Saturday, June 30, 2012

my.. my..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Haaa, kt fb, twitter,...org dok sebok post akad nikah yg penuh unik lagi memeningkan kepala.

Feveret la kononnye...

Ni, ni,.. eden punye feveret ! *'otai tak otai diorg ni'*




ps: tak boleh kongsi dkt fb. satgi keluar komen yg pelbagai ragam. nak layan salah, tak layan salah


plus.. tak dapat bayangkanlah kalau eden buat gini, ape respond kaum kerabat. dapat periuk terbang? tak pun embargo dari masuk rumah? *pikir bukan-bukan*

Friday, June 29, 2012

Strive: Tae-ho's story

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Beauty

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Terkesan.

Rasulullah S.A.W. tidak meninggalkan kemajuan sains dan teknologi ketika zamannya.

Tidak pula dilihat perluasan kuasa, tetapi hanya terbatas di sebahagian kecil semenanjung Arab sahaja.

Tidak juga Baginda meninggalkan tulisan, buku yg berjela-jela, berjilid-jilid panjang untuk dibaca

Tapi Baginda berjaya memahat agama Allah dihati para sahabat, yang kemudiannya menegakkan syiar Islam dalam pelbagai aspek keduniaan.

Pahat dihati kita brothers and sisters akan agama ini... pahat.
Selepas pahat dihati kita, kita pahat dekat hati orang lain pula :)


Thursday, June 28, 2012

shy. thankful.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



shy + thankful = immense love to Allah

Wednesday, June 27, 2012

Bila teringat nak buat jahat ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

7:201


Sahih International
Indeed, those who fear Allah - when an impulse touches them from Satan, they remember [Him] and at once they have insight.
Malay
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

Dedicate life

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



do.we.love.Allah?

Tuesday, June 26, 2012

life

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

idol

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Monday, June 25, 2012

Nakama

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...








Sirah: Story of Ibrahim

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Inspiring

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sunday, June 24, 2012

Proud.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Allah

Allah

Allah

Sinar harapan untuk masa depan Islam.

Jalan yang ditempa dari doa, dan pengorbanan, untuk mencapai redha-Mu. Semoga Engkau berkati kami, rahmati kami, redha pada kami.

crying..

Saturday, June 23, 2012

Rencah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Cinta sesama manusia menjadi rencah dalam industri siar layar masa kini.
Usai tonton final episode Avatar The Legend of Korra-Di Bawah Lindungan Kaabah-Sang Pencerah
*memang mengisi masa lapang tahap kanak-kanak
Nak dikatanya, genre cerita kanak-kanak, dan Islamik; semua tidak terlepas dari bercakap mengenai cinta sesama manusia.
Ya, cinta itu antara asas dalam hati yang normal. Malah penting, kerana jika dipandu dengan baik, ia melahirkan banyak sifat mahmudah (eg: tolong menolong, baik sangka, mendahulukan orang lain, etc.)
Tapi agak mengecewakan.
Cinta sesama manusia ini diolah berlebih-lebihan.
Barangkali untuk cartoon Avatar, saya tidak perlu komen kerana ia bukan produksi mereka yang meletakkan Allah sebagai illah.
Tetapi the-later-two movies ni...
Mungkin saya terlalu sensitif (tidak menggunakan sensodyne?)
Cinta kepada illah itu jika nak dijadikan filem, confirm best. Luas. Bebas dari kecacatan.

Bercakap berkenaan cinta sesama manusia. Ok lah. Cinta berlainan jantina.
Saya sejujurnya tidak sempurna berkenaan perkara ini.
Malah (boleh kata la), bertarung meletakkan akal melebihi kehendak hati.
Memang terasa kalau boleh nak mintak Allah agar dipindahkan tempat belajar (again) berlainan benua.
*cukuplah tu merungut wahai si penulis*
Tapi nak kongsi berkenaan seorang kawan. Harapnya boleh di ambil iktibar.
Cerita cinta 3 segi (fuyooo).
Kawan saya ni lelaki. Ditakdirkan Allah, dia sangat hebat memikat wanita (wow!)
Dan dia punya hubungan baik dengan seorang muslimah ni.
Cintan cintun cintan cintun, jumpa family bagai.
Sekali nak ditakdirkan Allah, hubungan mereka diuji.
Lelaki itu meminta agar di'pause'kan sementara hubungan tersebut. Kononnya bosan. Dah letih.
Tapi dalam masa yang sama, punya hubungan dengan seorang muslimah lain.
Ok la.. dua-dua muslimah ni baik.
Muslimah kedua ini (pada hemat saya), sudah menyukai kawan saya lama dah.
Dan dia menerima kawan saya ni dengan sangat ikhlas (walaupun dinasihati berulang kali akan sifat tidak tetapnya kawan saya). Dia tak kisah kalau secara tiba-tiba lelaki tu memilih wanita lain, kerana kononnya kawan saya yang lelaki ni ikhlas.
Nak ditakdirkan.. Allah bolak balikkan hati kawan lelaki saya ni. Dia 'rujuk' kembali wanita yang pertama, dan meninggalkan terkapai-kapai wanita kedua.

Sadis kan? Dayus! Buat malu kaum Adam!

Cerita ini cerita benar. Saya potong part yang tak perlu, saya letakkan part yang boleh diambil pengajarannya+part yang boleh buat sedap sikit cerita, tak terlalu plain.

Saya karang cerita ini, untuk saya dan kamu yang membaca, agar sentiasa muhasabah diri.
Betul ke, sayang kita, kepada yang berlainan jantina itu, 'suci'?
Kalau Allah test, agak-agak, tetap ke hati kita ni?
= Itulah yang dinamakan kecacatan cinta sesama manusia, bila mana yang dipandunya hawa nafsu. Macam mana nak tahu cacat ke tak? Senang je. Agak-agak kalau buat benda yang Allah tak favour tu, confirm salah la. (eg: bermesej-mesej perkara tak perlu.. dok pikiaq melilau.. etc)

Sekali lagi saya tekankan.. saya bukan insan yang terbaik dalam menegur perkara ini, kerana saya pun bertarung memperbaiki diri dari sikap sedemikian.

Dan saya yakin, satu perkara. Dan saya seru kamu yang membaca ini buat.

Keep praying. That Allah will protect us. In everything. From everything.

Ya Allah, lindungi aku.

Ya Allah, lindungi aku.

Ya Allah, lindungi aku.

Do fear Dunya

Allahu a'lam.

Tafseer Surah al-Muzammil

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ubat hati. Mereka. Yang. Sedang mencari.



ps: juga, kepada mereka yang meng-infaq-kan diri mereka ke jalan Allah.

Friday, June 22, 2012

Uwais Al-Qarni, Menjadi Sebutan Penduduk Langit

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

SUMBER


Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

Makan?angin?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tiba-tiba je rasa nak makan angin.

Teringin nak ke Mesir sekali lagi, menikmati asam garam masyarakat dekat sana.

Teringin juga nak ke London, tunai janji kepada kawan rapat.

Teringin juga nak ke Belanda, melihat flora-nya, menebus rasa geram dikala membaca karya hlovate.

*Teringin nak ke Bosnia, tapi bila makin difikir, makin cuak.. (-_-")

Sooooo.., browse la tiket...

Ok la..terputus nafsu nak jalan. Harga tak lawa. Kalau harga da macam lawa, date tak lawa.

Ok la inchi.. hang pi dok rumah diam-diam jadi budak baik la ye  (zzzz....)

ps: any suggestion(s)?

Thursday, June 21, 2012

Kawan-Kawen :p

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Wahai kawan-kawan yang kawen-kawen :-p perkhabaran yang kalian berikan senantiasa menerangi, mencerahi hati ini. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu-akbar..dengan khabar yg kalian kasi pun dah cukup menceriakan hati. Barakallahulakum-walana. Ceria-ceria, teringat selawat ni ~



ps: memang takde kaitan pun.. cuma selawat ni rythm dia buat hati 'meloncat-loncat' (^-^)

Generator Man - Witness - Al Jazeera English

Generator Man - Witness - Al Jazeera English


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang ...

Bumi yg majoritynya saudara seagama. Kaya dengan hasil bumi. Namun, hidupnya susah merana.

Hentikanlah kebergantungan kita kepada kuasa yang tidak tunduk kepada kalimah Lailaha-illallah..

Wednesday, June 20, 2012

Hukum Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang ...

Haaa..macam mana tu, kalau orang itu.. beriman, tapi tak berapa nak ikut hukum Allah...

5:50


Sahih International
Then is it the judgement of [the time of] ignorance they desire? But who is better than Allah in judgement for a people who are certain [in faith].
Malay
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
Al-Maidah; 50

sedih-gembira

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ketika mana kita sedang bergembira di sini, pasti ada yang sedang bersedih (di mana-mana)...

Dan juga di mana kita rasa sedih di sini, pasti ada yang lebih sedih dari kita ...

-vice versa-

Ya Allah, ya Muhaimin.. yang memiliki hati-hati ini... hambaMu ini berlindung padaMu..

Tuesday, June 19, 2012

Quotation

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

We both have done the math. Kelly added it all up and... knew she had to let me go. I added it up, and knew that I had... lost her. Because I was never going to get off that island. I was going to die there, totally alone. I was going to get sick, or get injured or something. The only choice I had, the only thing I could control was when, and how and where it was going to happen. So... I made a rope and I went up to the summit, to hang myself. I had to test it, you know? Of course, you know me. And the weight of the log, snapped the limb of the tree, so I-I - , I couldn't even kill myself the way I wanted to. I had power over *nothing*. And that's when this feeling came over me like a warm blanket. I knew, somehow that I had to stay alive. Somehow. I had to keep breathing. Even though there was no reason to hope. And all my logic said that I would never see this place again. So that's what I did. I stayed alive. I kept breathing. And one day, my logic was proven all wrong because the tide came in, and gave me a sail. And now, here I am. I'm back in Memphis, talking to you. I have ice in my glass... And I've lost her all over again. I'm so sad that I don't have Kelly. But I'm so grateful that she was with me on that island. And I know what I have to do now. I got to keep breathing. Because tomorrow, the sun will rise. Who knows what the tide could bring?

Tom Hanks,
Cast Away; 2000




ps: asal ayat tom hanks ni terlebih macho? (-_-")

Monday, June 18, 2012

Terkesan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Adik ini, berganda lebih baik dariku.

Ya Allah, kau bimbing lah kami dalam mencari redha-Mu.



Adil dan Taqwa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

5:8


Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Al-Maidah; 7

wayfarer

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

jika berada di petang hari, janganlah kamu menunggu pagi hari. jika berada di pagi hari, janganlah kamu menunggu petang hari. ambillah kesempatan sihatmu utk menghadapi sakitmu. ambillah kesempatan hidupmu utk menghadapi kematianmu” 
(H.R Bukhari)

Sunday, June 17, 2012

Movie: Kiamat Sudah Dekat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Mula semangat nak tonton cerita ini selepas otak-masuk-air-stress-pharmaco. Start dengan dengar lagu Permata yang Dicari - D'hearty (bleergh, serius.. lagu nasyid jiwang masuk time stress je.. percaya lah XD ). Tapi video klip pakai scene movie ni. Boleh bla la. Pasal tengok time tengah stress, so terasa terhibur (Alhamdulillah). Tapi mesej 'Kiamat dah dekat' tu..lawak memang lawak, tapi kalau muhasabah diri betul-betul, banyak in-put boleh ambil. Seperti, jangan give-up bila tackle perempuan (joking..that will be at the bottom of list pengajaran-yang-saya-dapat) :-)

p/s: sememangnya, Kiamat sudah dekat. Teringat hadis Rasulullah S.A.W., kiamat itu jaraknya seumpama dicelah 2 jari je. Allahu Allah ...

Gelak dalam hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Now, now, I have nearly 2 MONTHS before the next paper...  XD

ps: feel a bit relieve.. fuh...tak pass exam pun lagi. but by removing the continuous pressure itself is enough to cheer me up. Alhamdulillah for this feeling. May Allah give barakah to my time and my doings, amin.

Bara Api


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Daripada Anas r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R. Tirmizi

Allahu Allah.. Baca 100 kali, bila hati rasa nak buat benda yang Allah tak redha.

Saturday, June 16, 2012

So which of the favors of your Lord would you deny?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Friday, June 15, 2012

tahniah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tahniah budak cheras perdana, hangpa bakal rampas title sekolah paling pailang dari perimbun utk daerah hulu langat.

ps:adeh, wujud lagi 'benda' mcm ni... ingatkan ni mentality 10 tahun lepas....

Thursday, June 14, 2012

0345; 15062012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"whatever they are doing, be the best to your parent" 
Nouman Ali Khan

Wednesday, June 13, 2012

Mufti Ismail Menk: 'I am the boss'

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tuesday, June 12, 2012

4.20 pm; 12 June 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

94:7




Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

94:8





Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

As-Sharh; 7-8

Monday, June 11, 2012

Raihan - Your Face is Bright

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Usai solat fajar, pemandangan masih gelap pekat di luar tingkap. Tiba-tiba teringat rangkap;

' your face is bright, like a shining moon, lighting up darkness of the night'

maka, dengan itu, start la mulut 'yg-minat-buat-bising-tanpa-sebab-munasabah' melantunkan lirik yg (bagi saya) cukup menenangkan.

mesti seronokkan kalau dapat jumpa Baginda. ( .... )



Politik: Tahaaluf Siasi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Selalu dengar, orang gaduh-gaduh..tahaluf siasi umno dlm bn..pas dlm pakatan rakyat. maka bertengkar lah masing-masing, siapa betul, siapa salah. tapi pada asasnya, apa itu tahaaluf siasi? jom baca :-)


Dalam merencanakan amal Islami dalam konteks politik, kita perlu meneliti petunjuk daripada sunnah Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam yang telah meninggalkan kerangka siasah (politik) yang terunggul. Antara beberapa khazanah berharga tersebut adalah konsep Tahaaluf Siasi ataupun kerjasama politik yang dilakukan Baginda sepanjang kerja kepimpinan dan dakwah. Tahaaluf ialah perjanjian mengenai persefahaman berteraskan etika ta'awun (bantu-membantu) untuk membina pemerintahan berasaskan Islam demi tujuan dakwah dalam jangka masa yang panjang.
Contoh-contoh Tahaaluf Di Zaman RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam
1). Persefahaman yang berlaku di kalangan sesama umat Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji Islam dan tertegaknya negara Islam.
2). Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian Hudaibiyah”.
3). Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam mengiktiraf hilf al-fudhul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan. Akan tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.
Berhubung dengan peristiwa ini, terdapat sebuah hadis daripada Talhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf, bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku akan menyahutnya.” ( Riwayat Ibnu Ishaq )
4). Sistem Himayah (jaminan keselamatan) adalah suatu konsep tolong-menolong atas dasar perkauman dan kekeluargaan yang diamalkan di zaman jahiliyah yang turut digunakan oleh RasuluLlah sebelum penghijrahannya ke Madinah. Ia juga suatu konsep perlindungan oleh golongan kuat dan berada kepada golongan yang lemah. Adalah menjadi kebangaan bagi mereka sekiranya dapat melindungi yang lemah walaupun berlainan agama. Himayah adalah salah satu konsep Tahaaluf untuk kemaslahatan umat Islam jika memerlukan.
Oleh itu, Tahaaluf  telah menjadi suatu perkara yang pernah berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Perlaksanaannya pada satu-satu zaman memerlukan satu kajian yang mendalam dan perlu dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengan prinsip Islam yang mesti ditegaskan dalam semua keadaan.

Tahaaluf Dan Konsep Tadrij Marhaliy ( berperingkat )

Sekiranya ada Harakah Islamiyah (gerakan Islam) berkerja sama dengan badan atau parti politik lain dalam hal perjuangan siasah adalah merupakan suatu matlamat dakwah jangka masa panjang. Menganggap gerakan Islam ingin mengambil kesempatan dan meninggalkan ‘rakan’ seperjuangan selepas mendapat kerusi, adalah tanggapan yang salah.

Gerakan Islam mestilah memiliki pendekatan berdakwah kepada sesiapa sahaja, samada kawan mahupun  lawan. Inilah konsep dalam menyebarkan dakwah secara berperingkat ( graduality ) yang ditinggalkan oleh Imam as Syahid Hassan al Banna;

Tahap Pertama : Takrif (pengenalan) tentang matlamat dan wasilah jamaah serta idea perubahan Islam yang diseru oleh Ikhwanul Muslimin.

Tahap Kedua : Takwin (pembentukan) dengan memilih unsur-unsur  yang dapat membentuk kepuasan dengan berkerja serta mendidik unsur-unsur tersebut dengan didikan rohani, akal dan fizikal bagi mengembalikan kehidupan Islam dan negara Islam.

Tahap Ketiga : Tanfiz (perlaksanaan) iaitu langkah berkerja atau praktikal bagi dakwah Ikhwan Muslimin.

Setiap tahap memerlukan masa, kesabaran dan ketabahan. Amukan nafsu dan sikap terburu-buru harus dielakkan kerana ia hanya membinasakan diri dan orang sekeliling. Bagi golongan yang tergesa-gesa ini, Imam Hassan al Banna berkata;

“Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu… Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya. Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan selainnya. Kelakian hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan.Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan ladam pertimbangan akal, sinarilah akal kamu dengan nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi aturan alam kerana ia pasti akan menang (mengalahkan kamu) sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya (emosi dan akal), nantilah saat-saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu.Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan. Janganlah kamu leka dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan kamu.”

Hukum Tahaaluf
Tahaaluf diizinkan oleh syariat berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, hendaklah dikaji perbezaan di antara Tahaaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam dan tahaaluf yang ditolaknya.

Syarat-Syarat Tahaaluf 

1. Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip.
Dalil-dalilnya ialah:

i) Hubungan Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Tetapi pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah  bertolak-ansur dalam perkara prinsip, lalu dengan tegasnya Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya atau aku mati kerananya".

Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Baginda sallaLlahu alaihi wasallam.

Dalam persepakatan gerakan Islam yang melibatkan dengan politik bersama parti-parti lain, kita dibenarkan untuk menolong jentera mereka yang bersikap setiakawan dengan gerakan Islam, dan jika tiada calon gerakan Islam di kawasan tersebut. Namun begitu kita dilarang daripada meninggalkan jamaah ini (gerakan Islam) dengan menyertai parti lain yang berlainan ideologi dengan gerakan Islam.

Hal ini perlu dijelaskan kepada  pendokong gerakan Islam, agar Tahaaluf tidak menjadi punca perpecahan di antara mereka.

2. Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral 

Apabila isu dan gejala buruk tersebut merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibat buruknya kepada semua golongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya, berkerjasama dengan NGO dan  mana-mana parti lain di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan ISA dan sebagainya, kerana Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam turut mengiktiraf hilf al-fudhul yang bertujuan membela mereka yang dizalimi.

Baginda juga mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah dan para sahabat walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam.

Dalam hal ini, gerakan Islam boleh bekerjasama dengan pelbagai pihak atau mana-mana gerakan yang berusaha menetang kemungkaran era baru seperti IFC, Islam Liberal serta pelbagai kebejatan aqidah dan sosial. Pendokong gerakan Islam perlu memasukkan dakwah secara lembut dan berterusan kepada golongan ini agar mereka menerima dakwah Islam.

3. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan 

Seringkali berlaku apabila diadakan kerjasama politik, ada pihak yang menentang kepimpinan adil cara Islam serta mengambil kesempatan pula untuk merosakkan ideologi dan aqidah tulen para petugas gerakan Islam. Hal ini perlu dielakkan kerana setiap individu Islam yang menjadi pendokong Islam adalah manusia terpimpin dan tidak pragmatisme dalam memutuskan tindakan.
Dalil-dalilnya :-
i) Rasulullah telah menangguhkan tahaaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan dengan kerajaan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja.

ii) Rasulullah membatalkan cadangan untuk berTahaaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

4. Tidak berwala’ kepada rakan Tahaaluf dan tidak redha dengan pegangan mereka 

Perihal wala’ adalah perkara tunjang yang menjustifikasikan dan mengesahkan amal Islami kita dalam gerakan Islam. Lantaran itu piawaian wala’ telah ditetapkan oleh Allah beserta Rasul-Nya melalui firman-Nya,“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan ( larangan ) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripad sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat - ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali” - Surah Ali ‘Imran: 28

Memilih calon bukan Islam atau calon yang tidak berada di landasan gerakan Islam, tetapi berjuang menentang kezaliman dan kemungkaran lebih besar adalah suatu yang WAJIB demi menyekat kezaliman  walaupun calon tersebut bukan Islam atau Muslim yang tidak berpegang dengan Islam secara menyeluruh.

Berwala’ maknanya menjadikan seseorang sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kerjasama adalah untuk kemaslahatan dan kebaikan Islam umumnya, bukan meredhai mereka sebagai pemimpin. Hal ini kerana kepimpinan Islam hanya sah sekiranya menuruti seluruh sistem Islam dalam pentadbiran mahupun kepimpinan.

Garis Panduan Tahaaluf

1. Tahaaluf mestilah dijalankan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam.
2.  Tahaaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.
3.  Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan Tahaaluf.
4.  Tahaaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5.  Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaaluf secara mutlak.
6.  Mandat membuat penilaian Tahaaluf mestilah dibuat oleh Majlis Syura ‘Ulamak.

Muwada’ah

Di sana terdapat satu persefahaman yang diadakan secara sementara waktu (bertempoh) dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan ada juga ulama’ meletakkannya dalam perkara hadanah (gencatan senjata).

Disebut di dalam “Syarah Muhazzab” (karangan al Imam al Nawawi), di antara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong untuk memerangi golongan lain. Akan tetapi para ulama’ bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja, dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah (di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan.

Hari ini parti yang berkonsepkan gerakan Islam boleh bekerjasama dengan pihak lain selama mana  mereka bersedia secara jujur ingin bersama seperti dalam isu Palestin, isu rasuah dan sebagainya. Akan tetapi muwada’ah ini hanya sah dalam isu kerjasama itu sahaja dan bukannya selama-lamanya selagimana mereka masih memegang ideologi sekular atau menetang Islam.

Kategori Tahaaluf 

Tahaaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:

1.    Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat : 
A) Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
B) Mengiktiraf negara Islam
C) Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

2.    Tahaaluf tanpa membentuk negara : 
A) Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar
B) Masalah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan sebagainya.
C) Berlindung sementara ketika lemah.
D) Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyah.

Beberapa pemerhatian
Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut :

1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh Harakah Islamiyah. Oleh itu, jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikat.

2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah dan tidak berperanan. Kemudian itu, dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.

3. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengn idealogi-ideologi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yang kuat  dan dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain serta perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan idelogi-ideologi moden. Kalau tidak, Tahaaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif.

4. Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.

5. Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita, tetapi perlu juga menurut selera mereka.

6. Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bergantung kepada Allah Taala dan kebijaksanaan kurniaan-Nya.

PENUTUP
Konsep Tahaaluf perlu disebar luaskan di kalangan pemimpin dan pendokong gerakan Islam di peringkat akar umbi demi mengelakkan salah faham terhadap konsep dan wala’. Jelasnya parti yang berkonsepkan jamaah harakah yang berjuang atas nama Islam, dan bukannya atas nama kemanusiaan semata-mata. Ketaatan kepada pimpinan dan jemaah Islamiyyah adalah atas dasar berada pada dasar yang sama iaitu memartabatkan syariah dan aqidah Islam.

Tahaaluf adalah medium ke arah kemenangan Islam dan bukannya punca perpecahan dan kehilangan petugas-petugas yang bakal membangkit kesedaran Islam dalam setiap peringkat.

SELEPAS MEMBACA ARTIKEL INI, SAUDARA TELAH MEMAHAMI:
1) Tahaaluf siasi adalah satu konsep dan polisi dalam siasah syar’ieyah yang bermatlamat menjayakan usaha dakwah Islam kepada seluruh umat manusia.
2) Tahaaluf siasi  telah mula dilaksanakan oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam di peringkat awal dakwah Islam. Justeru rujukan melaksanakannya hendaklah bertepatan dan terikat dengan sunnahnya.
3) Tahaaluf siasi adalah strategi dakwah yang bersifat tadarruj dan marhaliy ( beransur – ansur dan berperingkat ) yang menuntut kesabaran dan tidak gopoh.
4) Pendokong gerakan Islam hendaklah memahami konsep tahaaluf siasi serta syarat-syaratnya dengan baik demi mengelak perselisihan yang tidak perlu sesama sendiri disebabkan kefahaman yang cetek.
5 ) Sentiasa berwaspada dengan tipu daya musuh Islam yang sentiasa memburu kelalaian pihak kita.

Sunday, June 10, 2012

housemate masak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Terima kasih housemate yang memasak di kala berasa berat hati nak ke dapur.

Terima kasih sangat-sangat. Moga Allah membalas jasa kamu.

*haha, entry mcm girl-ly style je. haih, ape boleh buat. rasa bersyukur sangat ada orang masakkan.

Friday, June 8, 2012

Heart song

Dengan Nama Allah yang Maha emurah lagi Maha Penyayang ....

ntah, dah berapa kali post nasheed ni ... :)



ps: terasa ke hati kalian 'menyanyi-nyanyi'?

Thursday, June 7, 2012

Pagi Jumaat, 8 June 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

3.55 am: Enggak dapat tidur kembali. Hari terakhir untuk academic year 2012/2013. Kelas esok mesti ting-tong pasal tidur 2 jam+ je.

Meneguk air 'sifar' (air kosong). Haih, kenapa la stock air manis lagi sejuk takde la disaat tekak meruntun jiwa (ewah~). Browsing paper online (zaman ini, djaman edan!), youtubing mencari lagu tema-untuk-hari-ini. Secara tidak disengajakan, termasuk dalam pencarian lagu-lagu boy band Indon yg genteng lagi jiwang. Click-click, tertekan lagu ni ... :

Lagu-yang-tak-semenggah...terima kasih kepada roomate.

Apa kaitan roomate (ex-roomate la wei) dengan lagu ini? Now, now; this is a secret (haha). My ex-roomate have a habit. Dia kaki youtubing. Dan dia kalau minat satu lagu tu, memang confirm akan jadi 'zikir'; baik ketika tengah study, alarm kejut subuh, etc. Dan part yang tak tahan, dia akan nyanyi satu rangkap je dari sepanjang-panjang lirik lagu tu. Contoh: kalau seperti lagu di atas, dia akan ulang; '...Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi..' . Dan ex-roomate dia yg sorang ni sometimes irritated la, kalau time tengah mood tak suka org bising/tidur. Tapi in the other hands, anxious pasal kadang-kadang first time dengar lagu tu, tertunggu-tunggu, apa la hai next lirik die .. ~ kui3.. pian, pian.. I miss you man.

Plus lately pun, teringat kepada pupu. Haih, why la hai. Bila problem menyesak di dada, terlalu gemar ingat benda yang lepas. Pupu, macam mana ye nak selesaikan problem ni? Kebiasaannya, pupu dengar dengan sabar dan akan 'jawab' dengan menenung mata, sambil gerak-gerakkan hidung. Lepas tu, tuan die geram, picit hidung sampai die merengus (hrggmmmm..) Pastu garu-garu tengkuk (pupu buat muka layan), picit pipi sikit, tumbuk muka, then tutup pintu sangkar. (ni la bila rindu ritual kebiasaan bila stress). Takkan la hai nak picit, garu roomate sekarang kut. Ada kang masuk hospital patah tulang rusuk (T_T)



Ok lah.. serius post ni merepek. Sikit lagi, sikit lagi for this year.. come on..

Laknatlah mereka yang bersikap kejam kepada penuntut ilmu !

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sengaja mengenakan masalah kepada penuntut ilmu.

Pembangkang mengesyorkan dibatalkan PTPTN dan diganti dgn skim pembiayaan nasional.

Jika benar menteri itu berniat bersih, ingin menguji ketelusan pembangkang, maka dia menyekat PTPTN dan beri peruntukan kepada pembangkang dalam meraliasisasikan idea mereka.

Bukan menghalang secara mengejut, dan biarkan semua pihak terpinga-pinga.

Childish! Moga Allah memberi balasan setimpal kepada mereka yang berniat jahat. Amin!

Bacaan

Wednesday, June 6, 2012

Today's verses

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sebenarnya, hati sekrang tengah rasa terlalu 'berat'. Terhempuk (word paling tepat). Maha Suci Allah yang menentukan Qada' dan Qadar. Banyak perlu dipelajari. InsyaAllah, verse Quran yg begitu terkena-batang-hidung saya hari ini adalah dari surah Ali-Imran (keluarga Imran); ayat 14 dan 15

3:14

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

3:15

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;

Tokoh: Sulaiman Al-Rajhi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.

Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.

Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.

Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.

Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.

Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.

Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.

Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

Temubual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?

Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.

Mengapa berbuat begitu?

Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.

Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?

Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?

Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.

Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?

Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.

Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?

Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

Bagaimana pula dengan hobi syeikh?

Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.

Ketepatan masa Al-Rajhi

Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”

Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.

Penyelesaian Masalah

Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”