Wednesday, February 29, 2012

halwatul iman

bergetar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 1 - Pertahankan niat ikhlasmu menikahiku dulu semata-mata kerana Allah SWT, tidak untuk yang lain. Obor keikhlasan itu menjadi sinar penerang semasa bahtera kita belayar dalam kegelapan malam. Perbaharui tekad dan azam, bersihkan niat dari sebarang pencemaran - sesungguhnya nilaianku disisimu hari ini banyak bergantung pada kayu ukur yg diguna semasa mahu menyuntingku dulu. Ketika itu - antara kecantikan, pangkat, harta dan agama - yg mana satukah pilihan hatimu?

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 2 - Istiqamahlah di atas jalan Allah. Contohi Rasulullah SAW dalam menerajui bahtera rumahtangga ini. Itulah jalan yg kami idam-idamkan, lorong cahaya yg akan membawa kita semua kpd redha Allah. Janganlah terleka, lalai dan cuai memegang amanah berat ini. Doa kami - isteri dan anak-anakmu - moga dikau diberi kekuatan utk terus memimpin kami semua ke Jannah. Amin

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 3 - Ayohlah bersama kita pertingkatkan bekalan iman, taqwa dan ilmu pengetahuan untuk menerajui bahtera yang sarat dengan amanah ini. Marilah bersedia menghadapi ribut taufan yg bakal melanda dengan ikatan ukhuwwah yg mantap dan jitu. Jgn tinggalkan kami di belakang ataupun membiarkan kami mara di hadapan tanpamu bersama. Kepimpinan kolektif, dipandu dgn syura yg meluas, akan membawa ke destinasi abadi, InsyaAllah.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 4 - Belajarlah menyayangi isterimu ini sedaya mampu. Letakkan diriku di satu sudut khas dalam ruang hatimu. Sesekali tunjukkan kasihmu kepadaku di hadapan anak-anak, agar mereka merasa aman, tenang dan terjamin selamat. Sekiranya cinta makin pudar dan hambar, mohon jangan dihina dan dicerca, apatah lagi dipersia dan dianiaya. Cukuplah aku dihormati sebagai seorang ibu kepada anak-anakmu.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 5 - Ketahuilah betapa menggunung tinggi harapanku saban hari mahu memburu gelaran solehah, sebaik-baik kenikmatan dan perhiasan dunia ini buatmu! Namun, tanpa didikan, dorongan, sokongan dan bantuanmu, ianya hanya cita-cita kosong yg mustahil mahu digapai. Duhai suamiku yg budiman, permudahkanlah perjalananku menuju redha Allah. Mohon jgn dipersulit dan dihalang dgn seribu satu rintangan, cetusan dendam kesumat iblis & syaitan.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 6 - Betapa indahnya ketentuan Ilahi, setiap makhluk-Nya diciptakan berpasang2an. Ketentuan-Nyalah saja yg mempertemukan kita berdua dlm sebuah ikatan yg suci ini, di celah2 berbillion manusia. Pastinya penyatuan ini ada hikmah agung disebaliknya - ayoh kita beriringan berbekal aqidah yg sama, hasrat yg satu menuju redhaNya. Sinergi kita harus mampu melonjak potensi dan kudrat - mudah2an akhirnya, kita sama2 jadi insan LUAR BIASA! Amin!

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 7 - Mudahnya kita terlupa, ada amanah hebat yg terpikul di bahu masing2. Melalui kebersamaan kita dlm rumahtangga, kita perlu mewujudkan sebuah taman asuhan sebagai medan latihan anak2 menjadi manusia berguna, sebuah kubu tempat mereka berlindung dari kemelut gelora dunia dan sebuah bahtera yg melayari kehidupan dunia menuju ke akhirat. Jgn terus terleka! Ayoh saling ingat-mengingati, agar jangan nanti ada kesal di hati!

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 8 - Mohon santuni jiwa dan perasaan halus isterimu ini. Tunjukkanlah layanan yg molek di hadapan teman dan tetamu. Panggillah daku dengan lembut dan kasih sayang, bukan nada tegas, garang dan keras. Kewibawaanmu tetap menyerlah, sekiranya engkau mampu meraih hormat/thiqah isteri & anak2 tanpa perlu meninggi suara & perilaku kasar yg mengguris rasa.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 9 - Yakinlah, akan daku pastikan anak2 kita hanya mendengar yang terbaik dari mulutku mengenai dirimu. Agar mereka sentiasa sedar, betapa bertuahnya mereka mempunyai ayah sepertimu. Namun, perelokkanlah akhlak dan layananmu terhadap diriku - kerana sesungguhnya anak-anak sedang memerhati!

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 10 – Bertahanlah untuk terus menjadi pohon tegap tempat kami berteduh. Sesekali ditimpa hujan lebat, ada waktu ditiup putting beliung – namun pohon yang akar tunjang aqidahnya mencengkam bumi tidak akan mudah rebah menyembah tanah. Panjatkanlah doa qudusmu di waktu dikau bangun berqiyam di kegelitaan malam, moga Allah SWT menghantar bantuan-Nya untukmu istiqamah membimbing daku dan anak-anak kita menempuh jalan ke syurga! 

Sunday, February 26, 2012

mari download dan dengar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Di sini merupakan sebahagian sedutan dari prog TV al-Hijrah ...
Mewawancara seorang muslimah muda yang baru kembali kepada hakikat agama yang sebenar ...

Mari tonton! :-)

Download

ergh.

stay focus !
kenapa pagi ini disulami lagu-lagu yang mampu merencat semangat ?

...

Saturday, February 25, 2012

khutbah sirah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Terbakar dengar khutbah ini,
Cemburu kepada khatib ini, lancar sungguh ingatan dia berkenaan sirah ... (muhasabah diri)

afraid

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ya Allah, aku bermohon padaMu, agar berikan ku kekuatan menempuh dunia ini ..,
Ya Allah, jangan biarkan ku takut akan permasalahan yang datang kepadaku ...,
   Berikanlah ku kelapangan di hati ini,
   Berikanlah ku kekhusyukan dlm beribadat kepadaMu,
   Berikanlah ku kemanisan dalam menjadi hambaMu,

Tunjukkanlah hambaMu ini jalan keluar ...,
Hatta, jika hambaMu ini berjaya menempuhi permasalahan ini, jangan biarkan hambaMu ini lalai lagi :-(

Amin ...

Thursday, February 23, 2012

7 Tips. Hadapi. Ujian.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


  • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
  • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
  • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
  • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
  • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)

tahu tapi malu?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Pendamba_cinta, Allah sayang kamu tu, tu yang di-INGAT-kan selalu ...

Tuesday, February 21, 2012

Monday, February 20, 2012

:'(

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang ...



Allahu

Allahu

Allah ...

Sunday, February 19, 2012

nak mana.. ?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang ...

Hati susah, banyak masalah.. TAPI, hati kenyang mengingat Allah..

atau

Hati senang. lapang.. TAPI, hati lapar, lalai leka dengan candu dunia..

?

Saturday, February 18, 2012

'sami' muslim

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sedang memikirkan kemungkinan menjadi 'sami' muslim, setelah kepenatan memikirkan isu membina keluarga muslim. Botak (itu ciri yang penting), dan tidak berkahwin.

....

Thursday, February 16, 2012

fatwa 'shinta'

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

kawan post link ini di FB. saya ambil, letak dalam blog ini. :-)

http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2012/02/fatwa-cinta.html?

Wednesday, February 15, 2012

lagu tengah malam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Kadangkala, hidup saya sangat masuk dengan lirik lagu. Kadangkala lah ~ ~ ~

Tambah-tambah mode sunyi tengah malam, mengembang-biak idea-idea kreatif, bukan-bukan ...

Tuesday, February 14, 2012

syiah syiah syiah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

I know a little about them. Not the good ones. Including this ...

hard time

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

having hard time lately.

please, don't forget to smile. don't forget to say Alhamdulillah.


Sunday, February 12, 2012

meremang ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Friday, February 10, 2012

terapi diri sendiri

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




*petikan*



Bismillahirrahmanirrahim
Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkah nya bersama rombongan angkatan pejuang al haq ini.
Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita-berita pedih yang bakal muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini. Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan merenung keruntuhan umat, dan membenarkan hal itu merobek-robek hatinya yang rindu melihat Islam kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak. Ya, dia seorang dai’e yang baru mulai sedar, bahawa dia seorang dai’e!
Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop. Bukan satu atau dua movie dalam simpanannya, tapi satu folder nya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia menonton secara online.
Dai’e itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer. Kadang-kadang sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang dai’e!
Ada masa, dia seorang dai’e yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan – twilight, di persisiran rindu, eat pray love, dan bermacam lagi. Dia lah dai’e yang selepas berpenat mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek majalah-majalah hiburan untuk mencari secebis keseronokan.
Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang berjam-jam juga dia melekat. Dia dai’e yang rancak melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini, dan seribu macam lagi interaksi di laman Facebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.
Dia juga merupakan dai’e yang masih ringan menjaga ikhtilat – masih ber’sms’ dan becakap di telefon dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seorang dai’e yang sudah faham.
Ada waktu pula, dia adalah dai’e yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempat-tempat ‘bergembira’ seperti panggung wayang misalnya, atau keraian-keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha. Dengan rasional bahawa, dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama, dan bermacam bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu. Tak kurang juga alasan yang berbunyi, dia kan seorang dai’e, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke birthday partybukan salah pun.
Sounds familiar? Itulah hakikat seorang dai’e, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya, dai’e yang  masih gagal mengikis karat-karat jahiliyah pada dirinya. Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen sudah ada, malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik-bisik dalam dirinya – yaitu dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.
Wahai dai’e! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
(al-jatsiyah ayat 23)
Wahai dai’e! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita sudah kesuntukan tenaga.
Masih ingatkah kamu wahai dai’e, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?
1.Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
2.Bacalah alQur’an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar-syi’ar Islam.
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
Sedarkah kamu wahai dai’e, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda jahiliyah.
Sedarkah kamu wahai dai’e, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?
Wahai dai’e yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.”
(albaqarah:42)
Wahai dai’e yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul dakwah di atas dada kamu.
Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyan nya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi penggera nya.
Ayuh dai’e!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya, ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu,
benar-benar berjihad!
“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(attaubah:39)
Ayuh wahai dai’e, kita maju ke hadapan!


Thursday, February 9, 2012

'ketagih'

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

terbawa-bawa mendengar nasyid lama ...
al-Fatihah to Allahyarham Ustaz Asri (ex-lead singer Rabbani)

Wednesday, February 8, 2012

bahasa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

melihat video penerangan kembali seorang lelaki cina utk menjawab persoalan kes pergaduhan di KFC ..

pelik, kenapa mereka tak berbahasa melayu? saya bukan nak menjadi racist, tetapi bahasa melayu telah diperakui sebagai bahasa kebangsaan, lantas di ajar sama rata kpd semua bangsa. maka, ia menjadi suatu yg agak menjengkilkan kalau dia gagal berbahasa melayu.

saya bukan aktivis bahasa melayu. cumanya, jika malaysia bahasa rasminya bahasa cina, maka saya semestinya ingin menguasai bahasa itu, dan bersungguh-sungguh menggunakannya pada umum (walaupun jika ditakdirkan saya tak mahir).

pelik la. pelik. kesatuan sukar dicapai kalau komunikasi tidak 'serupa'.

ps: so, nak jadikan melayu ke, cina sebagai bahasa utama. pening dah tengok board iklan bahasa cina.

Allahu a'lam

tak tahu banyak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Pagi ini, ku membuat persiapan untuk pengisian petang nanti ...
Pengisian insyaAllah berkisar mengenai Rasulullah, yang mana sepatutnya mengisi diri ini, dan orang lain, telah membuka mata kecil manusia kerdil ini ...

Ya Allah, banyak benar ku tak tahu mengenai kekasih-Mu. Bagaimana mungkin ku mampu menyatakan ku mengasihi kekasih-Mu ...?

Allahu Allah.. Dhaifnya hamba ini ....

Tuesday, February 7, 2012

the path

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Monday, February 6, 2012

Make me strong.. :(

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

susah?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..


‎"Susah? Nak lawan Yahudi kena la susah. Mana lebih susah, Umat Islam Palestine yang bermandi darah atau kita yang hanya perlu menutup telinga dan mata daripada product hedonisme Yahudi?" petikkan dari buku Beduk Diketuk 

Sunday, February 5, 2012

He.

Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


quoted.


"Philosopher, Orator, Apostle, Legislator, Conqueror of Ideas, Restorer of Rational beliefs.... The founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire that is Muhammad. As regards all standards by which human greatness may be measured, we may well ask, is there any man greater than he?" - Alphonse de LaMartaine in 'Historie de la Turquie,' Paris, 1854.


He. Muhammad bin Abdullah. Rasulullah S.A.W.

Friday, February 3, 2012

....

can't resist. such a temptation. ya Allah, please guide me.

Thursday, February 2, 2012

Tafsir Ayat 200 Surah Ali Imran

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Saya membaca buku karangan Prof Yusuf al-Qaradhawi, bertajuk "Aku dan al Ikhwanul al Muslimun".


Tiadalah apa-apa perubahan maksud, cuma pendekataan melihat ayat itu agak unik.


Ayat diulang-ulang, tapi berperingkat. Kesannya? Terpulang kepada individu masing-masing. Saya merasakan ayat ini menjadi lebih istimewa :-)



1) Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu!
2) Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu!
3) Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu  dan kuatkanlah kesabaran kamu, serta kuatkanlah ikatan kamu!
4) Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu  dan kuatkanlah kesabaran kamu, serta kuatkanlah ikatan kamu, dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu akan menang!


Allahu a'lam :-)

Wednesday, February 1, 2012

Lagu Ibu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

movie

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya menonton 2 movie semalam. Isinya sangat baik bagi saya.



dan





selamat menonton :-)

gagal

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Saya gagal exam ini hari ...

Barangkali ada banyak hikmah yang saya pelajari ...

'Hard things that didn't kill you make you stonger .. ' (yosh ! )

Senyum lah di waktu susah ( sengih nampak gigi .. )

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar!

rendah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tak baik merendah-rendah kan orang lain ...
Dengan kata nama lain, underestimate ...
Rasa kerja kita paling berat, kerja orang lain buat ringan je ...

Tak baik wahai pendamba_cinta ... tak baik ... Allah tak suka ...