Tuesday, July 30, 2013

#TR 17

Dengan Nama Allah yang Ama Pemurah lagi Maha Penyayang...

Surah az-Zumar 29

Allah membuat perumpamaan iaitubseseorang lelaki (hamba sahaya) yang dimiliki oleh beberapa orang yang bersekutu dalam perselisihan dan seorang hamba sahaya yang dimiliki penuh seorang sahaja. Adakah kedua hamba sahaya itu sama keadaannya? Segala puji bagi Allah, tetapi mereka tidak mengetahui.

Allahu a'lam

#tandas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Korang sedar tak, ramai orang sekarang buat tandas hampir dengan bilik...or dalam bilik?
Hotel ke..hostel..rumah...semua mcm tu...
Sedangkan, orang dulu...buat tandas luar rumah...?

Agak-agak, kenapa orang dulu buat tandas luar rumah?

Haaaa..sebab tandas tu kotor! Tempat setan membiak! Perlu, tapi kena ada some distance dari rumah. Tu psl rumah org sekarang huru hara, ntah ntah psl tandas dalam rumah. Ye lah, orang lepas guna tandas, terbawak saki baki kotoran masuk bilik. (argument lemah, tapi menarik untuk difikirkan)

Tapi, nak habaq mai, yang dok tulih atas tu analogi je :)
Dunia ni, ibarat tandas..dan rumah tu, ibarat hati.
Dunia tu perlu utk selesaikan pekara, tapi sebab kotor, kita jgn simpan dalam hati.
Keep some distance. Dan basuh kaki leklok sebelum masuk rumah. Haha.

*legend baba analogi ni. Dpt time makan tomyam 'tikus' dgn wan. Kisah wan kongsi ketika fly dgn seorang capt. yg punya latar belakang agama yang baik.

Ps: maka, wan pun dgn bijaksana pi sambung la soklan.
'so, capt. (seorang tabligh) duduk mana'
'oh, sy dok bukit jelutong, hehe.'
Dalm hati wan 'harapan la tandas luar rumah'. Haha

Monday, July 29, 2013

#TR 16

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Surah Yaasin; ayat 47 & 48

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Belanjakanlah sebahagian rezeki yang diberikan Allah kepadamu," orang kafir itu berkata kepada orang beriman: "Apakah patut kami memberi makan kepada orang yang jika Allah mengkehendaki Dia akan memberinya makan? Kamu benar benar dalam kesesatan yang nyata."

Dan mereka (orang kafir) berkata: "Bilakah janji (hari kebangkitan) itu (terjadi) jika kamu orang yang benar?"

Allahua'lam

#TR 15

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Ya Allah,

Tuhan yang memiliki nama-nama yang penuh keagungan,

Pada setiap kejayaan ku,

Dan pada setiap kegagalan ku,

Kau jadikanlah hambaMu ini makin tunduk menyungkur mengharapkan redhaMu.

Allahu a'lam

Saturday, July 27, 2013

#filter

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Teruk gila dunia sekarang.
Lebih spesifik, dunia Islam.
Chaos di mana-mana.
Tergamam, tak tahu tindakan fizikal apa yang sepatutnya dibuat.
Berdoa-berdoa dan berdoa.
Maaf suadaraku :(
Bukan sekadar anasir luar, malah dalam komuniti sendiri.
Syiah sunni.
Fatwa macam chipsmore.
Tazkirah melarikan fokus solat tarawikh (serius merepek)
Dan macam-macam lah lagi.

Tapi, dalam kekalutan ini,
Barangkali oleh nak beri makin jelas,
Siapa atas jalan dia, dan siapa tidak.
Yang mana hak, dan yang mana batil,
Kita tepuk dada, tanya iman.

Allahu a'lam

#ahad-wahid (satu)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Pagi bangun sahur, eh awal betul bapak kejut..takpe, mengesot dan bersahur dengan muka 'slenge'.
Dan subuh di surau. Eh macam ada pak ustaz (muka tak familiar) pegang kitab tebal. Ada kuliah kut lepas ni. Tunggu punya tunggu, takde. Tapi masjid jauh sikit ada. Ditakdirkan Allah pagi tu jumpa dgn kwn dari kecil. Hafiz! haha.. Jumpe-jumpe, dua2 buat muke poyo. Tibe2 ayah Rahimi (kawan lain tegur), 'oit, grad ukraine semua kena ada janggut ke..?' haha, muka tak bersalah..'aah'.Maka bonceng la motor pijat. Vroom, pegi masjid. Best la naik motor. Dapat main angin. Tapi pak x kasi bawak. Kire bonceng pun da kire heaven la. So dengar kuliah, berkisar peluang-peluang dalam bulan Ramadhan, dan sikap yang sepatutnya terhadap bulan Ramadhan. Pandai ustaz tu melawak. So, pukul 7 balik. Sambung bonceng. Sampai rumah, bunyi kucing mnegiau. Aik, ada gak kucing. Sejak balik, macam susah nak nampak kucing berkeliaran. So main2 dengan die kejap. Then terasa nak sedekah, so pegi peti sejuk, curik satu part sup ekor. Bercakap pasal sup ekor, serius do tak faham, apa bagusnya sup ni. Dah la takde isi. Mahal. Takde keje ke makan? Dok mengisap tulang, dengan part mcm jelly (lemak?rawan?). Erk, sabaw je la. Kemudian, sambung tidoq. Sambil memikirkan nasib umat Islam dekat Syria, Mesir..Tertidur..Bajet sejam, tup tup bangun nak kat pukul 10. Then kacau bapak mintak ajar drive. So far lepas lulus test memandu, pernah PEGANG STERING sekali je. perh, 5 tahun sudah. Pegang sekali. Memang cari gaduh. Tapi so far ok la. Auto. Bole goreng. Puas hati dengan pencapaian sendiri. Tapi still prefer naik public after da terre drive pun+jem menggila dkt KL. Seronok merasai suasana bermasyarakat. Ragam macam-macam. Semalam botak chin sekeluarga da balik. Harini super mokh balik asrama. So jadi lonely guy la dekat sini for 5 days. Then start la masing2 balik cuti raya.

Sekian, perkembangan diri sendiri, dalam berita jam 12. haha~~ (nampak sangat kuat merapu)

Allahu a'lam

#TR 14

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hang pa amik tau ka kehidupan akhirat?

Surah ar-Rum; ayat 7 hingga 10

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.

Jom jadi kaum yang berfikir akan tanda-tanda kebesaran Allah

Surah ar-Rum; ayat 20 hingga 26

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

Allahu a'lam

#TR 13

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Munafiq?

Surah al-Ankabut; ayat 10 dan 11

Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?

Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik.

Allahu a'lam

#TR 12

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Surah al-Qasas; ayat 60 dan 61

Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?

(Jika sudah diketahui yang demikian) maka adakah orang yang Kami janjikan kepadanya janji yang baik (balasan Syurga) lalu ia mendapatnya, sama seperti orang yang kami kurniakan menikmati kesenangan hidup di dunia kemudian ia pada hari kiamat termasuk dalam golongan yang dibawa (untuk menerima azab neraka)?

Surah al-Qasas; ayat 71 hingga 73

Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"

katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"

Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

Allahu a'lam

Friday, July 26, 2013

#zikir

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Harini, layan Omare-san (inspired by nama watak dlm buku novel melayu ketika pendudukan Jepun di Malaya). Budak ni punya respon yg pelbagai. Suka anggap cube berbentuk C mcm telefon. Tapi yang paling menarik, dia akan jadi very calm bila TV menyiarkan zikir. Dia akan duduk diam, tangan je lincah gerak-gerak. Bila disturb dia, dia marah! 'Orang nk dengar zikir lah'..- mungkin itu bisik hati dia...

Haaa..menarik, menarik. Anak kecil umpama kain putih. Mungkin juga Umar 'at-Tilmisani' teringatkan janjinya pada tuhan sebelum ruh masuk ke jasad untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Mungkin..mungkin..

Allahu a'lam

#pasti

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....


#TR 11

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sifat-sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan :)

Surah al-Furqan, ayat 63 hingga 77

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan

Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu"

Allahu a'lam


Thursday, July 25, 2013

#odetojoy

Ok lah debby (debab), uncle han curik satu gamba, sebagai ganti jadi loceng tak rasmi :) Botak-chin tidur mcm dunia-ini-aku-yang-punya walaupun tak pose. Dimaafkan, dengan syarat besar nanti jadi seorang muslim yang bertaqwa.

Monolog seorang uncle

Ps: qurrata a'yun

#khawariyyun

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini, pak imam mengalunkan surah as saff untuk sesi solat tarawikh
Surah yang 'dipaksa' hafal. Memang la bughuk perangai.
Namun, sayu je bila meniti satu persatu ayat surah tersebut.
Haih, sungguh sentimental. Tapi best!
Sentimental ketika solat dan mentadabbur ayat Allah sangat sangat saya harapkan untuk diri ini.

Semoga saya menjadi people of the book, and people of akhirah.

Amin!

Allahu a'lam

#takdir

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Dah takdir, walaupun aku cuba berpisah denganmu, tapi jodoh kita masih kuat
Try nak guna rebate student utk smart phone. Dengan tenang pacik kedai tu reject pasal student card tak cukup piawai. Nak try lagi boleh, pergi digi center dkt times square. Ok la, mmg tak la kot.

Beria sikit nak smartphone psl nk whatsapp aps je. Nak join @#%&**.

Takde rejeki, nak dilatih utk menjadi humble agaknya :)

Allahu a'lam

Wednesday, July 24, 2013

#loceng

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Amboi anak buah saya bernama umar,
Pak teh kamu baru nak start tidoq,
Ang da melalak tahap 10 oktaf,
Terima kasih la ye jadi loceng tak rasmi,
Mengingatkan pak teh kamu ni Ramadhan kena kuat lagi beribadat


PS:kuat gile bdk kecik menjerit..fuh, ku semangat

Tuesday, July 23, 2013

#TR 10

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Berdakwahlah, dengan penuh hikmah :)

Surah An-Nahl; ayat 125 hingga 128

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Muhasabah diri, dalam nak bentuk diri dan masyarakat, macam mana adab kita? Adakah penuh dengan perlian dan sindiran? Status-status FB yg merendah-rendahkan, yang tidak cukup piawai..kalau nabi tengok mesti segan tahap gaban.

Allahu a'lam



Friday, July 19, 2013

#weirdo

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Selongkar kotak, cari lesen memandu, dan kad2 yang berguna untuk dibawa pulang.
Terselak satu plastik. Eh, barang2 dan document waktu mula-mula tercampak dibumi orang. Boleh tahan sentimentel lu mat. Tapi takpe. Lu ada satu tahun, jangan tangkap leleh dulu.

Dan alhamdulillah, pagi ini macam kebanyakan pagi. Tenang dan damai.
Boleh dengar jiran chatting, dan bunyi background yang kehidupan sudah bermula.

Cuma ingin berkongsi. Mungkin saya gila (saya ada sejarah berkenaan ini). Atau ini mainan syaitan di dalam hati.
Terasa umur yang saya ada pendek je. Dan benda ini dah lama rasa.
Wonder jugak how my life will end. And bila banyak crisis tahun lepas, seolah ia menguatkan lagi keyakinan yang kata hati ni betul.
Tapi entah, pagi ni, bangun-bangun, terus teringat ... if ...
Haha.....weird
Semoga semua dosa-dosaku terhapus
Dan semoga semua manusia yang ku sakiti memaafkan ku. Dan siapa yang terbaca nota ni, and if only benda ni really happens, please ask the forgiveness on behalf of me, will you?

Imam Syafie bermain teka teki dengan anak muridnya. Dan salah satu soalan yang dilontarkan adalah, 'apakah yang paling dekat dengan kamu?' dan jawapannya adalah... 'mati'.

Smile. And do our best. Our very best.

Allahu a'lam

Wednesday, July 17, 2013

#TR 9

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Surah Hud, ayat 6:

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Surah Hud, ayat 9 hingga 11:

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).

Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.


Surah Hud, ayat 15 dan 16:

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.

Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.

Allahu a'lam



#TR 8

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Surah Yunus; ayat 107 hingga 109

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".

Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.

Allahu a'lam :)

#euphoria

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Tiba-tiba terasa dalam state euphoria. Terlebih excited.
Banyak idea masuk. Masa depan yang seakan bosan tiba-tiba jadi exciting.
Cuak nak masuk 6th year, tiba2 terasa kalau bole nak minggu depan 6th year.
Kena buat blood test ni, check dopamine level, epinephrine. (- -")

Terasa macam masuk mode waktu 1st, 2nd year.
Hidup penuh cita-cita.
Nak bela kambing, keli, ikan arowana, main emas, etc.
Plan hidup seminggu 100 duit tempatan. << (dulu sebelum fly, ada contact senior. nak kata gila tak gila punya nak plan hidup..siap tanya harga telur sebijik berapa..dan bercita-cita hari2 makan telur!! )
Bayangkan, 100 tu mcm 20 ringgit tempatan. Pagi makan 2 keping roti (sapu jem/cicah air panas), tengah hari boleh makan roti telur -sos/kicap.. malam nasi goreng instant dan telur. pompam pompam memang lepas je 20 ringgit seminggu. hahaha~~
But time goes by, dan berubah sedikit demi sedikit..dan sekarang tak macam 1st year, 2nd year.
Tapi..untuk malam ni, terasa semangat macam tu balik! :D

Usai pulang berbuka di masjid baru, terbayang akan kayanya tokey Kuwait, beli, dan renovate rumah itu menjadi masjid. Terasa mewah gila makan berbuka. Terasa kenapa kekayaan tidak diagihkan dengan sebaiknya, sedangkan ramai orang susah lain yang tak dapat makan. Banyak betul persoalan, dapat makan free pun banyak tanya. haih...
Dan pulang tengah malam, bersama bro yg di atas (bro harga telur ayam), maka kami bersetuju prospect pertanian di Malaysia super lumayan, cuma tidak dikembangkan... sama ada orang malas, bukan risk taker, atau tak tahu. Cuba bayangkan, kalau dapat ternak udang harimau, lembu, kambing, ayam, etc...sangat berbaloi! Dan bayangkan dengan keuntungan tu, macam-macam projek utk umat Islam boleh dilaksanakan!

Waaaa~~ (silap2 tak tidur malam ni berangan pasal business). Dan dari situ, membuka peluang lebih cerah memajukan umat Islam! Scholarship, bantu orang miskin, anak yatim, muallaf, ibu tunggal, etc.
Buat RnD, expand business..control price dalam pasaran (terinspirasi daripada kenaikan harga ayam, yang mana hasil dari ketamakan orang Islam sendiri, ke atas orang Islam)

Waaa..Waaa..idea tengah pop up macam-macam, sedikit masa lagi, insyaAllah kita susun, dan rancang, dan insyaAllah laksanakan!

Feel blessed.
Kalau benda ini berlaku terus menerus, silap silap tanak balik Malaysia. Sanggup duduk di sini, dan menikmati euphoria ini.
Hue3~~

Semoga Allah berkati idea ini, dan menjadikan ia antara amal soleh,
Semoga Allah beri petunjuk yang tepat, dan permudahkan urusan untuk ke arah kejayaan,
Semoga dengan usaha ini, ia memberi kebaikan kepada Islam dan menjadikan aku lebih tunduk kepada Dia.

Allahu a'lam

#TR 7

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Puasa kali ini, lebih menggembirakan. Lebih banyak kejutan.
Ada benda yang kita nak, tapi Allah uji, dan barangkali tak dapat.
Tapi Allah ganti dengan benda lain, yang penuh hikmah.
(Ya Allah, hambaMu ini speechless menempuh hari-hari dalam Ramadhan ini dengan limpahan rahmatMu)

Sebagai contoh:
Nak balik Malaysia awal. Nak sangat-sangat. Boleh join program (plannya), dan bermanja dengan keluarga.
Tapi Allah tunda sikit. Masalah visa. Masalah placement summerclerkship.
Dan Allah ganti dengan Ramadhan yang penuh warna warni.
Setiap hari pasti ada aktiviti, ada benda baru belajar.
Dan berada jauh dari family kadangkala memberi ruang fikir yang cukup luas, tanpa tekanan.
Maka dapat menempuhi tekanan dengan baik dan cermat.

Allahu Allah.
Engkau yang Maha Tahu, Maha Merancang.
Engkau yang Maha Sempurna, dan Maha Adil.
Engkau yang Maha Bijaksana, dan Maha Penyayang.
Engkau yang Maha Sabar, dan Maha Esa

Hambamu menyungkur sujud, tiada punya apa-apa. Engkau dan hanya Engkau aku kembali dan berharap.

Allahu a'lam

#sniff

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Haih, 2,3 hari selalu bersin secara tiba-tiba. 2,3 kali continuously. Dan kuat pulak tu (tak boleh nak slow down).

*tenyeh hidung*

Bapak call, sekali dia ingatkan esok jgn lupa amik visa. Mak aih, dia ingat? Tak de kerja sangat ni T_T
Then, kasi details flight..
Then, tanya dia, baca Quran tak? Ada la sikit-sikit (muka innocent). Dah muka surat 250. (hooo heeem geee) - anak dia pulak tercengang. hamik kau, hamik.
Then, dia suruh kirim salam dekat makwe. Tapi anak dia buat pekak. Happy dia gelak. Takpe la bapak, gelak la, gelak. Ada masa saya gelakkan balik. Ceh...

Dan selepas puas meraikan rakan sepeniduran sekolah asrama grad tengah hari, akan disambung jadual busy seharian post exam di perantauan dengan melawat masjid baru. Semoga makanan baik-baik di sana, amin. (buruk perangai)

Allahu a'lam

Tuesday, July 16, 2013

#3

Next? - move on.

Monday, July 15, 2013

#TR 6

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Surah al-A'raf, ayat 128:

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".

Sesungguhnya, al-Quran itu antara teman hidup yg terbaik.

Allahu a'lam



Sunday, July 14, 2013

#politik

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

DAP membantah TITAS.

Memeningkan. Nak jawab guane?

Benarlah, jika anda bukan ahlinya, lebih baik diam, walaupun statement itu pro atau contra anda. Jangan sewenangnya memaparkan di dada fb. Keep pandangan peribadi sendiri-sendiri (nafsi nafsi)

Penuh muslihat.

Allahu a'lam

Saturday, July 13, 2013

#TR 5

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Surah Luqman; ayat 6 dan 7.

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.


Muhasabah, muhasabah dan tetap bermuhasabah diri.
Manusia merupakan makhluk yang penuh dengan ketidak sempurnaan.
Dan acap kali kita silap.
Dan bersyukurlah, bila mana Allah 'menyedarkan' kita, dan kita tahu kesilapan yang ada pada diri kita,
Jangan sampai kita hanyut dengan rasa 'puas hati' akan kondisi diri, dan merasa kebaikan yang ada mencukupi,
Ingat, hanya di sisi Allah lah terletaknya balasan-balasan baik dan buruk.

Allahu a'lam

Wednesday, July 10, 2013

#TR 4

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Amalan bersahur:

Riwayat al-Bukhari: 1923 ; dan Muslim: 1059

Makanlah sahur kerana di dalam sahur ada keberkatan

Menyegerakan berbuka:

Riwayat al-Bukhari: 1957 ;  dan Muslim: 1098

Seseorang terus berada di dalam kebaikan selagi dia menyegerakan berbuka puasa.

Sahur di sini pada jam dua,
Jam sembilan malam waktu berbuka,
Walaupun panjang, banyak hikmahnya,
Jangan merungut, wahai yang beriman dan bertaqwa.

ps: KOREA beb!



Allahu a'lam

Tuesday, July 9, 2013

#TR 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no. 38.

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, (nescaya) dosanya yang lalu telah diampuni (oleh Allah) .

Bulan Ramadhan bulan latihan,
Mengajar diri erti kesabaran,
Dosa diampunkan, pahala digandakan,
Hadiah yang Maha Penyayang, untuk orang beriman.

Allahu a'lam.

#TR 2

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

What is the difference between a doctor and a scientist? (patchadams)

Di wall muka buku din, ku menjumpai documentary ini.
Jadilah doktor yang berguna kepada Tuhan, dan manusia.
 -restoring humanity-



Allahu a'lam


Monday, July 8, 2013

#TR (Tazkirah Ramadhan) 1

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Dalil wajibnya berpuasa.

Surah al-Baqarah, ayat 18:

Hai orang yang beriman, telah diwajibkan  ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.

ps: perbezaan utama puasa orang beriman atau tidak ialah.... taqwa! Maka, jika kita melakukan perkara yang membawa ancaman kepada taqwa kepada Allah, apa bezanya puasa saya dengan mereka yang bukan Islam? huhu..

Allahu a'lam

Sunday, July 7, 2013

#talent

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Terasa naturally talented mengenakan orang. haih, kena berubah ni. Benda ni tak baik dibuat main selalu.

Ramadhan Kareem! - Allahu akram :)

Allahu a'lam

#tadabbur

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Langit musim panas,
Buah-buah yang berjuntai, berwarna merah ranum,
Dan bunga-bungan mekar tersenyum menadah limpahan cahaya rahmat Ilahi.
Angin lembut menyapa daun-daun, dan desiran yang terhasil seakan tasbih agung memuji Yang Tertinggi.

-pemandangan luar tingkap-



Allahu a'lam

Saturday, July 6, 2013

#saksi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Semalam,selepas kuliah Ramadhan, ada pasangan ingin bernikah.
Dan saya 'dijemput' jadi saksi. (sangat la langkah step, belum kahwin da jadi saksi..looser)
Dan totally sesi pernikahan di sini SUPER PANTAS. 10 minit settle semua.
Mula-mula masuk bilik, nampak la 4-5 orang ahli keluarga pasangan. Dan pasangan itu sendiri, duduk sebelah menyebelah.
Dan imam di hadapan, menerangkan maksud lafaz, yang perlu disebut dalam bahasa arab. Setelah semua faham, ayah si wanita tu pun sebut lafaz, dan si pasangan lelaki tu jawab setuju.. khalas..finish~
Tercengang la sikit, .. haih melepas la nikah simple-simple dkt sini. Kena menyusahkan diri.

Tapi waktu tu, wujud kekecohon kecil.
Punya la nak cakap simple nikah dekat sini, booth party yang nak bernikah tu tak kisah mahar berapa. (aku dah tergelak dalam hati..siut korang, bapak relek)
Pak imam: Kamu ni, nak letak mahar berapa? (kepada si perempuan)
Wanita: Errr, berapa-berapa je lah.
Pak imam: Ye la, tapi berapa?
Wanita: (Menoleh ke tepi, kpd pasangannya) Tak kisah berapa pun..
Pak imam: Saya kena catat dalam sijil nikah nanti. Berapa?
Wanita: (Toleh belakang pulak..banyak betul talian hayat) Akak, berapa eh?
Akak wanita: Ooo.. sedikit emas..
Wanita: Haaa..sedikit emas..!
Pak imam: Ye ye, sediikit tu macam mana? satu rantai? satu keping?
Wanita: Err.. agak-agak lebing kurang 800 ringgit lah..
Pak imam: Ok, 800 ringgit...

*wanita tersebut kemudiannya menerangkan kpd ayahnya, kerana perbualan berlangsung dalam bahasa Inggeris.

Ayah: Haaa? 800 je? *muka stress..mcm...awat murah sangat.
Wanita: *tersengih*
Pak imam: Eh, 800 bole..8000..80000 pun boleh...
Ayah: Terkedu..senyap..(agak2 mcm segan nak demand lebih2..dah half way depan imam nak bernikah)

*fuh, selamat pengantin laki tu.

Islam itu practical, dan kebanyakkan yang menyusahkan itu kerana adat dan nafsu dunia.

Kemudian pergi market sampai pancit. Memasak sikit, jamu orang (rajin sikit pasal lepas ni mmg plan tak sentuh kuali..buka masjid la katekan..T_T -burukperangai-)

Cuti yang penuh. Alhamdulillah.

Allahu a'lam

#hobibaru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hobi baru, delete friend di fb.

Duhhh...

Kemas bilik...zzz...sesungguhnya Allah suka kepada kecantikan.

Allahu a'lam...

Thursday, July 4, 2013

#muahaha

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tengah dilema nak beli tiket flight.
Travel jauh sikit, boleh save up 250-400 euro, tapi penuh possibilities.
Travel dekat, mudah tapi mencanak la.
So, call la rumah mintak pendapat.
Bapak, bapak..ni camne ni dengan dua option...
Eh, amik je yg dekat..tak yah susah-susah..kang jadi pape kang...
Tapi beza harga jauh...
Eh takpe, refundable (ni yang part nak dengar ni..haha)

Ok la, boleh beli dengan senang hati. lol.

Allahu a'lam

#petua

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Untuk menjadi kakak yang baik,
Kalau adik awak tanya elok-elok, jawab la (walaupun msg fb je)
Tau la busy doctor, muslimah bagai,
Tau la adik kamu ni #$%#^&$.

Haih....nak buat baik pun susah.

*ni yang buat aku mengingat kisah gerimis di kota Guinness

Allahu a'lam

#hurm

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Dia pernah bercakap,

Hasbi-Allahu wani'mal wakeel. Fani'ma al-maula wani'mannaseer.

Allahu a'lam

#insyaAllah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

InsyaAllah, itu yang terbaik.

Allahu a'lam

Wednesday, July 3, 2013

#ramadhan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Keadaan di Mesir cukup 'menyayat hati'.
Isu di Syria meruncing.
Konflik di Palestin masih di takuk lama.
Dan juga Iraq, Myanmar, dan banyak lagi tempat ... Mereka yang beriman ditindas, jika tidak oleh musuh yang jelas dan nyata, juga musuh di bawah selimut.

Mari kita hadapi Ramadhan kali ini sebagai satu hadiah dari Allah, yang mana ia menjadi madrasah dalam membentuk diri, dan memberi kekuatan bagi mencapai kemenangan Islam seperti yang dijanjikan.

Allahu a'lam

#ayuh~~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Biometric card done! InsyaAllah tanpa aral, 18 july ambil, 19 july habis clerkship.. malam tu mengembara merentasi benua. *excited- background music Humko Humise Chura Lo*



Allahu a'lam

Monday, July 1, 2013

#buruk-perangai

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Mesej adik. Result exam dia sangat teruk. Dan dia stress.
Then cakap dengan bapak. Berkenaan isu adik. Tapi end-up pergi smash bapak sendiri..
Buruk perangai.

Alhamdulillah, progress yang baik untuk permohonan biometric.
Tension masalah ini sama macam ambil exam. Semoga dipermudahkan.
Oh ya, Ramadhan dah dekat. Hurm, hurm. Jadual enggak dibikin lagi sih..
Dan sahabat sefikrah telah pulang for good harini. :-( macam mana la kalau aku stress buat kerja, nak cari yang sekepala.

Hidup ini, macam pelangi. Takpun macam rojak.
Macam-macam ada.

Allahu a'lam