Friday, January 29, 2010

11.24 am - 29 Jan 2010 - old times (smirking*)

salam 'alaik.

'bukak' fs harini.
dan 'bukak' balik blog 'lama'.
*smirking

Thursday, January 28, 2010

6.57 am - 28 Jan 2010 - saya rasa, saya sudah mampu jadi pakar cinta.yeke? XD

another quotation for us to think :)

cinta yang sejati itu menyembuhkan, ia tidak menyakitkan

ibnuAthaillah

11.35 am - 28 Jan 2010 - berita sedih

salam wrbt.

sesungguhnya aku tidak mengenali dia. dia mungkin langsung tak mengetahui kewujudan hamba Allah ini. tp nama dia cukup gah. ramai kenalanku menyebutnya. gah dek kemantapan pemikiran. gah kerana dugaan. dan dia kini sedang meniti saat yg cukup getir. bergetar hati ini membaca post terkini dari medan luahan rasa dia.


Ya Allah, ku titipkan doaku ini untuk seorang hambaMu yg benar-benar diuji, saudara ku Mas Afzal. permudahkanlah dia menempuhi cabaranMu ini. kerana janjiMu akan sesungguhnya hanya mereka yang mampu akan diuji, tercatat kemas di kitabMu. Ya Allah, kau sejahterakanlah dia, kauberkatilah hidupnya, kau damaikanlah mereka yg disekelilingNya, Ya Allah yg Maha berkuasa dan pemilik hati-hati mereka yg beriman, amin.

Monday, January 25, 2010

4.48 am - 26 Jan 2010 - 'asing'kan dirimu




saya kadang kala (bukan kerap) menjadikan ini sebagai indicator.adakah saya mencintai dunia. adakah saya turut sama mengikut rentak 'dunia'. adakah diri saya ini sudah sebati dengan dunia. adakah saya seperti mereka yang 'beruntung', seperti mana yg tercatit dalam hadis Rasulullah yg bermaksud (maaf, ini mungkin bukan maksud sebenar, tetapi insyaAllah, ia hampir kpd hadis tersebut);


"Islam datang dalam keadaan asing, akan kembali asing, maka berbahagialah orang asing"

wallah hu alam

*sound effect tambahan, lagu X-file di akhir pembacaan :)

Sunday, January 24, 2010

3.27 pm - 24 Jan 2010 - zahid af tu 'zahid' ke?

Suatu hari, sahal bin Saad RA berada dalam majlis Rasulullah SAW, lalu datang seorang sahabat bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah! Ajarkan kepadaku sejenis amalan yang sekiranya aku lakukan menyebabkan Allah SWT saying kepadaku dan manusia juga saying kepadaku.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“ Hendaklah kamu zahid terhadap dunia nescaya Allah sayang kepadamu, dan hendaklah juga kamu zahid akan kekayaan dunia yang ada di tangan orang lain nescaya orang akan sayang kepadamu.”

HR at-Tirmidzi


*mari jadi 'zahid'

Saturday, January 23, 2010

4.03 pm - 21 Jan 2010 - pit stop?

Suatu ketika, Abdullah bin Mas’ud melihat Rasulullah SAW sedang berbaring. Apabila baginda bangun daripada tempat pembaringannya, beliau terlihat ada kesan jalur-jalur tikar di belakang baginda, yang disebabkan tikar alas tidur baginda diperbuat daripada daun kurma yang kasar, maka kesan tikar itu amat ketara. Timbul rasa belas kesihan di hati Abdullah bin Mas’ud.

Berkata Ibnu Mas’ud;

“ya Rasulullah, sekiranya engkau perintahkan aku untuk mencari sebidang hamparan yang lembut untukmu nescaya aku akan berusaha mendapatkannya.”

Tetapi Rasulullah bersabda yang bermaksud;

“Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan.”


*lembut tak katil kita?

*agak-agak dunia ni lama ke kejap?

Friday, January 22, 2010

8.33 am - 23 Jan 2009 - semangat!

salam wrbt

saya punya kegemaran. kegemaran mendengar instrument music. salah satu instrument yang saya gemari adalah salah satu theme song 'kingdom of heaven' (jika tidak silap). malam semalam tiba2 saya mengidam. saya cari.tapi dah lupa nama tajuk (ha3~). (anda boleh search through youtube 'sultanlar askinar fetih capture'). di bawah ni 'rentaknya' ;)



tp, sebelum menjumpainya, saya terjumpa video. nasyid. mengenai sultan muhammad 'the conquerer'
saya tak minat nasyid dia. mungkin suara si penyanyi tak kena jiwa saya. tapi, yg menariknya hadis yang
dibacakan sebelumnya itu. hadis ni sangat lah selalu diulang dalam bahasa melayu. tetapi bila dengar
arabic version, terasa ada satu cabaran disebaliknya. dan cabaran itu disahut seorang anak muda sebaya
dengan si penulis ini.

hurm.

kita bagaimana pula ya?


Tuesday, January 19, 2010

10.13 am - 19 Jan 2010 - kamu ni, dah...


salam wrbt


:)


'...kamu ni dah khatam al-Quran?...'

ini pertanyaan 'dulu2'

SEKARANG

'...kamu ni dah hafaz al-Quran?...'

err, ataupun (kasi senang sikit)

'...kamu ni, dah start hafal al-Quran?...'

*sebenarnya bukan kamu, tetapi KITA



>> mari kita terus menjadi lebih baik dari 'dulu2'


wallah hu alam





Thursday, January 14, 2010

3.21 pm - 14 Jan 2010 - pls come tomorrow...

salam wrbt

post ini adalah pengalaman. unik? mungkin biasa-biasa aja :)
seharusnya tika ini saya berada di dalam consultation class physiology.
bincang kembali akan test yang saya duduki minggu lepas.
kerana takdirNya, saya tiada di sana, tetapi di sini (rumah) mengarang satu post mengenai 'bagaimana saya di sini'. XD

al-kisahnya..

dengan gaya yg kurang bersemangat, pintu faculty of physiology (claimed as among the 1st faculties of physiology in central europe) saya tolak, di mana dalam kotak fikiran membayangkan selakan2 soalan yang mungkin kurang menarik untuk dibahaskan. hurm, masih ramai menungu di luar kelas. 2 orang malaysian sedang bercakap sesama sendiri, dengan gaya yang serius. saya: blur. usai sembang 'lebat' mereka, salah seorang daripada mereka menegur, 'eh, bawak extra shoes tak?'. astaghfirullah..saya tak terfikir pun nak bawak! maka akal yang separa pasif menjadi aktif, memikirkan cara 'membebaskan diri dari masalah yang dihadapi. 'err..dkt histology building ade jual shoe cover x?'..'xde kut'..'tak pe la..try tengok dulu'..

maka saya dengan langkah yang lebih 'yakin' bergegas ke histo building yang jaraknya around 50 meters away. panjat tangga. buka pintu itu dan ini. ...... . hasilnya: mengecewakan. otak kembali aktif..gi mana sihh (mcm mane ni??).. fine fine, kite buat muke tembok, masuk kelas pakai stokin je~~ (untuk pengetahuan anda, extra shoes diperlukan untuk memasuki lab physio, atas alasan mengelakkan lantai basah dek salji melekat di kasut biasa tika berjalan di luar). balik ke physio building, ada segelintir yang bernasib seperti saya. tiada kasut extra. (muke dah senyum dah..yes, ade geng!)

anyway, sebelum buat muke tembok, better tanya assistant lab tu dulu. 'err sir, im sorry, i didn't bring extra shoes'..'sorry, you should come tomorrow..' (ALAMAK!) '..err, what if i only wear stokings inside the class..'...'hurm, well it is no so save you know' ...(CISSS!!)..'err...ok, so tomorrow at what time i should come?'..'same as today, 2.15 pm'..

dengan langkah longlai, membawa diri balik semula ke changing room. PAP! idea nakal timbul. (nampak tong sampah). ahaaa..sure ad shoe cover yang dibuang. bole recycle ni. harini, berlaku satu tragedi seorang hensem menyelongkar tong sampah (kidding). dengan penuh keyakinan, tanya balik assistant tu..

'sorry..NO'

memang terase kecewa. fine, cuba memaniskan muka, mengambil beg, dan balik. haih, kena la hai datang esok. dalam keadaan kecewa sambil tunggu tram, tup ade benda menarik berlaku. tiba-tiba prof genetics diri datang mendekati. 'hye there..' oh, ingat pakcik ni dengan ak. sembang-sembang. sedikit merawat hati yang lara. alhamdulillah. dan again, another 'rare' things happened. seorang anak kecil jiran saya, perempuan. ketika saya men'daki' tangga ke tingkat 3, kedengaran riuh suara anak kecil mengomel. namun pabila lalu je sebelah saya, anak itu memberi salam (agak pelat)..'assalamoalaikom'..otot mukaku sekali lagi mengorak senyum sambil menjawab, walaikumsalam.

di sini, saya ingin ajak kawan-kawan. bila down tu, always be positive. insyaAllah dengan ujian yg Allah beri itu, hanyalah untuk 'meleburkan' dosa-dosa kita di dunia ini. dan insyaAllah, there are more interesting things around, so once you fall down, quickly stand up and move on :D

Wednesday, January 13, 2010

7.49 am - 14 jan 2010 - quick stop :)

بسم الله الرحمن الرحيم


salam wrbt,

just a short reminder to me, myself...

'..satu kerja itu, tidak akan bermula tanpa langkah yg pertama..'

have a great day guys :D

11.05 am - 13 Jan 2010 - wasiat seorang syeikh kpd seorang diktator

salam wrbt

saya tergerak utk turut serta ikut berkongsi menyebarkan sebuah video klip ucapan seorang ulama dlm mnasihati seorang presiden (sumber idea dan isi; youtube dan iluvislam)




Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!(Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.


Monday, January 11, 2010

10.43 pm - 11 Jan 2010 - tak boleh jadi ni!

salam wrbt

saya sebagai seorang umat Islam, menyeru keadilan diberikan bagi mereka yg beragama!
link di bawah mengajak pembaca untuk mengundi 'adakah perlu tudung diharamkan di sekolah?'

say NO!


semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat menyedarkan golongan yang kurang faham tentang hidup beragama, insyaAllah

11.29 am - 11 Jan 2010 - sabar kawan



salam wrbt

harini, ingin bertulis mengenai kwn saya. kami agak ramah sesama sendiri.
harini, dia sedikit tertekan. sedih katanya.
kerana dia masih tidak dapat melupakan si 'dia'.


*ahaaaa..

saya bukan profesional mengenai bab ini
dan saya juga pernah merasai perkara yang sama.
org putih cakap: 'its sux!'
org melayu cakap: 'mcm c*bai'
saya pula: 'speechless..'

bab suka menyukai seseorang ni, normal agaknya untuk setiap remaja (harap semua bersetuju)
saya initially benci akan perkara ini. malah pernah mempunyai mind set : the worst part of my life is when im a teenager
di sini, saya tidak gemar untuk mementaskan perasaan saya.
cuma ingin mengajak kita bertindak sebagai seorang manusia. normal.

'..tidak Aku jadikan jin dan manusia untuk hanya menyembah ku' - extract (sama erti) dari al-Quran

kenapa kita sembah Allah? kerana kita yakin.
kenapa kita yakin pada Allah???

di sini, ramai yang 'terbabas'

bagi saya, keyakinan itu lahir dari insan yg berfikir.
Islam itu untuk manusia, secara direct; dan manfaatnya kpd sekalian alam (indirect)
kenapa manusia itu direct? kerana kemampuan ia berfikir! (juga kpd jin, insyaAllah)

point saya di sini, mari kita rasionalkan diri. jangan terbawa dengan keinginan hati.
saya minat seseorang ke?

SEMESTINYA!

namun ia masih tidak menghalalkan saya untuk terus mabuk dengan keinginan hati.



jika anda suka, cakap. jika kena tolak, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg tersurat dan tersirat.
jika masih belum mampu untuk lupakan 'dia', maka sabar, kerana Allah telah bersumpah dlm surah al-Asr, di mana mereka yg sabar itu bukan dikalangan yg rugi

wallah hu 'alam


Sunday, January 10, 2010

4.49 pm - 10.1.2010 - salah satu definisi cinta

salam wrbt

'..cinta itu apabila saya mahu dia masuk syurga dengan saya..'

Wednesday, January 6, 2010

11.03 pm - 6 January 2010 - wahai mereka yg sebok!

salam wrbt

hidup saya sekarang ini cukup sebuk.
dan saya gembira untuk terus sebuk (selagi saya mampu hidup secara normal)
cuti yg padat, disusuli testsss menyambut pada minggu pembukaan, hujung minggu yang penuh dengan aktiviti 'kokurikulum' :D dan disambung dengan test 'besar' pada minggu yang berikutnya

*cool x?

suka untuk mengingatkan diri saya, di mana kehidupan manusia yang normal, kehidupan mereka yang sentiasa maju, mmg tidak akan lari daripada kesibukan masa. maka, jika anda ada amanah yg perlu dibuat, sila jangan gunakan alasan tiada masa, kerana ia sudah 'lopek'. selarikan, susun masa anda. jadilah orang yg berdisiplin. tapi harus ingat, kita hanya merancang, namun Allah jua yg menentukan

yop kwn2, mari sama-sama kita terus melangkah!

p/s: music ini antara sumber inspirasi sampingan saya untuk terus melangkah (dengar sambil goyang2 ape yg perlu)


Monday, January 4, 2010