Wednesday, December 24, 2014

Cerita berkenaan nafsu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kisah ini dinukilkan oleh Hamza Yusuf (semoga Allah merahmati beliau) dalam sebuah tazkirah.

Lihat pada seekor singa ketika berburu dan buruannya. Ketika mana ia mengejarnya, semua binatang lari bertempiaran. Namun selepas seekor mangsanya berjaya ditangkap, semua binatang dan kumpulan haiwan yang dikejarnya berhenti berlari dan mula meragut makanan masing-masing.

Sunnatullah telah termaktub bahawa sang singa tidak akan menangkap lebih dari keperluannya. Walhal kita manusia sering mengambil lebih dari keperluan kita, dan memberi pelbagai alasan.

Sesungguhnya, manusia adalah binatang yang paling tamak (Aristotle).

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu al-Zubair tatkala di atas mimbar di Mekah dalam kubtahnya, beliau berkata; Wahai manusia sekalian, Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda, “Seandainya anak keturunan Adam diberi satu lembah penuh dengan emas niscaya dia masih akan menginginkan yang kedua. Jika diberi lembah emas yang kedua maka dia menginginkan lembah emas ketiga. Tidak akan pernah menyumbat rongga anak Adam selain tanah, dan Allah menerima taubat bagi siapa pun yang mau bertaubat.” (HR. Al-Bukhari No.6438)

“Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kalian dan sekali-kali janganlah syaitan memperdayakan kalian tentang Allah.” (QS. Fatir: 5)

Thursday, November 13, 2014

al- kisah selepas solat jumaat.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



sejarah lagu ni, adalah lagu yg antara paling popular di cybercafe ketika zaman sekolah menengah rendah, time melepak di cc main ragnarok, etc. dan aku serta seorang rakan ku cukup kemas menghafal beat piano ini (ketika di sekolah asrama). tajuk piece ni; Hungarian Dance no. 5 (piano). lepas hampir 10 tahun baru tahu tajuk. #looser

berbalik kepada tajuk di atas. sedih sebenarnya waktu tengah menulis ni. haih.

balik solat, maka aku singgah di 7e, nak cari snek/air sejuk. baru aku sedar 7e itu hire OKU sebagai pekerja. umur pekerja itu dalam lingkungan 30+an. aku masuk, dan pusing-pusing..mencari idaman hati. sambil memikirkan masih ada hidangan di bawah tudung saji di rumah yg belum dijamah. masakan ibu wajib dimakan, priority no.1.

sambil pusing-pusing, ada sekumpulan anak remaja. sekolah menengah. bagaimana aku tahu? kerana seorang daripada anak muda itu kawan aku. ye kawan. hanif memang suka kawan dengan budak kecil. 1st aku kenal rasanya waktu kami main bola di padang rumah. waktu zaman 2001-2003 gitu. di ketika itu baru nak masuk sekolah rendah la kut. haha. dan kali terakhir aku rapat dengan dia, waktu 2nd year uni. dia belum masuk sekolah menengah lagi ketika itu. waktu bulan ramadhan. aku biasa akan lepak di masjid antara maghrib dan isya'. aku akan layan kanak-kanak kecil mengaji ketika itu. dia salah satu daripadanya. biasalah nakal. ngaji tak ngaji. tapi kawan itu berusaha, so kita kena tunjuklah yang kita hargai usaha tu. sama-sama jugalah kami kena marah dengan makcik pasal buat bising (penat solat, pitstop lepak luar surau, tukar cerita).

tapi kawan itu berubah. aku jenis yang kalau orang ignore aku, ak ignore balik. habit dari zaman pts. banyak sangat kawan, sampai tak tertegur. nak tegur tapi tengah rush, so buat tak nampak. sekarang dah terbiasa. tapi tengah berubah perlahan lahan. tapi untuk kes ni, aku sengaja tak tegur. dia tengah dengan clan dia. aku eaves drop. sibuk bercerita. cerita yang dia senang je tipu nenek. nenek kaya. so tipu nak dapat duit. nak buat belanja. tengok rambut pun dan berkaler-kaler. bangga tu tengah cerita benda mcm tu. dan kumpulan tu sebenarnya tgh kurang adab. melepak dlm 7e mcm lepak dkt maple. masuk kedai atas urusan, dan kemudian keluar lah. ni duduk atas bench, buat bising.

aku kasihan pada abang yg menjaga 7e, macam kes buli ni. tapi aku menjadi iblis bisu, membiarkan. aku bersalah untuk tidak menegur, dalam masa yang sama, tidak mahu mencari masalah tambahan. selepas membayar roti krim blueberry cap high5 aku berlalu pergi.

aku tidak marah padan kumpulan anak muda itu. aku sedih. aku sedih mereka jadi begitu, aku sedih kerana kawan aku jadi begitu. barangkali itu normal bagi umur tu. belajar peads pun mmg tahu anak remaja mmg selalu ada konflik. ia mengingatkan aku kpd rakan-rakan seperjuangan dahulu. ramai juga mengambil bad turn. tapi ada yg berubah, ramai yang berubah. aku berdoa semua yang baik-baik belaka untuk semua. yang pasti tugas sebagai daie itu banyak, dan berat. indeed, tanggungjawab lebih dari masa yang ada.

dan hujan pun turun. ah, sungguh melancholic. macam kena cancel meeting pertama berjumpa voldermort.

Allahu a'lam.

Monday, October 27, 2014

#berhabuk

Bismillah.

Aku tidak mengira bahawa aku telah berjaya.
Ini semua adalah point-point dalam perjalanan kepada kejayaan yang pasti.
Syurga. Dan tertegaknya Islam di muka bumi.

Wednesday, September 17, 2014

ternganga..

http://diary-of-a-muhajirah.tumblr.com/

https://www.facebook.com/pages/Diary-Of-A-Muhajirah/955122174503990?fref=ts

huwaaaaaaaaaaaaa................... #nangisjeles

Friday, August 15, 2014

6

Terima kasih kerana mengajar aku erti tanggungjawab.
Maafkan saya wahai pupu dan popo.


7

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Bercakap berkenaan nombor yg saya suka, tentunya ia nombor empat. Yondai. Mungkin kerana saya anak ke empat. Dan dalam kelas selalu dapat no. 4.

Tapi sejarah menukilkan no. 7 merupakan no. menarik untuk tahun ini. Bukan setakat saya lahir pada haribulan 7, tetapi paper terakhir saya adalah pada 07072014. Cool kan? Even pekerja student office cakap no. saya cool. Lol.

Dan dikesempatan ini, saya ingin mengekspresikan rasa syukur saya kepada Allah, atas segala nikmat, dan kepanjangan umur ayah saya yang lahir pada hari ini 15 Ogos. Kami berkongsi bulan lahir yang sama (beserta kakak yang kedua). Semoga diberkati dan diredhai Allah S.W.T. dan dilembutkan hati untuk beri anak dia yang seorang ini kahwin. Haha.

Allahu a'lam


Wednesday, August 13, 2014

8

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Nasyid ini, nasyid ghuraba', nam fii salam, etc (kenapa nasyid? kerana nasyid punya nilai mendalam pada bait liriknya. well..bukan semua) menjadi peneman bila rasa susah hati, celaru dengan keputusan dan kemampuan diri, juga menempuhi 4 musim.. rengguk malam dalam musim sejuk ketika perjalanan pulang ke rumah..rasa panas dan bahang di musim panas..rasa kantuk mujahadah berjuang menentang tempat tidur ke perpustakaan, etc;- susah senang hidup di rantau orang.

Monday, August 11, 2014

Saturday, July 19, 2014

melancholic ramadhan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hay fever/allergic rhinitis attack.

Junior datang study rumah.

Buka puasa di rumah diplomat Indonesia.

Building good relationship dengan adik-adik.

Reading Quran.

Reading Sebelum Aku Bernikah (Hilal Asyraf) and Malay Dilemma (Tun Mahathir).

Lullabies while walking to masjid; Dzikir Penenang Hati dan Jiwa.

And fell in love with this song.



Memang... colourful. Alhamdulillah.

#pray

Monday, July 14, 2014

counting days.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Bangun pagi, alhamdulillah, jumpa lagu untuk boost up semangat :))



And mengemas perlahan lahan. Dan menyelesaikan urusan-urusan.

Rupanya hanif seorang yang sangat sentimental. Afraid to loss. Bila kemas rumah, banyak je benda boleh let go awal-awal. Tapi setiap kali pindah rumah, bawa juga. Kali ni da tak boleh la wahai barang barang ku. Ku hantar mu ke tong sampah dengan penuh syahdu T_T.

And that might explain why sebolehnya elak orang tahu too much about hanif. Tahu bila balik. Tahu bila habis exam. Tahu apa-apa lah. Easily get hurt eh hanif? Even, mengelak tangkap gambar terlalu banyak.

So then, it will be easy for me to look forward rather staring at the past.

Seronok muhasabah diri seorang-seorang nih :)) mentang-mentang lah kau duduk sorang dalam rumah sekarang.

Petang ni ada demo for Palestine. Yosh. Harap hafal lagu tu. Nanti bila down jadi HO, ada benda nak motivate. Reminder. Yang saudara-saudara kamu, bukan setakat di Palestine.. sedang menunggu kamu membantu mereka.

Takbir!

Allahu a'lam

Friday, July 11, 2014

new leaf

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Aku kini seperti Rasyid (Asid).
Dan aku ingin berubah menjadi Irfan.
Seperti dalam buku novel Sinergi.
Haha.
Aku adalah salah seorang ahli yang proof read buku tersebut (ketika 2nd year).
Salah satu kritikan yang aku beri, adalah: ia meniru 'gaya' Hlovate.
Ironinya, kini aku terasa dikritik oleh buku itu.
It is good to always look at your past, to be better.
To gain the thing you 'lost'.

Ramadhan Kareem!

Iman, sebagai neraca.

https://www.youtube.com/watch?v=4xjwyobfeGs

Thursday, June 26, 2014

#palestine

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Maafkan aku palestina.
Hari demi hari kau dirobek.
Dan aku statik di sini.
Dan masyarakat sudah hilang sensitiviti.
Aku gamam.

Aku melihat berita rakyat Malaysia yang mencintai jihad.
Dan media mengkritiknya.
Dan masyarakat ada yang mencemuhnya.
Aku sangat menghormati yang pergi itu.
Biarlah seluruh bumi dan isi mencercanya.
Moga Allah mendekatkan beliau di sisi-Nya.

Moga suatu hari nanti aku tidak tertinggal lagi.
Aku sudah puas menjadi mereka yang ditepi, melolong tanpa henti.
Aku ingin berbakti. Aku ingin menabur budi. Aku tidak ingin menjadi kayu mati.

kurang dari 2 hari sebelum ramadhan.

Allahu a'lam

Tuesday, June 24, 2014

#past

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Past.
Aku membelek kembali beberapa perkara dan meninjau individu individu yang berperanan penting dalam perjalanan hidupku.
Dan aku malu, dan rasa... sedih(?) kecewa(?) akan layar hidupku masa lampau. Ramai rupanya orang yang kau sudah calari hati mereka wahai hanif. Ramai.

Aku tekad. Aku akan bersikap lebih pemaaf dan mengelak dari bertegang leher selepas ini. Dan akan aku pastikan, aku tidak lagi membuat apa apa keputusan yang memberi impak negatif kepada orang lain.

Semoga Allah mengampuni dosa ku ini. Imam Ahmad ketika mana ada yang membesarkan diri Imam Ahmad, maka berkatalah beliau yg seakan bermaksud, jika engkau melihat aibku, nescaya ditaburnya 'turab'/tanah ke atas kepalaku.

Aku lebih hina dari itu. Aku selayaknya dilayan lebih hina dari itu.

Ps: istighfar antara yg termantap; ada di dalam ma'thurat.
Allahumma anta rabbi la-ilahailla anta, khalaq taniy.. (sehingga akhir potongan tersebut)

Allahu a'lam

Thursday, June 19, 2014

#tangkapleleh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Nak dekat habis belajar ni, terasa sayu satu macam.
Sebab akan tamat satu fasa hidup kebiasaan, masuk baru.
Tapi harini special. Kerana ada kawan bawa makanan sampai ke library semata mata untuk kasi budak sorang yang konon die hard study ni berbuka.

*oih nip, pehal 'taman' habis post kali ni!

Ntah la geng. Aku tersentuh je sebenarnya orang buat baik dekat aku. Tapi kadang kadang aku terasa cara aku expresikan rasa terima kasih aku kepada mereka tak mencukupi. Lagi lagi kawan yang sorang ni. Dah tolong masak, bawakkan sampai ke library. Cair hati beb. Tak masuk bab dia masakkan ketam (feveret) pasal aku melawak waktu dia tanya menu apa nak makan waktu usrah.

Tadah tangan, muka sememeh mcm budak kecil.
- Ya Allah ya tuhanku. Hidup ku ini penuh liku liku. Namun engkau utus mereka yang baik sangat di sisiku. Ya Allah, tiada upaya hamba ini untuk membalas segala baik budi mereka ya Allah. Rahmati mereka. Ampuni dosa mereka. Redhailah hidup mereka. Masukkanlah mereka ke dalam syurga Mu. Jadikanlah kami berjiran di dunia sana ya Allah. Dan jadikanlah kami di dalam golongan yang dapat menerima nikmat agung, iaiytu melihat wajahMu ya Allah. Amin.-

Sunday, June 15, 2014

#umminadiahfilzah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Post ini khas buat seorang kawan, yang saya tak rapat.
Tapi kenal, namun terputus perhubungan dek kerana permintaan seorang muslimat agar saya menjaga ikhtilat (saya terlebih mesra alasannya - fitnah permintaan gambar bunga di musim bunga).
Saya tidak pasti apakah perasaan yg perlu hadir dalam hati ini. Bersalah? Sedih?
Semoga rehatmu di sana kelak di bawah redha Allah S.W.T.


Saturday, June 14, 2014

#hafiz

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tadi bertanya kepada seorang hafiz. Bagaimana hafalannya dikekalkan, dan dipertingkatkan.

Katanya, kalau dapat guru yg syadid (yg strict), sehari ulang hafal 5 juzu'. (-_-") dan hafalan baru sehari biasanya 2.5 muka.

Aduhai, dhaifnya la hai rasa.

Mana pergi cita-cita kamu wahai hanif. Mana?



Allahu a'lam

Friday, June 13, 2014

#surahfeveretbaru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Bacaan penuh perasaan. Masuk dengan makna.
Soothing...

Wednesday, June 11, 2014

#hoi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Aku kesian tengok diri kau hanif.
Tak habis lagi isu lapuk?
Brothers kau dekat negara barat dah khatam pelbagai kitab,
Kau masih sembang isu... remeh?

Guide me ya Allah.
Making dua' during tahajjud is like an arrow that does not miss its target. #imamsyafie.

Saturday, June 7, 2014

#malam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Pulang lewat malam ke rumah, menaiki pengangkutan awam.
Aku bergelumang dengan bangsa putih yang punya pelbagai ragam.
Barangkali mereka gembira. Barangkali juga sedih. Barangkali juga seperti aku, agam.

Aku fikir, aku ini hanyalah gumpalan daging yg dicipta oleh Yang Maha Kuasa.
Yang punya nyawa, bernafas dan berfikir. Berperasaan dan berzikir.
Aku hanya seorang yang lemah, yang tidak punya kuasa. Sememangnya tidak, kerana aku tidak dapat mengawal suatu apa pun tanpa izin-Nya.. Hatta akal ini sekalipun dipandu oleh-Nya.

Segumpal daging yang punya ruh, yang dinobatkan sebagai khalifah kerana aqalnya.
Diberi kitab al-Quran untuk ditelusi segala isi persoalan dan cerita. Agar pengajarannya menyuluh jalan.

Tidakkah kita berfikir?

Monday, May 26, 2014

#rindu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

aku rindu akan perasaan itu.
zaman yang dulu dianggap kelam, mudah menangis.
kini, hati ini kembali lirih, namun mata ini sudah tidak mampu menangis.
aku rindu untuk menangis dengan hati yang miskin, tidak punya tempat kebergantungan selain 'rabbul izzati'.

Saturday, May 24, 2014

#tahniah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tahniah Mukhtar lubab. Lol. Sorry. Cant resist to call that title.
Segala puji bagi Allah atas kejayaan kamu.
Walau pun tak berapa nak setuju, but i'm sure that Allah give the best path to you.
Semoga terus menjadi anak soleh yang menyejukkan mata kedua mak bapak (qurrata a'yun). You 'ancestors' kind of gagal on that field...but not you.

Allahu a'lam.

Thursday, May 22, 2014

#examon

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Hidup ini macam graf ECG.

Buka lagu/nasyid waktu sekolah asrama. GO!



ketika mana seorang hamba itu lemah, sesungguhnya ketika itulah Allah memberi nikmat untuk menghadirkan perasaan tiada apa daya dan sandaran yang lebih utuh selain Allah S.W.T. Indahnya menjadi orang yang beriman.

Allahu a'lam

Sunday, May 18, 2014

#ramlisarip

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Kau muka budak nasyid SAHAJA. They just dont know who am I. Naaah, who cares.




Saturday, May 17, 2014

#hancur

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sedih tengok negara sendiri hancur. Macam nak jerit dkt sebelah telinga pemimpin di Malaysia tu, 'hooooiii hangpa buat paaaa!!!'

Keep praying hanif. Thats the best weapon and way right now.

Dan teruskan hanyut mendengar kalam nasihat Buya HAMKA. Moga diri ini lebih dekat kepada yang Maha Pencipta. Juga diri kalian. Amin.

#takdapatbendungrasakecewa.

Allahu a'lam

Monday, May 12, 2014

#ceria #hindustan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

aah...lama tak buka blog ni. nothing to share. sila tengok fb saya.
btw, jika klik pada link video di bawah, sila tutup mata. aurat. not shariah complient.
post kerana somehow, tiba2 di musim bunga yg penuh keceriaan ini, bila mood tgh baik, tiba2 rentak lagu ni bermain. tak tahu pun tajuk/lirik ke laut. my luck jumpa lagu ni pasal ingat part of lirik.

Friday, April 18, 2014

#benzali

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Aku kenal seorang akhi ini. Turun ke tanah lain demi tanggungjawab. Fokus. Sebagai tuan rumah, kami merasakan perlu untuk dibawa bersiar melihat tempat yang dilawat. Namun dia menolak. Kerana wang itu amanah yg diberikan demi melaksanakan tanggungjawab.

Integriti.

Unshaken.

Rare qualities, yet one of the most importants to be uncorrupted.

Corruption. Atau, menghampiri sifat corrupted.

Tidak mengira siapa engkau. Rakus memusnahkan nilai mahmudah. Membawa fitnah.

Nauzubillahi min zalik.

Semoga aku tidak kecewa seperti benz ali, dan mengambil jalan perjuangan seperti dia.

Allahu a'lam

Sunday, March 23, 2014

#lalala~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Lagu ini. Ada. Calming effect.
The best part. Part 'lala' *grin*



Somewhere, a voice calls, in the depths of my heart
May I always be dreaming, the dreams that move my heart

So many tears of despair, uncountable through and through
I know on the other side of them I'll be sure to find you

Everytime we fall down to the ground we look up to the sky above
We wake to it's blueness, as if for the first time
Though the road is long, lonely and the end far away, out of sight
I can, with these arms, embrace the light

As I bid farewell my heart stops, tenderly I feel
My silent empty soul begins to listen to what is real

The wonder of living, the wonder of dying
The wind, town, and flowers, we all dance in unity

Somewhere, a voice calls, in the depths of my heart
keep dreaming your dreams, don't ever let them part

Why speak of all your sadness or of life's painfull woes
Instead let the same voice sing a gentle song for you

The whispering voice, we will never want to forget,
in each passing memory always there to guide you
When a miror has been broken, shattered pieces scattered on the ground
Glimpses of new life, are reflected all around

Window of beginning let shine the light of a new dawn
Let my silent, empty soul be filled and reborn

No need to search the land, nor sail across the sea
'Cause it's here shining inside me, it's right here deep inside me
Thanks to you I've found the light, and it's always with me

Tuesday, February 25, 2014

#alihbahasa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sekarang agak sibuk dengan peperiksaan. Walaupun jiwa agak kosong untuk menghadapinya, namun akan cuba ku gagahi diriku utk menyelesaikannya.
Hidup semakin menarik. Sambil senggang waktu yang ada, digunakan untuk mendengar pesanan tafsir surah-surah juzu' amma Brother Nouman Ali Khan.
InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk mengalih bahasa tazkirah-tazkirah tersebut ke dalam bahasa melayu. Ini bukan kali yang pertama akan niat sebegini. Sebelum ini, karangan Ibn Taymiyyah (Kitab al-Iman) menjadi buku sasaran, namun akan laras tulisan yang berat dan tidak pasti bagaimana untuk dialih bahasakannya (kerana tersesak-sesak membacanya), maka ia terkubur di tengah jalan.
Doakan saya rakan-rakan. Tak tahulah amal jariah mana yang akan diterima Allah. Moga semua nya. Amin.

Allahu a'lam

Monday, February 17, 2014

#pantas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

*sila baca post ini sambil mendengar lagu seberapa pantas sheila on 7. ok, jangan buat.

pantas update. quick update.
1) Nasihat bro tabligh. Masjid kini sudah seperti temple. Orang datang hanya untuk datang. Kemudian berlalu pergi. Tiada aktiviti meningkatkan iman. Jauh berbeza fungsinya jika dibandingkan di zaman Rasulullah. >> sebelum tidur, memikirkan bagus juga pakat denga ustaz muda, kita tubuh kelab remaja surau. InsyaAllah nanti bila menetap tetap ketika kerja. Doakan!

2) Fikir juga apa perlu dibuat nanti bila ada senggang masa balik grad. Ok la, mungkin nak jadi cikgu 'free' dekat sekolah rendah dolu dolu. Nak berbakti niatnya. Nak mengasah skill kemasyarakatan. Itulah lapangan sebenar. >> nanti bole contact dengan cikgu sabidah. Juga nak suggest adik yang tengah membela perut di rumah selepas SPM untuk mencuba. yosh!

3) Hypothesis. Untuk mudah bangun pagi, lazimkan solat sunat sebelum tidur. Teringat satu fakta yang Imam Bukhari ketika menulis Sahih Bukhari, dia akan solat sunat 2 rakaat sebelum menulis setiap satu hadis. Katanya kerana hadis itu akan menjadi hujahnya di hadapan Allah kelak. Nak buat untuk setiap satu soalan otazky memang berat nanang. Tapi kita kena start somewhere. Kena cuba!

4) Menyedari yang suka tak suka, duit itu sangat diperlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti. Mungkin kena akur akan konsep invest. Kena berguru dengan abang akan bab itu. Takda duit, kerja tak jalan. Kerja tak jalan, masyarakat tak dapat dirawat.

Allahu a'lam

Wednesday, February 12, 2014

#superhero

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Preparing myself to be..a super hero?




Saturday, February 8, 2014

#truth

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ada perkara yang kita rasa. Ada perkara juga perkara yang kita 'hidu'. Ada perkara yang kita dapat agak kita tahu (faham).
Namun, ada baiknya untuk kita tidak bertindak. Mahupun tidak memberi respon sewajarnya.
Biarkan ia senyap, dan berlalu pergi. Semoga Allah memaafkan segala khilaf yang sengaja mahupun tidak disengajakan.

Ok, saya merasa agak low self esteem. Gambar-gambar di mukabuku sudah melangkaui gear 'kahwin' dan 1st child. Kini dah masuk 2nd child. *gelakgulingguling*. Haila, dunia ini sungguh ajaib. Makin dikejar, makin jauh untuk sampai ke destinasi. Mungkin kerana sifat manusia yang suka membanding. Mungkin. Makanya, manusia tidak akan mengenal erti puas.

Ada banyak berita agak baik lately. Mulanya ingin dikongsi, baik di muka buku mahupun di sini. Namun kemalasan diri yang agak tinggi, lalu dibiarkan rasa hati itu hanya terpatri (poyo gile ayat pusing2 mcm ni) di taman hati.

*urut-urut janggut ala-ala apek cina yang sangat wise*

Allahu a'lam

Saturday, January 25, 2014

#refreshment

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Never tired hearing his seerah.



Allahu Allah. Di mana izzah kepada akidah ini dalam masyarakat sekarang?

Allahu a'lam

Thursday, January 23, 2014

#steadfast

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Rotation peds membawa kepada perasaan yang bercampur baur. Gembira melihat anak kecil. Tapi sedikit tertekan melihat kondisi mereka. Be strong man. You need not to overwhelmed by emotion during practice.

Dan guna tertekan membaca/menonton video 'jijik' berikut. Speechless. Terasa sangat rosak masyarakat ini.

Saya berdoa semua ini berita palsu!

Agamawan yang membawa fitnah kepada agama.: http://rt.com/news/saudi-preacher-fine-rape-333/

Golongan mujahideen yang membawa kemusnahan kepada agama:



*background music: Dunia yang Sepi - Hijjaz*



Allahu a'lam

Sunday, January 19, 2014

#dusty

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




1) Currently memorizing surah maryam. Nanti kalau anip ada masa, anip akan bacakan surah mak setiap kali mak nak tidur, yeh?

2) Kadang-kadang ibu bapa tu membebel pasal dia sayang kamu tu haa..

As I'm getting older, terasa makin best lak layan diorang membebel. Walaupun diorang bebel banyak benda tak berapa nak betul. Takpe, layan je.

Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku, serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil.

Ameen.

Allahu a'lam

Friday, January 10, 2014

...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Fuuuh, lama tak menulis.
Dan fuuuh lagi, pasal terasa makin kurang nak bercakap, or meluahkan rasa hati.
Merasakan kata-kata rekaan manusia sudah tidak mampu mengungkap rasa hati,
Dan hanya rasa rendah diri dan segala puji pujian kepada Dia sahaja mampu terungkap.



Allahu a'lam