Wednesday, April 29, 2009

6.27 pm; 29 April 2009 - cacat

salam wbt...

minggu ini kehidupan super padat. tapi, alhamdulillah, Allah sentiasa memudahkan urusanku.
keadaan iman, agak berbolak balik...astaghfirullah-hal-azim..semoga diri ini berjaya memperbaiki diri...


usai kelas pada petang yg redup di tempatku belajar, ku belajar seiringan dgn rakan-rakan, menunggu bas. ditakdirkan, ada sekumpulan pelajar turut menunggu bas yg sama. mereka diiringi oleh beberapa guru pengiring. di tika itu, hati sedikit tersentuh melihat mereka berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. ku sedikit gamam, lantas terasa betapa bertuahnya diri ini, dilahirkan sebegini. seinfiniti syukur ku panjatkan (hanya bergema di dalam hati). ku tenung tingkah laku mereka. ya Allah, betapa ku selalu melupaiMu..betapa ku selalu menggunakan nikmat-nikmatMu. ....

otakku terus berligat. ku pandang sekeliling. hurm, sesungguhnya, ku dpt melihat 'kekurangan' kumpulan pelajar itu. tp sedarkah kalian (termasuk diri yg berckp), kekurangan itu lebih baik, dari 'kecacatan' hati yg kian menular dikalangan masyarakat. yg tidak dpt dilihat secara fizikal, namun lebih TERUK dari kekurangan fizikal. masalah masyarakat moden boleh dikatakan timbul akibat 'kecacatan' hati. ia hanya mampu dirawat dgn kesedaran, bahawasanya kehidupan itu sementara. kehidupan itu utk bekalan kpd destinasi yg pasti. memetik sepotong kata-kata (mungkin hadis sahih) daripada Rasulullah S.A.W (insyaAllah..), yg membawa maksud ..

'dunia ini umpama singgahan sementara seorang pengembara yg berteduh sebentar di bawah sepohon kayu, sebelum meneruskan perjalanan kembali'

dan juga memetik tafsir ayat terakhir surah an-Naziat (ayat 46)

'pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya yg hebat) mereka seakan-akan hanya (sebentar) tinggal (di dunia) pada waktu sore atau pagi hari'

semoga sama-sama kita berfikir sejenak, bermuhasabah diri. semoga dijauhkan dari segala penyakit hati, insyaAllah..

p/s: akhir2 isu psl kawen selalu diputarkan. wonder, kalau org tu nak kawen kerana Allah, why not kawen dgn mereka yg mempunyai kekurangan fizikal, kn2?

Monday, April 27, 2009

hairan




aku hairan,

kenapa manusia gemar mencari/memperbesarkan perbezaan di antara mereka, sedangkan terdapat lebih banyak persamaan yang dapat memberi manfaat kedua belah pihak

renung2kan..

Sunday, April 26, 2009

1.38 pm; 26 April 2009

hurm, akhir-akhir ini terlalu sibuk menguruskan kehidupan seharian agar senantiasa berada dlm keadaan terbaik. byk idea yg menjelma, namun hanya terhenti, bergema diakal fikiran ini. namun begitu, ingin sekali sy berkongsi akan perkara yg sy baca dari email seorang rakan. ia berkaitan tiang kehidupan kita, iaitu, SOLAT. semoga dapat bermuhasabah diri dgn post ini; memperbaiki mana yg kurang dan menambah baik mana yg sedia ada. insyaAllah

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. (mungkin ia bermaksud tidak menutupi rambutnya dgn baik)

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud (insyaAllah): "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata (insyaAllah): "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

(maaf, tiada periwayat pada kedua-dua pernyataan di atas)

Monday, April 20, 2009

4.20 pm, 20 April 2009; Ihsan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

insyaAllah, hari ini sy ingin berkongsi pemikiran hasil cetusan dari pengamatan dari kaca mata seorang hamba yang lemah..
Ia berkaitan dgn sifat ihsan. sifat ini dapat diambil dari hadis ke-dua dari buku hadis-40 karangan imam nawawi...



عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).



baik, kita tinggalkan sejenak hadis ini..
ingin sekali diri ini menjadi seorang muslim yg sebenar berdasarkan garis panduan yg ditunjukkan oleh Rasulullah. namun perasaan hairan senantiasa menerjah, mengapa seringkali diri ini selalu melakukan dosa-dosa. dan menyedihkan, ia berulang-ulang kembali. perlu diingat, bahawasanya salah satu sifat manusia itu, ia cepat jemu. dan perkara itu selalu menyelubungi diri ini. ya, mmg akan berasa kekesalan, tp sampai bila?

kita tinggalkan persoalan itu dan beralih kpd topik seterusnya.
sy seorg perantau. dan menjadi kebiasaan kpd para perantau untuk memperkenalkan negara masing-masing. majlis-majlis akan diadakan yg objektifnya utk memperkenalkan budaya-budaya mahupun menerangkan perkara sebenar akan negara mereka (kire promote la). namun diri ini sedikit kecewa. majlis-majlis ini tidak menurut apa yg digariskan oleh Islam. diri ini bukan anti-social, tp diri ini mengaku, yg sgt la tidak menggemari majlis2 sebegini. apakah mereka tidak sedar yang niat tidak menghalalkan cara?

point yg terakhir, ingin mengisahkan akan seorang kawan. kai tidak rapat, tp kalau bertemu sekurangnya senyum akan terukir dan pernah beberapa kali bersembang galak dan bergurau senda. kawan ini seorang yg baik (dari pengamatan diri ini). sembahyang jemaah, kerap. nampak kat masjid, kerap. akhlak, baik. namun setelah masing-masing membawa diri, adalah suatu mengejutkan apabila melihat penampilan terkini kawan itu. daripada sebuah laman social, gambar utamanya diletakkan seorang wanita yg ada kekurangan dari segi pakaiannya. subhanallah! turut disertakan pada profilenya, video klip yg kurang menyihatkan iman. astaghfirullah! diri ini begitu kecewa. perkara ini turut disahkan oleh mereka yg duduk berdektana dgn kawan ini. adakah manusia kini begitu bangga memgayakan maksiat mereka dikhalayak ramai?


maka, timbul persoalan mengenai ihsan dlm benak qalbu diri ini. ihsan (merujuk kpd hadis diawal bicara) merupakan keadaan di mana seorang yg beriman itu seolah-olah melihat Allah atau sekurang-kurangnya dihadirkan di dalam hati mereka perasaan yg mereka diperhatikan oleh Allah. perkara ini seawalnya ditimbulkan oleh naqib usrah sy. kami ketika itu membincangkan mengenai buku 'Apa ertinya Saya menganut Islam' karangan Fathi Yakan. Ia amat memberikan kesan kpd diri ini yg selalu alpa. ia turut menyedarkan diri ini akan antara masalah utama umat Islam itu adalah berpunca dari kecacatan salah satu sifat yg sgt penting; iaitu ihsan. bagaimana jika seorang itu, yg mempunyai keyakinan yang tinggi akan kebesaran Allah, yg memiliki dunia ini, yg memiliki hari kemudian, yg begitu adil, yg benar akan janji-janji-Nya. sama-sama kita bayangkan bahawasanya tiap ketika yg dilalui, dapat 'dilihat' akan kewujudan Allah. tidakkah akan timbul sifat kehambaan dlm diri?

sama-sama kita renungkan. semoga post ini membawa manfaat, insyaAllah. akhir kalam, jaga diri, jaga iman! assalamualaikum warahmatullah-hi wabarakatuh!

Monday, April 13, 2009

2.38 am; 14 april [renungan]

salam..

ingin berkongsi sedikit penemuan menarik
potongan ayat ini 'dijumpai' pada sehelai paparan di lapangan terbang. Ia mengenai 'basic concept' akan setiap agama yg terkenal/utama
yg menariknya, ku melihat pada concept agama Islam, moga ia menjadi renungan bersama, insyaALLAH

Not one of you truly believes* until you wish for others what you wish** for yourself

menurut pemahaman penulis:
* believe..percaya kpd tuhan yg satu
**wish..berharap sesuatu yg terbaik eg: a good muslim, kind person, loyal 'servant'

penulis melihat ayat ini akan bermaksud tidak sempurna kepercayaan seseorang itu, sehingga dia berharap akan akidah yg sempurna pada dirinya juga turut sempurna pada orang lain (tetapi, wish itu disusuli dgn usaha mengajak kpd kebenaran dan memperbaik lompang2 kosong!)

Thursday, April 9, 2009

sedikit peringatan peneman kehidupan

LELAKI
www.iluvislam.com
Syabab
Editor:afdhal87



Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.

Wednesday, April 8, 2009

8 april 2009; 2036 pemerhatian

tajuk post ini dinamakan pemerhatian..
mengapa?

perkara ini kusedari dirumah ku
rumah penginapan, didiami 7 org pelajar course yg sama

ak bukan seorang yg baik..jauh sekali alim
tp apa yg kusedari akan kebaikan, maka akan kukongsi dgn mereka
contohnya: solat berjemaah
namun, kejadian2 yg berlaku membuatkan ku berfikir
adakah umat Islam itu benar2 faham akan agama yg mereka anuti..
atau mungkin, fahaman ak salah?

kisahnya bermula pabila ku ingin solat maghrib berjemaah
hari ini (merujuk pada tarikh post dikeluarkan)
'relax la bro, isya' masuk 920 maa~'
namun ku gagahkan diriku utk terus solat
solat jemaah disebelah mereka (dgn harapan, mereka ringan hati utk berhenti sebentar, menegakkan tiang Islam yg lima; n tempat diorg buat kerja tu mmg diisytiharkan kwsan solat berjemaah utk rumah ku)
solat berjemaah bersama rakan ku yg seorang (even dia pun bikin lawak kering before solat)
namun, yg menyedihkan ak..mereka tak join!
solat jemaah, yg mana disabdakan nabi diangkat darjat siapa yg solat berjemaah itu 27 kali ganda! tidak kurang juga yg melengah2kan solat, apakah mereka tahu ajal maut mereka?

alasan diberi: ad keje..

kerja yg bagi ku boleh disiapkan xsampai la sejam..ditambah, lusa cuti, which jadual diorg sangat la xpack

ak geram
jujur
ak geram

namun, terdetik jua dihatiku, mungkin kerna kelemahan ku
dalam mengajak
dalam memberi contoh yg baik
yelah..diri ini masih penuh dgn daki2 dosa

astaghfirullah hal azim,

diharap post ini dpt mengajak para pembaca bermuhasabah diri
akan kelemahan diri
akan apa yg digelar hambaALLAH
akan apa itu priority
dan akan segala rezki, qada' dan qadar itu dlm kekuasaanNYA

akhir kalam,
salam

Friday, April 3, 2009

hurm..

today, just like every morning before, i surf the internet for a while..
after finished reading the eyeshield21, i went to visit a political blog..
it is not what political party that i support, but (i think you all aware about this);
that each of their leader, (sometimes, but quite significant), that they don't speak parelally..?

why? (just want to ponder..)

Wednesday, April 1, 2009

...

ya Allah..
betapa kerdilnya hambamu ini
yg begitu ingin mendekati diri ini kepadamu
namun
terlalu banyak 'kecacatan'
terlalu banyak calit dosa lalu
terlalu kerap alpa akan keindahan dunia
terlalu lemah utk menetapkan hati pada objektif hidup yg utama ini

ya Allah..
ku cuba menjauhkan cinta sesama manusia
walaupun hati remajaku terlalu mendesak
menyesak

ya Allah..
ku cuba menjauhkan diriku dari melakukan dosa besar
walau kadangkala ku tergelincir ke lembah kehinaan itu

ya Allah..
jangan kau tarik nikmat iman yg manis ini ya Allah
jangan kau jauhkan diri ini dari pandanganMu ya Allah
jangan kau putuskan harapan diri ini padaMu ya Allah

ya Allah, engkaulah tuhan yang memiliki hati-hati ini
tetapkanlah hati hambaMu ini
ya Allah, engkaulah tuhan memiliki pancaindera ini
jauhkanlah dari terus menerus menyalahgunakan nikmatMu ini
ya Allah ya rabbul izzati