitted his parents were concerned about his choice.
"They are still worried for my safety out here," he said. But he added that one of his goals in life was "defending the weak against injustice and the oppressors".

Wednesday, December 19, 2012

mesir-palestine

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Harini, lepas tengok map Palestin, baru terfikir. Why not Gaza strip nego dengan Mesir, untuk bernaung bawah negara Mesir eh? Hurm......





Allahu a'lam

teragak-agak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Cis doctor hari ini!
Dia sangat best, tapi membuatkan diri teragak-agak nak ambil psychiatrist sebagai profession.
Deng!

ps: Alhamdulillah ya Allah. seems like I can see light at the end of the path.

Monday, December 17, 2012

2300; 17 December 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

in case you forget :) (Baba Ali)

'Add Friend' di FB

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....



Kadang-kadang, ada orang yang tak dikenali add kita di facebook. Dan tak tahu samada perlu terima atau tidak. Baru-baru ni, try terima lah seorang kwn ni. Tak kenal pun. Tapi macam routine sy, kalau tak kenal tu, saya tanya dulu, kenal ke tak. Mana tahu, kawan waktu kecil. Tapi memang totally takde relationship pun. Fine. Dia nak kenal. Dan dia pun tanya la. Bla3. Dan akhirnya, dia reveal sebab dia sembang. Nak tanya boleh survey kawan tak, siapa-siapa sudi nak cari isteri. Mula-mula, rasa cuak terbaba. Tapi, lama-lama kesian. *sekali lagi, masuk mode psychiatry*. New form/reason for young people to get depressed. Dah la umur 15 to 30 y/o sgt vunerable untuk dapat sesetengah penyakit psychotic ni. Tapi bila fikir balik, dia seumpama seorang pesakit la. Seeking for help. Cuba cakap sehikmah yang mungkin, walaupun tak la hikmah mana. Test tazkiyyatun nafs dapat jayd jiddan je (at least better la kut dari PSRA..tak reti bersyukur! But below purata, so kena muhasabah diri banyak sikit. Tapi yg lebih kena ingat, amalkan!)

From different angle, dapat lihat, manusia ni macam-macam Allah uji. Sebagai contoh, kalau hidup dah senang, otak dah bagus..Allah kasi masalah hubungan sesama manusia, etc. Kalau ikut level Umar R.A. sahabat Rasulullah (sollu-a'lan-nabi), kalau hidup tak ada ujian tu, perh, memang resah deh hidup. Ujian itu tanda Allah ingat kita.. Huuu..

Allahu a'lam.

p/s: so, persoalannya, mcm mana nk cure 'disease' manusia mcm org yg add kita seperti contoh di atas?

Thursday, December 13, 2012

emotion

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...





Salah satu perkara yang sangat penting berkenaan emosi..adalah ..... kemampuan menyelaraskan keseimbangan emosi.

Manusia mesti mahu gembira sahaja. Dan ia merupakan satu konsep yang berbahaya bila mana kita terlalu aim nak bahagia je. Kerana bahagia itu tidak mudah untuk dikecapi, dan setiap hari, tahap toleransi untuk mencapai bahagia meningkat. Dan akhirnya, barangkali kita akan sedih, tertekan dan kecewa dalam mencari bahagia. Ironi bukan?

Begitu juga sedih, marah, dan sebagainya. Setiap emosi yang Allah beri untuk manusia, sangat sangat penting. Setiap satu memainkan peranannya. Cuma, bila ingin menentukan apa itu stabil emosi, ia bergantung kepada setiap individu... subjektif.





Dan propotion berapa banyak sedih..berapa banyak gembira..berapa banyak marah.. itu lah yang menggambarkan diri seseorang. Tapi saya yakin, aim yang sepatutnya utk setiap manusia yang ingin berjaya itu bukanlah kegembiraan semata.. tetapi kestabilan emosi yang sempurna.

ps: haih, apa merepek ni? baca psychi banyak sangat ni. haish...

Tuesday, December 11, 2012

gila

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Dalam rotation harian psychiatry, bila berbincang akan nama-nama syndrome dan symptoms, sentiasa terasa terkena dekat batang hidung sendiri. Aih, risau jugak, aku ni gila kah? (-_-") Berkira-kira untuk juga melawat psychiatrist, untuk buat ujian mental health state; plus having some session untuk luahkan perkara-perkara yang tak begitu normal, tapi selalu bermain-main difikiran.

ps: winter makin tidak memberi belas kasihan. takpa, ia hanya menunaikan perintah Allah. Dan selimut makin menjadi karib dengan saya. Dah memang selubung satu badan. Haaa, cakap main selubung-selubung ni, kalau nak selubung badan tu, pekena dengan lagu bawah ni, insyaallah lebih 'bermanfaat' :)

Munajat Seorang Hamba - Hijjaz

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Allahu a'lam

Sunday, December 9, 2012

child psychologist/psychiatrist

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...








Alhamdulillah, setelah 5 tahun bergelumang dalam dunia tabib menabib orang, akhirnya, saya semakin firm untuk specialize to what! Keep thinking about the option since KMB. Mula-mula nak jadi pediatrics (pakar kanak-kanak) Sebab? suka main dengan budak kecil. I admit that I'm hot tempered. But dengan budak-budak, so far I never get tired.. because they just innocent. Dulu buat social work di Sekolah Orang Asli, sentiasa kena buli dengan budak-budak. Dengan degil mereka, Allah je yang tahu. Tapi still happy je.

Then I turn to fall in love (ceewah) to nuerologist. Why? I kind of concern about my father's health. He is getting old. And I cannot help to see his hand's shaking. I need to help him. Fast. But sincerely, I hate neuroanatomy. Sorry Dr. Nemcova :-p

Kemudian.. saya jatuh cinta pula kepada cardiologist. Haha. Cardio looks complicated.. but it was fun! But our relationship didn't last long. Sebab? Ntah la. Macam bosan je jantung ni. Jantung SAHAJA.

Then, I turn myself into anesthesiologist. The idea behind it is that anesthesiologist kerja agak goyang kaki dan demand sentiasa ada, dan saya boleh ada masa untuk family (in the future insyaAllah). But after surgery rotation and seeing all those related stuff, I dont think I am happy inside operating theater. So, a big NO for anything related to surgery. heh :-)

Now, muahaha. after getting into the super duper bosan rotation: psychiatry, I think, I want to be one of them. I hate the way they teach the student, but just to understand people emotion is kind of satisfaction. and I want to specialized it to child, because, my interest with children never fades away.

Ya Allah, semoga aku menjadi doktor yang berjaya dan berkhidmat semata mata utk redhaMu. Amin

ps: the 6th sense. cooliow~~~

kecik-kecik dulu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




Hari ini, saya nak cerita satu rahsia. Rahsia kecik-kecik dahulu. Kecik-kecik dahulu, ketika saya darjah 2 Dahlia, saya dilantik oleh cikgu untuk menjadi ketua kelas. Ketua kelas tu! Haha. Tapi saya tak suka jadi ketua kelas. Penolong ketua kelas saya namanya Rozaimah. Dan kami, sangat rapat (ini yang dinamakan cinta monyet. Tapi serius, kalau orang tua dengar rahsia kami, confirm jeles). Oklah, part tu rahsia yang tak boleh diceritakan kepada orang ramai. Tu rahsia lain. Selepas dilantik, saya pulang ke rumah dengan perasaan susah hati. KETUA. Serius tak best. Saya bermasam muka, pergi ke bilik dan termenung. Dah tak ingat sama ada saya menangis atau tak. Menunggu bapak mak pulang lewat petang. Bapak tahu saya susah hati, maka ditegurnya. Dan saya cakap saya tidak mahu ke sekolah. Saya tak mahu jadi ketua. Bapak bangga sebenarnya anak dia yang sorang ni diberi amanah, tapi bila dah mogok sampai tak nak ke sekolah, itu memang problematic. So, disuruhnya saya sendiri cakap dekat cikgu, tak nak jadi ketua. APA? CAKAP SENDIRI? Hahaha, saya agak manja barangkali. Saya tak mahu. Tapi sebenarnya pasal saya takut. Bagi saya, cikgu yang lantik saya itu sangat la garang. Kecut beb. Maka bapak menggunakan kuasa ultimate nya menyuruh akak sulung (along) pergi ke sekolah untuk menyampaikan hasrat hati. Serius, confirm along stress time tu. OOOOO, engko time darjah satu, guru besar rasuah pensil untuk nyanyi depan perhimpunan (dihadapan lebih 1000 pelajar okey) orait je. Ptuuiiii~ Takpe, kakak saya penyabar orang nya. Dapat adik nakal mcm ni memang biasa. Dipendekkan cerita, maka along pun menghadap la cikgu dan menyatakan hasrat hati. Cikgu tu ok je, siap tawarkan jadi penolong ketua kelas lagi. Serius lawak. Nasib penolong ketua kelas. Saya ok je. Yang penolong ketua kelas tu jadi ketua kelas. Dan sepanjang tahun tu, banyak la adegan-adegan menarik, seperti saya buat ketua kelas menangis pasal back up member laki dari kena denda. *sikit punya bagus buat awek sendiri nangis. Gua bab kawan memang takde kompromi* Lepas da buat anak 'dara' orang nangis, poyo pulak nak menikus bila terserempak dengan akak kepada Rozaimah tu. Akak dia muka garang do. Da la family diorang mixed blood dengan chinese. Lagi la takut bila membayang ada cikgu chinese yang super garang dekat sekolah. Aduhai.. lawak lawak


Sebenarnya, post kali ni hanya nak flash back, dan bermuhasabah diri. Dengan umur sekarang, macam-macam amanah yang saya terima. Pressure, terima itu ini. Tapi sekarang dah matang. Dan kurang terasa. Walaupun ada beberapa perkara yang saya rasa sedikit jengkel, tapi tak pe. Bersangka baik itu akhlak seorang muslim. Dan kita pun tak tahu, apakah keputusan dibuat itu baik atau tak. Terbaik atau tak. Lagi-lagi melibatkan isu agama. People can simply shoot out HARAM in everything. Dr. MAZA dan Brother Nouman Ali Khan agree with me about this. But to deliver this in the good way as what Rasulullah did, is something really hard.

Allahu a'lam

Friday, December 7, 2012

why me no cry?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...





:'(

Tuesday, December 4, 2012

soldier

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

I just looooove war movieSSS. The scripts written just beautiful and deep. Just inspiring me to move on and on. To see life from different perspective. Its also an irony tho, killing helps to be a better man. Haha.

kisah ayam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Pak Ali ada membela seekor ayam. Ayam jantan. Sebagai seekor ayam jantan, ayam jantan ini cukup hebat dalam berkokok. Asal nak siang je kokok. Asal matahari malu-malu kucing di sudut ufuk je kokok. Suara kokokan meliput 200 meter radius. Hebat bukan?! Hebat-hebat ayam seekor ini, dia punya perangai. Pemalas. Lepas berkokok tu, dia tak urus diri. Reban tu tak payah cakap la. Situ la dia tidur, situ jugak la tandas, situ jugak la tempat berfoya-foya dengan ayam betina, dan situ jugak la tempat makan. All in one la omputih cakap.

Ada satu kejadian yg berlaku semalam. gerlpren si ayam jantan ini dikacau kucing Makcik Salmah. Perh, naik marah si ayam jantan ini. Berkokok! Bingit dah macam nak kiamat. Tapi, alik-alik, berkokok je. Bukan nak halau si kucing tu. Play safe omputih ckp. Habis berlarian si gerlpren ayam jantan ni balik reban diseberang jalan. Yang si ayam jantan ni, kokok dan lihat. Tak bertanggungjawab.

Semoga kita tidak menjadi seperti ayam jantan Pak Ali. Allahu a'lam

Sunday, December 2, 2012

berjalan, melihat dan menafsir

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Satu perkara yang saya rasakan indah ketika musim sejuk adalah;

Ketika mana di dalam keheningan dinihari, bebas dari kesibukan dunia..

Sambil salji turun perlahan-lahan, berawang-awangan, seakan masa diperlambatkan..

Dan puji-pujian kepada Allah dialunkan, memperhambakan diri, menikmati dan mensyukuri Dia yang menjadi penyebab segalanya.

Subhanallah Astaghfirullah Alhamdulillah Allahu-akbar

air panas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya tak berapa suka air panas. Air minuman panas. Saya akan memilih air kosong (plain water) dari air panas berperisa/gula. Tapi kalau air panas je ada, saya akan minum je air panas. Saya tak benci, cuma saya tak akan pilih air panas. Haha. Tapi bila winter, ia menjadi 'exception'. Saya akan buat air panas. But still, tak meminumnya. Saya akan memegang gelas yg berisi air panas. XD nikmat! suam2. Tambah2 rumah baru ini, heater memakai tenaga elektrik. Yang merupakan satu perkara yang sgt mahal di sini. Dan saya masih menahan diri dari membuka heater. Maka air panas itu sangat-sangat nikmat. andai air panas itu bertindak mcm pepejal, boleh dipeluk, maka ia akan menjadi bantal peluk kegemaran dikala kesejukan yg mencengkam.



Thursday, November 29, 2012

putih dan hitam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




Umur saya 20-an. Dan orang tua-tua selalu melihat generasi berumur saya sebagai idealistik. MEMANG PUN! haha. Orang umur 20-an ini, berdarah muda. Tak sabar. Dan melihat dunia ini dengan kata mata 'kalau tak putih, mestilah hitam'. Dan untuk melayakkan diri anda tergolong status 'tua', anda perlu ada kemahiran untuk menerima hakikat dan hidup dengan pandangan [hitam-antara hitam dan putih (kelabu?) -putih]. Sebagai contoh, Pak Man ada duit lebih. Dia ada 2 option. Sedekah kepada tabung Palestin atau beli nasi lemak untuk coffee break. Maka dia memilih untuk beli nasi lemak, daripada sedekah. Kita setuju yang sedekah is the best. Maka sedekah menjadi area putih. Tapi adakah membeli nasi lemak itu jatuh pada area hitam? Dia membeli dengan duit yang halal. Dan itu hak dia. Dan barangkali itu 1st time makan nasi lemak masa coffee break. Ataupun dia lapar gila. So, tindakan membeli nasi lemak itu jatuh kepada kategori tengah-tengah (kelabu). Tapi seikhlas hati, membincangkan area kelabu ini sangat-sangat-sangat tak best. Pening. Subjektif.

Allahu a'lam

nuclear waste

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Terfikir, kenapa sisa buangan nuclear sangat susah nak lupuskan? Alam semesta ni kan sangat-sangat besar. Dan kita punya matahari. Apa kata, semua nuclear waste, kita kumpul dalam satu roket, kemudian lancarkan ke arah matahari. Tadaaa.. Terhapuslah sisa buangan tersebut dek ganasnya suhu matahari (sebelum sampai matahari, roket tu denga sis-sisa tu dah cair) Dan dengan mengharap gravity matahari, sisa-sisa itu akan ditarik masuk menjadi sebahagian matahari. And surely, takde orang nak pertikaikan akan pencemaran matahari, kerana memang manusia impossible tinggal di matahari at the first place :-P





ps: childish thought

Wednesday, November 28, 2012

Gay

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

an expert in koran he said.


Gay Mosque to Open in Paris


:'(


Dunia hari ini...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya mereasa semakin 'sesak' hidup di dunia ini. Tidak mampu untuk menghiraukan apa yang berlaku disekeliling. Terima kasih kepada teknologi massa yang memberi informasi tanpa batasan. Baru sahaja usai (yeke dah selesai?) conflict di Gaza, terjumpa conflict di Liberia, Congo, negara sendiri (sultan lupa akhirat, penghuni lorong, buang anak, dan SANGAT BANYAK LAGI), etc. Dan juga aktiviti masyarakat yang begitu tidak-boleh-diterima. Taip 'vice documentary' di youtube.com dan anda akan dihidangkan pelbagai 'perbezaan' yang wujud di dalam dunia. Dan sesetengahnya sangat meloyakan, seperti normal masyarakat membuat seks dengan binatang, 'mencuri' wanita utk dijadikan isteri. Sejujurnya, selepas menonton, membaca semua di atas, saya merasa sangat demotivated. Dunia ini sangat menyedihkan. Kita begitu bersemangat berusaha, tapi seakan endless je masalah. Memang betul kata-kata bijak pandai; amanah (kerja buat baik betulkan masyarakat ni) lebih banyak dari masa. Juga; bila buat baik, jangan pandang pada kesan.. buat je, dan doa. Haritu, cuba deactivate fb, pasal tak pandai kawal ber-fb. Nakal tu satu hal (komen, sakat member, merepek, etc). Tapi fb juga pintu informasi yang tidak bertapis, dan sangat-sangat-sangat banyak. Cuma kalau tutup fb, banyak kerja jadi susah. Kejap je deactivate fb. (-_-") Saya perlu menjadi self-sustained, dan hanya bergantung harap kepada Allah. Tapi somehow, bila rasa sesak ni, sangat hope ada orang (real human, bukan pemberi tazkirah dlm video mahupun tulisan-tulisan di dada skrin); kawan dan mungkin isteri? (now I just found the hidden reason kenapa rasa nak sangat ada seorang dekat sebelah manjang, heh~), untuk menenangkan pemikiran. Ok pendamba_cinta, ingat pesan ibu-bapa-opah-nenek-pakcik-makcik; belajar pandai-pandai. Fokus. Yang lain, kemudian.

ps: bila lihat cermin, terasa rambut dah jadi putih..padahal hitam je. saya sedang berhalusinasi kah? :-p

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur bersamamu.
Teruslah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu"
[KH Rahmat Abdullah a.k.a. Sang Murabbi]

istighfar-work-pray-tawakkal

Tuesday, November 27, 2012

bride kidnapping

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Speechless...

Monday, November 26, 2012

Allah is near :)

Dengab Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saturday, November 24, 2012

Menjadi?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Menjadi seberani Usamah bin Zaid, pada umurnya 18 tahun memimpin tentera Islam atas lantikan Rasulullah menghadapi tentera Romawi

Menjadi sezuhud Umar Abdul Aziz, begitu tawadhu dlm menerima kuasa sebagai seorang khalifah, dan lantas bergerak tanpa menunggu lelah hilang memperbaiki mereka yg di bawahnya.

Menjadi segelisah Umar ibn Al-Khattab, yang merasakan kekhusyukan dan kemanisan menghadapi Rabb berkurang dek sibuk memikirkan permasalahan negara untuk diselesaikan mengikut acuan Ilahi.

Menjadi sefokus Sultan Muhammad al-Fatih, yang pada umur sebelum 30-an telah menawan kota Istanbul, membenarkan hadis Rasulullah akan pembukaan kota tersebut, walaupun sejarah menafikan logik kemampuaannya.

Menjadi seteguh Sultan Abdul Hamid II, pemegang khalifah Islam yang terakhir sehingga kini, sanggup mengorbankan diri dan segala miliknya, untuk kegemilangan Islam.

Ya Allah... la hau lawala quwwata illa-billah





Tuesday, November 20, 2012

sila beri tunjuk ajar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sila berikan ku ide (idea dlm bahasa indonesia), akan bagaimana untuk memberi kata hikmah kepada seorang sahabat, jika mana dia akan melangsungkan akad nikah lagi 4 hari; sedangkan yg ditanyakan ini, belum lah punya ilmu, mahupun pengalaman akan alam tersebut?

Kadangkala, orang disekeliling terlalu memandang tinggi diri kita, seakan kita tahu segalanya. Ingin sekali hati ini nak tolong, tapi pada sisi yang lain, betapa jeliknya diri ini disaluti dengan pelbagai dosa dan kurangnya ilmu.

*muhasabah diri*

ps: saya cakap pada dia; alam itu indah, dan hargailah nikmat Allah yang diberi, tidak kira apa jua keadaan sekali pun. Ianya general. Applicable utk semua nikmat Allah yang lain.

Allahu a'lam.

Monday, November 19, 2012

true story, by UZAR

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ada seorang pemuda kampus IPT yang dilihat soleh, berilmu & baik oleh rakan2nya menghantar email kepada saya memberitahu "pinangannya ditolak oleh wanita yang dianggap solehah & berlatarbelakangkan agama, berpakaian elok dengan alasan, "awak terlalu baik untuk saya", "saya tak layak untuk awak" "segan dengan awak kera
na terlalu baik" etc.

Konfius, adakah ada wanita 'solehah' di luar sana yang lebih rela bersuamikan lelaki KURANG SOLEH atau 'jahat sikit' atau "nak yang jahil sikit" untuk rumahtangga dunia yang akan membawanya ke akhiratnya?. Pelik wanita 'solehah' akhir zaman. :)




ps: vice versa

Thursday, November 15, 2012

hua ~~~

Dengan Nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Lelaki itu, lemahnya sentiasa pada wanita. Saya akan menyalahkan diri saya, bukan wanita. Ya Allah, maafkan hambaMu ini, dalam menjalankan sesuatu amanah yg tidak dipasakkan niatnya semata untukMu. HambaMu cuba menjadi ikhlas dan adil, namun kadang-kadang penilaian itu tersasar dek barangkali simpatinya kepada yg dia suka. Ya Allah, berikanlahku kekuatan seumpama nabi-nabiMu, seperti mana nabi Yusuf. (inspired by  kisah dlm Quran)

No more to say. The world is in chaos right now. And for me? This is the reason why I choose the path of anbiya'. Moga thabat. I am going to save this world.

Amin.

ps: doakan saya menjadi kalangan mereka yang berjihad di Palestin!

Saturday, November 10, 2012

perlu jadi super rajin

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya, memang kurang rajin. Cepat bosan (alasan) menyebabkan saya gemar multi tasking dan 'cari penyakit'. Dan sebab itu, result exam tak consistent (tak score je la kut, dan kerap juga cukup makan T_T). Dan semalam semabng dengan kawan, dan satu persoalan ditimbulkan. Layakkah kita ni, memegang scholarship?



Ntah la. Jujurnya tak.

Allahu a'lam

*ayuh berubah!

Wednesday, November 7, 2012

membesar-besar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya selalu punya conflict. Conflict 'sombong'. Conflict 'tak ambil kisah'.

Apa yang dimaksudkan sombong dan tidak ambil kisah itu bukanlah seperti sombong dan tidak ambil kisah yang biasa-biasa. Ia hanya terjadi bila berada dalam majlis dengan 'orang besar' mahupun, keadaan/perbincangan yang mengaitkan orang besar.

Saya punya kelompok sahabat yang mencintai mereka yang berilmu, hebat, etc.
Tapi sesungguhnya, saya cukup jelik bila mereka membesar-besarkan golongan ini.
Sebagai contoh: eh kau, kau patut kenal dia lah, dia ni bla-bla-bla..kepimpinan sekian-sekian.
*blergh*, come on la. Bagus la manusia tu hebat. Tapi perlukah ia dibesar-besarkan, seakan-akan menjadi kesalahan kalau tidak membesar-besarkan.

Contoh lain: perh, ustaz ni tidur 2 jam je haa.. kita patut bangga dengannya, kerana dia side kita. kita kena jadi mcm dia.  Statement ni, boleh la partially diterima. Tapi serius part bangga tu tak perlu la kut cakap. Saya sudah cukup izzah kerna punya Allah sebagai tuhan. Tak perlu bangga pada manusia lagi.

Tapi, sebagai melengkapkan penulisan ini, saya juga ada part yang saya bangga. Saya bangga kerana saya pernah bela arnab. Saya bangga kawan saya baik, dan hebat. Tapi ia akan diperkatakan bukan dalam konteks serius (seolah-olah menjadi kemestian semua berbangga kepadanya). Bangga itu bukan ibadah. Ia sebagai perencah rasa hati. Dan the only perasaan bangga yang serius, yang saya benarkan dalam hati saya, adalah kepada Allah Subhanahu-wa-Ta'ala.

Allahu a'lam.

ps: benci lah jugak, bila ada quotation best dari bijak pandai, nak kena letak jugak gambar manusia tu. cukup lah kut sekadar nama. sekali sekala letak gambar pun, ok. memudahkan utk org kenal (kut?). tapi, lagi-lagi jelik bila asyik dok keluar quotation orang tu je. haha. my my. at some point, saya rasa, saya sendiri ada masalah hati. semoga Allah melindungi aku daripada bisikan syaitan.

Zikraa - Tafakur

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Allahu a'lam

Tuesday, November 6, 2012

happy tak happy

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Kita ada 1001 sebab untuk gembira. kenapa perlu fokus kepada satu yang kurang gembira?

Allahu a'lam

Monday, November 5, 2012

sejuk luar tu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tiba-tiba hati seumpama dirasuk rasa celaru.

One of them is.. about pupu.

Pupu oh pupu. winter dah dekat ni. kamu bagaimana ye?

ps: man, if only....

Allahu a'lam

Saturday, November 3, 2012

lumrah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Rasa sedih lah. Haih. Perlu pump up semangat balik ...







ayuh, jgn luntur!

Allahu a'lam

Monday, October 29, 2012

bad dream

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Having series of bad dream lately.
Last night, ended up crying when wake up. My bro die.

haih...bagus juga kalau dapat ketemu nabi Yusuf. Ingin sekali tahu ada maksudkah disebalik mimpi2 itu.

Allahu a'lam

Saturday, October 27, 2012

salji dan aidil-adha

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hari raya kedua, salji turun. Terima kasih ya Allah, atas kekuasaanMu, menyebabkan hambaMu ini terpesona. Menjadikan ibadah sunnat takbir semakin manis.


Allahu akbar (Allah Maha Besar),
Lailahaillallah (tiada tuhan melaikan Allah),
Alhamdulillah (segala puji-pujian bagi Allah)

Allahu a'lam

Thursday, October 25, 2012

cuci

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Cuci, bersih, kemaskan rumah. Gatalkan pergi offer buat open house (potluck style).

*latar bunyi: car wash*

haih, daki-daki disental. kalaulah bersikap rajin, hari-hari buat sikit, maka tak perlulah menyental T_T perlu berubah !

baiklah, di sini ingin mengucapkan selamat hari raya Qurban. kisah popular mengenai tindakan nabi Ibrahim A.S menurut arahan Allah S.W.T. untuk menyembelih anaknya. kalau dengar dan lihat pak ustaz ustaz kupas perkara ni (eg: brother Nouman Ali Khan), betapa cantiknya dan tertibnya kisah ini dinukilkan.

*tapi bercakap pasal nabi Ibrahim ni, selalu teringai-ingai dialog dia dengan ayahnya (si pembuat patung berhala). ya abati inni.. (surah Maryam).

Maaf zahir dan batin. saya sangat banyak salah silapnya. kalau rasa tak mampu nak maafkan, berilah tahu. saya cuba sebaik mungkin untuk layan anda dan menebus kesalahan saya, sehingga anda memaafkan saya.

Allahu a'lam

Monday, October 22, 2012

org tgh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Haih, another great failure of being an 'orang tegah'...

Bahaya jadi orang tengah ni. Sebab? Amanah la sebabnya! Berat tak berat tu.

And human's heart is just like puzzle box. We don't really know what is inside. Even our own heart.

Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosaku. Sadis la hidup ni. Yet, life goes on...

Allahu a'lam

Sunday, October 21, 2012

tolong carikan awek

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya sedang berada dalam stage 'kembali ke zaman form 1-2-3'. Zaman jahiliyyah yang mana punya satu game kegemaran, Ragnarok Online. I played it again last week (because now, it is free again!! like last time masa mula-mula keluar). And seriously today, found 2 friends from Malaysia. Seorang budak Sabah, form 1. Minta sedekah 4000 zeny. And another one, budak Gombak, sama batch SPM! And both of us (budak gombak) agreed that we play for nostalgic purpose :p And this guy is kind and very generous. Kasi duit juta-juta zeny, plus items. But last-last, cakap: 'weh, boleh tolong carikan awek medic tak?awek awek medic lembut. cair aku tengok..' (nasib tak jatuh kerusi bila baca ayat mcm ni). Fine la. Kalau ada, insyaAllah.

Funny, dalam game pun boleh keluar topik ni. Might be the highlight of this period of age is: KAHWIN. And definitely, I need to be a bit 'pekak' and sabar for that topic.



me. a magician. with red hair lah.

favourite power: fire bolt, fire ball, fire wall (let it burn!)

ps: ok lah, ni kerana kawan tu dah mintak tolong carikan. as one of the usaha that I should do is; anyone (reader) interested knowing him closely and hopefully, kahwin? dah kerja, Petronas Carigali (offshore). have experienced working at foreign land. *laughing*


Saturday, October 20, 2012

tapi...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ok.. sekarang ni tengah demam nasyid Mestica. Entah, tiba-tiba terlebih semangat nak dengar ulang-ulang

Layar Keinsafan, Destinasi Cinta, Sendu Sendawa, Yang Abadi. 4 ni je ok :)

' tapi, Engkau pun tahu, onak dan duri pada duniaMu, Engkau ciptakan pagar rintangan, harga cintaMu, jiwaku korban..'


ps: barangkali kerana bait liriknya yang seakan-akan merintih. perlu merintih. hurm...

careful

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Kalau kawan kita dah janji dengan seseorang, jangan pula kita dengan senang hati minta dia putuskan janji sebab kita.:)

Itu yang aku pelajari dari perkataan "haram meminang atas pinangan".

via Ibnu Tarmizi (a friend from far away land :p)

ps/: nearly made the mistake T_T Astaghfirullah hal azim

Thursday, October 18, 2012

what the...?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

ayat last sebelum ayah letak telefon,

'kirim salam dekat makwe'

(-_-")

makwe makwe, ayah saya kirim salam

*echoedbacktomeself*

Monday, October 15, 2012

cabaran

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

OK, post ini, macam seakan luahan hati/rungutan.

Aku tidak benci negara ini. Negara yang sedang aku duduki ini mengajar aku hidup tidak banyak berkira.

Cuma aku sangat bimbang akan diri aku. Aku bimbang aku gagal teguh istiqamah di-jalanNya.

Sangat sukar menemui biah yang menyuburkan iman di sini.

Sebagai contoh; sukar untuk menikmati suasana solat berjemaah/ solat berjemaah yang berkualiti.

Masjid memang ada. Malah barangkali kadangkala lebih hebat dari di tanah air. Cuma kekangan masa membuatkan aku terpaksa melebihkan kepentingan diri. (sedihnya bunyi, ya Allah, ampunilah hambaMu)

Kadangkala bukan salah masa, tapi cubanya istiqamah seharusnya melawat sekali sehari.

Hendak buat dirumah, housematenya satu. Dan tak boleh nak salahkan dia. Punya waktu solat berbeza.

Sungguh, seakan-akan aku menghitung hari, menanti bila la balik Malaysia.

Ya muqallibal qulub, tsabbit quluu-bana a'la deen-nik.

Allahu a'lam

Sunday, October 14, 2012

Navy

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

sejujurnya, hujung minggu ini, saya gagal memenuhkan masa dengan baik. masakan tidak, sehari mampu habiskan 2 movie!

but a bit motivated. it cheer me up a bit. sebagai contoh; cerita Battleship berjaya melahirkan rasa ingin menjadi tentera laut. yeah, considering to join army after finished study. *tpmalasmainsukan*.

teringat masuk kawad kadet bomba, training sampai pukul 2 pagi, tapi rasa happy je.

oh, kamu (saya) jangan lupa, buku satu rak tu perlu dipadatkan dalam kepala dulu! (-_-")

ayuh jihad ilmu!

Allahu a'lam.

lagu klasik sepam. (teringat stesen radio kegemaran ayah, klasik.fm..menggamit kenangan :D )

Wednesday, October 10, 2012

ritual

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tiap-tiap tahun, ada yang berjaya, ada yang pulang dengan hampa.

Itu, ritual biasa dalam belajar di tempat ini.

Biasanya, bulan october, november; waktu 'perpisahan' berlaku.

Dan airport menjadi tempat paling tak gemar dilawati, namun tetap kerap dilawati tika waktu begini.

Hidup. Sementara. Manusia datang dan pergi. Berulang-ulang. Doa.

*haticalarbalar*

Monday, October 8, 2012

crazy eh? :)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Sunday, October 7, 2012

pesan ayah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ayah suka berpesan.

Ayah pesan, suruh rajin-rajin belajar, jangan main-main. (cinta boleh, jangan kahwin *erk? joking :-)* )

Ayah pesan, jaga makan. Makan elok, badan sihat, otak cerdas.

Ayah pesan, pakai baju tebal-tebal, takut demam pasal suhu sejuk.

Ayah pesan, call rumah selalu, ayah rindu.

Baik ayah! Semoga anak ayah ini dapat serve ayah selama mana mungkin.

Ya Tuhanku, ampunilah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka, sebagaimana mereka mengasihaniku, sewaktu aku masih kecil. Amin.

Friday, September 28, 2012

habis cuti

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Cuti sudah sampai ke hujung,

Minggu depan masuk kelas T_T

Dan mengingatkan kembali, rasa kejap je semua benda,

Menepati hadis Rasulullah yang membayangkan dunia ini berbanding akhirat,

Terasa hidup macam sehari, ataupun pada pagi hari je.

Allahu Allah.

Ayuh! Terus melangkah. Lapangan dunia memerlukan kamu wahai pemuda Islam!

Allahu a'lam

Thursday, September 6, 2012

api semangat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Usai membaca Novel Tautan Hati; karya Fatimah Syarha.. dan sedang membaca Travelog: Di Hamparan Shamrock, ku seru nama-Mu, karangan Ustaz Hasrizal...

Kesimpulan? - aku malu.
Aku malu dengan sikap, yang timbul. Yang aku manjai diriku, dengan alasan ingin membina masa depan.

Aku lupa.
Aku lupa tekad dan ikrar ku ketika persiapan ke luar negara, yang aku ingin tegakkan ruh Islam di muka bumi.
Aku lupa, yang aku pernah bercita-cita untuk menjadi seperti Salehuddin al-Ayubi, tidak pun 2 Umar, hero yang sering disebut-sebut oleh penggerak Islam kini. Hero yang membebaskan Islam, dan meninggikannya.

Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.
Ya Allah, ya Ghaffar... :-(

Aku bergelak ketawa hari-hari, sedangkan, Salehuddin al-Ayubi (diriwayatkan) tidak pernah senyum sehingga kota Baitulmuqaddis kembali ke tangan umat Islam.

Ya Allah, aku tidak ingin jauh dari cita-cita itu.
Ya Allah, perkuatkanlah aku :-(

Aku takjub membaca buku 'Ustazah' Fatimah. Aku jatuh cinta untuk hidup dikalangan mereka yang saling ingat-mengingati. Yang sentiasa menyulam kata-kata dengan peringatan demi peringatan. Peringatan yang membasahi hati, menyuburkan iman.

Aku terkesan dengan bait-bait Ustaz Hasrizal.
Lebih kurang: kita selalu mengimpikan menjadi hero di medan perang, meringkuk di dalam penjara, etc, seperti mana pejuang-pejuang Islam terdahulu. Namun bila dilanda masalah yang dekat dengan peribadi, kita lemah, tewas. Lupakah kita kisah Nabi Ayub; utusan Allah yang diuji dengan penyakit kulit, dan ditinggalkan sanak saudara. Tiada unsur hero pun disitu. Maka, kenapa tewas bila diuji sebegitu, wahai para dai'e?

Allahu, Allahu, Allahu..

Aku menyucikan nama-Mu. Engkaulah segala bagi diri ini.

Engkau didik hambaMu ini dengan masalah-masalah hati. HambaMu ini memohon kekuatan dan petunjukMu untuk mengatasinya.

Dalam cuti ini, Engkau hadiahkanku juga kemeriahan di rumah-Mu (yang mengandungi banyak memori silam dalam pembesaran diri ini). Majlis ilmu, perubahan paradigma.

Ya Allah, aku rindu, akan damai di syurga-Mu. Kau beri ku peluang merasai nikmat taman-tamannya di dunia fana ini, maka Kau tetapkanlah aku menjadi penghuni-nya di akhirat kelak.

Aku ingin sekali melihat wajah-Mu, menemui kekasihMu,

Aku ingin sekali berjumpa dengan pejuang-pejuang Islam, mengutip mutiara-mutiara dari mereka.

Ya Allah, di akhir kalam ini, aku memohon agar kau kurniakan ku sahabat, yang tidak jemu meniup semangat-semangat Islam, agar aku terus melangkah ke hadapan, menyebarkan syiar-Mu.

Allahu Akbar!

Tuesday, September 4, 2012

Akhi anta Hurrun (Saudaraku, engkau sebenarnya merdeka !)

Dengan Nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...






Saudaraku engkau sebenarnya merdeka (walaupun dikurung) di sebalik jeriji besi itu,
Saudaraku engkau sebenarnya merdeka (walaupun) diikat dengan gari-gari itu,
Sekiranya engkau berpegang teguh kepada Allah,
Nescaya tiada tipudaya hamba yang dapat memudaratkanmu
.
Saudaraku, apakah yg berlaku kiranya engkau jemu untuk berjuang ?
Dan engkau melemparkan dari bahumu segala senjata-senjata ?
Siapakah yang akan mengubati luka para tentera yang cedera di medan peperangan ?
Dan siapa pula yang akan mengangkat kembali bendera kita ?
.
Saudaraku sesungguhnya aku pada hari ini adalah tukul besi yang keras,
Aku akan menghancurkan segala sihir/tipudaya jahat segala gunung-gunung yang mencakar langit (pemerintah yang zalim),
Pada hari esok aku akan menghapuskannya dengan pukulan penghabisan,
Segala kepala-kepala ular sehingga ia hancur berkecai.
.
Saudaraku, sekiranya engkau mengalirkan airmatamu atas pemergianku,
Dan engkau sirami pusaraku dengan airmata itu dengan penuh khusyuk (sedih),
Maka nyalakanlah bagi mereka (generasi berikutnya) daripada tulang-belulangku sebagai lilin,
Dan maralah dengannya ke arah kegemilangan yang menanti.
.
***(tambahan tiada dalam lagu tapi ada dalam syair)***
Saudaraku sesungguhnya aku tidak pernah jemu untuk berjuang,
Dan aku takkan mencampakkan senjata daripada badanku,
Sekiranya aku mati sesungguhnya aku syahid,
Dan engkau akan terus mara menuju kegemilangan yang agung.
***(habis tambahan)***
.
Saudaraku sekiranya kami mati kami pasti akan bertemu dengan kekasih-kekasih kami,
Bahkan taman syurga Tuhanku tersedia buat kami,
Serta burung-burungnya akan berterbangan di sekeliling kami,
Maka bergembiralah bagi kami dalam negeri yang abadi ini.
.
Aku pasti akan menuntut bela, atas dasar Tuhan dan agama,
Dan aku akan terus mara dengan perjalananku ini dengan penuh keyakinan,
Sama ada ia berupa kemenangan di atas semua manusia,
Ataupun ia adalah kepulanganku kepada Allah di dalam negeri yang kekal.

Monday, September 3, 2012

ayuh !!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Subhanallah, cantik sungguh cuti kali ini. Semakin bersemangat untuk terus berjihad di jalan Allah. 'perlu ku tepis rayuan duniawi'. 

Friday, August 31, 2012

inspired

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah. terinspirasi! tahun empat ini banyak menguji berkenaan persoalan hati.
Tapi Allah akhirinya dengan pengakhiran yg baik (alhamdulillah) dan sebuah kalam karya Fatimah Syarha - Tautan Hati.

Teringat balik permainan dan perkara2222 jahil yang dibuat.. Ya Allah,ampunilah hambaMu ini akan segala kesalahan dan khilaf di dunia penuh dengan ujian. Kasihanilah hambaMu ini ya Allah...

Friday, August 24, 2012

fool-ish?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya suka wanita itu.
Tapi saya tahu, kebarangkalian untuk mendapatkannya cukup rendah.
Saya mengharap hari-hari wanita itu menegur saya.
Tapi saya tahu saya perlu pertahankan nilai muslimahnya. Maka tidak manis berchatting lama-lama.
Saya tahu wanita itu dlm keresahan, atas konflik keluarga+segi tiga.
Saya nasihat dia, mengharapkan dia mampu terus tegak berdiri menempuh dunia.
Saya nasihat dia, agar 'embrace' pilihan keluarga, kerana barangkali itu terbaik untuknya.
Sedang saya masih punya rasa pada dia.

Life.is. ___(?)____


saya lelaki dayus.kot?

Wednesday, August 15, 2012

cuak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

yeah, esok exam.. now in the state of lupa-apa-yang-dah-dibaca-terasa-macam-tak-pernah-baca..

rasanya,tiap-tiap exam akan mengalami syndrome ni.. macam mana la hai nak jadi tabib.. asyik lupa je.

never give up. mantapkan usaha. kemaskan kebergantungan kepada Illah !

yosh

*masukbawahselimutnyorok+coldfeet*

Thursday, August 9, 2012

orang melayu dan raya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Hari ini nak cakap pasal bangsa melayu.
Sepanjang hidup yang serba singkat ini, seringkali aku melihat bangsa melayu sebagai satu bangsa yang sederhana.. tak pun lemah.
Orang melayu tak mampu menjadi jaguh untuk banyak perkara ...

*harap yang membaca dapat menghormati pandangan ini, kerana ia dilihat dari sudut statistik*

tapi...
Orang melayu cukup hebat dalam satu perkara.
Bila ia berkaitan dengana raya.
Serius, kalau anything pasal raya masuk olimpik, ada kemunkinan orang melayu menang.


Dari segi lakonan: berlambak-lambak iklan raya yang sangat menyentuh hati; pelbagai segi, gembira..macam-macam lah...!

Dari segi music: Lagu raya memang terbaik. Pasang time tak raya pun hati rasa macam dah raya!

Dari segi ekonomi: Orang melayu yang tak reti2 buat business, terus hebat buat business. Kuih raya, baju raya, air raya, rendang raya, dan macam-macam lagi. Siap boleh buat auxillary business lagi. Bawak sample pergi office :p.

Dari segi ketenteraan: Boleh tak nak bayangkan, budak-budak bawah umur, boleh berperang dengan gembira. Bom buatan tu memang dah macam masak nasi goreng je. tutup mata. thunder clap, meriam buluh, mercun pop pop, dan macam-macam lagi. Siap terkorban pun ada! (nauzubillah)

Dari segi fesyen: Baju raya memang terbaik. Lawa bagai. Tiap tahun ada tema. Colour nak sedondon. Mantap.

Dari segi ibadah: Sedekah, sembahyang raya yang sunat pun tip top. Datang awal masjid.  Open house, jemput orang lawat rumah. Jamu. Subhanallah!

Dan macam-macam lagi.

Barangkali, bangsa lain pun raikan raya dengan meriah. Tapi orang melayu one of the top la dalam bab ni.

Memang perlu rasai betapa bertuahnya bulan Ramadhan itu kepada sesiapa yang menempuhinya. Namun Hari Raya ini juga hadiah dari Allah, kepada umat Islam, untuk meraikannya. Dan saya melihat, orang Melayu terkedepan bab ini.

In the other hands; jika nak difikir dari angle yang berbeza, kita sering lihat, orang melayu tak mampu itu ini. Sebenarnya mereka mampu! But need the right spark. Frankly speaking, saya pun tak tahu what is the right spark. Raya itu salah satu daripadanya. Namun, ia bersifat sementara. Macam mana nk spark kehidupan bangsa melayu secara spesifik, dan secara globalnya, umat Islam? -mari muhasabah diri  :-) -

Allahu a'lam

Tuesday, August 7, 2012

7 Ogos

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Ya Allah, hambamu ini memanjatkan rasa kesyukuran, di dalam kedhaifan, atas segala nikmat yang diberi untuk diguna-pakai dan dipinjam.

Ya Allah, liku-liku hidup hambamu ini, tidak pernah sepi dari kecacatan. Maka atas nama-Mu, ya Latif, ya Rahman, ya Rahim.. aku memohon agar kau kasihanilah aku, ampunilah aku, dan masukkanlah aku ke dalam golongan yang beriman.

Ya Allah, hambamu ini memikul pelbagai amanah dan tanggungjawab. Engkaulah yang Maha Perkasa, Maha Agung, Maha Besar... bantulah hambamu ini, permudahkanlah segala urusan dan berikanlah kecemerlangan atas setiap pekerjaan yang hambamu ini lakukan.

Ya Allah,
Aku takut akan neraka-Mu, maka jauhkanlah aku daripadanya.
Aku gerun akan azab kubur dan padang mahsyar, maka permudahkanlah urusanku di sana.
Aku menginginkan kehidupan yang abadi, maka masukkanlah aku ke dalam syurgaMu dan izinkanlah aku menjadi dikalangan yang terpilih untuk melihat wajahMu.

Amin.


Mia singing:

miaw miaw miaw miaw miaw miaaaaw.. (nada sederhana)

miaw miaw miaw miaw miaw miaaaaw.. (nada tinggi)

miaw miaw miaw miaw miaw miaw miaaaaw.. (nada campur-campur)

miaw miaw miaw miaw miaw miaaaaaaaaw..

Friday, August 3, 2012

cherish the memory

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

lagu zaman tak pening fikir masalah dunia lagi.

no offense. saya hanya suka lagu ini, tidak kira raya atau tidak.

Monday, July 30, 2012

Transform!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

From abu arnab.. to abu hurairah XD

ps: pinjam syampoo bole x..? mantap habis bau..

Friday, July 27, 2012

graduasi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Usai melihat orang bergraduasi.
Personally, seronok tengok orang happy, orang hebat-hebat.
Tapi jauh dalam hati, tak terasa inspired.
Medicine is not my real ambition, so... It is normal that you can't lie to yourself.
Another 2 years (insyaAllah) plus the rest of my life to dedicate along this field.
Masa orang tengah sibuk ambil scroll, saya di dalam dunia sendiri, tersesat, meneka perasaan yang sepatutnya bila berada di posisi itu.
Haha... Life is full of lies.


ps: terbaik.emirates tak kasi tido hotel, kasi alasan pelbagai (malas nak argue time pose), maka bakal bertapa di dubai.earphone lingkup, setelah hidup terseksa digunapakai secara 'keras'.screen camera kaput. but anyway, segala puji pujian kepadamu ya Rabb, because everyday, you never stop giving me nikmah.

Thursday, July 26, 2012

wahai pemimpin muslimin ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

TAK FAHAM !!!

Negara Islam yang kaya minyak, keluasan tanah melampau-lampau...
Awat la ang pa tak pi tolong orang Rohingya?
Mereka tak diiktiraf di negara sendiri...
Tolong la..tolong la mereka...
Tolong la jangan kufur nikmat. Cuba la contohi Bangladesh. Jiran Rohingya. Antara negara paling padat atas muka bumi, yet paling miskin. Diorang dah cuba terima dah pelarian Rohingya, sampai last-last dah tak mampu nak terima pasal diorang pun shortage itu ini.

Aung San Tsu Kyi hanya nationalist, but lack of humanism. 'She didn't know that Rohingya is the Burmese'.
Cukup lah bergantung dekat non-muslim. Allah dah turunkan Quran cantik dalam bahasa arab. Takkan la angpa tak paham. Nak suruh den translate ka?

MEREKA, KAUM MUSYRIK TAK REDHA DENGAN ALLAH (AGAMA ISLAM).
*awat la genius sangat mintak tolong UN, etc. OIC buat pa? meeting manjang, satu pa tak jalan*



marah.sedih.confuse.kecewa.rasanakmakihamun....

ps: rasanya, zaman ni,setiap solat sepatutnya kena buat qunut nazilah. bencana berlaku di mana-mana.

Allahu a'lam.

Senyum :)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Mamat.ini.memang.'keji'.

Puasa 2

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Tafseer of Surah 91 - Shams - Nouman Ali Khan


Tuesday, July 24, 2012

Puasa 1

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Berpuasalah kamu pada hari yang panas, pada memikirkan panasnya Mahsyar itu nanti. Dirikanlah solat dua rakaat pada malam yang gelap, dek memikirkan gelapnya liang lahad di alam kubur nanti
(Abu Darda')

Friday, July 20, 2012

this.is.sad.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Thursday, July 19, 2012

irritated...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

I am easily irritated.

tak tahu kenapa, tapi itulah..

kes terbaru irritated; tengah cakap dengan ayah dekat phone. cerita lah pengalaman main bobsleigh...

pup, apa yang dapat..., '..tak payah la main..bahaya..bla3..' (nada: buat kesalahan besar)

dan seolah-olah reflex; pup, darah boiled up.

terus jawab.. 'ok la, lepas ni duduk rumah je...'

then he suggest.. '..pergi la swimming, etc..'

then jawab balik: '...oh, swimming pun bahaya, nanti mati lemas...nanti balik nanti pun kena beli kereta kebal kot, bahaya jugak pandu kereta...'

lepastu, ayah gelak..tak tahu nak balas apa...

I am sorry, I am easily irritated, untuk benda yang tahapa-hapa

Everything bahaya.. kalau dalam pharmacology (kalau tak salah), every substance bahaya, hatta air kosong (plain water), kalau dosage tak betul.

Dan setujulah, memang setiap benda kena berhati-hati.

Barangkali, saya benci dilayan seperti orang bodoh.



 Entah la...


Allahu a'lam

Wednesday, July 18, 2012

can I be like a prophet?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tuesday, July 17, 2012

Minta maaf ye..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sempena Ramadhan yang makin menghampiri ni, saya sebagai insan dhaif, yg bercita-cita untuk menjadi penghuni syurga Allah dan mengharapkan redha Allah..., menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada mereka yang tersinggung dengan apa-apa yang saya coretkan di blog ini. Jika pihak tuan/puan tidak berpuas hati dan inginkan saya meminta maaf dengan lebih personal, tinggalkan email/cara yang boleh saya hubungi pihak tuan/puan dengan lebih proper. (aih, masih gagal guna melayu baku. mau kena piat dgn ustaz hasrizal ni).

InsyaAllah, dari pihak saya, saya memaafkan segala kesalahan pihak tuan/puan yang jelas mahupun tersirat ke atas diri saya. Sebab? Kerana saya berpendapat dunia ini hanya pentas lakonan sahaja. I am a wayfarer, and I own nothing. My anger is when there is thing against His ways.


Allahu a'lam

Monday, July 16, 2012

Naging Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Orang sekarang asyik ber-gaging... kerna manusia itu fitrahnya mencari kegembiraan,

Tapi jangan lupa ber-naging... bukan kepada manusia, kelak kau di cela,

Ber-nag-ing lah kamu kepada yang Maha Mendengar, Maha Penyayang... kelak kau berasa tenang.


Sunday, July 15, 2012

Ramadhan Special from Mark Zuckenberg :D

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Dah boleh tengok sape stalk page fb!! 

Maka.. bole la ye bwk2 bertaubat, kwn-kwn.. (ckp utk diri sendiri gak)

Rintih II

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

calm and shy

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Maha Suci Allah, Allah-lah yang Maha Besar.. dan Segala Puji-Pujian ke atas-Nya

The Husband Who Was Too Shy To Look At His Wife (a moving story)

This story was recounted by Prof. Khalid Al-Jubeir, consulting cardiovascular surgeon, in one of his lectures:

Once I operated on a two and a half year old child. It was Tuesday, and on Wednesday the child was in good health. On Thursday at 11:15 am – and I’ll never forget the time because of the shock I experienced – one of the nurses informed me that the heart and breathing of the child had stopped. I hurried to the child and performed cardiac massage for 45 minutes and during that entire time the heart would not work.

Then, ALLAH decreed for the heart to resume function and we thanked HIM. I went to inform the child’s family about his condition. As you know, it is very difficult to inform the patient’s family about his condition when it’s bad. This is one of the most difficult situations a doctor is subjected to but it is necessary. So I looked for the child’s father whom I couldn’t find. Then I found his mother. I told her that the child’s cardiac arrest was due to bleeding in his throat; we don’t know the cause of this bleeding and fear that his brain is dead. So how do you think she responded? Did she cry? Did she blame me? No, nothing of the sort. Instead, she said “Alhamdulillah” (All Praise is due to ALLAH) and left me.

After 10 days, the child started moving. We thanked ALLAH and were happy that his brain condition was reasonable. After 12 days, the heart stopped again because of the same bleeding. We performed another cardiac massage for 45 minutes but this time his heart didn’t respond. I told his mother that there was no hope. So she said: “Alhamdulillah. O ALLAH, if there is good in his recovery, then cure him, O my Lord.”

With the grace of ALLAH, his heart started functioning again. He suffered six similar cardiac arrests till a trachea specialist was able to stop the bleeding and the heart started working properly. Now, three and a half months had passed and the child was recovering but did not move. Then just as he started moving, he was afflicted with a very large and strange pus-filled abscess in his head, the likes of which I had never seen. I informed his mother of the serious development. She said “Alhamdulillah” and left me.

We immediately turned him over to the surgical unit that deals with the brain and nervous system and they took over his treatment. Three weeks later, the boy recovered from this abscess but was still not moving. Two weeks pass and he suffers from a strange blood poisoning and his temperature reaches 41.2°C (106°F). I again informed his mother of the serious development and she said with patience and certainty: “Alhamdulillah. O ALLAH, if there is good in his recovery, then cure him.”

After seeing his mother who was with her child at Bed#5, I went to see another child at Bed#6. I found that child’s mother crying and screaming, “Doctor! Doctor! Do something! The boy’s temperature reached 37.6°C (99.68°F)! He’s going to die! He’s going to die!” I said with surprise, “Look at the mother of that child in Bed#5. Her child’s fever is over 41°C (106°F), yet she is patient and praises ALLAH.” So she replied: “That woman isn’t conscious and has no senses”. At that point, I remembered the great Hadith of the Prophet (Sallallaahu Alaihi Wa Sallam): “Blessed are the strangers.” Just two words… but indeed two words that shake a nation! In 23 years of hospital service, I have never seen the likes of this patient sister.

We continued to care for him. Now, six and a half months have passed and the boy finally came out of the recovery unit – not talking, not seeing, not hearing, not moving, not smiling, and with an open chest in which you can see his beating heart. The mother changed the dressing regularly and remained patient and hopeful. Do you know what happened after that? Before I inform you, what do you think are the prospects of a child who has passed through all these dangers, agonies, and diseases? And what do you expect this patient mother to do whose child is at the brink of the grave and who is unable to do anything except supplicate and beseech ALLAH? Do you know what happened two and a half months later? The boy was completely cured by the mercy of ALLAH and as a reward for this pious mother. He now races his mother with his feet as if nothing happened and he became sound and healthy as he was before.

The story doesn’t end here. This is not what moved me and brought tears to my eyes. What filled my eyes with tears is what follows:

One and a half years after the child left the hospital, one of the brothers from the Operations Unit informed me that a man, his wife and two children wanted to see me. I asked who they were and he replied that he didn’t know them. So I went to see them, and I found the parents of the same child whom I operated upon. He was now five years old and like a flower in good health – as if nothing happened to him. With them also was a four-month old newborn. I welcomed them kindly and then jokingly asked the father whether the newborn was the 13th or 14th child. He looked at me with an astonishing smile as if he pitied me. He then said, “This is the second child, and the child upon whom you operated is our first born, bestowed upon us after 17 years of infertility. And after being granted that child, he was afflicted with the conditions that you’ve seen.”

At hearing this, I couldn’t control myself and my eyes filled with tears. I then involuntarily grabbed the man by the arm, and pulling him to my room, asked him about his wife: “Who is this wife of yours who after 17 years of infertility has this much patience with all the fatal conditions that afflict her first born?! Her heart cannot be barren! It must be fertile with Imaan!”Do you know what he said? Listen carefully my dear brothers and sisters. He said, “I was married to this woman for 19 years and for all these years she has never missed the [late] night prayers except due to an authorized excuse. I have never witnessed her backbiting, gossiping, or lying. Whenever I leave home or return, she opens the door, supplicates for me, and receives me hospitably. And in everything she does, she demonstrates the utmost love, care, courtesy, and compassion.” The man completed by saying, “Indeed, doctor, because of all the noble manners and affection with which she treats me, I’m shy to lift up my eyes and look at her. So I said to him: “And the likes of her truly deserve that from you.”

The End…

ALLAH says: And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient; Who, when calamity strikes them, say, “Indeed we belong to ALLAH, and indeed to HIM we will return.” Those are the ones upon whom are blessings from their Lord and mercy. And it is those who are the [rightly] guided. (Surah Al-Baqarah 155-157)

Umm Salamah (the wife of the Prophet) said: I heard the Messenger of ALLAH (Sallallaahu Alaihi Wa Sallam) saying: “There is no Muslim who is stricken by a calamity and says what ALLAH has commanded him – ‘Indeed we belong to ALLAH, and indeed to Him we will return; O ALLAH, reward me for my affliction and compensate me with that which is better’ – except that ALLAH will grant him something better in exchange.” When Abu Salamah [her former husband] passed away, I said to myself: “What Muslim is better than Abu Salamah?” I then said the words, and ALLAH gave me the Messenger of ALLAH (Sallallaahu Alaihi Wa Sallam) in exchange. (Sahih
Muslim)


Allahu a'lam


Sumber

Saturday, July 14, 2012

Seorang syeikh yang suka bermuhasabah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Maha Suci Allah yang menciptakan hamba-hambaNya. Tenang dengar syeikh ni beri tazkirah. Basic. Asas. Itu lah perkara yang beliau sentuh. Dan Rasa lembut je hati tengok dia tersedu-sedu. Iri hati pun ada barangkali, kerana tak mampu sebegitu. :-(

:D

past

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sudahkah kita bermuhasabah diri untuk hari ini?

:-) tadi agak 'itchy' tangan baca post2 sekitar tahun 2010. Mampu sengih sorang-sorang je...

Rasanya, belajar bidang ini atau belajar di negara ini... yang mana membuatkan diri ini seakan-akan terperangkap dlm evolusi kematangan?

wonder..wonder

Friday, July 13, 2012

courage

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



' ...courage is mastery of fear..., not absence of fear ...'

menarik ! perlu tahu dan dengar !

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



tonton juga part 2 dan 3 :) runtuhkan yang zalim !


Thursday, July 12, 2012

buang karan

bulat kecil, bulat kecil, ... bulatlah besar..

sayang mama, sayang papa,.. selamat malam (?)

enam kali enam... tiga puluh enam...

korek lubang, korek lubang...

ANAK BERUANG!!

Wednesday, July 11, 2012

Terfikir..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya punya kawan bernama Hilal Asyraf di facebook.

Ala, yg popular tu XD

Dan Sabtu lepas, dia telah diijab kabulkan dengan pasangan hidupnya. Moga Allah berkati mereka berdua...

Dan bermula dari waktu itu (dan sebenarnya, sebelum nikah pun mcm dah start kut), keluar status update yang penuh bunga-bunga..

Barangkali, ada yang terfikir, 'eleh, mamat ni dengki ke dgn Hilal Asyraf..sebok je, pi block la kalau tanak baca status tu..'

InsyaAllah, tak dengki pun. Happy je. Kawan dapat rahmat, takkan tak happy kut.

Namun, cuma terdetik secara tiba-tiba ...

Ye lah, kahwin ni bukan perkara yg mudah untuk dicapai, apatah lagi untuk disempurnakan (kehidupan selepas kahwin).

Saya punya ramai kawan yg tersangkut dlm bab untuk capai perkara tersebut. Sebenarnya, diri sendiri pun.

Dan seringkali dengar kawan kongsi rasa hati mereka, sedih kerana nak buat benda baik di zaman fitnah ni mmg penuh kepayahan. Ada je ujian.

Rasanya, status-status Hilal ni, kalau dibaca geng 'kempunan' ni, boleh calar balar hati.

Perkara yang hampir sama.. mimik.. seperti mana seseorang itu pass exam, balik tanah air menikmati cuti dengan penuh kegembiraan.

Barangkali rasa tidak sensitif itu tiada, maka kadang kala ayat-ayat yg boleh menimbulkan iri hati pun terpapang lah di status update..(haa, tu lah, sape suruh active main fb XD)

Ntah la.. taktau nak classify problem ni mcm mana. Cuma pd pandangan peribadi, elok lagi la berdiam diri. Bak kata hikmah dalam anime yg sy baca..

'Silence is gold.. speech is silver'

Allahu a'lam

ps: tp serius, insyaAllah sy tak kisah pun status2 fb ni. just putting myself in other people's shoes.

Tuesday, July 10, 2012

I Love You, Man... For the Sake of Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Friday, July 6, 2012

Rintih

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

6 July 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



tergamam menerima berita penarikan diri sahabat perjuangan.
mixed feelings.
ya Allah, teguhkanlah kami di jalan-Mu ini.
ya Allah, Engkau Maha Tahu, maka ku pohon kesejahteraan kawanku itu...

Thursday, July 5, 2012

IMAD - Berkat Ramadan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tuesday, July 3, 2012

Buang sepatutnya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

I'm the kind of person, that used to lived in a strict life.

And surely, I have a lot of pantang larang.

But after reading this, it wokes me up .. because now I know why I always failed in anger management.

Too-Much-Sepatutnya

Perfectionist

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Perfectionist itu juga.. satu nikmat.



perfectionist, perlu diimbang dengan syukur. TONTON.

Saturday, June 30, 2012

my.. my..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Haaa, kt fb, twitter,...org dok sebok post akad nikah yg penuh unik lagi memeningkan kepala.

Feveret la kononnye...

Ni, ni,.. eden punye feveret ! *'otai tak otai diorg ni'*




ps: tak boleh kongsi dkt fb. satgi keluar komen yg pelbagai ragam. nak layan salah, tak layan salah


plus.. tak dapat bayangkanlah kalau eden buat gini, ape respond kaum kerabat. dapat periuk terbang? tak pun embargo dari masuk rumah? *pikir bukan-bukan*

Friday, June 29, 2012

Strive: Tae-ho's story

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Beauty

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Terkesan.

Rasulullah S.A.W. tidak meninggalkan kemajuan sains dan teknologi ketika zamannya.

Tidak pula dilihat perluasan kuasa, tetapi hanya terbatas di sebahagian kecil semenanjung Arab sahaja.

Tidak juga Baginda meninggalkan tulisan, buku yg berjela-jela, berjilid-jilid panjang untuk dibaca

Tapi Baginda berjaya memahat agama Allah dihati para sahabat, yang kemudiannya menegakkan syiar Islam dalam pelbagai aspek keduniaan.

Pahat dihati kita brothers and sisters akan agama ini... pahat.
Selepas pahat dihati kita, kita pahat dekat hati orang lain pula :)


Thursday, June 28, 2012

shy. thankful.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



shy + thankful = immense love to Allah

Wednesday, June 27, 2012

Bila teringat nak buat jahat ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

7:201


Sahih International
Indeed, those who fear Allah - when an impulse touches them from Satan, they remember [Him] and at once they have insight.
Malay
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

Dedicate life

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



do.we.love.Allah?

Tuesday, June 26, 2012

life

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...