Friday, December 20, 2019

Challenge accepted

Bismillah.

Semalam usrah. Semalam ada cabaran.
Semalam berbincang tajuk akidah.
Lama dah tak berusrah benda basic.
Terasa segar sedikit.
Umpama orang yang mengantuk dijirus air sejuk. Haha.

Ini sedikit nota yang disalin...

Akidah
- Ngain qaf dal - ikatan
- Bersifat jazam. 100%, tak boleh kurang 0.01% pun. Tak boleh syak, was was, dzon, etc. Kepercayaan lain palsu/batil.
- Istilah lain, iman (rukun iman). Dari aqah/itikad, lisan dan amal.
- Appriciate iman kita. Refleks diri, ujian kaum Uyghur.
- Jadilah seperti nabi Ibrahim. Melihat kejadian alam (surah Ibrahim, juzu 7).
- Hafal sehari satu ayat.!!!


Note last tu. Cabaran. Kata naqib setahun ada 365 hari. Kata otak geliga. Apa alasan lg kalau tak dapat hafal surah al Baqarah. Ada 280+ ayat jer. Sehari satu ayat patut boleh hafal.

Ok ini lah wawasan 2020 saya. Bukan kereta terbang mahupun kereta tesla. Dan kita tak tunggu tahun 2020. Kita start sekarang. Tunggu apa lagi (mood bersemangat). Doakan!

Monday, September 30, 2019

Saya cikgu mee maggi segera

Dear me (ewah, bunyi mcm diva)

Harini, muridku bertanya.

Cikgu, Malaysia ada saintis tak cikgu?

Ketahuilah wahai si cikgu ini, bahawa perjalanannya masih panjang.

Sekian. Coretan si cikgu 'instant', yang ingin memberi kepada mereka yang sanggup menerima.