Saturday, May 30, 2009

2.58 am, 31 Mei 2009 - iman inside?

salam wbt..

sy hrini ingin membawa satu persoalan yg dibangkitkan di dalam usrah.ia berkenaan iman.
menurut imamal-ghazali (dan juga buku teks pen. Islam tingkatan 2) adalah percaya dgn yakin di dalam hati, melafazkan dgn lidah dan beramal dgn perbuaan dlm membenarkan Allah sebagai tuhan yg satu. ia bermaksud, iman itu adalah kombinasi 3 ciri ini.

namun hakikatnya, harini ini..
adakah percakapan kita seharian ini melambangkan kita beriman..?
satu pandangan yg sy selalu encounter masalah ini, adalah apabila kita melawak. mmg seronok melawak. but sometimes, lawak kita membatasi sempadan. mempersendakan hukum Allah, memperlekehkan hari akhirat, etc. ya, mcm kita tak buat, tp kebanyakannya secara tidak langsung.
eg: kwn ajak sembahyang, maka dibalas; eh ak tak nak sembahyang la/mati lambat lg (atas intention nk bergurau). sgt difahami maksud rakan tersebut, tp adakah ia mereflex kewujudan iman di dalam hati kwn tersebut, jika dilihat kita ambil definasi iman itu sebagai kayu ukur?

apa pula dlm perbuatan/amalan? benarkah perbuatan seharian kita itu, jika dilihat oleh org lain,melmbangkan keimanan kita kpd Allah?

p/s: sy cmne ye?

Friday, May 29, 2009

11:45 pm, 29 Mei 2009 - 15

salam semua :)

kesibukan diri ini betul-betul membataskan akal utk membangunkan idea-idea yg baik utk dikongsikan bersama. post ini hanyalah utk mengingatkan diri yg makin sibuk akan tggjwb2 yg dipikul

summer sem disini kini hampir melabuhkan tirai, dan gerbang exam hampir menjelma. adalah kelaziman pelajar-pelajar melipat kali gandakan amalan mereka. buku, buku dan buku. dan utk melepaskan ketegangan di kepala, telinga ditelangkupkan dgn earphone dan lagu-lagu menerjah ditelinga. tidak kurang juga yg menyendiri. hurm..typical sungguh manusia ni..

diharapkan kita tidak tergolong dikalangan mereka yg bergantung kpd dunia dlm mencari ketenangan 'ilusi'. sedikit perkongsian utk renungan utk sahabat sekalian. maaf kerna tidak pasti akan kesahihan perkara ini tetapi pd hemat saya, ia baik sekadar renungan diri,insyaAllah

15 pintu syaitan ke dlm hati manusia:

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

p/s: pintu makan berlebih-lebihan? :)

Thursday, May 21, 2009

6.09 pm; 21 Mei 2009 - perkongsian


salam wbt..

terlalu padat hidup skrg..
presentation, test itu ini..
maka gagal utk mengumpul ayat2 yg baik utk dikongsi
post kali ini hanya 'copy paste' dri blog seorg shbt, yg turut meng'copy paste'
semoga dpt sama-sama kita tenung isinya..insyaAllah

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa.. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

p/s: anda sanggup menjadi isteri ke-4 saya? (sekadar idea nakal semata-mata)


Saturday, May 16, 2009

3.53 am, 17 Mei 2009 - nakbah

salam

usai menyiapkan diri pd pagi hari, ku mendengar berita sambil melayari internet. yahoomail..blog2..facebook..rata-rata membicarakan isu sambutan hari guru pada tanggal 16 Mei. ya, SELAMAT HARI GURU kpd semua warga pendidik dan yg 'mendidik'..

tapi, ku sedikit tersentak akan status fb seorang rakan fb ku..yg berkisar mengenai ulang tahun 'nakbah' pencerobohan Israel pd tanggal 15 Mei.. ya Allah, ku benar-benar tidak tahu!apa itu nakbah?anda tahu sejarah nakbah pencerobohan Israel 15 Mei 1948?

mari baca mengenai nakbah

Monday, May 11, 2009

920 am; 11 May 2009 - cinta

salam.

semakin kurg istiqamah mengupdate buah fikiran di sini.
bukan kerna kekontangan idea, tetapi masalah dunia yg menyesakkan kepala, ditambah keadaan diri yg sentiasa dlm seribu satu persoalan..

harini ini, ingin dikongsi salah satu persoalan yang diharap, dapat sama-sama direnungi..

'....apa itu cinta?...'

bunyi sedikit melucukan dek permasalahan ini lah yg kerap melanda masyarakat remaja. namun tidak dpt dinafikan persoalan ini menghantui benak diri dlm satu jangka masa yg agak signifikan.

p/s: cinta itu terlalu subjective, isn't it?

Tuesday, May 5, 2009

5.30 am; 6 Mei 2009 - sepotong ayat dari surah ali-Imran

semoga ayat ini membuka mata kita
agar dikirkan sejenak, akan kandungan ayat ini

insyaAllah

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

(surah ali-Imran, ayat 7)

sekian..

Friday, May 1, 2009

6.01 am; 2 Mei 2009 - memperingati saudara muslim 1

salam wbt..
post kali ini ingin mengajak sama-sama kita umat Islam mengimbau kembali nasib-nasib malang ummat Islam dinegara lain selepas runtuhnya Empayar Islam Turki Uthmaniyyah. akan dipaparkan pd post ini mengenai Srebrenica, Bosnia, yg dipandang sepi oleh masyarakat antarabangsa. maaf, ia sekadar 'copy paste' post, tp diharap dpt memberi manfaat kpd semua, agar kembali sedar akan tggjwb yg perlu dipikul utk membangunkan syiar Islam dimuka bumi ini. insyaAllah

Srebrenica massacre

wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/Srebrenica_massacre

al-fatihah..