Wednesday, November 7, 2012

membesar-besar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya selalu punya conflict. Conflict 'sombong'. Conflict 'tak ambil kisah'.

Apa yang dimaksudkan sombong dan tidak ambil kisah itu bukanlah seperti sombong dan tidak ambil kisah yang biasa-biasa. Ia hanya terjadi bila berada dalam majlis dengan 'orang besar' mahupun, keadaan/perbincangan yang mengaitkan orang besar.

Saya punya kelompok sahabat yang mencintai mereka yang berilmu, hebat, etc.
Tapi sesungguhnya, saya cukup jelik bila mereka membesar-besarkan golongan ini.
Sebagai contoh: eh kau, kau patut kenal dia lah, dia ni bla-bla-bla..kepimpinan sekian-sekian.
*blergh*, come on la. Bagus la manusia tu hebat. Tapi perlukah ia dibesar-besarkan, seakan-akan menjadi kesalahan kalau tidak membesar-besarkan.

Contoh lain: perh, ustaz ni tidur 2 jam je haa.. kita patut bangga dengannya, kerana dia side kita. kita kena jadi mcm dia.  Statement ni, boleh la partially diterima. Tapi serius part bangga tu tak perlu la kut cakap. Saya sudah cukup izzah kerna punya Allah sebagai tuhan. Tak perlu bangga pada manusia lagi.

Tapi, sebagai melengkapkan penulisan ini, saya juga ada part yang saya bangga. Saya bangga kerana saya pernah bela arnab. Saya bangga kawan saya baik, dan hebat. Tapi ia akan diperkatakan bukan dalam konteks serius (seolah-olah menjadi kemestian semua berbangga kepadanya). Bangga itu bukan ibadah. Ia sebagai perencah rasa hati. Dan the only perasaan bangga yang serius, yang saya benarkan dalam hati saya, adalah kepada Allah Subhanahu-wa-Ta'ala.

Allahu a'lam.

ps: benci lah jugak, bila ada quotation best dari bijak pandai, nak kena letak jugak gambar manusia tu. cukup lah kut sekadar nama. sekali sekala letak gambar pun, ok. memudahkan utk org kenal (kut?). tapi, lagi-lagi jelik bila asyik dok keluar quotation orang tu je. haha. my my. at some point, saya rasa, saya sendiri ada masalah hati. semoga Allah melindungi aku daripada bisikan syaitan.

No comments: