Friday, August 31, 2012

inspired

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah. terinspirasi! tahun empat ini banyak menguji berkenaan persoalan hati.
Tapi Allah akhirinya dengan pengakhiran yg baik (alhamdulillah) dan sebuah kalam karya Fatimah Syarha - Tautan Hati.

Teringat balik permainan dan perkara2222 jahil yang dibuat.. Ya Allah,ampunilah hambaMu ini akan segala kesalahan dan khilaf di dunia penuh dengan ujian. Kasihanilah hambaMu ini ya Allah...

Friday, August 24, 2012

fool-ish?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya suka wanita itu.
Tapi saya tahu, kebarangkalian untuk mendapatkannya cukup rendah.
Saya mengharap hari-hari wanita itu menegur saya.
Tapi saya tahu saya perlu pertahankan nilai muslimahnya. Maka tidak manis berchatting lama-lama.
Saya tahu wanita itu dlm keresahan, atas konflik keluarga+segi tiga.
Saya nasihat dia, mengharapkan dia mampu terus tegak berdiri menempuh dunia.
Saya nasihat dia, agar 'embrace' pilihan keluarga, kerana barangkali itu terbaik untuknya.
Sedang saya masih punya rasa pada dia.

Life.is. ___(?)____


saya lelaki dayus.kot?

Wednesday, August 15, 2012

cuak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

yeah, esok exam.. now in the state of lupa-apa-yang-dah-dibaca-terasa-macam-tak-pernah-baca..

rasanya,tiap-tiap exam akan mengalami syndrome ni.. macam mana la hai nak jadi tabib.. asyik lupa je.

never give up. mantapkan usaha. kemaskan kebergantungan kepada Illah !

yosh

*masukbawahselimutnyorok+coldfeet*

Thursday, August 9, 2012

orang melayu dan raya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Hari ini nak cakap pasal bangsa melayu.
Sepanjang hidup yang serba singkat ini, seringkali aku melihat bangsa melayu sebagai satu bangsa yang sederhana.. tak pun lemah.
Orang melayu tak mampu menjadi jaguh untuk banyak perkara ...

*harap yang membaca dapat menghormati pandangan ini, kerana ia dilihat dari sudut statistik*

tapi...
Orang melayu cukup hebat dalam satu perkara.
Bila ia berkaitan dengana raya.
Serius, kalau anything pasal raya masuk olimpik, ada kemunkinan orang melayu menang.


Dari segi lakonan: berlambak-lambak iklan raya yang sangat menyentuh hati; pelbagai segi, gembira..macam-macam lah...!

Dari segi music: Lagu raya memang terbaik. Pasang time tak raya pun hati rasa macam dah raya!

Dari segi ekonomi: Orang melayu yang tak reti2 buat business, terus hebat buat business. Kuih raya, baju raya, air raya, rendang raya, dan macam-macam lagi. Siap boleh buat auxillary business lagi. Bawak sample pergi office :p.

Dari segi ketenteraan: Boleh tak nak bayangkan, budak-budak bawah umur, boleh berperang dengan gembira. Bom buatan tu memang dah macam masak nasi goreng je. tutup mata. thunder clap, meriam buluh, mercun pop pop, dan macam-macam lagi. Siap terkorban pun ada! (nauzubillah)

Dari segi fesyen: Baju raya memang terbaik. Lawa bagai. Tiap tahun ada tema. Colour nak sedondon. Mantap.

Dari segi ibadah: Sedekah, sembahyang raya yang sunat pun tip top. Datang awal masjid.  Open house, jemput orang lawat rumah. Jamu. Subhanallah!

Dan macam-macam lagi.

Barangkali, bangsa lain pun raikan raya dengan meriah. Tapi orang melayu one of the top la dalam bab ni.

Memang perlu rasai betapa bertuahnya bulan Ramadhan itu kepada sesiapa yang menempuhinya. Namun Hari Raya ini juga hadiah dari Allah, kepada umat Islam, untuk meraikannya. Dan saya melihat, orang Melayu terkedepan bab ini.

In the other hands; jika nak difikir dari angle yang berbeza, kita sering lihat, orang melayu tak mampu itu ini. Sebenarnya mereka mampu! But need the right spark. Frankly speaking, saya pun tak tahu what is the right spark. Raya itu salah satu daripadanya. Namun, ia bersifat sementara. Macam mana nk spark kehidupan bangsa melayu secara spesifik, dan secara globalnya, umat Islam? -mari muhasabah diri  :-) -

Allahu a'lam

Tuesday, August 7, 2012

7 Ogos

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Ya Allah, hambamu ini memanjatkan rasa kesyukuran, di dalam kedhaifan, atas segala nikmat yang diberi untuk diguna-pakai dan dipinjam.

Ya Allah, liku-liku hidup hambamu ini, tidak pernah sepi dari kecacatan. Maka atas nama-Mu, ya Latif, ya Rahman, ya Rahim.. aku memohon agar kau kasihanilah aku, ampunilah aku, dan masukkanlah aku ke dalam golongan yang beriman.

Ya Allah, hambamu ini memikul pelbagai amanah dan tanggungjawab. Engkaulah yang Maha Perkasa, Maha Agung, Maha Besar... bantulah hambamu ini, permudahkanlah segala urusan dan berikanlah kecemerlangan atas setiap pekerjaan yang hambamu ini lakukan.

Ya Allah,
Aku takut akan neraka-Mu, maka jauhkanlah aku daripadanya.
Aku gerun akan azab kubur dan padang mahsyar, maka permudahkanlah urusanku di sana.
Aku menginginkan kehidupan yang abadi, maka masukkanlah aku ke dalam syurgaMu dan izinkanlah aku menjadi dikalangan yang terpilih untuk melihat wajahMu.

Amin.


Mia singing:

miaw miaw miaw miaw miaw miaaaaw.. (nada sederhana)

miaw miaw miaw miaw miaw miaaaaw.. (nada tinggi)

miaw miaw miaw miaw miaw miaw miaaaaw.. (nada campur-campur)

miaw miaw miaw miaw miaw miaaaaaaaaw..

Friday, August 3, 2012

cherish the memory

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

lagu zaman tak pening fikir masalah dunia lagi.

no offense. saya hanya suka lagu ini, tidak kira raya atau tidak.