Monday, December 31, 2012

2013

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Welcome 2013. Menyambut dgn hyperthermia dan high tussivity. Semoga menjadi kaffarah segala dosa. Saya ingin memohon maaf kepada kalian pembaca. Saya insan yang banyak dosanya. Doakan saya untuk berubah kpd yg lebih baik dan mencapai apa yang saya usahakan.


Allahu a'lam.

Sunday, December 30, 2012

Documentary: Khattab

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...





Khattab dan Shamil Basayev...hurm, dah ada 2 nama yg boleh diberi utk anak ni.

30 12 2012

Dengan Nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Baru pulang dari bermusafir. Penat segala sendi dan otot. *gunalah ammeltz yoko yoko!*

Ok, merepek.

Respek la makcik ni. Sanggup kasi tabik hormat 3 hari 3 malam.

Bacaan: Hari Istimewa

Thursday, December 27, 2012

chess

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Siapa minat main chess? kalau minat boleh komen kat bwh, kasi id ym di bawah, kita battle online :-p *joke*




Saya gemar main chess. saya gemar main chess yang bukan tournament, saja untuk suka-suka. Ia merupakan satu permainan yang saya akan paksa abang saya main dengan saya bila dia balik cuti dari asrama suatu ketika dahulu. Dan saya cuba menghidupkan 'that spirit' bersama adik lelaki saya. Macam berhasil. Haha. Tak dapat main dengan abang (sekarang), kerana saya jadi 'segan' nak tegur. Ntah la. People always changing. Sangat pantas. Nasib tak sama kepantasannya dengan kekerapan menukar lampin bayi (-_-")

Kepada yang gemar chess, kalian mesti tahu, betapa unpredictable nya medan perang papan catur. Itulah menyebabkan chess genius memang sangat-sangat 'ditabik' oleh para manusia kerana kemampuan akal untuk menganalisa dengan sangat baik, memikirkan option (yang boleh kata beribu-ribu kemungkinan) terbaik dan mengawal gerak opponent tanpa mereka sedari.

Makan banyak tidak menunjukkan anda hebat.
Dapat bunuh Queen tak menunjukkan lawan lemah.
Banyak check tidak menggambarkan anda hampir menang.

Well, dikeheningan malam bulan purnama (kut? pasal smlm hampir purnama..tak sempat nak mengintai bulan hari ini).. hidup ini macam permainan chess. Try main, dan anda akan tahu persamaannya.

Ya-ayyatuhannafsul mut'mainnah. Irji-ie ila rabbiki radhiyatammardhiyyah. Fadkhuli fi-ibadi. Wadkhuli jannati. (sangat la hai gemar ayat-ayat terakhir surah al-Fajr)


ps: movie: Searching for Bobby Fischer. dah tengok minggu lepas tak salah. tp nak promote. psl tajuk post harini mengenai chess XD

Wednesday, December 26, 2012

pokemon

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




Haritu masak ikan karp! Karpu karpu. Masak goreng cicah kuah kicap cili dan sweet sour (cheat pakai perasa sedia siap). Beli ikan fresh di luar. Tapi sampai rumah, ikan masih hidup! Menggelupur. Baru sedar. Splash! Nama attack magickarp dalam pokemon. Haha. *boleh tak kamu evolve jadi gyarados?




Harini makan kuah rendang (yg belum tersejat kering). Pedas. Ternganga. Haha. macam ada bara dalam mulut. Teringat chamender. ember. fire spin. flamethrower. fire blast. haha. Nak evolve jadi Charizard boleh tak? (favourite pokemon).

hurm hurm. dalam sesetengah aksi kehidupan, kita secara tak langsung akan teringat perkara berkaitan.

Dan seorang muslim itu seharusnya mengingati Rabb-nya dalam setiap perbuatan.

Sudahkah saya? (==")

Allahu a'lam

Tuesday, December 25, 2012

ye yeee~~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Fuaaaahhh~~~ berjaya...!

balance.. balance... boleh tidur.. balance..balance... $$$$$$$$$$$$$$$

Saturday, December 22, 2012

doa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




X: Puan, doakan **** ye? (huhu~)
Y: Iyee... Puan boleh doakan, tapi Allah lah yang menentukan...**** berusaha. jangan tinggal sembahyang. jaga kesihatan (suara tua seorang nenek)
X: ...baik puan, terima kasih... (kampung-sick)

~~~

puan=grandma belah mak. my buah jantung pengarang hati.

jaga tepi kain

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

X: buzz *ym*, eh mat, ko cube cek minah tu, dia kwn ko tak kt fb?
Y: hurm, minah mana satu ni..? minah ni ke, minah tu ke?
X: minah yg dkt sini (tempat) la...
Y: ooo, aah da tak kwn. kenapa? (blurr bru bgn tidur)
X: takde la. kenapa die tibe2 tak kwn. ko tau sebab tak?
Y: tak
X: asal eh?
Y: asal ko tye aku?
X: aku nak tanya pendapat ko la ni...
Y: (perh, boleh tahan besar mandat aku sekarang). pada hemat saya, mengikut pola politik kini

....

tak tahu.
who cares?

(sambung gelak sorang-sorang)

manusia ni memang la. dah takde benda lain da kut nak discuss. meh ak tolong kasi tajuk sesuai memikir.

esok, kita sama-sama fikir, macam mana untuk menghapuskan budaya buta ilmu dlm masyarakat?

ps: mcm-mcm. dan 'insomnia' dtg lagi. penyakit waktu cuti takde exm.

nakama. kamarad.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Mari bersyukur. Mari bersyukur kerana disekeliling kita, kita punya banyak kawan yang baik-baik. Mari bersyukur.




ps: kadang-kadang, bila dengar lagu ni, berharap jangan lah saya mati lambat. Biarlah mati lebih awal dari kawan-kawan yg lain. (-_-")

kepada pembaca blog yg budiman

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Blog ini, seperti title nya: what is inside. It supposed to be secret. And I like it that way.

Blog ini mengisahkan apa yg sy rasa, fikir. Dan ia tidak ditulis atas tekanan sesiapa.

Saya manusia lemah. Ye, sy kalau boleh nak kahwin dengan seseorang yg sy suka. So? Ada masalah?

Tak suka, jangan baca blog ni. Saya akui ada kala post dlm blog ni langsung tak ilmiah. But somehow, sy sukar nak berkongsi perasaan saya, maka sy tulis atas blog ni. Saya tidak boleh letak di ruang umum, kerana ia akan menimbulkan salah faham, bukan kerana sy mengada-ngada.

And pls, who ever happen to know me, buat la macam sy ni kamu tak kenal. I will close this blog, if too much fitnah occur. So pls people. Be matured.

Allahu a'lam

Friday, December 21, 2012

Thursday, December 20, 2012

mujahid

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

He already choose 'the path'. Kamu bila lagi pendamba_cinta?
Why you so afraid to leave this world huh? :(


Before joining rebel forces, Mr El Sayed had been like many other Irish youngsters -- attending St Mary's school in Drogheda before holding down several jobs in Dublin. He had recently been involved in setting up his own company.
But he was one of a handful of men from Ireland who have headed to Syria in order to join the uprising.
Speaking to reporters in Syria before his death, he admitted his parents were concerned about his choice.
"They are still worried for my safety out here," he said. But he added that one of his goals in life was "defending the weak against injustice and the oppressors".

Wednesday, December 19, 2012

mesir-palestine

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Harini, lepas tengok map Palestin, baru terfikir. Why not Gaza strip nego dengan Mesir, untuk bernaung bawah negara Mesir eh? Hurm......





Allahu a'lam

teragak-agak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Cis doctor hari ini!
Dia sangat best, tapi membuatkan diri teragak-agak nak ambil psychiatrist sebagai profession.
Deng!

ps: Alhamdulillah ya Allah. seems like I can see light at the end of the path.

Monday, December 17, 2012

2300; 17 December 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

in case you forget :) (Baba Ali)

'Add Friend' di FB

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....



Kadang-kadang, ada orang yang tak dikenali add kita di facebook. Dan tak tahu samada perlu terima atau tidak. Baru-baru ni, try terima lah seorang kwn ni. Tak kenal pun. Tapi macam routine sy, kalau tak kenal tu, saya tanya dulu, kenal ke tak. Mana tahu, kawan waktu kecil. Tapi memang totally takde relationship pun. Fine. Dia nak kenal. Dan dia pun tanya la. Bla3. Dan akhirnya, dia reveal sebab dia sembang. Nak tanya boleh survey kawan tak, siapa-siapa sudi nak cari isteri. Mula-mula, rasa cuak terbaba. Tapi, lama-lama kesian. *sekali lagi, masuk mode psychiatry*. New form/reason for young people to get depressed. Dah la umur 15 to 30 y/o sgt vunerable untuk dapat sesetengah penyakit psychotic ni. Tapi bila fikir balik, dia seumpama seorang pesakit la. Seeking for help. Cuba cakap sehikmah yang mungkin, walaupun tak la hikmah mana. Test tazkiyyatun nafs dapat jayd jiddan je (at least better la kut dari PSRA..tak reti bersyukur! But below purata, so kena muhasabah diri banyak sikit. Tapi yg lebih kena ingat, amalkan!)

From different angle, dapat lihat, manusia ni macam-macam Allah uji. Sebagai contoh, kalau hidup dah senang, otak dah bagus..Allah kasi masalah hubungan sesama manusia, etc. Kalau ikut level Umar R.A. sahabat Rasulullah (sollu-a'lan-nabi), kalau hidup tak ada ujian tu, perh, memang resah deh hidup. Ujian itu tanda Allah ingat kita.. Huuu..

Allahu a'lam.

p/s: so, persoalannya, mcm mana nk cure 'disease' manusia mcm org yg add kita seperti contoh di atas?

Thursday, December 13, 2012

emotion

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...





Salah satu perkara yang sangat penting berkenaan emosi..adalah ..... kemampuan menyelaraskan keseimbangan emosi.

Manusia mesti mahu gembira sahaja. Dan ia merupakan satu konsep yang berbahaya bila mana kita terlalu aim nak bahagia je. Kerana bahagia itu tidak mudah untuk dikecapi, dan setiap hari, tahap toleransi untuk mencapai bahagia meningkat. Dan akhirnya, barangkali kita akan sedih, tertekan dan kecewa dalam mencari bahagia. Ironi bukan?

Begitu juga sedih, marah, dan sebagainya. Setiap emosi yang Allah beri untuk manusia, sangat sangat penting. Setiap satu memainkan peranannya. Cuma, bila ingin menentukan apa itu stabil emosi, ia bergantung kepada setiap individu... subjektif.





Dan propotion berapa banyak sedih..berapa banyak gembira..berapa banyak marah.. itu lah yang menggambarkan diri seseorang. Tapi saya yakin, aim yang sepatutnya utk setiap manusia yang ingin berjaya itu bukanlah kegembiraan semata.. tetapi kestabilan emosi yang sempurna.

ps: haih, apa merepek ni? baca psychi banyak sangat ni. haish...

Tuesday, December 11, 2012

gila

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Dalam rotation harian psychiatry, bila berbincang akan nama-nama syndrome dan symptoms, sentiasa terasa terkena dekat batang hidung sendiri. Aih, risau jugak, aku ni gila kah? (-_-") Berkira-kira untuk juga melawat psychiatrist, untuk buat ujian mental health state; plus having some session untuk luahkan perkara-perkara yang tak begitu normal, tapi selalu bermain-main difikiran.

ps: winter makin tidak memberi belas kasihan. takpa, ia hanya menunaikan perintah Allah. Dan selimut makin menjadi karib dengan saya. Dah memang selubung satu badan. Haaa, cakap main selubung-selubung ni, kalau nak selubung badan tu, pekena dengan lagu bawah ni, insyaallah lebih 'bermanfaat' :)

Munajat Seorang Hamba - Hijjaz

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Allahu a'lam

Sunday, December 9, 2012

child psychologist/psychiatrist

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...








Alhamdulillah, setelah 5 tahun bergelumang dalam dunia tabib menabib orang, akhirnya, saya semakin firm untuk specialize to what! Keep thinking about the option since KMB. Mula-mula nak jadi pediatrics (pakar kanak-kanak) Sebab? suka main dengan budak kecil. I admit that I'm hot tempered. But dengan budak-budak, so far I never get tired.. because they just innocent. Dulu buat social work di Sekolah Orang Asli, sentiasa kena buli dengan budak-budak. Dengan degil mereka, Allah je yang tahu. Tapi still happy je.

Then I turn to fall in love (ceewah) to nuerologist. Why? I kind of concern about my father's health. He is getting old. And I cannot help to see his hand's shaking. I need to help him. Fast. But sincerely, I hate neuroanatomy. Sorry Dr. Nemcova :-p

Kemudian.. saya jatuh cinta pula kepada cardiologist. Haha. Cardio looks complicated.. but it was fun! But our relationship didn't last long. Sebab? Ntah la. Macam bosan je jantung ni. Jantung SAHAJA.

Then, I turn myself into anesthesiologist. The idea behind it is that anesthesiologist kerja agak goyang kaki dan demand sentiasa ada, dan saya boleh ada masa untuk family (in the future insyaAllah). But after surgery rotation and seeing all those related stuff, I dont think I am happy inside operating theater. So, a big NO for anything related to surgery. heh :-)

Now, muahaha. after getting into the super duper bosan rotation: psychiatry, I think, I want to be one of them. I hate the way they teach the student, but just to understand people emotion is kind of satisfaction. and I want to specialized it to child, because, my interest with children never fades away.

Ya Allah, semoga aku menjadi doktor yang berjaya dan berkhidmat semata mata utk redhaMu. Amin

ps: the 6th sense. cooliow~~~

kecik-kecik dulu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




Hari ini, saya nak cerita satu rahsia. Rahsia kecik-kecik dahulu. Kecik-kecik dahulu, ketika saya darjah 2 Dahlia, saya dilantik oleh cikgu untuk menjadi ketua kelas. Ketua kelas tu! Haha. Tapi saya tak suka jadi ketua kelas. Penolong ketua kelas saya namanya Rozaimah. Dan kami, sangat rapat (ini yang dinamakan cinta monyet. Tapi serius, kalau orang tua dengar rahsia kami, confirm jeles). Oklah, part tu rahsia yang tak boleh diceritakan kepada orang ramai. Tu rahsia lain. Selepas dilantik, saya pulang ke rumah dengan perasaan susah hati. KETUA. Serius tak best. Saya bermasam muka, pergi ke bilik dan termenung. Dah tak ingat sama ada saya menangis atau tak. Menunggu bapak mak pulang lewat petang. Bapak tahu saya susah hati, maka ditegurnya. Dan saya cakap saya tidak mahu ke sekolah. Saya tak mahu jadi ketua. Bapak bangga sebenarnya anak dia yang sorang ni diberi amanah, tapi bila dah mogok sampai tak nak ke sekolah, itu memang problematic. So, disuruhnya saya sendiri cakap dekat cikgu, tak nak jadi ketua. APA? CAKAP SENDIRI? Hahaha, saya agak manja barangkali. Saya tak mahu. Tapi sebenarnya pasal saya takut. Bagi saya, cikgu yang lantik saya itu sangat la garang. Kecut beb. Maka bapak menggunakan kuasa ultimate nya menyuruh akak sulung (along) pergi ke sekolah untuk menyampaikan hasrat hati. Serius, confirm along stress time tu. OOOOO, engko time darjah satu, guru besar rasuah pensil untuk nyanyi depan perhimpunan (dihadapan lebih 1000 pelajar okey) orait je. Ptuuiiii~ Takpe, kakak saya penyabar orang nya. Dapat adik nakal mcm ni memang biasa. Dipendekkan cerita, maka along pun menghadap la cikgu dan menyatakan hasrat hati. Cikgu tu ok je, siap tawarkan jadi penolong ketua kelas lagi. Serius lawak. Nasib penolong ketua kelas. Saya ok je. Yang penolong ketua kelas tu jadi ketua kelas. Dan sepanjang tahun tu, banyak la adegan-adegan menarik, seperti saya buat ketua kelas menangis pasal back up member laki dari kena denda. *sikit punya bagus buat awek sendiri nangis. Gua bab kawan memang takde kompromi* Lepas da buat anak 'dara' orang nangis, poyo pulak nak menikus bila terserempak dengan akak kepada Rozaimah tu. Akak dia muka garang do. Da la family diorang mixed blood dengan chinese. Lagi la takut bila membayang ada cikgu chinese yang super garang dekat sekolah. Aduhai.. lawak lawak


Sebenarnya, post kali ni hanya nak flash back, dan bermuhasabah diri. Dengan umur sekarang, macam-macam amanah yang saya terima. Pressure, terima itu ini. Tapi sekarang dah matang. Dan kurang terasa. Walaupun ada beberapa perkara yang saya rasa sedikit jengkel, tapi tak pe. Bersangka baik itu akhlak seorang muslim. Dan kita pun tak tahu, apakah keputusan dibuat itu baik atau tak. Terbaik atau tak. Lagi-lagi melibatkan isu agama. People can simply shoot out HARAM in everything. Dr. MAZA dan Brother Nouman Ali Khan agree with me about this. But to deliver this in the good way as what Rasulullah did, is something really hard.

Allahu a'lam

Friday, December 7, 2012

why me no cry?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...





:'(

Tuesday, December 4, 2012

soldier

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

I just looooove war movieSSS. The scripts written just beautiful and deep. Just inspiring me to move on and on. To see life from different perspective. Its also an irony tho, killing helps to be a better man. Haha.

kisah ayam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Pak Ali ada membela seekor ayam. Ayam jantan. Sebagai seekor ayam jantan, ayam jantan ini cukup hebat dalam berkokok. Asal nak siang je kokok. Asal matahari malu-malu kucing di sudut ufuk je kokok. Suara kokokan meliput 200 meter radius. Hebat bukan?! Hebat-hebat ayam seekor ini, dia punya perangai. Pemalas. Lepas berkokok tu, dia tak urus diri. Reban tu tak payah cakap la. Situ la dia tidur, situ jugak la tandas, situ jugak la tempat berfoya-foya dengan ayam betina, dan situ jugak la tempat makan. All in one la omputih cakap.

Ada satu kejadian yg berlaku semalam. gerlpren si ayam jantan ini dikacau kucing Makcik Salmah. Perh, naik marah si ayam jantan ini. Berkokok! Bingit dah macam nak kiamat. Tapi, alik-alik, berkokok je. Bukan nak halau si kucing tu. Play safe omputih ckp. Habis berlarian si gerlpren ayam jantan ni balik reban diseberang jalan. Yang si ayam jantan ni, kokok dan lihat. Tak bertanggungjawab.

Semoga kita tidak menjadi seperti ayam jantan Pak Ali. Allahu a'lam

Sunday, December 2, 2012

berjalan, melihat dan menafsir

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Satu perkara yang saya rasakan indah ketika musim sejuk adalah;

Ketika mana di dalam keheningan dinihari, bebas dari kesibukan dunia..

Sambil salji turun perlahan-lahan, berawang-awangan, seakan masa diperlambatkan..

Dan puji-pujian kepada Allah dialunkan, memperhambakan diri, menikmati dan mensyukuri Dia yang menjadi penyebab segalanya.

Subhanallah Astaghfirullah Alhamdulillah Allahu-akbar

air panas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya tak berapa suka air panas. Air minuman panas. Saya akan memilih air kosong (plain water) dari air panas berperisa/gula. Tapi kalau air panas je ada, saya akan minum je air panas. Saya tak benci, cuma saya tak akan pilih air panas. Haha. Tapi bila winter, ia menjadi 'exception'. Saya akan buat air panas. But still, tak meminumnya. Saya akan memegang gelas yg berisi air panas. XD nikmat! suam2. Tambah2 rumah baru ini, heater memakai tenaga elektrik. Yang merupakan satu perkara yang sgt mahal di sini. Dan saya masih menahan diri dari membuka heater. Maka air panas itu sangat-sangat nikmat. andai air panas itu bertindak mcm pepejal, boleh dipeluk, maka ia akan menjadi bantal peluk kegemaran dikala kesejukan yg mencengkam.