Thursday, December 27, 2012

chess

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Siapa minat main chess? kalau minat boleh komen kat bwh, kasi id ym di bawah, kita battle online :-p *joke*




Saya gemar main chess. saya gemar main chess yang bukan tournament, saja untuk suka-suka. Ia merupakan satu permainan yang saya akan paksa abang saya main dengan saya bila dia balik cuti dari asrama suatu ketika dahulu. Dan saya cuba menghidupkan 'that spirit' bersama adik lelaki saya. Macam berhasil. Haha. Tak dapat main dengan abang (sekarang), kerana saya jadi 'segan' nak tegur. Ntah la. People always changing. Sangat pantas. Nasib tak sama kepantasannya dengan kekerapan menukar lampin bayi (-_-")

Kepada yang gemar chess, kalian mesti tahu, betapa unpredictable nya medan perang papan catur. Itulah menyebabkan chess genius memang sangat-sangat 'ditabik' oleh para manusia kerana kemampuan akal untuk menganalisa dengan sangat baik, memikirkan option (yang boleh kata beribu-ribu kemungkinan) terbaik dan mengawal gerak opponent tanpa mereka sedari.

Makan banyak tidak menunjukkan anda hebat.
Dapat bunuh Queen tak menunjukkan lawan lemah.
Banyak check tidak menggambarkan anda hampir menang.

Well, dikeheningan malam bulan purnama (kut? pasal smlm hampir purnama..tak sempat nak mengintai bulan hari ini).. hidup ini macam permainan chess. Try main, dan anda akan tahu persamaannya.

Ya-ayyatuhannafsul mut'mainnah. Irji-ie ila rabbiki radhiyatammardhiyyah. Fadkhuli fi-ibadi. Wadkhuli jannati. (sangat la hai gemar ayat-ayat terakhir surah al-Fajr)


ps: movie: Searching for Bobby Fischer. dah tengok minggu lepas tak salah. tp nak promote. psl tajuk post harini mengenai chess XD

No comments: