Wednesday, November 28, 2012

Dunia hari ini...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya mereasa semakin 'sesak' hidup di dunia ini. Tidak mampu untuk menghiraukan apa yang berlaku disekeliling. Terima kasih kepada teknologi massa yang memberi informasi tanpa batasan. Baru sahaja usai (yeke dah selesai?) conflict di Gaza, terjumpa conflict di Liberia, Congo, negara sendiri (sultan lupa akhirat, penghuni lorong, buang anak, dan SANGAT BANYAK LAGI), etc. Dan juga aktiviti masyarakat yang begitu tidak-boleh-diterima. Taip 'vice documentary' di youtube.com dan anda akan dihidangkan pelbagai 'perbezaan' yang wujud di dalam dunia. Dan sesetengahnya sangat meloyakan, seperti normal masyarakat membuat seks dengan binatang, 'mencuri' wanita utk dijadikan isteri. Sejujurnya, selepas menonton, membaca semua di atas, saya merasa sangat demotivated. Dunia ini sangat menyedihkan. Kita begitu bersemangat berusaha, tapi seakan endless je masalah. Memang betul kata-kata bijak pandai; amanah (kerja buat baik betulkan masyarakat ni) lebih banyak dari masa. Juga; bila buat baik, jangan pandang pada kesan.. buat je, dan doa. Haritu, cuba deactivate fb, pasal tak pandai kawal ber-fb. Nakal tu satu hal (komen, sakat member, merepek, etc). Tapi fb juga pintu informasi yang tidak bertapis, dan sangat-sangat-sangat banyak. Cuma kalau tutup fb, banyak kerja jadi susah. Kejap je deactivate fb. (-_-") Saya perlu menjadi self-sustained, dan hanya bergantung harap kepada Allah. Tapi somehow, bila rasa sesak ni, sangat hope ada orang (real human, bukan pemberi tazkirah dlm video mahupun tulisan-tulisan di dada skrin); kawan dan mungkin isteri? (now I just found the hidden reason kenapa rasa nak sangat ada seorang dekat sebelah manjang, heh~), untuk menenangkan pemikiran. Ok pendamba_cinta, ingat pesan ibu-bapa-opah-nenek-pakcik-makcik; belajar pandai-pandai. Fokus. Yang lain, kemudian.

ps: bila lihat cermin, terasa rambut dah jadi putih..padahal hitam je. saya sedang berhalusinasi kah? :-p

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur bersamamu.
Teruslah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu"
[KH Rahmat Abdullah a.k.a. Sang Murabbi]

istighfar-work-pray-tawakkal

No comments: