Tuesday, April 30, 2013

#hariburuh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

post takde kaitan dgn hari buruh. but saya perlu 'menampal' lagu ini di dada blog ini, kerana ia punya nilai nostalgia zaman kanak-kanak, dan saya malas nk hafal tajuk lagu. pls jgn dengar. jiwang.



Allahu a'lam

Monday, April 22, 2013

#woman

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Rasulullah S.A.W. dikelilingi oleh manusia yang hebat hasil sentuhan baginda.
Ramai yang dinukilkan adalah muslimin (lelaki).
Tapi selalukah kita mengkaji akan muslimah-muslimah di zaman Rasulullah S.A.W.?
Sumayyah..Zinnirah.dan berbagai lagi.

Memandangkan tiba-tiba terbaca post satu hadis berkenaan 4 wanita terbaik sepanjang zaman:

Daripada Anas bin Malik r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Cukuplah bagimu empat wanita terbaik di dunia iaitu Maryam bt Imran, Siti Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad dan Asiah, isteri Fir'aun" 
(Hadith Riwayat Ahmad, Abdurrazaq, Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim)

Terus teringat lagu UNIC (zinnirah) .. lantas pasang lagu tu, sambil baca sirahnya..semoga bermanfaat untuk kita semua. amin.



Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

source

Allahu a'lam

Saturday, April 20, 2013

#arRahman

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ku punya muka yang hensem (ewah)
ku punya respiratory system yang berfungsi dengan baik (alhamdulillah)
Ku punya kesihatan yang stabil (alhamdulillah)
Ku punya otak yang baik, dapat mengingat dan tanpa masalah serius (alhamdulillah)
Ku punya pancaindera yang berfungsi (alhamdulillah)

Ku punya macam macam... (segala puji bagiMu ya Allah)

Maka, aku perlu bersungguh-sungguh dalam hidup..dan bersungguh-sungguh untuk Islam

fabiayyi-aalaa irabbikuma tukazziban (nikmat tuhanmu yang manakah ingin kamu dustakan?)

Allahu rabbi

Wednesday, April 17, 2013

#17agustus1945

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Kecik-kecik waktu sekolah lebih banyak spend waktu dengan orang gaji. haa..eden mampu ngomong jowo..jgn memain (tipu je)

Tapi selalu teringat lagu kemerdekaan yang kak tu ajar :-p lagi mau tambah yang eden jenis suka lagu2 semangat ni.

Macam-macam...




Tujuh belas agustus tahun empat lima
Itulah hari kemerdekaan kita
Hari merdeka nusa dan bangsa
Hari lahirnya bangsa Indonesia

Merdeka
Sekali merdeka tetap merdeka
Selama hayat masih di kandung badan
Kita tetap setia tetap setia
Mempertahankan Indonesia
Kita tetap setia tetap setia
Membela negara kita

#idol

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hampir lupa, hari ini sepatutnya aku menyuburkan ingatan ku kepada pejuang idola ku.

Astaghfirullahal a-dzim

Al-Fatihah kepada as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi

Kerataan coretan dari laman AqsaSyarif

As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi (23 Oktober 1947-17 April 2004)

Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helicopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu isya, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semuga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. “Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin secular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir. Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka. Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi. Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih-sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih-sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan. Lantaran itu tidak seorangpun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.

Kelembutan as-syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya). Semuga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 oarng pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebibungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000? Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”

As-syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Allahu a'lam

Tuesday, April 16, 2013

#tounge

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

It feels 'great' to menganjing orang.
But careful my dear brothers and sisters. Jahannam and other punishments for this sin(ss) are really out of our imagination.

Careful!

Monday, April 15, 2013

#freetime

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ahad lepas lawat seorang kawan. Dia sebenarnya mengadu, imannya semakin menjunam. Dia memerlukan bantuan, dan saya hanya mampu meminjamkan telinga.

Cumanya, mungkin Allah ingin mendidik saya. Dia yang sebenarnya 'mengajar' saya pada pertemuan itu.
Dan kini, saya punya tugas untuk 'belajar' dari 'terrorist'... berkenaan sirah nabi (sollu 'alannabi) dan kisah 2 sahabat muktabar; Abu Bakar (radhiAllahu-anh) dan Umar (radhiAllahu-anh).

Dan ia memerlukan lebih 60 jam untuk itu. Penerangan yang 'outstanding' dari as-Syahid Anwar al-Awlaki (semoga Allah merahmati dia).

Allahu a'lam

ps: ya muqallibal qulub ... tsabbit qulubana 'ala deen-nik.

#pas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Semoga kemenangan untuk parti Islam!

Friday, April 12, 2013

#akumunafiq

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

ya Allah, hambamu ini, seorang pembuat dosa.
namun, orang-orang disekeliling hambamu ini, sangat membutuhkan nasihat dari hambamu ini
ya Allah, engkau jua Maha Mengetahui, bahawa betapa tidak layaknya hambamu ini dalam memberi nasihat dan menjadi contoh.

beratnya..beratnya ...... (-_-")

Allahu Allah.. ;(

#future

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Thursday, April 11, 2013

#mesmerizing

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Despite, orang P ada banyak tokoh, yet selalu self-ego yang 'kita punya org ekonomi juga', I admire him more. And this writing, how he describe his late friend, really makes me feel me-self childish. Fullstop.

http://rafiziramli.com/2010/09/allahyarham-adlan-benan-omar-1973-2008/

Allahu a'lam

Wednesday, April 10, 2013

#berlatih

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Dihenyak dengan beban bertubi. mungkin inilah tarbiyyah yg diperlukan utk membasahi mata yg kering.

;(

Allahu a'lam

#entah?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ntah la, dalam kempen pilihanraya ni, ada 2 perkara yang aku tak berapa gemar pada pihak yang aku 'sokong'.

1) bila model kapal terbang, kereta kebal, etc penuh dgn bendera parti. childish? tak juga. sengal? entah la. membazir? mungkin-mungkin. niat semata kerana Allah? Allahu a'lam.

2) buat poster yang irritate lawan, yang mana penuh dengan perlian, sindiran..dan kadangkala fakta yang lemah dan kemungkinan besar salah. aku jenis yang suka main perli-perli orang. tapi itu untuk bergurau. kawan rapat lah katakan. tapi bila mana bab pilihanraya ni, kadangkala, takut-takut kita lupa dalam menghenyak orang, kita juga seorang pendosa. dengan rahmat Allah aib kita tertutup.

Allahu a'lam

ps: tak boleh post di facebook. maka post di sini. bukan kecut, cuma melihat maslahat yang mana lebih baik. semoga diri ini terpandu.

Monday, April 8, 2013

#sayu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sayu. membaca berkenaan tragedi Deir Yassin. Nak sangat kongsi di dada fb, cuma pihak embassy meminta dijaga kemashlahatan umum. :-( maafkan daku saudara-saudara Palestina.

http://zainurrashid.com/tragedi-hitam-deir-yassin/

Robek hati membaca isu hukuman sebatan kepada seorang remaja wanita yg di rogol oleh bapa saudaranya. ya Allah, apakah kegilaan dunia ini?

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-21595814

#pray

Allahu a'lam

Saturday, April 6, 2013

#siapa?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Siapa Shurahbil ni ?? haha. Bohemian chips for me?

'siapa makan cili, dia rasa pedas'

Allahu a'lam

Friday, April 5, 2013

#evil (?)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Setiap kali sembang dengan family dekat ym, rasa sedih menyerang... haih...

Rasa dengki dengan family lain... haih...

Membuatkan rasa..patut ke tak balik tahun ni... haih...


banyak betul mengeluh. stead fast meself. this dunya is only last for a blink of eye (compared to akhirah).

Allahu a'lam

Wednesday, April 3, 2013

#marah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

aku tahu kesabaran aku agak nipis.
mungkin lebih nipis dari kulit bawang untuk sesetengah perkara.
dah cakap dah nak buat usrah. awal siap. boleh pulak tiba2 cakap tak jadi pasal kelas. cakap la awal-awal. respect others meh. semua orang sibuk. hurm.

aku juga tidak sabar dengan hati sendiri. baru nak sembuh luka putus cinta (puuuiiihhh!) :-D
maka seharusnya perlu banyak mengingati Allah, kan?
benda yg baik kesan dari permasalahan-permasalahan ini adalah aku mengurangkan kebergantungan kepada dunia dan isinya. dan sedaya upaya mencari kebahagiaan yang hakiki. but the progress is slow. and 'painful'.

ya muqallibal qulub...tsabbit qulubana a'laa deenik!

ya ayyatuhannafsul mutmainnah! irji'ie ila rabbiki radhiyatammardhiyah.. fadkhuli fii-ibadi..wad-khuli jannati

Allahu a'lam

Monday, April 1, 2013

#myway

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Diperkenalkan lagu ini dari seorang sahabat ketika sekolah asrama..yang sekarang dah jadi pilot yg poyo (sorry wan ;p)

Thanks wan, aku rasa sangat motivated setiap kali down buat keputusan, gagal dan sebagainya..

Yes, I have my own way to deal with things. And insyaAllah, hopefully, Allah redha pada segala amal perbuatanku. :-(



Allahu a'lam