Sunday, June 30, 2013

#hyderabad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Post masuk air. maaf.
Kawan kena assign fly ke Hyderabad.
Pop. Terus masuk mood bollywood.
Langsung terkumat kamit lagu kal ho naho.
Tak betul sungguh kepala cuti ini.

Saturday, June 29, 2013

Thursday, June 27, 2013

#russia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

BIsmillah, pertamanya, ingin mengucapkan taniyya kpd kwn sy yg bernama tepung atas semakin hampirnya tarikh walimah. Siap ber banner gitu. T.T

Baik, tajuk post ini adalah russia. Kenapa?

Jiran atas rumah saya punya tetamu daripada russia sekarang. Tetapi anak melayu lah (anti climax)
Mereka bercerita cukup panjang. Mostly berkenaan life di sana. Dan cara belajar. Dan susah senang.
Saya rasa seronok, dan menarik. Rasa....best gile jadi diorang. Begitu la gamaknya nak ckp terujanya life di sana.
Namun, tiba satu part..saya terkesima. Ia bermula dengan statement, yang seluruh batch kawan ini, kaki dota..kecuali beberapa. Itu pun layan korea, or drama melayu. Namun, dari itu, punya kecuali lagi. Seorang. Muslimah.

Apa komen mereka: hiburan dia ni nasyid je *gelak*. Tapi dia muslimah la. Top student. Jaga ikhtilat. Takkan berdua melainkan ada yang ketiga. Hatta dalam internet, walaupun utk kerja sekolah. Dia sanggup suruh tunggu, dan cari orang ke-3.

Saya mcm...tak mampu nk digest. Selama mana mereka bercerita berkenaan latar tempat dan masyarakat di sana, seakan mustahil ada survivor seperti itu. Bayangkan, satu uni tu hantu dota! Bukan lah jadi hantu dota tu dah jd sama level dgn iblis. Tapi agak kritikal la gaya hidup mereka. Bukan dota je la...tiru meniru etc etc perkara 'ganas' yang mereka lakukan.

Dan saya rasa, mcm kena simbah dgn air ke muka.
Malu yang amat. Orang hidup strunggle di bumi seperti itu, saya ambil mudah bab ikhtilat. Langgar selanggar langgarnya.

Baiklah, sempena meraikan Ramadhan yang mulia ini, saya rectify polisi org ketiga dalam any perbualan dgn wanita ajnabi. Dalam semua perkara, tanpa kompromi. Saya perlu berubah. Hijrah.

Allahu a'lam

#menarik

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Somehow ramai pemikir hebat eropah PAS (yg sy kenal dari zaman pelajar) mula terarah kpd gaya pemikiran PAS nafas baru. Cukup menarik. Mampukah golongan 'ulama' handle permasalahan ini?

*ambil pop-corn, menonton perkembangan dengan teliti*

Allahu a'lam

#hurt

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya rasa, saya menyakitkan hati anda.
Maka, saya memohon maaf, dan memohon keampunan Allah atas lemahnya diri seorang hamba.
Maaf.



Wednesday, June 26, 2013

#paradox

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ini, love paradox. Ditulis, oleh X. Tapi, ....

to stop loving someone you love because you know you will never make him/her happy...and you do this because you love him/her so much that you couldn't stand watching him/her suffer with you.

hurm...

Allahu a'lam
 p/s: 1/infinity


lagu balik kampung tahun lepas.

#meditasi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sekarang ni, cuba membina mindset meditasi.
Searching peace inside myself. Searching peace by improving hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
Cuba melihat dunia dari perspektif yang lebih tenang *seakan Gautama Buddha*
Dan cuba tidak bersikap reaktif. Mungkin, setiap kali ingin bercakap/membalas pertanyaan, saya akan pause seminit. *sambil urut2 janggut ala2 kambing di zoo bandar yang dikunjungi minggu lepas.
Dan terasa nak botak. lalala~...
Tapi botak mana masuk dengan jambang. Wicked gila muka. *down*

Allahu a'lam

Tuesday, June 25, 2013

#rahmat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Haih, macam-macam jenis rahmat kita dapat hari-hari ...
Dan siap bertambah-tambah lagi ...
Some-more dapat benda yang kita nak sangat-sangat pulak ....

Semoga saya tidak menyalah guna rahmat yang Allah beri ...
Semoga ia tidak menjadi manifestasi kemungkaran sebagai seorang hamba Allah ...
Semoga aku tidak tergolong dari kalangan mereka yang hanya diberi rahmat Allah supaya menjadi lebih sesat ... :-(

ps: dapat cuti super lapang ni pun bagus jugak. dapat fikir slow-slow sesuatu perkara. (sengal, nama pun cuti..)

Allahu a'lam

Sunday, June 23, 2013

#cahaya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Surah an-Nur (Cahaya).

Surah cukup sarat akan penerangan hukum hakam yang berkaitan wanita dan rumah tangga.
Teringat kembali di KMB, kwn baik saya meminta izin untuk membawa balik satu jilid Tafsir al-Azhar ke biliknya untuk dibaca dgn lebih teliti. 'Din, asal jilid ni?'..'Aku nak study surah an-Nur doh'...'Peh, banyak cekadak kau, dah takde surah lain ke nak study?'..'Surah ni bagus la..bla bla bla...'..
Ye ye..byk la kau kasi alasan.!

Surah ini juga, menjadi sedikit popular di fb, di mana ada kisah berkenaan pemberian mahar. Syarat, hafal surah an-Nur. well, dikongsi jugalah di wall page, dan di-like oleh org-org yg cukup rare meng-like apa yang saya kongsi. unik. Tapi saya suka konsep hafalan sebagai mahar. Seakan macam, kalau kau tak ingat kalam Allah, jangan harap nak try menambah beban 'kasih sayang' sesama manusia.

Dan surah ini, disebut ketika mana tugasan saya membentangkan topik peranan wanita dalam Islam. Surah an-Nur, 31.

sebahagian ayat:

dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya (dalam nota usrah: dada) dengan tudung kepala mereka; 

diberitakan, Rasulullah menyampaikan arahan ini, lantas para suami/kaum lelaki pulang ke rumah dan diajarkannya. Dan Ummu Mukminin Saidatina Khadijah mengajarkannya juga kpd kaum muslimat. Dan Ummu Mukminin pernah menukilkan yang dengan turunnya ayat ini, maka ia menambah satu kelebihan para muslimat berbanding dgn wanita kuffar. Dan seruan ayat ini disambut, dengan sangat baik. Mereka mencarik kain-kain di rumah, lantas di litupi kepala dan dada mereka.

Tersentuh.
Izzah kepada agama.
Hari ini, berapa ramai yang melihat arahan Allah S.W.T. merupakan suatu kebaikan/kelebihan yang Allah beri kepada mereka? :-(

Kadangkala, saya kasihan muslimat perlu menahan bahang kerana menjaga agama. Saya tanpa penutup pun dah mcm cacing kepanasan. Dan saya berterima kasih kpd mereka. Kerana mereka, saya boleh rendahkan kawalan mata saya. Lebih bebas. Sangat susah menjadi lelaki zaman sekarang. Ada nikmat mata ni pun jadi serba salah. Dan mungkin ini antara sebab saya rindu pada sekolah lama. Tudung labuh selabuh-labuhnya, bukan sipi-spi or langsung tak tutup dada.

Dan melihat kepada asas penurunan ayat ini, di kalangan ulama' menyatakan bahawa ia semata-mata untuk menjaga martabat wanita. Dengan kata nama lain, Allah ingin menjadikan wanita less attractive. Dan bila mana ia disabit kepada isu 'make up' agak jelas bahawa make up ini memusnahkan purpose guidelines yang Allah beri. Ia membuatkan wanita lebih sedap dipandang oleh lelaki ajnabi, lantas... :-(

Saya agak extrimist dan kecewa jika berbincang bab make-up.
Saya benci kakak saya ber-make up bila kahwin. Lebih memburukkan wajah. Dan seakan menyanggah larangan Allah
Tapi, Allah knows the best. Kerana tiada larangan 'total' berkenaan perkara ini, maka saya lebih gemar utk diam dan memerhati dengan teliti.

Allahu a'lam

#love

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ya Alla, jadikanlah cintaku padaMu tiada taranya.
Tiada bandingan, tiada yang kedua.

-fear&hope-



Allahu a'lam

Saturday, June 22, 2013

#pain

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Stalking his fb (the pic part).
I think, I can feel his pain.
Life, is a race.
I feel guilty, and I am sorry.
May Allah ease your sorrow, and grant you better rewards.
But, selagi tak melanggar hukum syarak, insyaAllah, I will never back-off.
That is. For sure.

Allahu a'lam

#exam

Friday, June 21, 2013

#dosa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Aku juga pendosa.
Dan aku tahu, aku kerap mengulanginya.
Dan aku tahu apa itu rasa benci kepada diri sendiri.
Dan pernah juga aku memikirkan jalan untuk memutuskan nyawaku, kerana tidak sanggup mengulanginya.
Malah, aku terasa jijik kepada diri sendiri bilamana orang memandang aku baik, dan dengan jawatan 'ketua biro agama' yang disandang.

Namun, rahmat Allah tidak bertepi.
Penuh bait-bait nasyid, mengingatkan aku akan sifat al-Ghafur, ar-Rahman dan ar-Rahim.
Dan aku tahu, Allah menutup aibku, memberikan ku peluang memperbaiki diri.
Ku biarkan dosaku, menjadi rahsia aku dan Rabb-ku, seakan satu janji kukuh yang Dia yang Maha Sempurna dan aku yang pacal hina.
Selagi mana ku teguh menyintai Dia, berusaha untuk berubah, aku akan pastikan 'peperangan' dengan dosaku tidak akan berakhir. Kemenangan atau syahid.

Allahu a'lam

Thursday, June 20, 2013

#anger

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Selasa lepas, aku terasa diuji akan kesabaran ku, yg ku kira semakin baik hari demi hari.
Aku diminta tolong oleh seorang rakan, untuk passkan barang untuk dibawa balik ke kampung, kepada seorang teman.
Kita kena tolong orang, nanti Allah sayang kita.
Maka saya pun tolong, walaupun menyedari exam besar pada lusanya. Kejap je ni, pujuk diri sendiri.

Maka bermulalah:
'Train lambat 15 minit la'..'ok bos'...
Memandangkan saya sangat menghargai masa orang lain (walaupun saya kuat buang masa sendiri), saya cuba memastikan saya tak buat org tertunggu. Sampai on time.

Tunggu 10-15 minit...mana la hai..
Msg masuk..sorry, agak2 lagi 10 minit sampai...
Tak mampu nak balas..psl ia menyebabkan saya terpaksa tunggu 25 minit..(terbakar)..

Maka, selepas melepasi 'masa' yang ditetapkan, saya terasa syndrome 'menurun'...
Haish..terpaksa mencangkung, tahan marah. Nak tumbuk, sebelah dinding kaca..naya je...
Nasib ada henpon zaman 3310, maka aku ramas sekuat hati...
Sambil tu, da ready taip ayat pedas..tinggal nak send je...
Fuuuuh T_T

Lepas dah macam cacing kepanasan, 15 minit melepasi masa tamat, baru dia muncul. Salam, peluk sikit..bye2.. a 45 minutes test. failed.
Tak boleh nak cakap, kang cakap lebih, benda lain keluar.

Saya masih panas baran lagikah? hurm. bad news..bad news...

KMB dulu...

Ia merupakan kali pertama (yeke?) dan harapnya kali terakhir saya unleash kemarahan pada skala penuh.
IA adalah rentetan tekanan mendapatkan placement ke uni. Well, saya lebih mahu fokus untuk exam, dan memilih uni saya sekarang kerana borangnya sehelai, dan super simple, dan tak payah interview (hanya sembang poyo)..
Sedangkan kehendak ibu bapa saya, ingin saya pergi ke negara yg pengajiannya 5 tahun, dan nampak bergaya bila nak show off depan member. Australia.

Saya tak mahu. Dan saya stress..sedih pasal I'm the only one tak dapat PMC (gile pelik, tapi bapak banyak hikmah).

Takpe lah, janji belajar, mana-mana pun sama.

So, nak dijadikan drama, mereka pun push-push. Saya ketika itu tengah bad mood, minta untuk mereka diam.
Mereka tetap push..
Aku merayu, tolong la diam...
Push lagi..

check-mate.

Kerana hati terlalu marah, namun akal kata itu kedua ibu bapaku,
Maka kesannya, aku menangis. Dan mengigil...Memang hay-wire sympathetic dan para sympathetic.
Dan saya kancing gigi. Melihat itu, naik cuak mak dan bapak.
Lantas, saya berlalu pergi, meninggalkan mereka. Mereka tunggu beberapa ketika, mengharapkan saya pulang kembali (ingatnya saya nak basuh muka pasal menangis). Namun hampa.

Dan untuk memujuk saya kembali, mereka terpaksa meminta bantuan 2 orang akak saya yg jauh diperantauan.
*sangat lah salah suruh diorg pujuk, pasal saya pun tak rapat dgn mereka..
Tapi ok la, nice try, dari mereka call ak direct.

It takes a week or 2 untuk mereka 'berani' call direct.

Well, never proud of it. But please, dont push me to the limit. I hate it. And am sure you will hate it too.

Allahu a'lam

#sexta

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Aku menyukai quotation ini dari twitter kak zizi.

"Training to become a Jedi is not easy, and if you succeed, it's going to be a hard life"

Am not a Jedi. but we share things in common.

8 bloody exams. Cant imagine. Nerd mode on.

Allahu a'lam

Wednesday, June 19, 2013

#stress

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

huuu..stress..macam tak ingat BAPAK BANYAK.

takpe la..baca pun da ulang banyak kali, then, nak buat camne lagi. tawakkal. still struggling menyumbat dan merefresh apa yang mampu.



Allahu a'lam

Monday, June 17, 2013

Sunday, June 16, 2013

#gelak-sorang-sorang

Dengan Nama Allah ynag Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Stress study IM.
Teringat lawak kasar abang, bercerita tentang temannya yang menjadi HO.
'..otak kamu ni, dah mengecut ye kene radiation Chernobyl..?' - nasib la labu..sape suruh grad uni soviet. T_T

So, selongkar la video pelik2 malam ni,, (exam syndrome)
 pup, tertengok video ni...
lantas.. mengilai sorang2, tak boleh nak stop..
man, i missed them so much.



nampak je cute. perangai macam @##$$%%^

Allahu a'lam

#gitar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tahun lepas, ku beli gitar.
Ingat nak belajar. (padahal member KMB offer ajar tanak belajar..maklumlah, iman kuat time tu..*sengal)
Terkesan dengan lagu-lagu peterpan, etc yang banyak mengunakan gitar acoustic.
Ingat nak main bila bosan-bosan dgn kawan (read: wife) - ok, meraban
Tapi lepas dah beli..dengan offer yang mengiurkan..tak termain lak guitar. Tu la..kan membazir. (Hapai Quran pun malas, nak belajar main guitar konon)
Lantas ku beri secara free kepada kawan. Tapi sebelum tu, aku siap2 nasihat..jangan lalai main guitar..hang banyak tanggungjawab agama. hu hu.

Sebenarnya, nak post lagu ni je. haha. goreng starting tu..mengingatkan pelbagai perkara.



Allahu a'lam

exam..exam..exam..

gila? minta pendapat II

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Keadaan di Syiria semakin meruncing.
Dan ulama'-ulama' telah mengeluarkan fatwa jihad di sana.
Dan, aku melihat ia satu peluang *big smile*

Kawanku, yang sekepala bertanya, 'macam mana ni, ada lubang ke nak ke sana?'. Dan terjawab pagi ini melihat satu post di fb >> tekan jangan tak tekan :)

Sekarang ini, aku perlukan pandangan ramai. Aku teringin benar untuk ke sana dan menyahut seruan jihad. Puas aku membaca keperitan dan tragedi demi tragedi. Dan menusuk-nusuk hati bila memikirkan yang aku di sini seakan duduk diam (walaupun ku mencuba sedaya upaya membantu menerusi saluran-saluran yg pasif). Dan aku tidak mahu perasaan itu lagi!

Aku, seorang pelajar perubatan. Bawah tajaan (mengunakan duit rakyat). Berbaki setahun lagi, insyaAllah.
Punya keluarga yang mungkin 99.9% menentang idea ini. Keluargaku adalah bukan dikalangan yg susah. Dan aku punya adik beradik yang cukup stabil.

Maka, haruskah aku ke sana? Minta pandangan kalian yang budiman.

Allahu a'lam

Sedutan perbualan:


  • Kawan: jom pgi haha. aku tak tau cmane nak buat skarang ni. study ngn pinjaman ngn parents.
  • Saya: need a good plan

    Kawan: plan licik baek pnye..
  • Saya: pinjaman tu, mcm akan susahkn org lain..
    if only ni final year T_T
  • Kawan: macam mane kite ni
  • Saya:ak mcm nk consult 2,3 org yg fakih agama dulu kot din..sebelum buat plan
    yg mana lebih utama, tunaikn amanah kita psl tgh guna duit rakyat, atau panggilan jihad
    psl parent tu..ntah la..parent ak confirm mcm x kasi
  • Kawan: orait. silakan, nnti aku pn nak tanya jugak. kalau da dapat info bgtau..
  • Saya: kawen pun tak kasi..nk pergi perang lg la
    ok kawan..baik, insyaAllah

Friday, June 14, 2013

#how-to

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kita tak dapat lari untuk memilih sesuatu yang kita suka.
Is there any indicator yg tepat lagi pantas dan lagi menyedarkan (psl kdg2 selalu sangat tak sedar dan tak sengaja) untuk memastikan setiap jalan keputusan yang kita tempuh berada dalam redhaNya?

Allahu a'lam

minta pendapat?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Apa pendapat mu, wahai pembaca misteri, jika kamu berada dalam keadaan ku?

Aku teringin benar menyahut seruan jihad. dan aku menginginkan syahid.

Namun, aku telah jatuh hati kepada seorang manusia..dan seakan sudah berikrar setia untuk berkongsi hidup.

Aku, cukup gerun..bila mana aku menikahinya, jiwaku untuk berkorban semakin pudar.

Maka, kadang kala terlintas, untuk aku memohon kepada ya Rabbul Izzati agar menjemput diriku, sebelum jiwaku tersungkur lebih dalam mencintai dunia.

Minta pandangan kalian yang punya akal.

Allahu a'lam

quran for today

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ali-Imran; 14

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).


Allahu a'lam

#habislaaaa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Habis laaa.. tab da menunjukkan tanda-tanda kerosakan. muahaha~~~
Habis laaaaa...

*mak, nnti balik **** pau 'tab' mak eh? hehe

Allahu a'lam.

Thursday, June 13, 2013

#udara

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Perlu tanam dalam otak,
Nak sesuatu, ia perlu sebagaimana hendaknya seseorang yg lemas menginginkan udara yang segar.

Reset my brain.



Allahu a'lam

#turkey

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



the best part. akhir video. mr. erdogan membaca awal surah al-Baqarah.

Alif, Lam, Meem.

This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those conscious of Allah -

....



terasa qalb macam kena 'ketuk'..
dan ntah, ... terus menangis..
video-video, cerita-cerita berkenaan jihad, dan khilafah Islam terasa sangat menyayat hati. dan mudah sangat nak menangis.

semoga ia memberi iktibar kepada kita semua.

Allahu a'lam


#mulut

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Teringat kisah seorang wanita tua, yang menjaga apa-apa percakapan yang keluar dari mulutnya; iaitu hanya ayat-ayat Quran (tak menyebut apa-apa selain itu!)

Dan hari ini, cross ayat ni. Surah al-Baqarah; 265

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

ps: 'kotor' sungguh blog ini dengan daki dunia. : (

Allahu a'lam

Wednesday, June 12, 2013

#exam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

I need Allah by my side.
And adranaline in my blood system.


Allahu a'lam

Monday, June 10, 2013

#alhamdulillah!

#slowmo

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hari ini rasa slow-motion sikit. Everything around moving fast, yet diri ni yg slowmo.
Slow slow slow.
IM gedabak besar ni, terasa nak muntah lak membacanya.
Adakah ini perasaanya wanita bila mengalami PMS? haha~~
Sabar..sabar..sabar...

sikit je lagi..sikit je lagi..

zzzzz....

Allahu a'lam

Sunday, June 9, 2013

#yahyaayyash

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Syeikh Ahmad Yassin. Dr. Abdul Aziz al-Rantisi. Ibn al-Khattab. Idola terbaru. Pernah terbaca dulu, tapi tak ingat nama.

Allahu a'lam

#brunei

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Thinking on moving to Bandar Seri Begawan lah. Kalau mereka accept HO dari sini, then..sayonara home country.

why? >> one of the reason (comel je kecik2 pakai tudung labuh)
http://www.youtube.com/watch?v=qHcyN6NyEV0&feature=share


Ntah la...

Allahu a'lam

Saturday, June 8, 2013

#pupu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sorry pupu (dan arwah popo)
Tiba-tiba tuan kau ni rindu pulak
Mintak maaf salah silap sepanjang penjagaan yang sangat ala kadar.




Allahu a'lam

Friday, June 7, 2013

#GR

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ingatkan mamat pakar masak ni mulut celupar time masak as in buat2 lawak.
Rupanya celupar+marah+++etc.
Aku pulak yang naik cuak. Haizz...

Obsession, leads destruction.

Allahu a'lam

#wish-list

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Muhasabah diri hari-hari. 
Jangan asyik berangan dan bermimpi
Kelak menjadi muslim yang rugi
Usaha keras dan bersemangat tinggi
Hanya mencari redha Ilahi.

Ahli Briged al-Qassam.
1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid. (rumit la kut untuk org Malaysia)
2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.
3) Anggota Hamas dan Al-Qassam  tidak bermaksiat, menghisap rokok 
4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.
6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).
7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.
9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
10) Melazimi zikir harian.
11) Melazimi olahraga atau beriadhah.
12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

#lala



Nobody said it was easyNo one ever said it would be this hardOh, take me back to the start

#angermanagement XD

#bite

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

https://www.facebook.com/photo.php?v=558029250906449

mamat melayu dalam video ni serius mintak pelempang :D

Allahu a'lam

#syahid

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Semoga aku mati syahid. amin.

https://www.facebook.com/photo.php?v=199983136819578

feeling helpless. hypocrite. sad. guilty.

Allahu a'lam

Thursday, June 6, 2013

#switch

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ok, sekarang, bila rasa tak tahu nak buat apa, instead selak manga/anime..bukak channel memasak. Dan ia sangat tidak bagus ditonton ketika sedang makan. Kerana? terasa tak sedap langsung apa yang diri sendiri masak. hahaha. looser.



takpelah. dish cinonet amik masa lebih sejam masak. memang sorry la den nak buat. nasi goreng instant eden masak 10 minit je kut (ke kurang?).

Allahu a'lam

#turki

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tadi, ada 2 orang prof turki.
Duduk bersembang dengan saya dan ustaz.
So far setiap kali jumpa orang turki di sini, mostly kalau ada background pendidikan agama, mereka akan excited bila introduce diri dari Malaysia.
'We feel close to you'..'You practice Islam..your faith is strong'..
Dan mereka pernah bersekolah di Imam Hatip school. Bila mana kita cakap, kita tahu pasal system persekolahan Imam hatip, lagi diorang impressed. Cakap lagi pasal kita kenal mufti Turki Uthmaniyyah, lagi lagi diorang terkejut.

Ya, sesungguhnya kita bersaudara. Dan sesungguh, kepahitan runtuhnya Khilafah Islam kami rasa bersama.

Semoga Islam tertegak di muka bumi ini. Dan semoga diri ini menjadi salah satu 'batu bata' dalam pembinaannya.

Allahu a'lam

#test

Blogger apps.haih

#napsu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Teruja sungguh nak beli lappy baru..*ku sudah enggak cinta sama kamo wahai lappy lama.
Bising
Slow
Stuck
Etc

Sabar wahai sabariah.itu semua dunia!

Allahu a'lam

#kyuubi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

terasa macam dalam keadaan sebagaimana naruto vs kyuubi. haha. baca manga overdose.



Allahu a'lam

Wednesday, June 5, 2013

#kickstart

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sifu pernah berkata, 'dalam hubungan ni, kena jujur, kena byk explain...'
Aku, termanggu. Haih. Baru start je, mungkin kut aku tak kena..
Then, there you go. Macam-macam datang...
Bismillah. Takmau spend masa terlalu banyak utk perkara ni yuk. Banyak perkara lain perlu disumbat dalam kepala ini.

Allahu a'lam

Tuesday, June 4, 2013

#jiran

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Alhamdulillah, jiran kasi choc! :-p pasal kasi pinjam henpon sebab die terkurung luar rumah lewat malam. heh :-)

Subhanallah, alhamdulillah Allahuakbar!

Allahu a'lam


Al-Fatihah

Monday, June 3, 2013

#bb

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

BB..bermaksud burger bakar.
Sedari tahun lepas, nak makan burger bakar.
Well, motivasi nak balik kampung halaman memang selalunya didorong oleh faktor 'food-sick'.
Dan harini, selepas sekian lama menunggu blog kegemaran; antara paling poyo dalam sejarah,telah update, dan empunyanya telah menulis berkenaan burger bakar. haha.. boleh2 bookmark bantai bila balik nanti.

blog paling menggelabah tahap 8 petala langit

Allahu a'lam

#master

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

I got a new master. Untuk bertanya cara-cara mengatasi permasalahan 'itu'. He is my jiran! haha~
Siapa kata kita tak boleh belajar dari yang lebih muda?

New deal made. May Allah bless my intention. Always want the best for Him.

Allahu a'lam

Sunday, June 2, 2013

#afraid

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

I'm afraid, that if PAS failed to take a drastic action in changing its 'bad' characteristics, the valuable people inside it will leave this jamaah. Their members are gravely concerned about many things..harakah, how slow PAS reacts on issues, priority on handling issues..and usually the answer is that..wala' wala' and wala' (trust your leader). And the slogan of kepimpinan ulama' somehow will be a fitnah if things are not tackle properly (ape la english aku).

Allahu a'lam

#should-i?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Should i ask for the permission to read the blog?
Will it be benificial?

haih. haaaihh...


#hujan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Di dalam kegerunan akan kemungkinan banjir, dan pelbagai masalah mendatang...
Aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga padaMu ya Allah...
Atas ingatan yang Kau sampaikan melalui kejadiaan alam yang berlaku ini...

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allahu a'lam

#adik

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Adik bongsu saya SPM tahun ni.
Hahaha..and we share the same point of view on how stress to be at home during this time of period.
Tapi masalah bdk ni bijak, pergi tulis dekat wall fb.
Memang puas la gelak bila mak tegur, nak amik balik netbook pasal kantoi mcm banyak chat.
I feel you bro. If you study for them, you will feel disappointed. Just study kerana Allah je.

Bittawfiq wannajah mukhtar (read: bee-com..nama masa die baby dulu)

Allahu a'lam

#hari

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ...

Baru 2,3 hari 'sayang' (read: me) oii..
Hundreds of days to go... T_T

#sabr

Allahu a'lam

Saturday, June 1, 2013

#food

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Feeling guilty after eating like there is no tomorrow. Sorry my brothers and sisters in the other side of the world.

Semoga Pak Duta sekeluarga sejahtera dunia akhirat.

Stead fast!

Allahu a'lam