Sunday, August 22, 2010

masjid, surau

apabila orang bukan Islam tahu akan realiti masjid dan surau yg banyak quantitinya, tetapi tak di imarahkan...

nak salahkan orang Islam atas menimbulkan isu 'perkauman' (what the hack?) atau nak mengaku yg kita ni mmg bersalah atas pembaziran nikmat Allah dan masalah qualiti muslim hari ini?

maka?

Saturday, August 7, 2010

menangis bila umur meningkat?

salam.

baru dpt idea.

menangis bila sambut hari jadi..
kerana memikirkan umur di dunia makin menyusut..

menarik bukan? :)

Monday, August 2, 2010

ceramah di surau

assalamualaikum :)

ni mau cerita sedikit pengalaman semalam. di beri rezki oleh Allah untuk menghadiri kuliah tafsir seorang ustaz. judgement saya, ustaz ini seorang ahli PAS (slumber badak je si penulis buat conclusi) kerana agak kerap ustaz memilih ayat-ayat untuk ditafsir berkaitan seruan untuk masyarakat dan pemerintah kembali kpd al-Quran dan sunnah. dan ketika dikupas mengenai sistem hukuman semalam, ustaz tersebut membicarakan mengenai sepotong ayat dari surah al-Maidah (ayat 45) yg terjemahannya berbunyi:

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

seperti mana yg semua maklum (rasanya semua tahu la kan?) qisas ini adalah hukuman berbentuk balasan setimpal. seperti yg disebut di atas, mata-mata, huding-hidung,nyawa-nyawa etc. yang menariknya, ustaz tersebut menegaskan tugas doctor dlm melaksanakan hukuman qisas. (lebih kurang bunyinya) '...yg doktor pakar-pakar ni, bila kata nak balas cedera mata orang tu, haaaa ni la tugas diorg. itu la guna bila jadi pakar!..'

untuk pertama kali dengar, yang antara tugas doctor itu untuk 'merosakkan' in the good way.

ps: penulis lantas tersengih dibalik al Quran tafsir yg dipegangnya ketika itu. cisdel punye ustaz! baik punya kene batang hidung