Thursday, August 9, 2012

orang melayu dan raya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Hari ini nak cakap pasal bangsa melayu.
Sepanjang hidup yang serba singkat ini, seringkali aku melihat bangsa melayu sebagai satu bangsa yang sederhana.. tak pun lemah.
Orang melayu tak mampu menjadi jaguh untuk banyak perkara ...

*harap yang membaca dapat menghormati pandangan ini, kerana ia dilihat dari sudut statistik*

tapi...
Orang melayu cukup hebat dalam satu perkara.
Bila ia berkaitan dengana raya.
Serius, kalau anything pasal raya masuk olimpik, ada kemunkinan orang melayu menang.


Dari segi lakonan: berlambak-lambak iklan raya yang sangat menyentuh hati; pelbagai segi, gembira..macam-macam lah...!

Dari segi music: Lagu raya memang terbaik. Pasang time tak raya pun hati rasa macam dah raya!

Dari segi ekonomi: Orang melayu yang tak reti2 buat business, terus hebat buat business. Kuih raya, baju raya, air raya, rendang raya, dan macam-macam lagi. Siap boleh buat auxillary business lagi. Bawak sample pergi office :p.

Dari segi ketenteraan: Boleh tak nak bayangkan, budak-budak bawah umur, boleh berperang dengan gembira. Bom buatan tu memang dah macam masak nasi goreng je. tutup mata. thunder clap, meriam buluh, mercun pop pop, dan macam-macam lagi. Siap terkorban pun ada! (nauzubillah)

Dari segi fesyen: Baju raya memang terbaik. Lawa bagai. Tiap tahun ada tema. Colour nak sedondon. Mantap.

Dari segi ibadah: Sedekah, sembahyang raya yang sunat pun tip top. Datang awal masjid.  Open house, jemput orang lawat rumah. Jamu. Subhanallah!

Dan macam-macam lagi.

Barangkali, bangsa lain pun raikan raya dengan meriah. Tapi orang melayu one of the top la dalam bab ni.

Memang perlu rasai betapa bertuahnya bulan Ramadhan itu kepada sesiapa yang menempuhinya. Namun Hari Raya ini juga hadiah dari Allah, kepada umat Islam, untuk meraikannya. Dan saya melihat, orang Melayu terkedepan bab ini.

In the other hands; jika nak difikir dari angle yang berbeza, kita sering lihat, orang melayu tak mampu itu ini. Sebenarnya mereka mampu! But need the right spark. Frankly speaking, saya pun tak tahu what is the right spark. Raya itu salah satu daripadanya. Namun, ia bersifat sementara. Macam mana nk spark kehidupan bangsa melayu secara spesifik, dan secara globalnya, umat Islam? -mari muhasabah diri  :-) -

Allahu a'lam

No comments: