Thursday, November 29, 2012

putih dan hitam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




Umur saya 20-an. Dan orang tua-tua selalu melihat generasi berumur saya sebagai idealistik. MEMANG PUN! haha. Orang umur 20-an ini, berdarah muda. Tak sabar. Dan melihat dunia ini dengan kata mata 'kalau tak putih, mestilah hitam'. Dan untuk melayakkan diri anda tergolong status 'tua', anda perlu ada kemahiran untuk menerima hakikat dan hidup dengan pandangan [hitam-antara hitam dan putih (kelabu?) -putih]. Sebagai contoh, Pak Man ada duit lebih. Dia ada 2 option. Sedekah kepada tabung Palestin atau beli nasi lemak untuk coffee break. Maka dia memilih untuk beli nasi lemak, daripada sedekah. Kita setuju yang sedekah is the best. Maka sedekah menjadi area putih. Tapi adakah membeli nasi lemak itu jatuh pada area hitam? Dia membeli dengan duit yang halal. Dan itu hak dia. Dan barangkali itu 1st time makan nasi lemak masa coffee break. Ataupun dia lapar gila. So, tindakan membeli nasi lemak itu jatuh kepada kategori tengah-tengah (kelabu). Tapi seikhlas hati, membincangkan area kelabu ini sangat-sangat-sangat tak best. Pening. Subjektif.

Allahu a'lam

nuclear waste

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Terfikir, kenapa sisa buangan nuclear sangat susah nak lupuskan? Alam semesta ni kan sangat-sangat besar. Dan kita punya matahari. Apa kata, semua nuclear waste, kita kumpul dalam satu roket, kemudian lancarkan ke arah matahari. Tadaaa.. Terhapuslah sisa buangan tersebut dek ganasnya suhu matahari (sebelum sampai matahari, roket tu denga sis-sisa tu dah cair) Dan dengan mengharap gravity matahari, sisa-sisa itu akan ditarik masuk menjadi sebahagian matahari. And surely, takde orang nak pertikaikan akan pencemaran matahari, kerana memang manusia impossible tinggal di matahari at the first place :-P





ps: childish thought

Wednesday, November 28, 2012

Gay

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

an expert in koran he said.


Gay Mosque to Open in Paris


:'(


Dunia hari ini...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya mereasa semakin 'sesak' hidup di dunia ini. Tidak mampu untuk menghiraukan apa yang berlaku disekeliling. Terima kasih kepada teknologi massa yang memberi informasi tanpa batasan. Baru sahaja usai (yeke dah selesai?) conflict di Gaza, terjumpa conflict di Liberia, Congo, negara sendiri (sultan lupa akhirat, penghuni lorong, buang anak, dan SANGAT BANYAK LAGI), etc. Dan juga aktiviti masyarakat yang begitu tidak-boleh-diterima. Taip 'vice documentary' di youtube.com dan anda akan dihidangkan pelbagai 'perbezaan' yang wujud di dalam dunia. Dan sesetengahnya sangat meloyakan, seperti normal masyarakat membuat seks dengan binatang, 'mencuri' wanita utk dijadikan isteri. Sejujurnya, selepas menonton, membaca semua di atas, saya merasa sangat demotivated. Dunia ini sangat menyedihkan. Kita begitu bersemangat berusaha, tapi seakan endless je masalah. Memang betul kata-kata bijak pandai; amanah (kerja buat baik betulkan masyarakat ni) lebih banyak dari masa. Juga; bila buat baik, jangan pandang pada kesan.. buat je, dan doa. Haritu, cuba deactivate fb, pasal tak pandai kawal ber-fb. Nakal tu satu hal (komen, sakat member, merepek, etc). Tapi fb juga pintu informasi yang tidak bertapis, dan sangat-sangat-sangat banyak. Cuma kalau tutup fb, banyak kerja jadi susah. Kejap je deactivate fb. (-_-") Saya perlu menjadi self-sustained, dan hanya bergantung harap kepada Allah. Tapi somehow, bila rasa sesak ni, sangat hope ada orang (real human, bukan pemberi tazkirah dlm video mahupun tulisan-tulisan di dada skrin); kawan dan mungkin isteri? (now I just found the hidden reason kenapa rasa nak sangat ada seorang dekat sebelah manjang, heh~), untuk menenangkan pemikiran. Ok pendamba_cinta, ingat pesan ibu-bapa-opah-nenek-pakcik-makcik; belajar pandai-pandai. Fokus. Yang lain, kemudian.

ps: bila lihat cermin, terasa rambut dah jadi putih..padahal hitam je. saya sedang berhalusinasi kah? :-p

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur bersamamu.
Teruslah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu"
[KH Rahmat Abdullah a.k.a. Sang Murabbi]

istighfar-work-pray-tawakkal

Tuesday, November 27, 2012

bride kidnapping

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Speechless...

Monday, November 26, 2012

Allah is near :)

Dengab Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saturday, November 24, 2012

Menjadi?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Menjadi seberani Usamah bin Zaid, pada umurnya 18 tahun memimpin tentera Islam atas lantikan Rasulullah menghadapi tentera Romawi

Menjadi sezuhud Umar Abdul Aziz, begitu tawadhu dlm menerima kuasa sebagai seorang khalifah, dan lantas bergerak tanpa menunggu lelah hilang memperbaiki mereka yg di bawahnya.

Menjadi segelisah Umar ibn Al-Khattab, yang merasakan kekhusyukan dan kemanisan menghadapi Rabb berkurang dek sibuk memikirkan permasalahan negara untuk diselesaikan mengikut acuan Ilahi.

Menjadi sefokus Sultan Muhammad al-Fatih, yang pada umur sebelum 30-an telah menawan kota Istanbul, membenarkan hadis Rasulullah akan pembukaan kota tersebut, walaupun sejarah menafikan logik kemampuaannya.

Menjadi seteguh Sultan Abdul Hamid II, pemegang khalifah Islam yang terakhir sehingga kini, sanggup mengorbankan diri dan segala miliknya, untuk kegemilangan Islam.

Ya Allah... la hau lawala quwwata illa-billah





Tuesday, November 20, 2012

sila beri tunjuk ajar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sila berikan ku ide (idea dlm bahasa indonesia), akan bagaimana untuk memberi kata hikmah kepada seorang sahabat, jika mana dia akan melangsungkan akad nikah lagi 4 hari; sedangkan yg ditanyakan ini, belum lah punya ilmu, mahupun pengalaman akan alam tersebut?

Kadangkala, orang disekeliling terlalu memandang tinggi diri kita, seakan kita tahu segalanya. Ingin sekali hati ini nak tolong, tapi pada sisi yang lain, betapa jeliknya diri ini disaluti dengan pelbagai dosa dan kurangnya ilmu.

*muhasabah diri*

ps: saya cakap pada dia; alam itu indah, dan hargailah nikmat Allah yang diberi, tidak kira apa jua keadaan sekali pun. Ianya general. Applicable utk semua nikmat Allah yang lain.

Allahu a'lam.

Monday, November 19, 2012

true story, by UZAR

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ada seorang pemuda kampus IPT yang dilihat soleh, berilmu & baik oleh rakan2nya menghantar email kepada saya memberitahu "pinangannya ditolak oleh wanita yang dianggap solehah & berlatarbelakangkan agama, berpakaian elok dengan alasan, "awak terlalu baik untuk saya", "saya tak layak untuk awak" "segan dengan awak kera
na terlalu baik" etc.

Konfius, adakah ada wanita 'solehah' di luar sana yang lebih rela bersuamikan lelaki KURANG SOLEH atau 'jahat sikit' atau "nak yang jahil sikit" untuk rumahtangga dunia yang akan membawanya ke akhiratnya?. Pelik wanita 'solehah' akhir zaman. :)




ps: vice versa

Thursday, November 15, 2012

hua ~~~

Dengan Nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Lelaki itu, lemahnya sentiasa pada wanita. Saya akan menyalahkan diri saya, bukan wanita. Ya Allah, maafkan hambaMu ini, dalam menjalankan sesuatu amanah yg tidak dipasakkan niatnya semata untukMu. HambaMu cuba menjadi ikhlas dan adil, namun kadang-kadang penilaian itu tersasar dek barangkali simpatinya kepada yg dia suka. Ya Allah, berikanlahku kekuatan seumpama nabi-nabiMu, seperti mana nabi Yusuf. (inspired by  kisah dlm Quran)

No more to say. The world is in chaos right now. And for me? This is the reason why I choose the path of anbiya'. Moga thabat. I am going to save this world.

Amin.

ps: doakan saya menjadi kalangan mereka yang berjihad di Palestin!

Saturday, November 10, 2012

perlu jadi super rajin

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya, memang kurang rajin. Cepat bosan (alasan) menyebabkan saya gemar multi tasking dan 'cari penyakit'. Dan sebab itu, result exam tak consistent (tak score je la kut, dan kerap juga cukup makan T_T). Dan semalam semabng dengan kawan, dan satu persoalan ditimbulkan. Layakkah kita ni, memegang scholarship?



Ntah la. Jujurnya tak.

Allahu a'lam

*ayuh berubah!

Wednesday, November 7, 2012

membesar-besar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya selalu punya conflict. Conflict 'sombong'. Conflict 'tak ambil kisah'.

Apa yang dimaksudkan sombong dan tidak ambil kisah itu bukanlah seperti sombong dan tidak ambil kisah yang biasa-biasa. Ia hanya terjadi bila berada dalam majlis dengan 'orang besar' mahupun, keadaan/perbincangan yang mengaitkan orang besar.

Saya punya kelompok sahabat yang mencintai mereka yang berilmu, hebat, etc.
Tapi sesungguhnya, saya cukup jelik bila mereka membesar-besarkan golongan ini.
Sebagai contoh: eh kau, kau patut kenal dia lah, dia ni bla-bla-bla..kepimpinan sekian-sekian.
*blergh*, come on la. Bagus la manusia tu hebat. Tapi perlukah ia dibesar-besarkan, seakan-akan menjadi kesalahan kalau tidak membesar-besarkan.

Contoh lain: perh, ustaz ni tidur 2 jam je haa.. kita patut bangga dengannya, kerana dia side kita. kita kena jadi mcm dia.  Statement ni, boleh la partially diterima. Tapi serius part bangga tu tak perlu la kut cakap. Saya sudah cukup izzah kerna punya Allah sebagai tuhan. Tak perlu bangga pada manusia lagi.

Tapi, sebagai melengkapkan penulisan ini, saya juga ada part yang saya bangga. Saya bangga kerana saya pernah bela arnab. Saya bangga kawan saya baik, dan hebat. Tapi ia akan diperkatakan bukan dalam konteks serius (seolah-olah menjadi kemestian semua berbangga kepadanya). Bangga itu bukan ibadah. Ia sebagai perencah rasa hati. Dan the only perasaan bangga yang serius, yang saya benarkan dalam hati saya, adalah kepada Allah Subhanahu-wa-Ta'ala.

Allahu a'lam.

ps: benci lah jugak, bila ada quotation best dari bijak pandai, nak kena letak jugak gambar manusia tu. cukup lah kut sekadar nama. sekali sekala letak gambar pun, ok. memudahkan utk org kenal (kut?). tapi, lagi-lagi jelik bila asyik dok keluar quotation orang tu je. haha. my my. at some point, saya rasa, saya sendiri ada masalah hati. semoga Allah melindungi aku daripada bisikan syaitan.

Zikraa - Tafakur

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Allahu a'lam

Tuesday, November 6, 2012

happy tak happy

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Kita ada 1001 sebab untuk gembira. kenapa perlu fokus kepada satu yang kurang gembira?

Allahu a'lam

Monday, November 5, 2012

sejuk luar tu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tiba-tiba hati seumpama dirasuk rasa celaru.

One of them is.. about pupu.

Pupu oh pupu. winter dah dekat ni. kamu bagaimana ye?

ps: man, if only....

Allahu a'lam

Saturday, November 3, 2012

lumrah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Rasa sedih lah. Haih. Perlu pump up semangat balik ...







ayuh, jgn luntur!

Allahu a'lam