Tuesday, January 31, 2012

konsep tawakkal

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

esok

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Esok saya imtihan. minta selitkan kejayaan saya dalam doa kalian ya :-)

Monday, January 30, 2012

Takdir

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


harini, orang yang rapat dgn saya kurang berjaya dalam peperiksaannya ...
ini mengingatkan saya kepada satu hadis berkenaan takdir/pemahaman yg perlu untuk seorang muslim atas sesuatu yg berlaku ...


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas R.A.


 “Suatu hari saya pernah di belakang Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam , kemudian beliau bersabda kepadaku: Hai anak, sesungguhnya aku (akan) mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: Jagalah (hak) Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya engkau dapati Dia ada dihadapanmu. Apabila engkau memohon, maka moholah kepada Allah. Dan apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah. Dan ketahuilah, bahwa umat, seandainya mereka berkumpul (bersepakat) untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan (bisa) memberimu suatu manfaatpun melainkan (sebatas) telah ditakdirkan oleh Allah bagimu, dan apabila mereka berkumpul (bersepakat) untuk menimpakan bahaya kepadamu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan (bisa) menimpakan suatu bahaya apapun kepadamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atasmu. Pena-pena telah diangkat dan lembar-lembar (tulisan takdir) telah kering.”


Hadis Sahih Imam Tirmidhi ..


Allahu a'lam

Sunday, January 29, 2012

ba baa baaa baaaa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

mystery of brain. :-)

melampias emosi

bodoh awan nano punya lirik. aaaarrrgggghhh.....

dah besar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

dah besar lah saya. melihat gambar kawan kahwin. dah besar lah saya. melihat rupa paras rakan-rakan yang hadir pada majlis tersebut. dah besar lah saya.melihat cermin, tengok diri sendiri. dah besar lah saya.

akhir-akhir ni, kerap terlintas satu fakta dalam kepala. hidup ni sementara je wahai yang hidup.

....

Saturday, January 28, 2012

surat sayyid Qutb

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ini lampiran surat as-Syahid Sayyid Qutb kepada adiknya ..


Adikku,
Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri,
Terasalah oleh kita bahawa kehidupan ini begitu sempit dan pendek.
Hanya bermula dengan kelahiran kita, dan berakhir dengan kematian.
Berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi, dan kemudian kembali ke bumi lagi.

Tetapi adikku,
Jika hidup kita untuk aqidah dan untuk orang lain,
Maka terasalah hidup ini begitu luas dan panjang.
Ia lahir bersama kemanusiaan, dan tidak akan mati.
Walau setelah ruh terlepas dari jasad ini, walau berpisah dengan bumi.

Kita akan merasa bahagia dan puas!
Hakikat umur kita berlipat ganda jauh melebihi jumlah angkanya.
Walaupun pada hitungan tahun, usia kita kecil sahaja.
Itulah kebahagiaan hakiki.
Bukan kebahagiaan fantasi.

Dalam kehidupan seperti itu,
Tergambarlah keuntungan yang kita peroleh sejak awal kelahiran kita.
Dari hari ke hari.
Dari masa ke masa.
Dan seluruh umur kita.
Keuntungan itu terasa dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita.

Terasa betul bahawa hidup ini,
Bukan sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita.
Bukan sekadar berapa banyak jumlah angka umur kita.
Tapi hidup ini diukur dan dinilai dari kepuasan rohani yang dapat kita rasakan!

Inilah kenyataan yang dinamakan Realiti.
Bukan seperti imaginasinya kaum yang materialistik itu.
Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka perkatakan


Friday, January 27, 2012

The story of Niqab

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

http://www.citytv.com/toronto/citynews/videos/183423

lagu super tajam ..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

medan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Orang selalu sebut, medan jihad dakwah sebenar adalah di Malaysia.

Aku tidak setuju.

Bumi Allah ini medan jihad kita. Mana-mana pun kita berjihad. Barangkali kerana melihat jihad di Malaysia lebih sukar, maka ia di label lebih benar.

Tidak !!!

Di mana-mana ceruk atas alam Allah ini, kita punya tugas. Yang sememangnya berbeza.

Sebagai contoh, di kawasan ini, umat Islamnya minoriti.
Jurang bahasa menjadi musuh utama, menidakkan perkembangan ukhwah dikalangan sesama muslim berlainan negara. Sememangnya seakan 'enak' jika melihat konteks Islam sesama Melayu. Hakikatnya jauh menyedihkan jika kita liputkan Islam kpd masyarakat Islam di kawasan tersebut. Ramai di antara mereka berjuang utk sesuap nasi. Tidak dikira lagi, ramai yg masih belum faham Islam yg menurut acuan al-Quran dan As-sunnah.

Jika mahu dilihat dari konteks yg lebih hebat, masyarakat non-muslim itu adalah madu'. Tanggungjawab kita (muslim). Cuma pelbagai keterbatasan menidakkan keinginan. Namun belum melepaskan kita dari tanggungjawab itu.

Nah, benar tak benar medan jihad di luar negara?

Allahu a'lam

Thursday, January 26, 2012

kata hikmah ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


"Inna Nuqaddimu qabla junddi qadatana" 

(Sesungguhnya pimpinan kami lebih dulu mengorbankan diri sebelum kami mengorbankan tentera-tentera kami)

 As syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Al Bara' bin Malik

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Umar Al Khatab pernah menulis surat kepada wakilnya di Afaq:
“Jangan kamu lantik Al Bara’ memimpin tentera Islam kerana bimbang beliau akan membinasakan tentera lantaran keberaniannya.”
**************
Di dalam suatu kisah, selepas Baginda s.a.w. wafat, banyak kabilah Arab berpusu-pusu keluar dari Islam. Abu Bakar As Siddiq tetap teguh memerangi kaum murtad ini untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar.
Golongan murtad yang paling ramai dan kuat adalah daripada Bani Hanifah yang dipimpin oleh Musailimah al Kazzab. Musailimah berjaya menewaskan angkatan tentera Islam di bawah pimpinan Ikrimah bin Abu Jahl. Lantas Abu Bakar menghantar pasukan tentera di bawah pimpinan Khalid Al Walid yang juga disertai sahabat-sahabat terkenal daripada Ansar dan Muhajirin.
Pertempuran yang sengit ini berjaya dikuasai oleh Musailimah sehingga ada yang berjaya merempuh masuk khemah besar Khalid Al Walid sehingga hampir-hampir membunuh isteri Khalid. Banyak tentera Islam gugur syahid.
Khalid yang melihat pertempuran semakin sengit mengarahkan Bara’ bin Malik: “Wahai pemuda Ansar. Bantu mereka.”
Lantas, Bara’ berpaling dan melaungkan: “Wahai orang Ansar, jangan ada seorangpun di kalangan kamu berfikir untuk kembali ke Madinah. Tiada Madinah lagi bagi kamu hari ini. Yang tinggal hanyalah Allah yang Esa dan syurga yang abadi..” Bergema kata-kata Bara di tengah kecamuk pedang dan perisai.”
********************
Akhirnya musuh berundur ke sebuah taman yang dalam sejarah dikenali sebagai Taman Maut. Taman Maut ini merupakan lapangan yang luas dan dikelilingi tembok yang tinggi. Musailimah dan ribuan tenteranya berlindung di dalam taman tersebut dan menghujani tentera Islam dengan anak panah.
Ketika inilah Bara’ mara dan menjerit: “Wahai tentera, letakkan saya di atas sebuah perisai, junjung perisai tersebut dengan mata lembing kemudian lontarkan saya ke dalam taman berhampiran dengan pintunya. Sama ada saya syahid atau saya berjaya membuka pintu untuk kamu semua masuk menyerbu mereka.”
Sekelip mata Bara’ telah berada di atas sebuah perisai dan dihumban ke dalam taman tersebut. Beliau bertempur dengan musuh yang berdekatan pintu dan berjaya membuka pintu taman tersebut dengan lebih 80 kesan luka di badannya.
Akhirnya, Musailimah dan tenteranya berjaya ditewaskan dan al Bara’ bin Malik dirawat oleh Khalid al Walid. Dengan izin Allah, selama sebulan barulah beliau sembuh.
*******************
Keazaman untuk mati syahid terus membara dalam diri Al Bara’. Beliau terus menyertai peperangan demi peperangan sehinggalah ketika pembukaan Tustar, salah sebuah penjajahan Parsi.
Ketika itu, tentera Parsi berlindung dalam sebuah kubu yang tinggi dan licin. Tentera Islam mengepung bagaikan gelang di tangan. Jadi, tentera Parsi semakin tertekan lalu bertindak menghulurkan rantai besi dari atas tembok yang diikat serampang bengkok daripada besi waja yang dibakar. Apabila terkena pada tentera Islam, ia tersangkut di tubuh badan mereka, lalu tentera Parsi mengait mereka ke atas.
Salah satu serampang tersebut terkena Anas bin Malik. Melihat saudaranya itu, Al Bara’ melompat ke atas dinding kota dan memegang rantai besi itu untuk mencabut serampang tersebut dari badan saudaranya.
Tangan al Bara’ terbakar dan berasap, namun beliau tidak menghiraukannya sehingga beliau berjaya menyelamatkan saudaranya. Setelah itu beliau jatuh ke tanah. Daging tangannya luluh terbakar dan yang kelihatan hanyalah tulang.
Dalam peperangan ini, beliau gugur syahid dan berjaya melaksanakan impian besarnya. Semoga Allah memberi rahmat ke atas beliau. Ameen..

hadiah untuk ibu ayah ..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

saya usai mengkhatam buku 'Negeri 5 Menara' ...
salah seorang watak di dalam cerita itu, menyedarkan saya akan satu perkara ...

'Apalah agaknya pemberianku kpd org tuaku kelak nanti di akhirat?'

watak di dalam kisah itu ingin memberikan kedua orang tuanya, jubah di akhirat kelak, hasil hafazan al-Qurannya. (kedua org tua watak tersebut meninggal tika dia kecil lagi).

Siapa yang membaca Al-Qur’an, mempelajarinya, dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari kiamat. Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaiakan dua jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapatkan di dunia. Keduanya bertanya, “Mengapa kami dipakaikan jubah ini?” Dijawab,”Karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al-Qur’an.” (H.R. Al-Hakim)

Menghafaz al-Quran, lantas dpt memberikan kebaikan kpd kedua ibu bapa ...
*persoalan sebelum ayat di atas, lantas PERNAHkah saya memikirkan utk memberikan pemberian yg baik utk mereka?*

-muhasabah diri-

sumber

Allahu a'lam



Wednesday, January 25, 2012

Tuesday, January 24, 2012

we don't know

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

quoted :

The Prophet (sallaallaahu `alaihi wa sallam) said:

"The example of my Ummah is like that of rain. It is not known whether the initial part (of the rain) is good or the latter part."

(Musnaad Ahmad, 3/130, 4/319, and at-Tirmidhee, no.2873)

Ibn Taymiyyah on this Hadeeth:

"..what it means is that among those who come later there will be those who are similar to those who came before, and they will be so close that the one who tries to compare them will not know which is better, even though one of them is in fact better. 

This is glad tidings for those who come later, that among them will be those who are close to those who came before them, as it says in another hadeeth: "The best of my ummah are the first and the last, and between them there will be some crookedness. Would that I could see my brethren." They said, "Are we not your brethren?" He said, "You are my companions." This shows that precedence was given to the Sahaabah, because they alone are his companions, which is a higher status than merely being brothers." 

[Majmoo' al-Fataawa, 11/370, 371]


Allahu a'lam


source 

cita-cita

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

aku, rasa ... ingin jadi pendidik. amin.

http://www.teachformalaysia.org/

aku ingin orang di sekelilingku tahu pentingnya ilmu. pentingnya membaca!

:'(

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



...jgn lupa ckp Alhamdulillah selalu ye, pendamba_cinta

Monday, January 23, 2012

Iman

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Iman adalah, mutiara ...

Sunday, January 22, 2012

hayati

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

hayati. hayati. hayati. (bukan nama orang)

Saturday, January 21, 2012

tahun baru cina

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

saya bukan racist,
bukan UMNO-ist,

cuma hairan. penuh di dada fb update saya, rakan-rakan melayu wish happy chinese new year kpd non-malay,
namun saya tidak melihat semangat yang sama (dari kaum yg lain) tika mana perayaan Aidil-fitri, or any perayaan la. Am I missing something here?


bersederhana

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

besederhanalah dengan semua perkara, hatta dengan bersederhana itu sendiri ...

renung-renungkan ...

salji

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

alhamdulillah, salji turun dengan jayanya ...
terima kasih ya Allah, kerana menjadikan tahun ini salji tidak turun terlalu kerap,
agar dapat mengajarku bersyukur dengan nikmatMu dan mengelakkan rasa 'bosan' dengan apa yang berada di depan mata ...

Friday, January 20, 2012

halal

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

People, mari mendidik. mendidik akan kesedaran mengenai produk halal.
Saya sokong JAKIM. cuma, barangkali ada byk benda lagi perlu diperbaiki. but as a start, it is good.

p/s: pemberita pun kena halal :-p

Thursday, January 19, 2012

Asyhadu-anna Muhammad Ar-Rasulullah ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

explore

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

don't stop exploring your faith

Tuesday, January 17, 2012

quotation of the day

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


hati ini tak tenteram lah akhir-akhir ini.

maka, seorang kawan menasihati ...

kan nk menuju bnde2 yg baik ni ciri2 die kne byk halangan n ujian..


Monday, January 16, 2012

success

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

robek

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

hati saya bagai dirobek bila membaca kes murtad. baca berulang-ualng kali dah sebelum ni, namun tetap terasa dirobek ...

ya Allah, jangan Kau bolak balikkan hati kami, sehingga menjauhiMu ...

baca

Sunday, January 15, 2012

dalam kepala

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

seperti post sebelumnya, telah ku katakan, aku pening ...

ia barangkali berkait rapat dengan fenomena video kanak-kanak baya 12 tahun menari tarian 'shuffle' ...

aku tak berpuas hati.

pertama: mereka kanak-kanak. lumrah bersuka ria.

kedua: orang yang mengkritik itu seolah-olah menunjukkan budaya menari itu sama sekali ditolak Islam. saya berpendapat jika kanak-kanak itu shuffle mengikut garis panduan Islam berhibur itu tiada masalah ...

dan mungkin, ada hujah-hujah lain lagi.

Allahu a'lam ...

please hear him well.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Hamza Yusuf - "The Critical Importance of Al-Ghazali in Our Times" (Fons Vitae Press) from Fons Vitae Press on Vimeo.

pening

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ya Allah, hambaMu ini terlalu 'pening' dengan karenah kejadian dunia disekeliling ...

Ya Allah, pimpinlah hambaMu ini, amin ...

...

Saturday, January 14, 2012

wish

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ya Allah, I wish, my future wife will have this kind of mentality ...

Amin ...

baca

desa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya rindu kampung saya ...

Kampung belah ibu ...

Kampung Tanjung Rimau Dalam ...

Friday, January 13, 2012

The Sunnah of Love

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

the title itself is quite catchy :-) --> (if not, how come you click for this entry? :-p)

baca

Wednesday, January 11, 2012

hear him ... !

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Tafsir Surah Dhuha menurut kerangka Sirah Rasulullah ketika kecil ..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tuesday, January 10, 2012

kahwin

failed

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

nikmat. fail. exam.
ironi. tapi realiti.

Alhamdulillah ...

Monday, January 9, 2012

sesal

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang ...

memang betul lah larangan Allah, akan jgn mengeluh (menyesal) akan perkara lepas ...
ia seakan-akan racun dalam hati ...
ia membuatkan luka lama tak mungkin sembuh ...

*ya Allah, permudahkanlah hambaMu ini menduduki exam esok. subject yang paling unik sepanjang pembelajaran ini*

Sunday, January 8, 2012

Facebook

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang ...

penyokong

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Aku penyokong PAS. dan ingin menjadi pendokong.

Tapi sejujurnya gelisah melihat mabuk emosi yang berlaku di laman web sosial.

Sabar teman, lapangan dakwah itu luas. Bijak lagi jika kita respon seadanya dengan penuh hikmah di atas sesuatu perkara yang berlaku.

Allahu a'lam

Saturday, January 7, 2012

:-(

Bismillah ...

Ya Allah, tenangkanlah hati ayahku, ibuku, keluargaku, saudara-saudaraku yg seagama ...

Ya Allah, tenangkanlah hati-hati kami ...

amin

Friday, January 6, 2012

mesti tonton

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Filem mesti tonton. Perempuan Berkalung Sorban ...
Filem yang tidak sempurna, tapi banyak membangkitkan isu-isu menarik untuk difikirkan !!

Tapi awas, bahasa indonesianya pekat :-p

*Alhamdulillah, puas tonton filem ini :-) *

Thursday, January 5, 2012

mungkin

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Mungkin ...

Mungkin ...

aku rindu melihat wanita bertudung labuh ...

Mungkin .....

mcm tak kena ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Baru je selesai dengar documentary ringkas berkenaan seorang pelajar cemerlang (muslimah) ...

Tapi, ada satu statement dari dia yang buat saya ragu-ragu (jauh di sudut hati) ...

'...alhamdulillah, saya tiada 'boyfriend'...'

Somehow, macam tak kena perkataan 'alhamdulillah', dengan sambungan seterusnya ...

Entah la ...

*Alhamdulillah ya Allah, kerana nikmat yang mencurah-curah dalam hidupku ini ... *

bayangkan ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Bayangkan, ayah kita yang sebutkan bait-bait lirik ini ...




p/s : kalau lelaki, boleh la fahamkan diri tu, puteri tukar jadi putera :-)

Wednesday, January 4, 2012

kata hikmat

Bismillah ... (Dengan Nama Allah ..)

Man-jadda-wajada
 >>> ertinya : Siapa yang bersungguh-sungguh, akan berjaya 

:-)

Tuesday, January 3, 2012

ku punya mata. kamu?

ku punya mata, tapi terasa 'buta' ...

ku punya mata, tapi tidak pasti denga hala tuju dunia ...

ku punya mata, tapi kacau bilau bila hendak memilih yang mana ...

ku punya mata, tapi nikmatnya di salah guna ...

ku punya mata, tapi terasa sengsara di dalam jiwa ...

ku punya mata, tapi menjadi pemangkin nafsu bermaharajalela ...

ku punya mata, tapi darjatku lebih rendah dari yg berkaki tiga ...

ku punya mata, tapi merasa hidup sunyi sentiasa ...

ku punya mata, tapi enggak puas lagi dengan apa yang ada ...

ku punya mata ...

*ya Allah, tenteramkanlah jiwa hambaMu ini ....*

icon

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

maaf ku katakan, tapi pelajar melayu ni ada masalah mencari icon (wira) 'pelajar cemerlang' ...

ku ingat, isu pelajar cemerlang jadi gay menjadi titik noktah, but then disambung dengan pelajar cemerlang jd org putih ...

dan kemudian, keluar pulak pasal pelajar cemerlang yang baik (so...?)

tidak cukupkah Rasulullah untuk menjadi icon hidup kita? :-(

*pening .. maaf jika ada salah silap ..  mungkin kompas hidupku sedikit 'weng'*

Allahu a'lam

Monday, January 2, 2012

eksklusif

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .. 

Agama Islam itu bukan agama eksklusif ... 

Ia ... hak milik setiap insan :-)  *baca dengan tone iklan produk kecantikan (nona roguey?)*

Spread it !!

tonton

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Usai menonton filem The Whistleblower (2010/2011) ...

Ya Allah, sedihnya rasa hati ini. Melihat saudara se-species, mahupun seagama, dilayan sebegitu rupa ...



*berfikir ...*

Sunday, January 1, 2012

new year?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, harini, saya kenal brother baru. Brother Yahya namanya :-)

Dia bantu saya, mengalih bahasa tazkirah imam maghrib,

Bertajuk: mengucap selamat tahun baru kepada non-muslim.

Ia boleh jadi, sunnah, haram dan harus.

Sunnah bila kita wish untuk menjaga hubungan baik dengan mereka.
Bukankah Islam menganjurkan untuk berbuat baik kepada sekalian manusia?
Dan ia menjadi lebih manis, jika kita beri ucapan, diselit dalam hati secebis doa agar mereka diberi hidayah :-)

Haram bila mana kita ucap selamat, disertakan doa agar mereka sukses ke arah kemungkaran (eg: semoga menjadi kristian yg taat?)

Harus jika mengucapkan tanpa niat apa-apa, sekadar adat.

Allahu a'lam

'..inna-a'maalu-binniat..'

lepas solat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Renungan untuk diri ini,

kadang kala, dapat dilihat kualiti solat kita,
dengan hanya mengukur betapa lama kita mampu 'duduk sebentar' selepas solat...
atau dengan melihat doa tulus ikhlas kita kepada yg Maha Esa..

Allahu a'lam.