Friday, May 31, 2013

#sarapan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

sarapan pun dengan komputer. looser looser...

well, mari kita refleksi hadith ke-19 dalam kitab hadis 40 (matan arba'in) imam nawawi.
hadis ini cukup significant untuk minggu ini.
well, ini merupakan tajuk pembentangan hadis bagi usrah minggu ni.
dan saman membacakan hadis ini bila penulis merasa gerun menghadapi exam neurology.
dan ia sekali lagi di baca ketika bayan tabligh di masjid beberapa hari lepas.
dan ia fit dgn decision yang dibuat awal pagi harini.

hadis (ghulam) dari ibnu Abbas, ketika mana sedang menunggang unta bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wa-sallam.

Dari Abu Al ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu anhu, ia berkata : Pada suatu hari saya pernah berada di belakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda : "Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat : Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, niscaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, niscaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Segenap pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering." (HR. Tirmidzi, ia telah berkata : Hadits ini hasan, pada lafazh lain hasan shahih. Dalam riwayat selain Tirmidzi : “Hendaklah kamu selalu mengingat Allah, pasti kamu mendapati-Nya di hadapanmu. Hendaklah kamu mengingat Allah di waktu lapang (senang), niscaya Allah akan mengingat kamu di waktu sempit (susah). Ketahuilah bahwa apa yang semestinya tidak menimpa kamu, tidak akan menimpamu, dan apa yang semestinya menimpamu tidak akan terhindar darimu. Ketahuilah sesungguhnya kemenangan menyertai kesabaran dan sesungguhnya kesenangan menyertai kesusahan dan kesulitan”)


ajaib..cukup ajaib dunia ini...





Allahu a'lam

#makayah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Maafkan saya mak ayah. saya selalu tak puas hati dengan banyak perkara dalam rumah. tapi mak ayah seharusnya perlu dimuliakan walaupun apa pun, selagi tidak melanggar perintah Allah. maafkan saya.



ps: lately selalu didatangi keajaiban takdir. berkenaan marah. 2,3 mlm deal dgn perkara berkaitan marah. then, dpt baju meng kasi 'anger: the root of evil. and come this video. subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar.

Allahu a'lam

#today

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Bye meng. Sorry tak dapat jadi kawan yang baik (di sini). Aku pun tak tahu macam mana nak jadi kawan yang baik. Yang pasti, aku tak bermuka dengan kau. Dan terima kasih atas 'master piece' yang ditinggalkan. Aku akan cuba bantu pelakon dalam tu, insyaAllah.

Alhamdulillah, settle rumah lama. Nasib yang datang check rumah tu orang muda. Dia pun tak pasti definasi 'rumah yang bersih' tu macam mana. ffuuuhh...

Mari-mari, kita kumpul bekal iman dan taqwa. Jangan lupa, ini perjalanan mencari cinta. Heh...

Allahu a'lam.

ps: tak tahu lah..rasa peace semacam..walaupun kurang tidur. segala puji bagi Allah, Maha Suci sifat-Nya.

#dosa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Banyak betul dosa.
Yang sedar susah nak ubah satu hal. Sangat-sangat banyak.
Yang tak sedar dan boleh tahan super banyak pun satu hal.
Mungkin la..mungkin kena pindah, bawa diri kut.
Hijrah ke kawasan baru, tempat baru.. dan mulakan buku baru.

Astaghfirullah (hal) al-azim.

Thursday, May 30, 2013

#kan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

kan best, study ni seronok mcm bersembang. heh

Allahu a'lam

#setapak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Study weeks done! Setapak langkah sudah ke dalam final year. Scary siot. Excited pun ye jugak.

Need to think more like a tabib rather than a student. heh.

Allahu a'lam

Wednesday, May 29, 2013

#cerita pak hasyim

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Berkata seorang guru agama kepada anak-anak muridnya

'Sabar itu boleh dibahagikan kepada 6!'

'Yang pertama itu kepada Allah. Ia bermaksud....."

-selepas 10 minit-

'Yang kedua itu kepada .......'

-selepas 50 minit-

'Baik, tamat pengajian untuk hari ini....'

Bertanya seorang anak muridnya.. 'wahai guruku, macam mana kalau .....'

Jawab gurunya dengan marah, 'HOI, tadi aku da cakap, kau tidur buat apa?!'

-ironi. ajar bab sabar, tapi tak sabar-

Pengajaran: Sabar bukan sekadar theori. Ayuh keluar 3 hari..takpun seminggu...takpun 40 hari. Hahaha, iklan tabligh sikit. #takbolehpasalexam.

#tabligh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah
Allahu akbar, Allah yang Maha Besar
Segala pujian, hanya untukMu

Hijjaz, Zapin Kesyukuran

Harini, Allah pertemukan saya dengan kumpulan tabligh dari Malaysia.
Dan Maha Suci Allah (terasa nak nangis), seakan merasakan hati yang haus diberi tegukan air yang sejuk lagi menyegarkan.
Haih, sesungguhnya hambaMu ini cukup rindu dengan suasana sedemikian.

Pakcik super mangat

Ketika sedang menjamu selera bersama, pakcik Hasyim duduk disebelah saya.
Dan dia berjaya membuatkan saya rasa terpegun dan malu.
Saya, yang sudah selesai makan..siap bertambah; dan dia... sibuk mengajak saya sama-sama berfikir tentang kerja dakwah. Tazkiyyatun Nafs.
Dia bercakap perkara yang sangat mudah difahami, dan sangat basic. Dan saya suka akan itu.
Dia bercakap dan terus bercakap. Sedangkan nasi di tangan dah lebih seminit dua dihentikan dari memasuki mulut, semata-mata ingin menyampaikan kefahaman yang dia ada. Allahu rabbi. Terasa diri level sampah bila dibandingkan dengan dia.
Dan nak balik..namun dia masih lagi nak bercakap berkenaan agama.
Betapa bila manusia itu cinta pada Rabb-nya, maka segala aktivitnya mengarah kepada kekasihNya.

Malu.

KMB

Well, saya menggelar kolej persediaan saya sebagai Azkaban.
Manifestasi kebencian yang amat sangat.
Hari terakhir keluar kolej, memang tip top packing super duper pantas tanpa menghiraukan orang disekeliling.
NAK BALIK. BERAMBUS.
But now, bila muhasabah balik, kebencian saya kepada KMB untuk beberapa perkara menghalang saya mensyukuri dan menggambil kebaikan yang wujud ketika mana saya belajar disitu.
KMB dikelilingi persekitaran yang cukup baik. Sahabat yang baik (wafi wamzah..abe mat..etc). Jauh dari distraction dunia. Aktiviti yang baik. Jemaah yang sihat (tabligh..Isma..etc).
Sejujurnya saya berasa cukup hairan dengan Jemaah tabligh. Hairan, tapi  kagum.
Hairan kerana penampilan dan aktiviti mereka..tetapi kagum dengan semangat dan hati mereka.
Pernah suatu hari, abg naqib usrah Isma saya seakan memandang enteng tabligh. Saya diam, tapi dalam hati saya menentang pendapatnya.

Siapa yang pagi2 bangun awal, tolong ketuk pintu setiap bilik..tolong azan? - budak tabligh
Siapa yang petang2 ingatkan manusia untuk kembali kpd Allah? - budak tabligh
Siapa paling murah dengan salam? - budak tabligh
Siapa paling murah dengan senyuman? - budak tabligh
Siapa yang paling ramah? - budak tabligh

Memang wujud kritikan, namun ia tidak menyebabkan tabligh perlu dipandang hina.

Sekolah asrama mengajar saya akan apa itu nakal, berdiri sendiri dan agama.
Kolej persediaan mengajar saya untuk buat perkara yang kamu tak suka, dan juga agama.
Universiti mengajar saya untuk menjadi multi-tasking human, dan 'berseorangan' walaupun dikhalayak ramai.

Ntah la..banyak nak cakap sebenarnya. Tapi cukup la kut dengan apa yang ditulis ni. Dapat meluahkan sedikit rasa hati selepas berjumpa persekitaran yang soleh.

Allahu a'lam

#haha

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tadi like satu gambar kawan. Act, gambar tu boleh dibuat 'bahan' nak hentam si penulis...
Namun, sebelum sempat yang upload gambar (Q) hentam, si penulis dapat figure out yg die menulis sajak masuk air.

SAJAK BAJU

Apa nak ku buat
Dengan baju2 berbunga itu
Dibuang masih elok
Diberi terasa sayang
Sampai bila mahu ku simpan
Baju bunga disulami kisah cinta
Akhirnya aku coba pakai
Ternyata ia bukan untukku lagi
Bunga itu menyesak jiwa
Talinya menarik nafasku panjang
Baju itu bukan untukku lagi.


Serius lawak! Sengal la Q.

Haih, balik kampung ni, dapat pekena teh dengan member langsung merepek meraban memang sedap ni.

Allahu a'lam

Tuesday, May 28, 2013

#al-bhutti

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ketika berita pembunuhan syeikh Said Ramadhan al-Bhutti, pelbagai jenis komen terpapang di dada fb.
Mixed feeling, kerana sedang mengupas antara karya hebat ulama' ini: Fiqh Sirah.
Post lepas telah diletakkan betapa tawadhu'nya akan ulama' ini, maka aku berlepas diri dari sebarang berita buruk mengenai beliau. Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada beliau, amin.

Dan hari ini, terlintas tajuk mengenai Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa-Sallam dan Saidatina Khadijah, maka masuklah si penulis kepada mode muhasabah diri. Banyak benda yang perlu dimuhasabahkan dalam hidup ni. Banyak betul silap antara sedar mahupun tidak. Hurm...

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". -Bukhari dan Muslim-

Allahu a'lam

Monday, May 27, 2013

#jogowarsito

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

djaman ini djaman edan-pak jogo warsito-

DSAI suka gila quoted benda alah ni dalam kempen ceramah politik.

well, pagi ni, tertengok v.klip persembahan sempena hari guru.



ramai menegur. UZAR mencela.

pertamanya, sekali pandang, memang tak proper. jika difikirkan mengikut kerangka civilised society, golongan sebegini mungkin sudah terkeluar dari landasan sebenar.

namun, jika diamati, dan diambil kira keadaan zaman kini, yang sedia mana musnah..sukar untuk ditafsirkan...unless kita berada dalam kelompok berkenaan. bukan untuk menyokong tindakan sedemikian, namun ibrah perjalanan nabi Musa a.s. dan seorang gurunya yang dinukilkan dalam surah al-Kahf perlu diaplikasikan.

ye lah..zaman ni, internet semua ada. walaupun perhubungan komunikasi semakin pantas, namun kualiti penerimaan yang berkait rapat dengan faktor-faktor subjektif (seperti persekitaran, emosi setempat, etc.) masih jauh dari memuaskan.

Allahu a'lam.
Semoga kita dijauhkan dari fitnah.

#sleep

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Bagaimana untuk tidur straight 7 jam, jika jarak Isya' dan Subuh kurang dari 5 jam.. dan kelas bermula jam 8 pagi. ZzzzzZzzzz..?

Dapat lak tiba-tiba prof baik hati nak start kelas pukul 7..ah sudah.....T_T

lagi seminggu je kelas..sabar....(-_-")

#mogok

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Teringat cerita seorang kawan.
Si ayah buat gurau bab kahwin lain.
Kesan?
Mak haritu dia haritu mogok tanak masak.
Nasib la si ayah dan anak beranak makan maggi sehari semalam.

walaupun tu soalan keempat, itu paling cepat dijawab. *geleng2 kepala sambil senyum*

Fine

#UAI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

KRISIS!
penuh di wall fb berkenaan pernikahan ketiga UAI.
yang share semua laki.
wonder apa yang kaum hawa rasa.
mengjangkakan mereka pasti super duper meluat.
hahahaha.
kalau ada muslimat share psl perkara ni, confirm happy semua kaum adam nak berbinikan beliau.

adeih. should I put this, as the 4th question?

Sunday, May 26, 2013

Look at the stars, Look how they shine for you

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

The time will come, insyaAllah.
Ya Allah, please take a good care to whom I care.
Cause even myself can't protect it, without You my Lord.
I am nobody, who try to become somebody in Jannah.

-background music, Yellow by Coldplay- masukair -

#kejam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

kejam gile embassy malaysia di sini.
chinese new year takde budget konon.
tapi boleh pulak buat makan sepetang dgn skuad bola sepak.

semoga org2 embassy diberi hidayah. jangan asyik salah guna duit.

#baga!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Baga! Japanese for stupid! haha~
Hasil 'tarbiyyah' kisah GTO. Kecik2 gile tengok drama, besar2 tengok anime. Bagus la sangat.
Ingat nak jadi se-cool Onizuka Eikici sensei. Not the bad part lah semestinya. But on how he manage 'human'.

-childishthought-


#perantau

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Suka gila dengar lagu The Zikr. Bait liriknya kemungkinan ditulis oleh mereka yang benar-benar menghayati jalan dakwah. Sekian lama bait-bait itu menjadi pengingat diri ini yg masih mentah dalam jalan ini.

Well, Allah menguji hambaNya dengan ujian yang sesuai dengan kemampuannya. I surrender to Allah for this matter.



ps: sayu je hai. back to basic.

Saturday, May 25, 2013

#kmb

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

I think, i will always lost the one i care.
I ask for a break with a girl, because i think i damage her imaan, and asked her to wait for me. And now, shes already married.
I silently crushed to a girl, and i promised to myself, not to 'touch' her till its time. And eventually, she is married.
And now, latest. I will always blame myself for what happened. Sorry. I'm just a gharib in this dunya.

Allahu a'lam

Friday, May 24, 2013

#emosi

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang...

Untuk beberapa hari lately, perasaan jd tak berapa best...
Dan semalam seorang yg rapat diuji Allah...
Maka, semalam rasa agak down dan sedih...
Tak sampai tahap kena menangis, tp tak tahu la...just terasa jauh disudut hati 'sakit' utk dia. Padahal, dengarmya org yg kena tu cool je. Sungguhla. Poyo.

Selalu la hai dilema. Bab hati ni. Bab rasa gusar, marah, sedih etc.
Terasa..asal la kau ni dungu sangat bab ni. Well..mungkin kerana bab no tidak diajar disekolah.


Emosi merupakan suatu benda yang kita tak tahu, tak pasti, mahupun tak kenal.
Yet, inilah bnd yg kita selalu cuba nak deal..
Seakan akan, menilik nasib pun ada jugak dlm isu melayan hati
Persoalan:
kenapa kita tak 'surrender' emosi kpd yang Maha Tahu?
Kenapa kita tamak, nak 'urus'kan masalah yang kita pun tak tahu nak urus mcm mana.

Ada satu doa yg baik,
YA Allah, jangan engkau biarkan orang lain mahupun aku menentukan hidup diriku.

Yet, bila dapat musibah hati, mmg mengadu dkt Allah, tp nak jugak 'bermain' dgn emosi.

Manusia..oo manusia

Allahu a'lam

Thursday, May 23, 2013

#choosing

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

choosing between two hands.
one hand, is the wife
the other hand, Allah's heaven.

man, the answer is obvious. yet, why this heart keep distracted?

mantap trababa kak belle. salute.

Allahu a'lam

Wednesday, May 22, 2013

#why?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hidup manusia, penuh dengan persoalan kenapa.

Orang Islam akan memahami perkara ini dengan kata nama 'qada dan qadr'.

Dan ramai umat Islam sukar untuk menerima konsep ini. Yang mana mungkin bermakna, mereka tidak memahami 'kenapa' dalam kehidupan.

Islam tidak melarang untuk umatnya berfikiran kritis. Namun segala pemikiran kritis itu perlu berpaksi kerana Allah. Itu untuk point pertama. Konsep Ilah (ketuhanan). Ia sangat berbeza dengan konsep Ilah agama-agama lain.

Dan umat Islam mengucap syahadah, mereka perlu menyedari yang mereka secara total telah mengabdikan diri kepada Allah. Ini point kedua. Konsep hamba.

Dan secara mudah, seorang hamba itu tidak memiliki apa-apa. sifar. kosong. nothing.
Hatta memiliki diri mereka sendiri! (sungguh looser sebenarnya manusia ni)
Maka dengan sifat Allah yang Maha Lembut, Pemurah lagi Penyayang; ia memberi kebebasan kepada manusia. Itu point ketiga. Akal.

Akal manusia itu sebenarnya double-edge sword. Ia mampu menusuk lawan, mahupun diri sendiri jika disalah guna. Maka penting untuk setiap umat Islam menguasai konsep-konsep sebelum ini sebelum menggunakan akal.

Penggunaan akal bagi seorang hamba adalah terpandu. Yakni, mereka faham kenapa mereka berfikir untuk sesuatu perkara, dan mereka sudah punya matlamat akhir akan apa mereka fikirkan (starting from the end of mind). Apa matlamat akhir akan perkara yang mereka fikirkan? Ia adalah semata-mata untuk yang Maha Esa. Ahad. There is no second after Him.

Wahai yang menulis tinta ini. Cukuplah dalam menyenakkan akal mu. Pandulah ia sehemat mungkin. Paksikan ia kepada Yang Maha Satu. InsyaAllah, semoga kita bebas dari kesempitan dunia, kepada keluasan dunia-akhirat.


Allahu a'lam

Monday, May 20, 2013

#tasik

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Bayangkan, satu tasik yg tenang.
Permukaannya tidak berkocak.
Airnya jernih hingga ke dasar.
Seumpama cermin raksasa yang tiada tara.

Begitulah keadaan hati-hati setiap mereka yang beriman.
Perlu tenang.
Hati memanifestasi perbuatan diri dan percakapan.

Bila mana bayu meniup, maka bergetar permukaan tasik.
Lantas, bila anak-anak kecil melontar batu, maka berkocaklah permukaannya seketika.
Dan kaki genit gadis-gadis terjuntai di jeti, memukul-mukul permukaan tasik.
Kacau.
Belum dikira kemungkinan pembuangan sisa manusia ke dalamnya.
Bagaikan dicabul!

Dan itulah perumpamaan gangguan di dalam hati.
Gangguan sedikit-sedikit,
Makin kuat...
Dan pada mulanya hanya dipermukaan, mengganggu ketenangan.
Kemudian berpanjangan sehingga mengeruhkan, membutakan hati.

Ayuh waspada!


Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'ala deen-nik!

Sunday, May 19, 2013

#dream

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Cita-cita itu hak milik persendirian.
Ia antara matlamat agung, yang kalis peluru (bullet proof), yang tidak mungkin musnah.
Jangan sandarkan cita-cita anda kepada orang lain.
Jangan salahkan orang lain jika tidak dicapai cita-cita kita.
Kerana mereka tidak berminat akan cita-cita anda.
Kerana mereka sendiri punya cita-cita.
Kita! Kita yang bertanggungjawab untuk merealisasikan cita-cita kita.

Dewasa ini, masyarakat sudah tidak punya cita-cita.
Jika ada, cita-cita itu hanya suatu angan-angan kosong.
Kini, sudah tidak bisa kita bezakan manusia atau komputer.
Masyarakat cyborg.
Mereka dipaksa bercita-citakan apa yang ibu bapa mereka rasa.
Mereka dipaksa bercita-citakan apa yang sekeliling mereka rasa.
Dan ibu bapa mereka, hanyalah acuan kehidupan masyarakat.
Jika korup masyarakat itu, korup la hidup anda.

saya? saya berharap cita-cita saya murni. segalanya untuk Islam. kemuncaknya untuk Allah.
namun saya 'declare' di sini, saya akan memutuskan segala cita-cita saya, dengan keluarga saya. dan mereka yang tidak bertanggungjawab disekeliling saya.

MERDEKA!

Allahu a'lam

Saturday, May 18, 2013

#islamicscholar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Inadequency of islamic scholar in knowledge, then simply blaming the western scholar, suggesting that the western is lagging behind, showing there is a long way of some islamic scholar to go in opening their mind

Heh.

Allahu a'lam

Friday, May 17, 2013

#subur

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hebat gile kawan-kawan yang baru kahwin. Semua bakal/dah menimang cahaya mata.

Subhanallah. Tak dapat nak dibayangkan. Terasa masih kanak-kanak lagi.

Heh..

Allahu a'lam

Thursday, May 16, 2013

#keji

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Somehow, aku rasa bersyukur kerja hujung minggu ni cancel.

Boleh la fokus kepada pelbagai perkara lain.

Alhamdulillah.

:D

Semoga memperoleh keberkatan masa, amin.

Kalian juga!

Allahu a'lam

#gay?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

I think la, I need to 'mengembara' for a while.
Need to find a new friend(s).
To understand this world better.

-wayfarer-

Allahu a'lam

Wednesday, May 15, 2013

#moodgorning!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

hari ini cuti *menguap*
email uni masuk. ringkasan isi: reject permohonan saya nak buat summer clerkship
anxious menunggu tuan rumah beri contract. ini ada gaya tak balik kampung la kalau visa ada problem.
tenung nota IM. lew... study la wahai otak..study laa....
oh, hujung minggu ni... *mcm mana ni, mcm mana ni...*

memandangkan semalam tidur 'awal', saya menanti giliran untuk di clorox. cepat la clorox saya. saya nak 'putih'.

'and I wish to soar up high to the sky, to see how this world from above,
so that I know,
my problems is not that big, and my choices is not that little.'

Allahu a'lam

#conclusion

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

I came to a resolution. And this is the conclusion.

If you want it, work for it.
Show your passion, work and pray hard, and insyaAllah, He will help you.

-friendly advice-

Thank you

Allahu a'lam.

Tuesday, May 14, 2013

#kahwinnafsu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

https://www.facebook.com/ustazemran/posts/373378949434033

Perkahwinan memang kerana nafsu

Ada ramai anak gadis yang terperdaya oleh syaitan menganggap perkahwinan kerana nafsu adalah keji. Hakikatnya perkahwinan sememangnya dibina kerana nafsu, iaitu nafsu yang dipandu oleh panduan syarak. Ini kerana jika nafsu itu tidak mengikut syarak maka dia akan berzina. 

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda, ' فِي بِضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ' Pada kemaluan kamu itu terdapat sedekah. [Riwayat Muslim] Ini kerana kata baginda jika menyalurkan nafsu pada jalan yang haram itu berdosa maka menyalurkan nafsu pada jalan yang halal itu pun mendapat pahala.

Nafsu itu ada banyak jenis, nafsu mutma'innah, nafsu lawwamah dan nafsu amarah bil suu'. Jangan pukul rata dengan mengatakan sesiapa yang kahwin kerana nafsu itu jahat, keji, kotor sebabnya ia adalah sunnah seperti hadith baginda yang menyebut, 'هلا بكرًا تلاعبها وتلاعبك' Kenapa tidak menikahi anak dara agar kamu dapat bermain2 dengannya dan dia bermain-main dengan kamu? [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Hadith di atas diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA yang menyebut tentang keutamaan anak dara berbanding janda yang mana keutamaan2 yang disebutkan dalam hadith-hadith itu semuanya SEMATA-MATA DEMI MEMUASKAN NAFSU SECARA MAKSIMAL, TOTAL, SEPENUHNYA, SEPUASNYA, SEBAIK-BAIKNYA, SEHABIS-HABISNYA kerana ia adalah halal dan banyak riwayat-riwayat sunnah menyokong hal ini.

Inilah fitrah lelaki yang Allah jadikan, 'GET USED TO IT'...

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ
'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak..[Ali-Imran:14]

Disebutkan di dalam hadith yang sahih, yang sahih, yang sahih, yang sahih, yang sahih, yang sahih bahawa Nabi yang juga bertaraf Rasul iaitu SULAIMAN alaihissalam berkata bahawa dia akan menyetubuhi 60-70 isterinya pada satu malam sehingga mereka hamil agar melahirkan anak lelaki yang akan menjadi mujahid fisabilillah tetapi beliau terlupa mengucapkan Insya'Allah dan beliau berhasil menyetubuhi mereka semuanya namun cuma seorang yang hamil itu pun cacat. baginda rasulullah bersabda, 'Kalau Sulaiman mengucapkan Insya'Allah nescaya mereka akan lahir semuanya dan menjadi mujahid fisabilillah.' [riwayat al-Bukhari dan Muslim BUKAN RIWAYAT NAQIBAH-NAQIBAH DAN/ AKAK-AKAK SENIOR]

Kemudian Allah sebut pula dalam al-Quran,
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
' Isteri-isteri kamu ialah ladang bagi kamu, datangilah mereka menurut cara yang kamu suka.' [Al-baqarah: 223]

Allahuakbar, ayat pasal seks ni ?? Ceritanya Umar al-Khattab RA, lelaki yang mulia selepas Abu Bakar RA dan lebih mulia dari Pak Syeikh, Tuan Habib, kakak-kakak senior, Prof Dr Murrabi, naqibah bla-bla....Umar RA telah datang mengadu kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam bahawa semalam dia telah melakukan seks dengan isterinya dengan cara membelakangi isterinya. Dia sangka perbuatannya itu dosa maka turunlah ayat ini. [riwayat Ahmad dan Tirmidzi]

Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan dari Ibnu Umar, dia berkata, "Ayat ini turun pada masalah menjimak' istri dari arah belakang."

Jimak ini maksudnya seks, seks ini kena ada nafsu jika tidak Zakar tidak dapat keras atau disebut eraksi, kalau tiada nafsu sebab isteri berbadan kurap kerana tidak pandai jaga kulit, atau kerana wanita ini pemalas jaga kecantikan tetapi harap lelaki menikahinya semata-mata kerana 'alasan' TERIMALAH AKU SEADANYA atau NIKAHILAH AKU KERANA AGAMAKU (walaupun hakikatnya tak beragama mana pun harap pi usrah dan jemaah syok sendiri, hadith nabi pun tak tahu dan sunnah pun jahil) Maka jimak tak sampai maksud, sukar nak berlaku jimak atau kepuasan pada suami sedangkan itu hak suami dan termasuk asas-asas pernikahan.

Akhir kata,

Marilah kita muhasabah apakah wanita tidak menikahi kerana nafsu?

1. Mahukah anak gadis belajar 'Medic' di Mesir, bernikah dengan PAK MAT yang berusia 50 tahun ? Beliau imam masjid dan soleh....beragama.

Tak mahu ? Nak muda ? Itu nafsulah tu.

2. Mahukah anak gadis jadi nombor 4, berpoligami dengan ustaz yang alim, bertaqwa, soleh bla2...??

Tak mahu ? Mahu jadi isteri pertama saja ?? Itu nafsulah tu.

3. Mahukah anak gadis yang 'study Medic' di Mesir dan ikut usrah ini bernikah dengan Ramli penjual Tempe di Pasar malam ?

Tak mahu ? Mahu suami yang doktor juga, jurutera atau professional ? Itu nafsulah tu.

Perempuan pun banyak nafsu juga cuma CARA DAN BENTUK NAFSU lelaki dan perempuan berbeza.

Jangan mengeji apa yang kamu tak fahami, sebaliknya belajar bukan membodohkan diri !

Sunday, May 12, 2013

#gelakmewah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Haha. style la kau wahai 'musuh'. Berjaya breach rahsia aku ye...

Siap interrogate dengan penuh daya kesungguhan.

Takpe, takpe. Kau jaga rahsia aku baik2.

Allahu a'lam

#legend

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

This is how a legend defined!



masterpiece!

Wednesday, May 8, 2013

#rasa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



'Alangkah Sepi Dunia Ini
Walaupun Hidup Di Tengah Ramai'



Allahu a'lam

#gemilang

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ratu Rockers Malaya :D *buangtebiat*



:)

#sad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sangat sedih dengan apa yang berlaku di Malaysia.
Please, please, please ...
;(
Akan memilih posisi diam, memerhati dan berdoa. Tak lupa (insyaAllah) untuk berusaha indirectly.
No more on talking bout chaos thats going on.

Allahu a'lam.

ps: kita masyarakat sihat lagi berakal. jangan salah guna nikmat Allah..