Saturday, December 21, 2013

#depress

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sedikit tertekan usai membaca buku history natrah zaman sebelum kemerdekaan. Sedikit rosak cuti ini dengan mood sebegini. Namun ia perlu kerana membacanya ibarat kita menoleh belakang; akan nanti di hadapan sana kita lebih berhati hati. Tragis. Penuh emosi.

Haih.

Allahu a'lam.

Semoga Allah menempatkan kamu di syurga firdausi, natrah

#kesian

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Jujur aku kesian tengok engkau.

Allahu a'lam

Wednesday, December 11, 2013

#

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tolong amin-kan utk diri ini. Please.

http://www.youtube.com/watch?v=ty2isUW5hEk

Allahu a'lam.

Monday, December 9, 2013

#nikah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Benda ni bagus. Tapi bahaya gila nak kongsi dekat public. Confirm kena bom.



Allahu a'lam

Sunday, December 8, 2013

#tidur

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Perh, ngantuk gila. sabar nip. lu kena kasi settle 2 exam minggu ni, then you bole revenge tidur tahap 10 petala langit 4 minggu++ yang seterusnya.
Bercakap tidur, sedar atau tidak, tidur merupakan benda paling best atas muka bumi ni. lagi best dari ipad, iphone, imac, i i i i lah. dan samsung. *nokia exceptional* :p
Dan untuk mecapai perasaan super best tidur ini, maka perlulah badan rasa penat maknak. Serius, anda akan rasa tidur itu bosan kalau terlalu banyak tidur. Dan juga sakit kepala.

Begitu jugalah dunia ini. Syurga itu nampak 'boring' kepada mereka yang tidak berusaha padanya. Nampak insignificant. Andai kita struggle penat lelah atas dunia ni, semata-mata utk Allah, maka boleh la try bygkan nikmat syurga tu mcm nikmat tidur, lepas keluar rumah dari 7 pagi- 10/11 malam.

Serius, best gile. gua tak tipu.

Heh.

Semoga kita tidak menjadi hamba dunia.

Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tanganku, bukan di hatiku.

Allahu a'lam

Saturday, December 7, 2013

#

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



ps: bahasa Quran, bahasa sastera.

Allahu a'lam

Tuesday, December 3, 2013

#

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Rintih



ps: qahar tu ape eh?

Allahu a'lam

#khattab

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



Allahu a'lam

Saturday, November 30, 2013

#susah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Apakah rasa susah yang benar-benar susah?

Apakah susah sekarang ini benar-benar susah?

Apakah yang paling susah dalam semua jenis kesusahan di dunia ini?

Apa yang menyebabkan seseorang itu fikir dia susah? Apakah justifikasi yang mereka susah?

Haaa..susah tak?

Allahu a'lam

Wednesday, November 27, 2013

#enlightment

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

'Zikr is the remembrance of the One who is Haadir; present. And He is Present, axiomatically (resembling).

There is no situation of Divine Absence - He is with you. This ma'iyyah (Togetherness?) is the essence of Iman. Iman is not so much the affirmation of a set of beliefs, but the awareness that Allah is with you.'

Sheikh Abdal Hakim Murad



Allahu a'lam

Friday, November 22, 2013

Monday, November 18, 2013

#islah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hidup seorang muslim itu tidak terlepas dari tuntutan islah.
Apa itu islah? Islah itu perubahan, pembaikan.
Kata nama sinonim dengan Islah adalah Hijrah.

Dan itu sebab kita perlu sentiasa bermuhasabah. Teliti kembali apa yang lepas.
Bukan untuk kita tangisi, tapi berubah menjadi lebih baik di masa hadapan.

Dan setiap susun atur kehidupan kita, perlu dipasakkan niat kerana Allah dan ke arah islah.
Semua perkara! Termasuk kahwin.
Maka kalau nak kahwin bukan kerana Allah dan bukan kerana untuk perbaiki diri, nantikanlah kemungkinan yang buruk yang akan menanti.
Itu sebabnya dalam hadis mengahwini wanita kerana 4 perkara; rupa, kedudukan, harta dan agama.. Rasulullah menekankan agama sebagai kunci terpenting. Kerana agama itu secara naturalnya bersifat islah.

...................................

Disapa oleh seorang stranger hari ini. Namun diendahkan dengan memberi isyarat tangan (hormat?). Kerana bagiku ketika saat itu, aku perlu segera, dan kemungkinan yang menegur itu inginkan perkara remeh.

Dan ketika berlalu, hati berkecamuk dek memikirkan surah 'Abasa. Dan nasyid 'dont talk about Muhammad'. Dan kisah cubaan Abu Bakar R.A. mengikut jejak nabi dengan memberi makanan kepada seorang buta.

Buruknya hai akhlak ku.

Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.

Allahu a'lam

#khaleedalwalid

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saturday, November 16, 2013

Wednesday, November 13, 2013

#eureka!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Harini, pagi ni..terasa eureka moment.
Timbul satu teori dalam tengkorak saya, berkenaan jenis cinta.
Well.. boo for me. Sikit-sikit bab cinta.
But somehow, it answered some of my inner questions (which causing anxiety).
Menurut teori yg baru saya temui, ada 2 jenis cinta.
Satu.. cinta yang membuatkan kita kuat (stronger).. dan yang kedua, cinta yang membuatkan kita lemah (weaker).

Saya selalu mempersoalkan, apa salah yang saya lakukan dalam step 'memilih' manusia untuk menjadi teman hidup saya. Sekarang saya tahu. Saya selalu pilih yg saya rasa, saya bole potong kepala saya untuk dia. (bahaha, ok, itu exagerate melampau). Dengan kata nama lain, yang betul-betul melemahkan iman, hati, jiwa, etc. Dan ia menjurus kepada persoalan apa ciri-ciri manusia yang menyebabkan saya boleh rasa macam tu? Maka, jawapan saya ianya subjektif. saya belum ada teori untuk jenis manusia yang buat saya tertarik hingga ke tahap tu. Love is weird. Face it.

Well, ianya hanya satu teori kanak-kanak riang dari saya.
Be careful dalam memilih.

Life.. is a journey. Exciting. Fun. Full of trouble. Solve it. Don't run away.

Allahu a'lam

Saturday, November 9, 2013

#sob3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Bye2 wan. Jumpa lagi dekat msia. Bye2 troublemaker.





selamat kahwin. sorry kawan kamu ni tak dapat nak berada bersama di hari itu.

Allahu a'lam

Wednesday, November 6, 2013

#pemusnahnapsumakan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Okeyh, kawan gila (baca: kawan baik gila haram bla bla bla) buat kerja kurang bijaksana..

Makan sambil pasang lagu koyak, bunga2...

Ok la, minta maaf kalau minggu ni emo aku masuk mode luar alam. Semua salah dia! XD





Allahu a'lam

Ya Allah, segala puji bagiMu, kerana memberikan nikmat seorang sahabat kepada hambaMu ini...

Sunday, November 3, 2013

#power

Dengan NAma Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

nak tengok power tak power lagu melayu, dengar ni...



high class do lirik dia. gua taruk dlm EE malay mesti nangis examiner.

Allahu a'lam

#pride

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

At 1st, saya tak faham kenapa ISMA perlu terlalu jumud, etc..etc..

Tapi selepas menonton filem Battle of Pacific (2011) saya melihat sedikit persamaan berkenaan gagasan yang mereka perjuangkan.

Jati diri. Bangga. Pride.

Masalah serupa yang dihadapan oleh batalion yang mempertahankan Pulau Saipan dari jatuh ditangan Amerika.

Aaah, terasa semakin wise (ok, ini memang poyo).

Allahu a'lam

Saturday, November 2, 2013

#facebook

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Fb become more dangerous day by day. Ok lah, insyaAllah saya bertekad utk tidak menggunakan fb sebagai medium hiburan. Hanya untuk komunikasi. Nak delete tak boleh, terlalu banyak perkara bersangkut paut.

Allahu a'lam

#baikonour

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hari ni berkenalan dengan azmad, from kazakhstan. Ok, I need to wrote it down (somewhere, at least here) so in case i forgot the name, I can refer it somewhere.

A giant step for the mission to star city! Yeeehaa!~~

Allahu a'lam

Thursday, October 31, 2013

#flyfly

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

http://hypervocal.com/entertainment/2013/virgin-america-safety-video/

cool..cool coool

Allahu a'lam

Wednesday, October 30, 2013

#wedding

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

ok..ini super cool..ni yang nak sambung main gitar balik nih!



confirm pening pak mak, pak mak metua kalau buat camni.

Allahu a'lam

Sunday, October 27, 2013

#donya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Allah ciptakan emosi dengan sangat unik.
Di keheningan pagi ni,
Ada rasa sedih, gembira, insaf, sayu.. bercampur baur lah.
Macam rainbow. haha.

Saya cukup takut Allah jadikan saya dikalangan mereka yang sesat lagi ingkar.
Di kalangan mereka yg lupa, alpa dan dusta.
Di kalangan mereka yang mencintai dunia dan lemas dalam keindahannya.

Maka, saban kali saya promote doa kegemaran saya.

Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'ala deenik.

Allahu a'lam

Saturday, October 26, 2013

#fun

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

http://vivas.fi/nain-miehet-ja-naiset-erovat-toisistaan-katso-kuvat/

Allahu a'lam

Thursday, October 24, 2013

#tiba2

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



banyak sangat makan kambing ni. alhamdulillah. XD

Allahu a'lam

Wednesday, October 23, 2013

#Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Baca dengan minda terbuka. Dan baca perbahasan pada komen komennya.

PATUNG VIRGIN MARY DI INDIA: SATU CONTOH MODUS OPERANDI CONTEXTUALIZATION DAN INDIGENIZATION OLEH MUBALIGH KRISTIAN.

Berita menarik tentang "contextualization" dan "indigenization" dakwah Kristian di India yang mendirikan patung Virgin Mary yang memakai Sari dan juga berwajah sedikit gelap (setahu saya tiada pula dikenakan Sari pada Virgin Mary dalam fresco-nya di Hagia Sophia, Turki). 

Cuba semak mengapa orang Hindu marah sangat? Ya lah, siapa tak marah bila agama saudara-mara cuba ditukar tapi ada sesuatu yang lebih menarik akan alasan golongan Hindu di sana cuba pertegaskan untuk terus membantah pendirian patung tersebut:

----

Tigga, for one, alleges the statue is meant to attract local tribespeople to Christianity "by confusing them into believing that she was a tribal woman" from the region.

"Apart from she is wearing traditional Sarna dress of red-bordered sari, Mother Mary's complexion is also dark in the statue. She has been made to look like our goddess of Sarna Ma [Mother Nature]. If the statue remains in place, after some decades our future generations will get confused between our Sarna Ma and Mother Mary," Tigga told Al Jazeera.

The Jharkhand state secretary of right-wing Viswa Hindu Parishad (VHP), Gangaprasad Yadav, argued that tribal people were too naive and that they did not have any idea of their own religion.

"So most often against such conversions by the church they cannot defend themselves on their own. So our [Hindu] organisations often need to step in to thwart the moves related to conversions by the church and save the tribals," Yadav said.

----

Ini menunjukkan apa yang mubaligh Kristian buat di sana bukan sebenarnya dakwah tetapi dakyah atau Khidʿah yang halus dengan cuba "blend the message with the surrounding" tanpa perlu berterus terang akan yang cuba disampaikan.

Ianya berlaku di mana-mana sahaja. Virgin Mary di Afrika, rupa memang Ebony habis; kalau di negara-negara Sino, Virgin Mary rupa matanya sepet.

Di sebabkan Islām adalah agama yang bersifat Iconoclasm dalam amal ibadat yang khusus, maka mubaligh Kristian tiada peluang dan ruang untuk jadikan sebarang arca, gambar dan karya seni sebagai landasan dakwah (dakyah) kepada orang Islām.

Maka, jalan pintas untuk menghubungkan logik ini ialah dengan mencari satu ruang yang paling dikenali ramai orang Islām dan yang paling umum (the lowest common denominator) - iaitu nama Tuhan yang Esa - iaitu Allāh.

Ya, Kristian adalah agama yang bukan poytheist seperti agama-agama lain. Faham Ketuhanan mereka adalah 3 Dalam 1 (Trinitari) yang meletakkan ketanzihan Nabi Isa AS - sekaligus sebagai anak Tuhan dan Roh Kudus dan Ayahanda (The Father). 

Adalah satu kebodohan untuk berdakwah kepada orang Islām dengan mengajak kita menyembah Nabi Isa AS kerana kita confirm takkan percaya, apatah lagi Roh Kudus.

What's left? The Lordship of "God the Father".

Sebab itu mubaligh Kristian yang datang di zaman penjajah cepat-cepat jadikan nama Allāh sebagai medium paling ASAS untuk diadun-padan (adaptation) dengan suasana keberagamaan di Alam Melayu - seperti yang ada di Indonesia - termasuklah dengan berkain pelikat, berbaju batik, bersongkok.

Selagi ada ruang yang boleh dipinjam, akan diambil dan dijadikan sebahagian daripada budaya Kristian tempatan.

http://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/10/storm-over-virgin-mary-statue-20131015155128883213.html

https://www.facebook.com/rausyanfikir/posts/10201284519127768

semoga Allah suburkan dunia ini dengan pemikir-pemikir yang berada atas jalan kebenaran. amin!

Allahu a'lam

Sunday, October 20, 2013

#raihan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Kan best ada spirit macam kumpulan nasyid raihan.

Basic.
Simple.
Consistent.
Harmony.
Humble.
Ikhlas.



Allahu a'lam

Saturday, October 19, 2013

#koyak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Harini housemate masak sedap. Lepas dinner, saya, dia dan jiran atas layan movie yg saya promote.
Cerita best kononnya.. jiwang...
Alik2, semua stress tengok ending dia.
Bahahaha.. Padanlah muka.



Nothing is real in this world.
Lillahi ta'ala.

Allahu a'lam

Friday, October 18, 2013

#budakbudak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

bapak: anip, jangan main dengan budak budak! diorang tak matang!
anip: *cebik muka*

main dengan budak budak la paling best. paling tak sakit hati.

dan pagi ni;

'..anep
avatar da kuar..'

haha!

Allahu a'lam

#haihhh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZVobA=%3D

http://en.wikipedia.org/wiki/Wan_Saiful_Wan_Jan

miscomm, no respect. please people...

Allahu a'lam

Thursday, October 17, 2013

#monolog

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Wahai hati,
Tak tahu lah nak cakap ape dengan kau,
Tapi kau tahu tak, masalah kau akan merugikan diri tuan kau?
Malah merugikan umat Islam dan umat manusia kerana fokusnya lari, kerjanya tumpul.

Marah ni, marah. hmmph.

Allahu a'lam

Monday, October 14, 2013

Sunday, October 13, 2013

#legit

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Muehehe~~

https://medium.com/busy-building-things/c6e7b9b5bc1f

Allah sukakan kecantikan :)

Allahu a'lam

Saturday, October 12, 2013

#priceless

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ya Allah, ampunilah kami, dan keluarga kami, dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu. amin

Allahu a'lam

Friday, October 11, 2013

Thursday, October 10, 2013

#afghan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Ok lah, tambah masuk list mana mau pergi. Afghanistan. Tapi kena pakai masin masa. Nak Afghan zaman dulu-dulu.

http://www.businessinsider.com/astonishing-photos-of-prewar-afghanistan-show-everyday-life-in-peaceful-kabul-2013-2

Allahu a'lam

#corrupt

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Untuk memiliki hati yang tidak 'corrupted', dalam masyarakat yang serba serbi 'corrupted' merupakan suatu yang hampir mustahil.



ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'ala deen-nik

Allahu a'lam

#rm2

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sedih. Ya Allah, ampunilah kesalahan kami. Link

Allahu a'lam

Wednesday, October 9, 2013

#heroin

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....



yeah~~~

Tuesday, October 8, 2013

Saturday, October 5, 2013

Monday, September 30, 2013

#baaah!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tuan rumah datang bersama orang cz. Dan rumah kotor.
Salah saya!
Sila lah berubah!

*ok, lantai luar bilik malas nak sapu dan mop. haih.. bad habit.

Allahu a'lam

Saturday, September 28, 2013

The Oil Curse

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ooo those who care to believe and think. Please watch this :D



Ayuh suburkan neuron di kepala :-)

Allahu a'lam

Friday, September 27, 2013

#racun

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya racun hati saya dengan cerita jiwang. AArrrgh!!

My Sassy Girl.

Seriously, sangat merbahaya menonton cerita korea. Dont try it. Ever.

Allahu a'lam

#gagagaga

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

So, for my final year wishlist. Saya mahu pergi 3 tempat impian (gagaga.. omg omg omg *merepek*).

1) Nak tengok aurora borealis. Dah tengok price. Erkkkk.. takpe, kena pergi jugak. Kalau da mendarat dkt tanah melayu nanti memang tak dapek nak tengok lah.
2) Nak main-main kat Disneyland. lalalala.. Ini seakan lebih mudah dari nombor satu tu
3) Tak pasti lagi.. hurm..hurm.. cruise across Mediterranean Sea, or pusing Barca. not sure. Any suggestions?

Bahahahaha... excited sorang-sorang

Allahu a'lam

Thursday, September 19, 2013

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ia merupakan satu nikmat.. eh bukan..
Ia merupakan suatu yang baik (barangkali), untuk meletakkan benda yang kita sayang, yang kita suka,...
di luar gapaian/capaian kita.
Supaya kita tahu, sedar..
Yang kita punya matlamat untuk terus bertahan dan berjuang

Allahu a'lam

Sunday, September 15, 2013

#blablabla

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Banyak gila cerita dan berita. Need time to digest. Hmmph....Takpelah, esok jalan-jalan.

Ops..ops..kalau orang tahu aku dengar benda ini, sure dia orang marah.
Aku, rebellious? dan mudah diracun?



Lompat ke minit 56. Super duper tajam. Dem gile soalan. Dush!

Allahu a'lam

Sunday, September 8, 2013

#byebye

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Counting hours before back to land of misery. Haha. Exaggerate.

Let me begin with a question from bapak after finishing the OnG practical (not oil and gas, pls).

'so, apa yang X belajar selama practical ni?'

Maka, izinkan saya memulakan penceritaan post ini dengan kejadian pagi tadi.
Selepas bersarapan, ikut bapak pergi pasar. Parking disebelah longkang, saya terlihat seekor kucing. Half body dalam air. Dan menggigil SANGAT kuat. Astaghfirullah. Hilang fokus membeli belah di pasar. Try to ignore it, tapi bila balik tempat parking balik, tengok kucing tu makin tak bermaya. Haila... Bapak drove back to home, while me buat muka ketat speechless tak tau apa patut buat.

Sampai dirumah, tergesa-gesa keluarkan barang. Hati tak sedap lah. Dalam kepala dah set up rescue mission. Need to be fast. Hypothermia and maybe hypoglycemic. Sebat kain buruk bersih satu. Bergegas ke pasar. Jalan kaki. Sampai-sampai, beli satu ikan. Mesti lapar kucing tu. Brother jual ikan kat pasar tu sengih je. Satu je? -_-"

Then pergi ke tempat kejadian. Kucing tu mcm dah pengsan. Masuk longkang yang penuh semak dan air bertakung. Rasanya kucing tu trapped, tak dapat keluar. Or maybe hiding pasal area tu banyak gile anjing. so, dukung kucing basah tu, lap2. Hasi body heat. Blow hot air kat telinga. Tiba-tiba dekat belakang, sayup-sayup dengar kucing lain mengiau. Deh..Ada anak kucing. Haiyo. Gua hati lelaki sejati pun bole nangis ni. Peluk kejap kucing tu, kasi body heat..sambil try nak deal dengan 2 ekor anak kucing. Kucing yang basah kuyup tu try nak jalan, tapi shaky gile. Serba salah nak tinggal, tapi dah dok meronta. Dukung 3 kucing sekali, letak di tepi jalan. Cover dia pakai kain yang dibawa tadi.

Semoga Allah dengan sifat ar-Rahman Nya membantu kucing itu. :(

OnG posting sangat membantu dalam mengisi masa lapang. Bukan takat OnG, dengan bantuan rakan UM, kami pergi macam-macam tempat..Forensic, AE, seminar, grand lect, etc. Alhamdulillah. Credit to mr Hafizzuddin Taufiq for helping us. A lot. Banyak belajar. Along side with medical knowledge, dapat merasa sipi-sipi kehidupan sebagai kakitangan perubatan in the future. Ethical issues. Paradigm. Politics in hospital. ETC.

Hirarki kuasa di sesebuah ward biasanya di atas sekali adalah ketua jabatan, diikuti consultant (prof, assist prof), young lect./specialist, MO/senior nurse, HO, MA, dan kami..MS (medical student). Banyak kejadian yang berlaku, yang menyebabkan diri ini mempersoalkan, adakah kerjaya doktor ini benar-benar mulia, atau hanya di Malaysia sahaja ia kelihatan jijik. At least, itu apa yang saya rasa.

Being a doctor, it kills ur emotion. Really. PPUM is considered paling lenient. So, HO agak relax, walaupun pernah je nampak di perli super sinis (kami MS pun kena sekali). Working from 0800-0200 esoknya, and sambung 0600 hari yang sama. Inhuman. Then kena 'hormat' senior. After finish your working hours, nak kena minta cop MO. And MO tidur. So kena tunggu. Baagaa. (ini cerita from sabah la. Queen Eli. So jangan mintak situ). Ada sekali dekat AE. Suatu malam lah. Bajet extra rajin, nak merasa 'oncall' ikhlas. Lol. Tengah observe macam mana nak place branula. Tiba-tiba ada suara melolong. Boleh pulak ada satu doc dari belakang, ajak kitorg. Jom-jom, tengok drama. Rupanya di red zone AE, ada patient meninggal dunia. Act da meninggal atas katil dari rumah. Try to resuscitate. Failed. Meraung la family. Doc tu sambung..'selalunya actor dia India..tp harini Cina'. Kitorg sengih la. Tapi rasa..benda ni pun bole buat lawak ke? Argh, tak dapat nak masuk logik akal. But gila la kot. AE nak cater patient bertali arus. Doc mcm 2,3 orang je. HO 2 org macam tu. MA and nurse.  Ada 20+ compartment (ni di yellow zone, tak kira green and red lagi). Divided by langsir. Itu pun kalau terlebih patient, celah2 pun ada jugak menyempit. Dengan makian patient lagi. Smua buat muka stone je. Silent treatment omputih cakap. Tapi ntah la. Macam tak kena.

Di OnG department pun, tak kurang menarik school of thoughts yg ada. Satu consultant tu, go for cheap, most logic, trying to lessen the burden of the family. Ada satu tu (maybe) more friendly to family, always kind of giving hope la, walaupun patient tu da kena register under palliative treatment. Yang 1st tu, da gaya macam shinigami. Yang 2nd tu, friendly, tp mungkin akan membazir, which consequence dia in the future lah. Dapat la tengok dua-dua beraksi menyelesaikan kes octaplet pregnancy, pelbagai jenis cancer yang semua macam takde chance nak hidup, deal dengan patient yang keras kepala. Haih. Takpela awak, awak kasi jawan exm dulu, kasi dapat scroll, then baru peningkan diri balik dengan benda-benda ni.

Tapi, pengalaman ni super duper mahal. So bapak, walaupun saya jawab 'kena belajar dan belajar', tapi banyak gila persoalan yang saya dapat dan tak mampu nak dijawab. So taktau la benda tu nak panggil belajar ke tak. :)

Ntah la. Psyduck. Esok nak balik. 730pm malaysia..sehingga 10pm next day waktu sana. Godspeed. Huming 'leaving on the jet plan' Armageddon version.

Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'alaa deenik! (Ya Allah pemilik hati-hati, tetapkanlah hati ini dalam landasan agama Mu!)



Allahu a'lam


Tuesday, September 3, 2013

#enmimpi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ah, trasa nak meluahkn perasaan lak mlm ni...

Here we goes, so minggu lepas ramai la adik bradik balik. Dan sabtu ad 3 jemputan, 2 org kwen..satu open house. Dan mlm sebelumnya lyn kwn share mslh peribadi kt maple sampai jam 2 pagi. Pandai maple sejak cuti ni!

So nothing special adik bradik balik, cuma mr umar makin cheeky.
Then sabtu tu patut pergi satu rumah je. Dah pegi, tp pengantin bersanding lepas zuhur. Menghormati waktu, ye dak? Sudahnye kite pakat tangkap gamba dgn bapak pengantin la. Lol.
Then cross kl pi ampang, hadiri walimah bdk yg x brape nk knal, tp knal la.
Then open house rumah kwn.
Conclusion? Fabulous. Makanan terbaik. Nasi dagang. Nasi ayam. Bubur pulut hitam. Nasi minyak. Aaaargh, Malaysia!

Then ahad lawat adik. Ksi smgt trial spm kate bapak. He like always memoyo. Konon lepas jwb rse bole betul semua. Puuuiii. Balik tu usha wassap, galak bdk bdk nyembang psl lagu en mimpi - rindukanlah masuk hotfm. Support mmber punye psl, habis penuh comment kt wall hotfm fb group request lagu tu. Sorry, walaupun gua kaki ckp melayu, tp lagu melayu rase geli telinga nak denga. Lagu indon bole than lg la so far. Nasib en mimpi tu mmber kamcing

Then esok pulang ke sepital. Petang tu nyongket tgok tanda putera. Terasa excitd nak tgok psl org2 yg sy trust dlm bab quality ckp worth it. Bole la, mula2. Sejam last tu dok sembang kluarga razak. So terasa ptut tajuk movie tu jd razak. Gile ngipas jibster. Goli den. Balik2 asrama havoc balik group wassap. Harge minyak naik 20 sen. Arsenal dpt mesut ozil. Dua dua berita tu xbest. For the future life and for the liverpool DHF.

And mlm tu gatal buat oncall ke labor room. Beng, kene smack down dgn doc KKM. Pumpam2. Dengan xde mood kne leter. Well, dia ckp tu smue betul, tp xyah la gune point yg irritating dan nada mcm perli. Da la x mkn mlm lagi. Dengan penatnye...haila...

And today. Nothing much. End up my day hearing lecture bersama student final year UM bout management of stroke. Nice lect. Then rushing balik rumah, xtido asrama. Saje nk tnjuk muka b4 mak outstation ke negara gangnam style. N teman bpk yg sentiasa lonely sejak pencen. Heh.

And now, lying still on bed. Typing. Hidup sgt aneh. Sangat memeningkan. Terasa jadi psyduck. Pokemon.

Teringat tadi masa tunggu bas waktu hujan. Main buih air liur. Dlu kecik2 kuat buat. Heh. Sambil renung butir butir air hujan jatuh satu satu. Haih...

Ok lah. Night. Later.

Allahu a'lam

Saturday, August 24, 2013

#Canthelp

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Home alone! Mak pak balik kampung, kite dok rumah merewang dengan kwn bincang masalah kalah general tojo buat meeting waktu WWII. Hasil? Tidur pukul 3 pagi. Haha.

Bangun pagi, keluar cari sarap, dan alhamdulillah pakcik jiran sponsor lepas teman die skali.

Balik.. tibe-tibe terasa nak nyanyi. And this, is the master piece. Elvis nyanyi tak sedap. Dua ekor ni nyanyi super smart. Fokus part starting, lepas die da increase tempo dah mcm biase2 je. Goreng suara.



Friday, August 23, 2013

#tribute

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Kepada saudaraku di Mesir, Syria, Palestin, Myanmar, Selatan Thai, dan di mana saja di atas muka bumi Allah.
Kamu tidak keseorangan.

Jundullah!

Saturday, August 17, 2013

#mati

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tibe2 teringin nak dengar lagu pasal mati.

Dlm group whatsapp, ad kwn kongsi sedih kwn die mati kemalangan (ad masuk dlm paper, audi langgar kelisa)

Baca blog pun, ada psl mati jugak http://muadzibnuimam.blogspot.com/2013/08/eli-moga-ketemu-lagi.html

And area tarikh ni pun, ada kwn sekolah tadika meninggal tahun lepas.



mati, memang dekat.

Allahu a'lam

Thursday, August 15, 2013

#masam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Aih, kenapa muka masam? senyum lah sikit.

Bangau oh bangau, kenapa anda masam?
Macam mana aku tak masam, asyik kena lecture..asyik kena lecture...

Bangau oh bangau, kenapa anda masam?
Macam mana aku tak masam, layanan macam hape..layanan macam hapeee...

Haih. Jangan merungut!

Allahu a'lam

Wednesday, August 14, 2013

#:(

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Lately ada byk benda best utk emosi berlaku

Tapi saudara-saudara seagama di tanah lain tengah kesusahan, diuji dengan keperitan, bertaruh nyawa.

Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka. Berikan kemenangan kepada yang hak!

Serba salah dibuatnya utk happy ke tak. Aish.

Allahu a'lam

Tuesday, August 13, 2013

#zikir

Dengan Nama Allah yanh Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

sabar
sabar
sabar

maafkan je
maafkan je
maafkan je

abaikan
abaikan
abaikan

jgn ungkit
jgn ungkit
jgn ungkit

Haaa, ulang 40 kali, konpom jadi (tipu)

Allahu a'lam

#life

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Viktor Navorski - The Terminal

:)



Allahu a'lam

Sunday, August 11, 2013

#fooooooood

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Perasaan selepas sarapan dengan kombinasi maggi goreng-tosai telur-neslo ais extra serbuk milo memang tidak dapat digambarkan. Ditambah dengan suasana kedai mamak hingar bingar Malaysian style. Aduh~~

Lebih hebat dari berita kemenangan Malaysia mengalahkan Barca.
Takpun dapat kawen (ni tipu)
Ataupun dapat pass IB dan dapat fly.

Barangkali, kerinduanku kepada mamak melampaui kerinduan kepada keluarga sendiri.
Haha. Merapu.

'fabiayyi alaa irabbi kuma tukazziban' -nikmat dari tuhanmu yang manakah ingin kamu dustakan?
Semoga kita menjadi hamba bersyukur, dan tidak meupai hakikat sebenar penciptaan kita sebagai seorang hamba dan destinasi yang kekal abadi berbanding dunia yang sementara. amin.

Ahaaa, damai. So, lagu tema untk pagi ni - somewhere over the rainbow; by norah jones.



Cheer up. Mood gorning!

Allahu a'lam

Friday, August 9, 2013

#tragedyraya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sambutan hari raya tahun ini merupakan satu tragedy. Enough said.

InsyaAllah ada seribu satu hikmah, amin. Tapi sampai sekarang kurang mampu nak khadam hikmahnya. Allahu a'lam.

Terima kasih to mufti besar and 2 org anak buah yang mengelakkan ia terjerumus ke arah skala Chernobyl atau Fukushima incident.

Cepat lah. Nak kerja. Nak lari jauh jauh.

Allahu a'lam.

Sunday, August 4, 2013

#lailatulqadr

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Haih, org Malaysia, suka benor meneka malam LQ. Pagi sejuk la, tangkap gambar matahari la...

Pape la, takyah neke. Kau buat baik dlm malam tu pun belum tentu tuhan nak terima lagi kalau dok sibuk cocentrate nak LQ than His redha.

One more thing, uniknya psl mlm LQ ni, dikatakan sepuluh yang terakhir, kan?

Then, malam yang ganjil dalam yang sepuluh tu, kan?

So, tak la pulak dikatanya malam yg ganjil yang dikira dari 1 Ramadhan or start kira dari 10 yang akhir (psl tiap tahun kita tak sure Ramadhan tu akan jadi 29 or 30).

Basically, beramal la sepanjang Ramadhan. Irritated sebenarnya bila orang post pagi ni rasa sejuk la, cahaya putih la, ape la. Mcm nak kena lempang!

Allahu a'lam

#TR 18

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ni nak habis Ramadhan, nak raya ni..jangan lupa...

Surah an-Najm; ayat 43

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

Allahu a'lam

Saturday, August 3, 2013

Disclaimer

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Wanita, merupakan compliment kepada lelaki.
My mom, my penasihat-s, my jedi master adalah perempuan.
Perempuan in some cases lg reliable dari lelaki.
The post before just nak raise the issue when the man and woman mixed in the wrong...way?, ia akan menyebabkan kerugian. Yang amat. Yang amat amat.

So maaf, maaf dan maaf. Kalian yg membaca rasanya sgt cool untuk tidak menjadi golongan yg berkenaan.

Allahu a'lam

#pft

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Really, they all are a bunch of loosers yang comment bwh status 'Alhamdulillah :)' aku di fb.

Or maybe they really didn't have any experience to meet such kind of friends that....

- dah berbini, preg masuk bln ke-6..still usung ps3 everywhere...
- dah jd doc, dok gelak terkekeh mcm kena sawan walaupun tak lawak mana pun
- muka jerawat batu, tp macho la...tp nak CM depan perempuan bajet single lagi
- harapkan innocent dia, perangai sikit lagi mcm nak jadi hantu raya. Nasib sekarang bln pose
- bergaya dah bagai, boleh lupa bwk hp, then ketuk pintu setiap rumah kt taman tu nak cari alamat rumah member.
- main botol ridsect buat flamethrower. Padan la dengan nama kau naga. Haha

And a damn long list of unique traits that kind of rare now days. Or perhaps, I just live my life with so called, serius minded, urban kids with lame taste, and simply for me to put..everything yg boring la atas muka bumi ni....

Oh ya, and sikit sikit psl kwen. Thanks H and this reunion event, ntah ape la ak buat for this 2,3 years, fikir tak semendang. Boleh lupa codes and rules to be a happy man in this short life. Those topic (kawen) is for fun, as woman is a perfect stopper of man creativeness and joy. Sorry ladies, no offense.

Heartless, and cold faces just suits me. Gile evil. Haha.

Allahu a'lam

Ps: pinjam kosa kata H :D. Now I feels my life is like pelangi yang kena steroid, ala-ala kedai kain warna warni dekat Kamdar. Just..., colourful :)

Friday, August 2, 2013

#done

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Done reading Anthem. Finished. Khalas.
Alangkah bahagianya hidupku kalau buku akademik se-enak ini. Alangkah. Haha.
And now, I present you, the theme song for this novel.
Viopipe-butterfingers



Thanks H, buku ni just give a good knock on my head,
To held it high, no matter what happens!
Subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar.
Ayuh, ibadahmu pada tuhanmu!
Ps: berbuka bersama member susah senang 'penjara' rawang. Jgn la hoyeah hoyeah terlebih lebih.
Allahu a'lam

#hindustan

http://youtu.be/8wZDU-DDTOU

Sila cari translation lagu sendiri. Worth it.

#quote

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.

-H-

Allahu a'lam

#ikram

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Cukup respek teknik pengadunan element Islam dlm Anthem

Tp sekali buku yg dipakai 'syahadatul haq'. Pup, terus aku cop ni mesti orang ikram. Haha.

InsyaAllah tinggal lagi setahun. Aku bakal bebas dengan masalah taadud jemaah. Aku boleh yakin dengan siapa aku, dan tinggalkan perbalahan kanak kanak riang. Ruang dakwah di Malaysia terlalu luas. Tiada masa untuk sibuk gaduh berkenaan jemaah. Masing masing memerlukan sesama sendiri. Perbezaan akan dipandang pada sisi mata.

Ps: dan aku rasa penulis ni mesti perempuan, pasal mcm mahir semacam bila describe in out gelojak dalaman wanita.heh

Allahu a'lam

Thursday, August 1, 2013

#wish

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kalau boleh, sebelum ajal menjemput

Saya nak tahu siapa disebalik nama pena hlovate.

Nak kenal dia. Nak kawan dengan dia. Nak berguru dengan dia.

Mode: drunk membaca tulisan tangan dia. Rindu old days.

Allahu a'lam

#nyum3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Siang tadi pergi merendek KL. Ritual kebiasaan, pusing KL guna kaki, sorang sorang. Best!

Dan berjaya selesaikan beberapa objektif. Dan dapat buku hlovate baru, Anthem!

Aaa, gayat tahap tera. Kenapa la dulu tak buat EE novel hlovate kan. Sadis...

Ibadat pun jgn lupa pakcik oi. Allah kasi nikmat tu, jgn la kufur.

Allahu a'lam

Ps: dpt jugak kopiah baru. Putih. Rasa happy gila pakai. Terasa...lebih humble? Ntah, tapi yang pasti, mcm tanak lepas je dari kepala.

Tuesday, July 30, 2013

#TR 17

Dengan Nama Allah yang Ama Pemurah lagi Maha Penyayang...

Surah az-Zumar 29

Allah membuat perumpamaan iaitubseseorang lelaki (hamba sahaya) yang dimiliki oleh beberapa orang yang bersekutu dalam perselisihan dan seorang hamba sahaya yang dimiliki penuh seorang sahaja. Adakah kedua hamba sahaya itu sama keadaannya? Segala puji bagi Allah, tetapi mereka tidak mengetahui.

Allahu a'lam

#tandas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Korang sedar tak, ramai orang sekarang buat tandas hampir dengan bilik...or dalam bilik?
Hotel ke..hostel..rumah...semua mcm tu...
Sedangkan, orang dulu...buat tandas luar rumah...?

Agak-agak, kenapa orang dulu buat tandas luar rumah?

Haaaa..sebab tandas tu kotor! Tempat setan membiak! Perlu, tapi kena ada some distance dari rumah. Tu psl rumah org sekarang huru hara, ntah ntah psl tandas dalam rumah. Ye lah, orang lepas guna tandas, terbawak saki baki kotoran masuk bilik. (argument lemah, tapi menarik untuk difikirkan)

Tapi, nak habaq mai, yang dok tulih atas tu analogi je :)
Dunia ni, ibarat tandas..dan rumah tu, ibarat hati.
Dunia tu perlu utk selesaikan pekara, tapi sebab kotor, kita jgn simpan dalam hati.
Keep some distance. Dan basuh kaki leklok sebelum masuk rumah. Haha.

*legend baba analogi ni. Dpt time makan tomyam 'tikus' dgn wan. Kisah wan kongsi ketika fly dgn seorang capt. yg punya latar belakang agama yang baik.

Ps: maka, wan pun dgn bijaksana pi sambung la soklan.
'so, capt. (seorang tabligh) duduk mana'
'oh, sy dok bukit jelutong, hehe.'
Dalm hati wan 'harapan la tandas luar rumah'. Haha

Monday, July 29, 2013

#TR 16

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Surah Yaasin; ayat 47 & 48

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Belanjakanlah sebahagian rezeki yang diberikan Allah kepadamu," orang kafir itu berkata kepada orang beriman: "Apakah patut kami memberi makan kepada orang yang jika Allah mengkehendaki Dia akan memberinya makan? Kamu benar benar dalam kesesatan yang nyata."

Dan mereka (orang kafir) berkata: "Bilakah janji (hari kebangkitan) itu (terjadi) jika kamu orang yang benar?"

Allahua'lam

#TR 15

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Ya Allah,

Tuhan yang memiliki nama-nama yang penuh keagungan,

Pada setiap kejayaan ku,

Dan pada setiap kegagalan ku,

Kau jadikanlah hambaMu ini makin tunduk menyungkur mengharapkan redhaMu.

Allahu a'lam

Saturday, July 27, 2013

#filter

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Teruk gila dunia sekarang.
Lebih spesifik, dunia Islam.
Chaos di mana-mana.
Tergamam, tak tahu tindakan fizikal apa yang sepatutnya dibuat.
Berdoa-berdoa dan berdoa.
Maaf suadaraku :(
Bukan sekadar anasir luar, malah dalam komuniti sendiri.
Syiah sunni.
Fatwa macam chipsmore.
Tazkirah melarikan fokus solat tarawikh (serius merepek)
Dan macam-macam lah lagi.

Tapi, dalam kekalutan ini,
Barangkali oleh nak beri makin jelas,
Siapa atas jalan dia, dan siapa tidak.
Yang mana hak, dan yang mana batil,
Kita tepuk dada, tanya iman.

Allahu a'lam

#ahad-wahid (satu)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Pagi bangun sahur, eh awal betul bapak kejut..takpe, mengesot dan bersahur dengan muka 'slenge'.
Dan subuh di surau. Eh macam ada pak ustaz (muka tak familiar) pegang kitab tebal. Ada kuliah kut lepas ni. Tunggu punya tunggu, takde. Tapi masjid jauh sikit ada. Ditakdirkan Allah pagi tu jumpa dgn kwn dari kecil. Hafiz! haha.. Jumpe-jumpe, dua2 buat muke poyo. Tibe2 ayah Rahimi (kawan lain tegur), 'oit, grad ukraine semua kena ada janggut ke..?' haha, muka tak bersalah..'aah'.Maka bonceng la motor pijat. Vroom, pegi masjid. Best la naik motor. Dapat main angin. Tapi pak x kasi bawak. Kire bonceng pun da kire heaven la. So dengar kuliah, berkisar peluang-peluang dalam bulan Ramadhan, dan sikap yang sepatutnya terhadap bulan Ramadhan. Pandai ustaz tu melawak. So, pukul 7 balik. Sambung bonceng. Sampai rumah, bunyi kucing mnegiau. Aik, ada gak kucing. Sejak balik, macam susah nak nampak kucing berkeliaran. So main2 dengan die kejap. Then terasa nak sedekah, so pegi peti sejuk, curik satu part sup ekor. Bercakap pasal sup ekor, serius do tak faham, apa bagusnya sup ni. Dah la takde isi. Mahal. Takde keje ke makan? Dok mengisap tulang, dengan part mcm jelly (lemak?rawan?). Erk, sabaw je la. Kemudian, sambung tidoq. Sambil memikirkan nasib umat Islam dekat Syria, Mesir..Tertidur..Bajet sejam, tup tup bangun nak kat pukul 10. Then kacau bapak mintak ajar drive. So far lepas lulus test memandu, pernah PEGANG STERING sekali je. perh, 5 tahun sudah. Pegang sekali. Memang cari gaduh. Tapi so far ok la. Auto. Bole goreng. Puas hati dengan pencapaian sendiri. Tapi still prefer naik public after da terre drive pun+jem menggila dkt KL. Seronok merasai suasana bermasyarakat. Ragam macam-macam. Semalam botak chin sekeluarga da balik. Harini super mokh balik asrama. So jadi lonely guy la dekat sini for 5 days. Then start la masing2 balik cuti raya.

Sekian, perkembangan diri sendiri, dalam berita jam 12. haha~~ (nampak sangat kuat merapu)

Allahu a'lam

#TR 14

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hang pa amik tau ka kehidupan akhirat?

Surah ar-Rum; ayat 7 hingga 10

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.

Jom jadi kaum yang berfikir akan tanda-tanda kebesaran Allah

Surah ar-Rum; ayat 20 hingga 26

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

Allahu a'lam

#TR 13

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Munafiq?

Surah al-Ankabut; ayat 10 dan 11

Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?

Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik.

Allahu a'lam

#TR 12

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Surah al-Qasas; ayat 60 dan 61

Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?

(Jika sudah diketahui yang demikian) maka adakah orang yang Kami janjikan kepadanya janji yang baik (balasan Syurga) lalu ia mendapatnya, sama seperti orang yang kami kurniakan menikmati kesenangan hidup di dunia kemudian ia pada hari kiamat termasuk dalam golongan yang dibawa (untuk menerima azab neraka)?

Surah al-Qasas; ayat 71 hingga 73

Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"

katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"

Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

Allahu a'lam

Friday, July 26, 2013

#zikir

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Harini, layan Omare-san (inspired by nama watak dlm buku novel melayu ketika pendudukan Jepun di Malaya). Budak ni punya respon yg pelbagai. Suka anggap cube berbentuk C mcm telefon. Tapi yang paling menarik, dia akan jadi very calm bila TV menyiarkan zikir. Dia akan duduk diam, tangan je lincah gerak-gerak. Bila disturb dia, dia marah! 'Orang nk dengar zikir lah'..- mungkin itu bisik hati dia...

Haaa..menarik, menarik. Anak kecil umpama kain putih. Mungkin juga Umar 'at-Tilmisani' teringatkan janjinya pada tuhan sebelum ruh masuk ke jasad untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Mungkin..mungkin..

Allahu a'lam

#pasti

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....


#TR 11

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sifat-sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan :)

Surah al-Furqan, ayat 63 hingga 77

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan

Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu"

Allahu a'lam


Thursday, July 25, 2013

#odetojoy

Ok lah debby (debab), uncle han curik satu gamba, sebagai ganti jadi loceng tak rasmi :) Botak-chin tidur mcm dunia-ini-aku-yang-punya walaupun tak pose. Dimaafkan, dengan syarat besar nanti jadi seorang muslim yang bertaqwa.

Monolog seorang uncle

Ps: qurrata a'yun

#khawariyyun

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini, pak imam mengalunkan surah as saff untuk sesi solat tarawikh
Surah yang 'dipaksa' hafal. Memang la bughuk perangai.
Namun, sayu je bila meniti satu persatu ayat surah tersebut.
Haih, sungguh sentimental. Tapi best!
Sentimental ketika solat dan mentadabbur ayat Allah sangat sangat saya harapkan untuk diri ini.

Semoga saya menjadi people of the book, and people of akhirah.

Amin!

Allahu a'lam

#takdir

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Dah takdir, walaupun aku cuba berpisah denganmu, tapi jodoh kita masih kuat
Try nak guna rebate student utk smart phone. Dengan tenang pacik kedai tu reject pasal student card tak cukup piawai. Nak try lagi boleh, pergi digi center dkt times square. Ok la, mmg tak la kot.

Beria sikit nak smartphone psl nk whatsapp aps je. Nak join @#%&**.

Takde rejeki, nak dilatih utk menjadi humble agaknya :)

Allahu a'lam

Wednesday, July 24, 2013

#loceng

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Amboi anak buah saya bernama umar,
Pak teh kamu baru nak start tidoq,
Ang da melalak tahap 10 oktaf,
Terima kasih la ye jadi loceng tak rasmi,
Mengingatkan pak teh kamu ni Ramadhan kena kuat lagi beribadat


PS:kuat gile bdk kecik menjerit..fuh, ku semangat

Tuesday, July 23, 2013

#TR 10

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Berdakwahlah, dengan penuh hikmah :)

Surah An-Nahl; ayat 125 hingga 128

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Muhasabah diri, dalam nak bentuk diri dan masyarakat, macam mana adab kita? Adakah penuh dengan perlian dan sindiran? Status-status FB yg merendah-rendahkan, yang tidak cukup piawai..kalau nabi tengok mesti segan tahap gaban.

Allahu a'lam



Friday, July 19, 2013

#weirdo

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Selongkar kotak, cari lesen memandu, dan kad2 yang berguna untuk dibawa pulang.
Terselak satu plastik. Eh, barang2 dan document waktu mula-mula tercampak dibumi orang. Boleh tahan sentimentel lu mat. Tapi takpe. Lu ada satu tahun, jangan tangkap leleh dulu.

Dan alhamdulillah, pagi ini macam kebanyakan pagi. Tenang dan damai.
Boleh dengar jiran chatting, dan bunyi background yang kehidupan sudah bermula.

Cuma ingin berkongsi. Mungkin saya gila (saya ada sejarah berkenaan ini). Atau ini mainan syaitan di dalam hati.
Terasa umur yang saya ada pendek je. Dan benda ini dah lama rasa.
Wonder jugak how my life will end. And bila banyak crisis tahun lepas, seolah ia menguatkan lagi keyakinan yang kata hati ni betul.
Tapi entah, pagi ni, bangun-bangun, terus teringat ... if ...
Haha.....weird
Semoga semua dosa-dosaku terhapus
Dan semoga semua manusia yang ku sakiti memaafkan ku. Dan siapa yang terbaca nota ni, and if only benda ni really happens, please ask the forgiveness on behalf of me, will you?

Imam Syafie bermain teka teki dengan anak muridnya. Dan salah satu soalan yang dilontarkan adalah, 'apakah yang paling dekat dengan kamu?' dan jawapannya adalah... 'mati'.

Smile. And do our best. Our very best.

Allahu a'lam

Wednesday, July 17, 2013

#TR 9

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Surah Hud, ayat 6:

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Surah Hud, ayat 9 hingga 11:

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).

Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.


Surah Hud, ayat 15 dan 16:

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.

Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.

Allahu a'lam



#TR 8

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Surah Yunus; ayat 107 hingga 109

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".

Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.

Allahu a'lam :)

#euphoria

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Tiba-tiba terasa dalam state euphoria. Terlebih excited.
Banyak idea masuk. Masa depan yang seakan bosan tiba-tiba jadi exciting.
Cuak nak masuk 6th year, tiba2 terasa kalau bole nak minggu depan 6th year.
Kena buat blood test ni, check dopamine level, epinephrine. (- -")

Terasa macam masuk mode waktu 1st, 2nd year.
Hidup penuh cita-cita.
Nak bela kambing, keli, ikan arowana, main emas, etc.
Plan hidup seminggu 100 duit tempatan. << (dulu sebelum fly, ada contact senior. nak kata gila tak gila punya nak plan hidup..siap tanya harga telur sebijik berapa..dan bercita-cita hari2 makan telur!! )
Bayangkan, 100 tu mcm 20 ringgit tempatan. Pagi makan 2 keping roti (sapu jem/cicah air panas), tengah hari boleh makan roti telur -sos/kicap.. malam nasi goreng instant dan telur. pompam pompam memang lepas je 20 ringgit seminggu. hahaha~~
But time goes by, dan berubah sedikit demi sedikit..dan sekarang tak macam 1st year, 2nd year.
Tapi..untuk malam ni, terasa semangat macam tu balik! :D

Usai pulang berbuka di masjid baru, terbayang akan kayanya tokey Kuwait, beli, dan renovate rumah itu menjadi masjid. Terasa mewah gila makan berbuka. Terasa kenapa kekayaan tidak diagihkan dengan sebaiknya, sedangkan ramai orang susah lain yang tak dapat makan. Banyak betul persoalan, dapat makan free pun banyak tanya. haih...
Dan pulang tengah malam, bersama bro yg di atas (bro harga telur ayam), maka kami bersetuju prospect pertanian di Malaysia super lumayan, cuma tidak dikembangkan... sama ada orang malas, bukan risk taker, atau tak tahu. Cuba bayangkan, kalau dapat ternak udang harimau, lembu, kambing, ayam, etc...sangat berbaloi! Dan bayangkan dengan keuntungan tu, macam-macam projek utk umat Islam boleh dilaksanakan!

Waaaa~~ (silap2 tak tidur malam ni berangan pasal business). Dan dari situ, membuka peluang lebih cerah memajukan umat Islam! Scholarship, bantu orang miskin, anak yatim, muallaf, ibu tunggal, etc.
Buat RnD, expand business..control price dalam pasaran (terinspirasi daripada kenaikan harga ayam, yang mana hasil dari ketamakan orang Islam sendiri, ke atas orang Islam)

Waaa..Waaa..idea tengah pop up macam-macam, sedikit masa lagi, insyaAllah kita susun, dan rancang, dan insyaAllah laksanakan!

Feel blessed.
Kalau benda ini berlaku terus menerus, silap silap tanak balik Malaysia. Sanggup duduk di sini, dan menikmati euphoria ini.
Hue3~~

Semoga Allah berkati idea ini, dan menjadikan ia antara amal soleh,
Semoga Allah beri petunjuk yang tepat, dan permudahkan urusan untuk ke arah kejayaan,
Semoga dengan usaha ini, ia memberi kebaikan kepada Islam dan menjadikan aku lebih tunduk kepada Dia.

Allahu a'lam

#TR 7

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Puasa kali ini, lebih menggembirakan. Lebih banyak kejutan.
Ada benda yang kita nak, tapi Allah uji, dan barangkali tak dapat.
Tapi Allah ganti dengan benda lain, yang penuh hikmah.
(Ya Allah, hambaMu ini speechless menempuh hari-hari dalam Ramadhan ini dengan limpahan rahmatMu)

Sebagai contoh:
Nak balik Malaysia awal. Nak sangat-sangat. Boleh join program (plannya), dan bermanja dengan keluarga.
Tapi Allah tunda sikit. Masalah visa. Masalah placement summerclerkship.
Dan Allah ganti dengan Ramadhan yang penuh warna warni.
Setiap hari pasti ada aktiviti, ada benda baru belajar.
Dan berada jauh dari family kadangkala memberi ruang fikir yang cukup luas, tanpa tekanan.
Maka dapat menempuhi tekanan dengan baik dan cermat.

Allahu Allah.
Engkau yang Maha Tahu, Maha Merancang.
Engkau yang Maha Sempurna, dan Maha Adil.
Engkau yang Maha Bijaksana, dan Maha Penyayang.
Engkau yang Maha Sabar, dan Maha Esa

Hambamu menyungkur sujud, tiada punya apa-apa. Engkau dan hanya Engkau aku kembali dan berharap.

Allahu a'lam

#sniff

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Haih, 2,3 hari selalu bersin secara tiba-tiba. 2,3 kali continuously. Dan kuat pulak tu (tak boleh nak slow down).

*tenyeh hidung*

Bapak call, sekali dia ingatkan esok jgn lupa amik visa. Mak aih, dia ingat? Tak de kerja sangat ni T_T
Then, kasi details flight..
Then, tanya dia, baca Quran tak? Ada la sikit-sikit (muka innocent). Dah muka surat 250. (hooo heeem geee) - anak dia pulak tercengang. hamik kau, hamik.
Then, dia suruh kirim salam dekat makwe. Tapi anak dia buat pekak. Happy dia gelak. Takpe la bapak, gelak la, gelak. Ada masa saya gelakkan balik. Ceh...

Dan selepas puas meraikan rakan sepeniduran sekolah asrama grad tengah hari, akan disambung jadual busy seharian post exam di perantauan dengan melawat masjid baru. Semoga makanan baik-baik di sana, amin. (buruk perangai)

Allahu a'lam

Tuesday, July 16, 2013

#3

Next? - move on.

Monday, July 15, 2013

#TR 6

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Surah al-A'raf, ayat 128:

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".

Sesungguhnya, al-Quran itu antara teman hidup yg terbaik.

Allahu a'lam



Sunday, July 14, 2013

#politik

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

DAP membantah TITAS.

Memeningkan. Nak jawab guane?

Benarlah, jika anda bukan ahlinya, lebih baik diam, walaupun statement itu pro atau contra anda. Jangan sewenangnya memaparkan di dada fb. Keep pandangan peribadi sendiri-sendiri (nafsi nafsi)

Penuh muslihat.

Allahu a'lam

Saturday, July 13, 2013

#TR 5

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Surah Luqman; ayat 6 dan 7.

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.


Muhasabah, muhasabah dan tetap bermuhasabah diri.
Manusia merupakan makhluk yang penuh dengan ketidak sempurnaan.
Dan acap kali kita silap.
Dan bersyukurlah, bila mana Allah 'menyedarkan' kita, dan kita tahu kesilapan yang ada pada diri kita,
Jangan sampai kita hanyut dengan rasa 'puas hati' akan kondisi diri, dan merasa kebaikan yang ada mencukupi,
Ingat, hanya di sisi Allah lah terletaknya balasan-balasan baik dan buruk.

Allahu a'lam

Wednesday, July 10, 2013

#TR 4

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Amalan bersahur:

Riwayat al-Bukhari: 1923 ; dan Muslim: 1059

Makanlah sahur kerana di dalam sahur ada keberkatan

Menyegerakan berbuka:

Riwayat al-Bukhari: 1957 ;  dan Muslim: 1098

Seseorang terus berada di dalam kebaikan selagi dia menyegerakan berbuka puasa.

Sahur di sini pada jam dua,
Jam sembilan malam waktu berbuka,
Walaupun panjang, banyak hikmahnya,
Jangan merungut, wahai yang beriman dan bertaqwa.

ps: KOREA beb!



Allahu a'lam

Tuesday, July 9, 2013

#TR 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no. 38.

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, (nescaya) dosanya yang lalu telah diampuni (oleh Allah) .

Bulan Ramadhan bulan latihan,
Mengajar diri erti kesabaran,
Dosa diampunkan, pahala digandakan,
Hadiah yang Maha Penyayang, untuk orang beriman.

Allahu a'lam.

#TR 2

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

What is the difference between a doctor and a scientist? (patchadams)

Di wall muka buku din, ku menjumpai documentary ini.
Jadilah doktor yang berguna kepada Tuhan, dan manusia.
 -restoring humanity-



Allahu a'lam