Thursday, June 26, 2014

#palestine

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Maafkan aku palestina.
Hari demi hari kau dirobek.
Dan aku statik di sini.
Dan masyarakat sudah hilang sensitiviti.
Aku gamam.

Aku melihat berita rakyat Malaysia yang mencintai jihad.
Dan media mengkritiknya.
Dan masyarakat ada yang mencemuhnya.
Aku sangat menghormati yang pergi itu.
Biarlah seluruh bumi dan isi mencercanya.
Moga Allah mendekatkan beliau di sisi-Nya.

Moga suatu hari nanti aku tidak tertinggal lagi.
Aku sudah puas menjadi mereka yang ditepi, melolong tanpa henti.
Aku ingin berbakti. Aku ingin menabur budi. Aku tidak ingin menjadi kayu mati.

kurang dari 2 hari sebelum ramadhan.

Allahu a'lam

Tuesday, June 24, 2014

#past

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Past.
Aku membelek kembali beberapa perkara dan meninjau individu individu yang berperanan penting dalam perjalanan hidupku.
Dan aku malu, dan rasa... sedih(?) kecewa(?) akan layar hidupku masa lampau. Ramai rupanya orang yang kau sudah calari hati mereka wahai hanif. Ramai.

Aku tekad. Aku akan bersikap lebih pemaaf dan mengelak dari bertegang leher selepas ini. Dan akan aku pastikan, aku tidak lagi membuat apa apa keputusan yang memberi impak negatif kepada orang lain.

Semoga Allah mengampuni dosa ku ini. Imam Ahmad ketika mana ada yang membesarkan diri Imam Ahmad, maka berkatalah beliau yg seakan bermaksud, jika engkau melihat aibku, nescaya ditaburnya 'turab'/tanah ke atas kepalaku.

Aku lebih hina dari itu. Aku selayaknya dilayan lebih hina dari itu.

Ps: istighfar antara yg termantap; ada di dalam ma'thurat.
Allahumma anta rabbi la-ilahailla anta, khalaq taniy.. (sehingga akhir potongan tersebut)

Allahu a'lam

Thursday, June 19, 2014

#tangkapleleh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Nak dekat habis belajar ni, terasa sayu satu macam.
Sebab akan tamat satu fasa hidup kebiasaan, masuk baru.
Tapi harini special. Kerana ada kawan bawa makanan sampai ke library semata mata untuk kasi budak sorang yang konon die hard study ni berbuka.

*oih nip, pehal 'taman' habis post kali ni!

Ntah la geng. Aku tersentuh je sebenarnya orang buat baik dekat aku. Tapi kadang kadang aku terasa cara aku expresikan rasa terima kasih aku kepada mereka tak mencukupi. Lagi lagi kawan yang sorang ni. Dah tolong masak, bawakkan sampai ke library. Cair hati beb. Tak masuk bab dia masakkan ketam (feveret) pasal aku melawak waktu dia tanya menu apa nak makan waktu usrah.

Tadah tangan, muka sememeh mcm budak kecil.
- Ya Allah ya tuhanku. Hidup ku ini penuh liku liku. Namun engkau utus mereka yang baik sangat di sisiku. Ya Allah, tiada upaya hamba ini untuk membalas segala baik budi mereka ya Allah. Rahmati mereka. Ampuni dosa mereka. Redhailah hidup mereka. Masukkanlah mereka ke dalam syurga Mu. Jadikanlah kami berjiran di dunia sana ya Allah. Dan jadikanlah kami di dalam golongan yang dapat menerima nikmat agung, iaiytu melihat wajahMu ya Allah. Amin.-

Sunday, June 15, 2014

#umminadiahfilzah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Post ini khas buat seorang kawan, yang saya tak rapat.
Tapi kenal, namun terputus perhubungan dek kerana permintaan seorang muslimat agar saya menjaga ikhtilat (saya terlebih mesra alasannya - fitnah permintaan gambar bunga di musim bunga).
Saya tidak pasti apakah perasaan yg perlu hadir dalam hati ini. Bersalah? Sedih?
Semoga rehatmu di sana kelak di bawah redha Allah S.W.T.


Saturday, June 14, 2014

#hafiz

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tadi bertanya kepada seorang hafiz. Bagaimana hafalannya dikekalkan, dan dipertingkatkan.

Katanya, kalau dapat guru yg syadid (yg strict), sehari ulang hafal 5 juzu'. (-_-") dan hafalan baru sehari biasanya 2.5 muka.

Aduhai, dhaifnya la hai rasa.

Mana pergi cita-cita kamu wahai hanif. Mana?



Allahu a'lam

Friday, June 13, 2014

#surahfeveretbaru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Bacaan penuh perasaan. Masuk dengan makna.
Soothing...

Wednesday, June 11, 2014

#hoi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Aku kesian tengok diri kau hanif.
Tak habis lagi isu lapuk?
Brothers kau dekat negara barat dah khatam pelbagai kitab,
Kau masih sembang isu... remeh?

Guide me ya Allah.
Making dua' during tahajjud is like an arrow that does not miss its target. #imamsyafie.

Saturday, June 7, 2014

#malam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Pulang lewat malam ke rumah, menaiki pengangkutan awam.
Aku bergelumang dengan bangsa putih yang punya pelbagai ragam.
Barangkali mereka gembira. Barangkali juga sedih. Barangkali juga seperti aku, agam.

Aku fikir, aku ini hanyalah gumpalan daging yg dicipta oleh Yang Maha Kuasa.
Yang punya nyawa, bernafas dan berfikir. Berperasaan dan berzikir.
Aku hanya seorang yang lemah, yang tidak punya kuasa. Sememangnya tidak, kerana aku tidak dapat mengawal suatu apa pun tanpa izin-Nya.. Hatta akal ini sekalipun dipandu oleh-Nya.

Segumpal daging yang punya ruh, yang dinobatkan sebagai khalifah kerana aqalnya.
Diberi kitab al-Quran untuk ditelusi segala isi persoalan dan cerita. Agar pengajarannya menyuluh jalan.

Tidakkah kita berfikir?