Tuesday, December 15, 2009

OPEN YOUR MIND

salam wrbt

mood tiada utk menulis.
mungkin kerana cuti akan bermula secara informal esok (he..he)
tp, good things need to be shared, kan?
maybe rakan2 tak pernah tengok anyone how people find good reason nak masuk Islam
(video ni agak popular, insyaAllah ramai da tgok kut ..:D)
this a new muslim brother, cerita balik pengalaman dia 'mencabar' Allah

selamat mendengar..melihat..dan berfikir :)

Monday, December 14, 2009

10.35 pm; 14 Dec 2009 - dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

hari ini, saya baca buku.
buku tu, warne pink
dan pink itu bukan warna kegemaran sy

tp ada satu content buku itu, yg mengajak sy berfikir kembali.
kerana akhir-akhir ini, hati sy sedikit gundah. sedih. sayu. (senang cerita; tidak nomal)

semoga sepotong ayat dari kalam Allah ini dapat 'menyegarkan' akal sahabat-sahabat sekali, insyaAllah:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

surah al-Hadid; 57:20

Sunday, December 13, 2009

calm yourself :)

salam wrbt

post ini mungkin org fikir ia jiwang.
(jwpn sy: ia sedikit jiwang)
it is just because i like this kind of music. (i mean instrumental play)

please do enjoy it. it might calm you. but..please..please..jgn lalai mendengarnya.


Tuesday, December 8, 2009

peace

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

harini,
nk kongsi
satu lagu.
tolong lah..
tolong suka lagu ini :)

Friday, December 4, 2009

internet oh internet (sembang monolog pagi bute)

dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

jak se mate, muj kamaradi?
doufam jsi dobre protoze jsem dobre :)

(sila guna google translate)

harini just nk muhasabah salah satu nikmat paling penting buat sy (untuk masa sekarang)

iaitu, INTERNET

kenapa saya perlu internet?
- cari bahan belajar
- 'melihat' dunia
- berhubung dgn keluarga
- berhubung dgn kwn
etc...


tetapi akhir2 ini, saya rasa sy da secara salahnya menggunakan internet
sy masih istiqamah dgn perkara di atas, tetapi terdapat tambahan seperti membuang masa berbuat sesuatu tanpa clear objective (masalah utama) dan addiction to it.

Astaghfirullah hal azim..

saya ad berbincang dgn kwn psl perkara ini.
memandangkan entertainment yg terbatas, internet merupakan wadah utama.

movie
drama
lagu
etc...

buku pun jadi kurang disentuh
jika disentuh pun, kurang focus.
kerja tertangguh

it is weird psl kesalahan ini disedari
yet, cant stop it (i think this is what called addiction)

ramai akan fikir.
'..kurang asam punya internet..'
'..aaaaa, ak nk bakar pc ni!!..'
'..hari ini tanak bukak internet..'

*sambil-sambil menulis entry ni, pikir cmne nk endingkan dgn solution

anda semua pernah dengar psl resistancy bacteria kan?
how they addapt..
why human, which have a damn good brain, tak bole tiru bacteria?

dijadikan manusia akal untuk melihat dan berfikir (extract hadis/alQuran, wallah hu alam)

dalam bertimbun2 masalah, jwpn tetap ada, betul tak?
(quite funny, jawapan addiction internet ad dlm buku genetics)
tetapi ini hanya satu pendapat yg boleh diperdebatkan lagi
psl ia mungkin relevan untuk sy, bukan anda
but, just dont stop from think of solution from your problems, will you?

p/s: tp bagus jugak jadi virus..bole manipulate host :D

Saturday, November 28, 2009

Friday, November 27, 2009

takbir..takbir..dan takbir..!!

salam wrbt

alhamdulillah, dketemukan kita dgn eidul adha
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

di sini, tak semeriah seperti di negara Islam yg lain..
duduk rumah, tiada rumah 'terbuka'
kawan-kawan pi jalan..vienna dan german
duduk rumah pun best je..
why?
because ada internet :D
actuallty, wujud rasa bersyukur kerana raya kali ni terasa sangat 'mencintai' takbir raya. SGT MENCINTAI
sebelum ni, raye kt malaysia, mcm nak tanak je. ad masjid buat pun tak pegi.
masih berbaki 2 hari untuk layan takbir sepenuhnya :D
jgn sia-siakan kwn!!


ps: 3 top most takbir pling 'layan' :D






Monday, November 23, 2009

7.15 am; 24 Nov 2009 - lemah

saya sangat lemah
rasa mahu menangis

tetapi Raihan selalu berpesan dalam mp3 saya

'bad things is just a part of our life'
'senyum di waktu susah tanda ketabahan'
'ya Rasulullah, aku rindu padamu'
etc..

(post ini berakhir begini, kerana saya begitu 'lemah' untuk terus menulis)

mari menyanyi :)

Thursday, November 19, 2009

9.05 am; 19 Nov 2009 - wahai hati

wahai hati

adakah anda begitu yakin dengan apa yg anda kejar selama ini?

wahai hati

berapa luas ruang yg anda berikan kpd nafsu, untuk dipenuhi dgn cita-cita dunia?

wahai hati

kau meminati dia(1).kau juga meminati dia(2).dan juga dia(3)

wahai hati

siapakah kamu sebenarnya?

Sunday, November 15, 2009

9.45 pm; 15 Nov 2009 - kata-kata

bismillah ar-rahman ar-rahim

saya cuma ingin berkongsi kata-kata
sekali lagi, sumbernya dari filem sang murabbi
(sy sgt galakkan anda melihatnya- cuma kena sabar sikit yer, psl pkai bahasa Indonesia)

kata-kata:

ada dua perkara yg perlu kita lupa:
1) kebaikan kita kpd org lain
2) kejahatan org lain kpd kita

dan ada dua perkara yg kita perlu ingt!:
1) kebaikan org lain kpd kita
2) kejahatan kita kpd org lain

Saturday, November 14, 2009

3.55 pm; 14 Nov 2009 - kisah seekor monyet

bismillah


ada seekor monyet,
dia memanjat tinggi pokok kelapa
lalu..
ada tiga jenis angin datang
angin monsun
angin taufan
angain puting beliung
tapi, monyet tu tidak jatuh
kerana, cengkaman dia pd pokok kelapa itu makin kuat

namun...

tikamana tiada tiga angin itu
datang pula satu angin..
lembut, sepoi2 bahasa..
lalu monyet itu terasa nikmat..
dia terlalu nikmat, lalu terlelap
maka terlepas la pegangan dia dari pokok itu
lalu jatuh


kredit: filem sang murabbi

begitu lah kehidupan dunia.
begitu lah ujian para pemimpin
begitu lah lumrah seorang daie

semoga kita jangan jadi 'monyet', insyaAllah

sekian

Tuesday, November 10, 2009

6.37 am; 11 Nov 2009 - susah senang

bismillah

di awal minggu ini, saya dihadapkan dengan dua test berturut-turut
dua-dua bagi saya tidak berapa elok. tidak tahu mana silapnya.
mungkin diri sendiri tidak bersungguh..mungkin itu balasan Allah/ujianNya
wallah hu alam..

sebagai seorang muslim, kita disarankan agar berusaha dan bertawakkal
itu apa yang saya cuba lakukan.
tetapi, bak kata-kata pujangga..
'..lu cakap senang, try test sendri la brooo!!..'
kepahitan yang di alami mmg sukar nak ditolak

selalunya, selepas kelas, saya akan berjalan pulang ke rumah bersama rakan2
namun selepas test semalam saya mengambil keputusan untuk berjalan balik sendiri
*apa yang menariknya pabila jalan sorg2 ni, mood tuka jadi blues~~

kidding, but its a reality

blues..bermuhasabah (perkataan yg lebih baik)
mungkin Allah sengaja ingin menduga diri ini yg lemah
ataupun sebagai peringatan akan usaha yg dibuat itu masih belum ckup..
sampai dirumah, buka pc untuk menukar angin.
saya membuka blog hilal asyraf, salah satu blog kegemaran (he he)
blog ini bagi saya cukup baik utk para remaja yg mencari bahan ilmiah lagi berunsur agama
post blog itu pada haritu adalah seakan-akan nasihat kpd situasi yg di alami..

klik di sini

masyaAllah!

alhamdulillah..

Allah hu akbar

mula-mula agak speechless
kita kadang-kadang terlalu bersifat pelupa
kita kadang-kadang sibuk dengan status manusia
kita lupa akan status hamba

renung2kan..:)

Saturday, October 31, 2009

720 am - 1 Nov 2009; jawapan(2)

salam wrbt

menyambung perbincangan kedudukan kita sebagai manusia dan Allah sebagai satu kuasa yg terulung.

kita kadang-kadang terlalu menggunakan logik akal dalam kehidupan. tetapi sebagai seorang umat Islam, logik itu ada batasnya. maka untuk tidak tergelincir dari perbatasan itu, ulama dan ilmuwan Islam menggariskan etika dalam berfikir dan menuntut ilmu. yg ditekankan di sini adalah kedudukan tuhan yg kita tidak boleh persoalkan.

mengapa?

jumaat lalu, group usrah saya ada bermain satu permain.

atheis vs penda'wah/yg beragama

lakonan atheis yg dibawakan oleh group 'lawan' adalah sangat mantap, hinggakan kami di group 'beragama' ini pening kepala. tetapi, secara keseluruhannya, soalan yg dikemukakan begitu 'remeh'! 'kalau tuhan tu ada, kenapa tak nampak'..'kalau tuhan tu ada, kenapa ada orang masih susah'..etc

kadang-kadang, kita sibuk mempersoalkan kerja tuhan. kita sibuk mencari apa yang tidak perlu dicari. saya tidak bercadang menjawab contoh di atas, tetapi hanya untuk mengajak kita masing-masing, lucutkan lah ego seorang manusia, dan pakailah 'pakaian' seorang yang lemah (dengan kata nama lain, hamba). daripada kita sibuk mempersoalkan tuhan tidak memberi kesenangan kpd pengemis ditepi jalan, mungkin kita boleh cuba membantu mereka itu sendiri. why not?

akhir kata, seorang yang mengaku dia menganut Islam tidak boleh berhenti berfikir. teruskanlah berfikir, kerna ia akan memantapkan akidah dan iman kita.tetapi awas! sila 'define' keyword penting (eg:tuhan) dan segala kemusykilan perlu ditanya, jangan terus membuat konklusi melalui 'rasa'.

salam

Sunday, October 25, 2009

629 am - 25 Oct 2009; Jawapan (1)

bismillahhirrahmannirrahim

salam wrbt
merujuk kpd teka teki lepas, ia tidak akan dijawab sekali gus
malah idea memberi teka teki pd post lepas adalah berasal dari insiden berlaku ketika satu majlis di adakan ditempat saya belajar

saya ingin mengajak pembaca bermuhasabah diri

siapa kita?

dan...

apa itu tuhan?


insiden yg berlaku:
satu majlis ilmu diadakan utk mengajak pelajar kembali kpd fitrah Islam yg sebenar
namun, satu isu berbangkit. saya fikir, ia tidak perlu diceritakan begitu detail. secara kasar, ia mempersoalkan pandangan ulama tentang sifat Allah yg Maha Adil dan Qada'-Qadr. secara sedikit mendalam, seorang pelajar berminat utk tahu kedudukan mereka yg kafir. adakah mereka telah ditakdirkan utk kekal kafir..bla3..

menjawab kes ini:
perkara yang dibincangkan agak berat. ditambah dgn kedudukan ilmu saya dan mereka yg berada di dalam majlis utk membincangkannya. namun, mari kita merujuk perkara asas. Adilnya Allah itu adalah diluar imiginasi manusia. mengapa kita menggunakan perkataan 'maha' di atas segala sifat Allah?kenapa tidak saja menggunakan 'paling'?apa yg saya faham mengenai perbezaan dua perkataan ini, maha is something beyond imagination. sifat-sifat Allah itu diluar konteks pemikiran akal.adil Allah itu tidak sama 100% dengan apa yg kita faham.malah, perkataan adil itu sendiri terlalu general. ianya subjektif. dan ia tidak dapat dinilai.manakal, Qada' dan Qadar itu, melalui pembacaan dan rujukan majlis ilmu, ianya sesuatu yg tetap.memang sudah tertulis. TETAPI, ia mampu diubah dengan doa.

but, what if the person is not muslim?how can he 'berdoa'?

maka, disini, konsep dakwah itu perlu!

'aku naik saksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, Dan ak bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pensuruh Allah'

declaration yg kita sentiasa sebut, adalah perjanjian utk menjadi hambaAllah DAN juga menegakkan agama Allah (menyebarkan Islam). maka persoalan mcm mana nk berdoa tu..kita yg patut doakan mereka..DITAMBAH dgn usaha.

akan bersambung...

Saturday, October 24, 2009

1055 pm - 24 Oct 2009; teka teki

salam wrbt.

hari ini, post agak ringkas.
nak mengajukan teka teki. :D
saya namakan teka teki yg mengujakan kepercayaan anda
apapun..sebelum membaca soalan teka teki ini, diharap pembaca jgn cepat melenting
waraskan akal, tingkatkan iman

sejarah teka teki ini saya kurang ingat di mana saya mendapatkannya, tetapi jika tidak silap, mereka yg bukan Islam melontarkan persoalan ini

soalan berbunyi:

Allah itu maha mampu..maha kuat.
mampukah Allah menciptakan, sesuatu yg Dia tidak mampu angkat?

clue:
1) tepuk dada, tanya akidah anda
2) tunggu post seterusnya

p/s: jwpn insyaAllah akan menyusul ;)

Wednesday, October 21, 2009

5.50am - 22 Oct 2009; tidur

salam wrbt.

mari hari ini kita cakap pasal tidur :)
sebab?
sekarang ini housemate saya semua masih tidur.

tidur merupakan suatu nikmat (boleh dibaca dgn penuh berhikmah dan juga sinis)
dijadikan malam itu utk manusia berehat (which is tidur)
tidur itu penting utk meneruskan hidup yg berkualiti.
saya pasti pembaca pernah merasa bahana hidup keesokan harinya tanpa tidur yang cukup
-ini pandangan orang yg hidup dgn penuh kesederhanaan

tetapi isu tidur ini agak berat sebenarnye..(yeke?why?tidur je pun..)
kerana..
tidur itu memerlukan masa (dan masa itu emas)
tidak dinafikan diri ini sering alpa dgn fakta mudah ini
disebabkan alpa..maka wujud la 'pegangan' tidur sebagai :

-mengisi masa lapang
-tidur terlajak-lajak
-tidur PERLU 10 jam (mcm baby)

dan lain2

tidak salah utk tidur, tidur itu perlu, dan tidur itu salah satu nikmat dunia (sila jgn zalim kpd badan anda sendiri)dan juga satu IBADAT

TETAPI

tidur terlajak sehingga tertinggal subuh itu jalan pintas ke neraka
tidur yang berlebihan menyuburkan sifat malas dalam diri
tidur yang tanpa perancangan mengurangkan kualiti tidur itu sendiri

dan banyak lagi

tidur yang di anggap sebagai ibadah itu, secara ringkasnya, hendaklah seperti Nabi buat: pautan utk info tambahan dan another info tambahan


namun sebagai mukmin berjaya, tidur ini dijadikan sebagai platform merancang strategi
strategi?
saya pernah terbaca/terdengar akan mereka yang berjaya merancang hari keesokkan harinya, sebelum tidur.
saya pernah ditegur utk mengurangkan kuantiti tidur berdasarkan fakta akan manusia menghabiskan beberapa tahun dalam hidupnya..utk tidur (sgt la rugi jika sesaat itu bernilai satu gram emas)
di sini, saya mengajak rakan-rakan bermuhasabah diri

mari tingkatkan kualiti tidur kita :)

Tuesday, October 20, 2009

7.00 am - 21 Oct 2009; maju

salam wrbt

saya ada kwn...punya kwn..
yg ckp mcm nie;

"setiap muslim itu akan diuji pada titik kelemahannya. perkara2 yang dia mampu untuk hadapi, Allah takkan uji sebab dia boleh buat. Sebab itu kalau seorang muslim itu kuat pada harta dan pangkatnya, contohnya dia banyak harta dan pangkat besar dan dia benar2 gunakan itu semua untuk fii sabilillah, dia boleh berjaya. tapi Allah akan uji dia pada sesuatu yang dia lemah seperti keluarga bermasalah, sahabat2, dan sebagainya sebab Allah tahu kelemahan kita. Allah akan uji dari sudut ini, sehinggalah dia menjadi kuat untuk mengatasi kelemahan ini. Dan yakinlah, Allah takkan membebani hambaNya melainkan sesuatu yang sanggup dia bebani.."

dan saya ada nabi (s.a.w) yg sahabatnya, quote baginda ckp mcm nie;

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas RA “Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan menjadikan setiap kesulitan jalan keluar dan setiap kesempitan akan mengantikan dengan keluasan, serta memberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkakan” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Nisa’i, dan Hakim)

kredit: kwn saya

alhamdulillah, kerana saya punya kwan lagi :)
bak bait kata dalam lagu hijjaz (dunia yang sepi):

Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

hidup dikelompok masyarakat yang atmosphere nya tidak menepati ciri ciri Islam cukup 'menyunyikan' hati. maka teringat hadis ghuraba (dan juga lagu ghuraba)

hidup itu sementara,
jangan kita berputus asa
Allah itu sentiasa ada
menyusunkan yg terbaik untuk kita

insyaAllah

Monday, October 19, 2009

752 am - 20 Oct 2009; ada yang lagi berat!

salam wrbt

santai2 sambil melayan 'rasa bersalah', saya membuka laman-laman blog
tp byk2 artikel yg dibaca, artikel bertajuk salah siapa ini menggerakkan saya berkongsi link, agar dpt dibaca oleh para pembaca yang terasa dia sedang membuat decision yg susah atau menghadapi kesusahan..mari sama-sama kita renungkan

7.00 am - 20 Oct 2009; banyak lagi

salam wrbt

smlm hati tidak tenteram.
pikir2 pasal nk move-out the house or not. (merujuk pd post 'sayonara')
then,
tak jadi.
setelah berdiskusi, dan bersolat sunat, dan memikirkan kembali new situation yg akan dihadapi.
kpd yg mengharap, maaf kerana sy tidak bersedia..bukan kecut dan tidak boleh berdiri sendiri..just hati begitu kacau..mungkin final decision utk cancelkn urusan rumah dgn agent baru tidak tepat bagi kamu, tp ia lebih kpd jalan win-win situation; kite tangguhkan dulu.
jika dilihat post-post sebelum ini, kbnyakkan masalah yg ditimbulkan dtg dri housemate sendri. bukan ingin memecahkan tembelang. just to let pembaca tahu how the things are. diorg bukanlah terlalu JAHAT, tetapi diri ini sendiri yang tidak kuat untuk terus berdiri di persekitaran begini. wujud pelbagai masalah hati (eg: ketidak ikhlasan, etc).

semoga Allah membantu diri ini dalam menjadi seorang muslim sejati. semoga Allah membantu pembaca juga :)

620 pm; 19 Oct 2009 - sayonara

salam wrbt

ending suatu hari yg bercampur baur


kadangkala, ada pilihan yg berat perlu dibuat,
untuk kebaikan semua pihak.
maka tetap lah pada pilihan/pendirian itu


ya Allah, semoga pilihan yang ku buat ini, terbaik untuk semua..amin

Sunday, October 18, 2009

hari ini

konklusi dari movie 'bruce almighty':

pray more :)

Saturday, October 17, 2009

8.06 am; 18 Oct 2009 - sekadar renungan

salam wrbt

maaf, lama benar tak menulis...
hanya ingin berkongsi sebuah kisah..yang berlaku pada seorang teman..

teman saya seorang muslim.
dia punya kawan, juga seorang muslim.
kawan dia tinggal berjiran dengan dia.
ditakdirkan Allah, pada suatu hari..kawannya ditimpa musibah..
kawan dia akan menduduki PMR, namun mengalami masalah utk berfikiran waras.
mengikut cerita teman saya, dia terkena buatan org! (innalillah)
hatta, dia perlu mengambil sedikit masa utk membuat sesuatu tindakan (eg: ke tandas)
saya bersimpati dengan teman saya, dan juga kawan dia.
kami sama-sama bermohon doa.
teman saya begitu sedih sekali..begitu geram sekali, kerana kawan dia nak duduki PMR keesokkan harinya, namun dek buatan org (mungkin), dia hadi begitu

semoga Allah membantu kawan dia..sama-sama kita doakan, amin

namun, saya juga rasa sedih..lg geram

wahai teman,
bagaimana engkau ingin meminta bantuan Allah,
sedangkan engkau sambil lewa dgn tuntutan-tuntutan agama
engkau berlaku tidak adil, ZALIM!
saban hari ak terseksa melihat engkau menyambil lewakan tuntutan agama?
apakah engkau sudah pasti akan pengakhiranmu?
(maaf, kerana saya/ak betul-betul keciwa)

maka, kepada kamu saya doakan,
ya Allah, sesungguhnya hidup ini suatu persinggahan..semoga engkau menyedarkan mereka yang 'lena' pada persinggahan ini, untuk tidak lupa akan tujuan hidup yg hakiki..amin

Wednesday, September 2, 2009

poisoned by time (13 Ramadhan)

bismillah hir-rahman nir-rahim

alhamdulillah, pertama-tamanya, sy ingin mengucapkan selamat menyambut bulan penuh barakah ini, bulan Ramadhan. setinggi kesyukuran dipanjatkan kerana diberi peluang utk bertemu bulan yg mulia ini, alhamdulillah..:D

alhamdulillah juga, kerana diberi kekuatan utk menulis di sini. ingin juga memohon maaf kerana sifat istiqamah tidak wujud di dalam diri ini, utk meng'update' blog ini. maaf sekali lagi.

keinginan utk sy menulis sebenarnya timbul kerana terkesan dgn beberapa perkara yg berlaku sepanjang cuti dan Ramadhan kali ini. dan setelah difikirkan, terdapat 2 perkara yg sy rasa menarik utk dikongsi. namun, memandangkan salah satu dripada perkara yg dpt dikongsi itu dilihat masih berlaku kecacatan, maka post kali ini hanya akan 'bercerita santai' mengenai apa yg berlaku kpd diri saya ini, di racun oleh masa berlebihan

sebelum itu, ingin berterima kasih kpd Ustz Hasrizal, empunya blog Saifulislam.com kerana salah satu dripada 'article'nya membuka mata sy utk bermuhasabah diri dalam berkongsi pndpt mengenai isu ini.

sy mulakan dgn satu pepatah arab yg berbunyi (lebih kurang); masa itu umpama pedang..jika digunakan, ia bermanfaat, namun jika tersalah langkah, ia mampu memakan 'tuan'nya.

alhamdulillah, Allah telah memberikan sy kesempatan utk berehat di Malaysia utk cuti musim panas tahun ini. telah diberikan rezki utk menamatkan exam (sungguhpun terasa diri ini sgt tidak layak). [monolog: segala sesuatu ad hikmahnya hanif..]

p/s: mengikut perangkaan awl post ini akan disiarkan pd ramadhan lepas..tetapi saya terkena serangan 'virus-pemalas-yang-melampau2'. utk mengelakkan ia terus 'berhabuk', maka ia tetap di'post'kan..tetapi dengan isi yg pre-matang.maaf

Thursday, August 13, 2009

menyampaikan :)

salam wrbt..

segala puji bagi Allah yg menyusun segala kehidupan ini..

skrg ini, sy berada jauh dari tempat sy merantau..dgn misi utk memperbaik kembali diri setelah badai 'duniawi' mengasak tanpa henti. merantau jauh dri tempat sy merantau (hehe, paham ke?). visi tidak lain, hanya utk menjadi muslim yg lebih baik. utk mengenal diri. segala puji bagi Allah sekali lagi, kerna diberi peluang utk mengembirakan keluarga, yang sebelum ini mereka dilanda kegusaran dek anak mereka yg dah 'lupe' jalan pulang kerumah :D.

baru semalam sy pulang dri satu aktiviti yg bgi sy, perlu disertai utk berkongsi, utk membuka mata mereka yg mengejar title seorang doctor. meningatkan diri kembali bahawasanya niat itu penting dlm segala urusan (hadis pertama dlm himpunan hadis 40 karya imam Nawawi). program itu memberi peluang utk diri ini mengajak manusia utk berfikir, mempelbagaikan option tika membuat keputusan.

apa yg dilakukan disitu, kurang penting

tapi apa yg dpt dilihat, manusia ini pertamanya terlalu 'bias'. mungkin disebabkan faktor ego dan bongkak. hanya kerana tiket 'last resort' doesnt mean it is less better than the others. diri ini tidak terdetik kedengkian langsung jika mereka kekawasan yg di-claim 'lebih baik'. tetapi they should face the reality of living. i used to have that kind of mentality. and i feel that i had done a very big mistake. underestimating many things, and it cause pain in my ***. (sorry, bahase ala2 zmn koboi)

- actually, i hope they open their eyes earlier, and dont repeat the same mistake that i had done.

* ada seketika, usai maghrib selepas aktiviti itu disiang hari, terlintas kpd satu surah dgn sgt tidak sengaja..surah at-takassur..(tfsir sila rujuk sendiri ye :D). cuba anda relatekan dgn gaya pemikiran anda. adakah anda tergolong dlm golongan sedemikian? eg: anda melihat org indon..perlukah anda merasa diorg itu agak kampung?agak jijik?mendouble standardkan kedudukan anda sebagai warganegara malaysia dan mereka itu imigran (atau mungkin PATI)? -renungkan-

sesungguhnya perjalanan itu masih jauh, dan sy hanya seorang pengembara yg singgah sebentar ke destinasi yg abadi. this is part of my journey, so it doesnt meant that all i said is an absolute truth (hanya benar-benar belaka)

Thursday, July 30, 2009

apa itu kekuatan?

salam wrbt

beberapa hari lagi sebelum 'gendang' peperiksaan dipalu.
tp lagak bagai seabad jaraknya tempoh masa exam (sambil terus mengukir dosa yg umpama tiada kesudahannya)
kegagalan utk 'rebound' dgn jarak peperiksaan seminggu cukup meresahkan..
tatkala insan ini meraba-raba dalam kegelapan, telah diketemui olehnya bahan bacaan yg 'mengetuk' kewarasan sebagai seorang insan dan juga seorang hamba tuhan utk terus mara..

kekuatan

ayuh, mari bangkit!
jihad melawan nafsu!

p/s: akan biasa jumpa nasihat2 'kering' lg lapuk seperti ini, tetapi hidup di atas gelaran insan, maka diperlukan button 'refresh' utk stay on track ;)

Thursday, July 23, 2009

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

segala puji bagiMu ya Allah..
segala puji bagiMu yang menjalankan qada dan qadar dgn sempurna
segala puji bagiMu akan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Mu
segala puji bagiMu yang membantu hambaMu ini mengurangkan beban dunia ini agar sentiasa 'thabat' di jalanMu
segala puji bagiMu atas segala nikmatMu..yang hambaMu ini sedar mahupun tidak..

ya Allah, aku mendapat 1001 pengajaran sepanjang tempoh peperiksaan yg penuh suka duka ini..ya Allah, semoga pengajaran itu dpt membentuk ku menjadi hambaMu yg lebih mendekatkan dirinya kpdMu..

p/s: '..dimulakan dgn bismillah..disudahi dgn alhamdulillah..' - raihan

Thursday, July 16, 2009

pendek

maaf..diri ini terasa semakin jauh dari landasan..
makin jauh dari tujuan manusia itu diciptakan..
makin jauh dari mendamba cinta yg satu..
makin jauh dari sifat istiqamah dlm setiap amalan..

makin..makin..makin..

'..ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini, dan aku bermohon sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu..'


another question yet to be answered..
whos/what to blame?

Thursday, July 2, 2009

Sunday, June 14, 2009

14.6.2009; 915 pm : bau dan daki

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t.

agak lama jugak tak update blog ni, maaf, seribu satu perkara yg berlaku, yg membantutkan ke'istiqamah'an diri ini..
tiada apa yg ingin dibicarakan, hanya tika menyiapkan diri sebentar tadi, diri ini bermuhasabah diri akan hadis Rasulullah s.a.w yg dpt diekstrak maksudnya (insya-Allah)

jika seseorang itu berkawan dgn penjual minyak wangi, maka tempias bau wangi akan melekat padanya..
manakala jika ia berkawan dgn tukang besi, maka akan melekat daki-daki padanya..(tak berapa sure tepat ke tak, maaf)

saya mencerminkan kembali diri saya yg kian menghadapi final exam..nampak gayanya, iman berada pd tahap perlu diperkemaskan kembali. agak sukar nk istiqamah dlm memacu jalan hidup berlandaskan panduan al-Quran dan As-sunnah tanpa persekitaran yg 'subur'. sesungguhnya, dunia ini hanya persinggahan ke destinasi abadi.

wallah-hu alam..semoga sama-sama dpt mengambil iktibar

Saturday, May 30, 2009

2.58 am, 31 Mei 2009 - iman inside?

salam wbt..

sy hrini ingin membawa satu persoalan yg dibangkitkan di dalam usrah.ia berkenaan iman.
menurut imamal-ghazali (dan juga buku teks pen. Islam tingkatan 2) adalah percaya dgn yakin di dalam hati, melafazkan dgn lidah dan beramal dgn perbuaan dlm membenarkan Allah sebagai tuhan yg satu. ia bermaksud, iman itu adalah kombinasi 3 ciri ini.

namun hakikatnya, harini ini..
adakah percakapan kita seharian ini melambangkan kita beriman..?
satu pandangan yg sy selalu encounter masalah ini, adalah apabila kita melawak. mmg seronok melawak. but sometimes, lawak kita membatasi sempadan. mempersendakan hukum Allah, memperlekehkan hari akhirat, etc. ya, mcm kita tak buat, tp kebanyakannya secara tidak langsung.
eg: kwn ajak sembahyang, maka dibalas; eh ak tak nak sembahyang la/mati lambat lg (atas intention nk bergurau). sgt difahami maksud rakan tersebut, tp adakah ia mereflex kewujudan iman di dalam hati kwn tersebut, jika dilihat kita ambil definasi iman itu sebagai kayu ukur?

apa pula dlm perbuatan/amalan? benarkah perbuatan seharian kita itu, jika dilihat oleh org lain,melmbangkan keimanan kita kpd Allah?

p/s: sy cmne ye?

Friday, May 29, 2009

11:45 pm, 29 Mei 2009 - 15

salam semua :)

kesibukan diri ini betul-betul membataskan akal utk membangunkan idea-idea yg baik utk dikongsikan bersama. post ini hanyalah utk mengingatkan diri yg makin sibuk akan tggjwb2 yg dipikul

summer sem disini kini hampir melabuhkan tirai, dan gerbang exam hampir menjelma. adalah kelaziman pelajar-pelajar melipat kali gandakan amalan mereka. buku, buku dan buku. dan utk melepaskan ketegangan di kepala, telinga ditelangkupkan dgn earphone dan lagu-lagu menerjah ditelinga. tidak kurang juga yg menyendiri. hurm..typical sungguh manusia ni..

diharapkan kita tidak tergolong dikalangan mereka yg bergantung kpd dunia dlm mencari ketenangan 'ilusi'. sedikit perkongsian utk renungan utk sahabat sekalian. maaf kerna tidak pasti akan kesahihan perkara ini tetapi pd hemat saya, ia baik sekadar renungan diri,insyaAllah

15 pintu syaitan ke dlm hati manusia:

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

p/s: pintu makan berlebih-lebihan? :)

Thursday, May 21, 2009

6.09 pm; 21 Mei 2009 - perkongsian


salam wbt..

terlalu padat hidup skrg..
presentation, test itu ini..
maka gagal utk mengumpul ayat2 yg baik utk dikongsi
post kali ini hanya 'copy paste' dri blog seorg shbt, yg turut meng'copy paste'
semoga dpt sama-sama kita tenung isinya..insyaAllah

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa.. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

p/s: anda sanggup menjadi isteri ke-4 saya? (sekadar idea nakal semata-mata)


Saturday, May 16, 2009

3.53 am, 17 Mei 2009 - nakbah

salam

usai menyiapkan diri pd pagi hari, ku mendengar berita sambil melayari internet. yahoomail..blog2..facebook..rata-rata membicarakan isu sambutan hari guru pada tanggal 16 Mei. ya, SELAMAT HARI GURU kpd semua warga pendidik dan yg 'mendidik'..

tapi, ku sedikit tersentak akan status fb seorang rakan fb ku..yg berkisar mengenai ulang tahun 'nakbah' pencerobohan Israel pd tanggal 15 Mei.. ya Allah, ku benar-benar tidak tahu!apa itu nakbah?anda tahu sejarah nakbah pencerobohan Israel 15 Mei 1948?

mari baca mengenai nakbah

Monday, May 11, 2009

920 am; 11 May 2009 - cinta

salam.

semakin kurg istiqamah mengupdate buah fikiran di sini.
bukan kerna kekontangan idea, tetapi masalah dunia yg menyesakkan kepala, ditambah keadaan diri yg sentiasa dlm seribu satu persoalan..

harini ini, ingin dikongsi salah satu persoalan yang diharap, dapat sama-sama direnungi..

'....apa itu cinta?...'

bunyi sedikit melucukan dek permasalahan ini lah yg kerap melanda masyarakat remaja. namun tidak dpt dinafikan persoalan ini menghantui benak diri dlm satu jangka masa yg agak signifikan.

p/s: cinta itu terlalu subjective, isn't it?

Tuesday, May 5, 2009

5.30 am; 6 Mei 2009 - sepotong ayat dari surah ali-Imran

semoga ayat ini membuka mata kita
agar dikirkan sejenak, akan kandungan ayat ini

insyaAllah

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

(surah ali-Imran, ayat 7)

sekian..

Friday, May 1, 2009

6.01 am; 2 Mei 2009 - memperingati saudara muslim 1

salam wbt..
post kali ini ingin mengajak sama-sama kita umat Islam mengimbau kembali nasib-nasib malang ummat Islam dinegara lain selepas runtuhnya Empayar Islam Turki Uthmaniyyah. akan dipaparkan pd post ini mengenai Srebrenica, Bosnia, yg dipandang sepi oleh masyarakat antarabangsa. maaf, ia sekadar 'copy paste' post, tp diharap dpt memberi manfaat kpd semua, agar kembali sedar akan tggjwb yg perlu dipikul utk membangunkan syiar Islam dimuka bumi ini. insyaAllah

Srebrenica massacre

wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/Srebrenica_massacre

al-fatihah..

Wednesday, April 29, 2009

6.27 pm; 29 April 2009 - cacat

salam wbt...

minggu ini kehidupan super padat. tapi, alhamdulillah, Allah sentiasa memudahkan urusanku.
keadaan iman, agak berbolak balik...astaghfirullah-hal-azim..semoga diri ini berjaya memperbaiki diri...


usai kelas pada petang yg redup di tempatku belajar, ku belajar seiringan dgn rakan-rakan, menunggu bas. ditakdirkan, ada sekumpulan pelajar turut menunggu bas yg sama. mereka diiringi oleh beberapa guru pengiring. di tika itu, hati sedikit tersentuh melihat mereka berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. ku sedikit gamam, lantas terasa betapa bertuahnya diri ini, dilahirkan sebegini. seinfiniti syukur ku panjatkan (hanya bergema di dalam hati). ku tenung tingkah laku mereka. ya Allah, betapa ku selalu melupaiMu..betapa ku selalu menggunakan nikmat-nikmatMu. ....

otakku terus berligat. ku pandang sekeliling. hurm, sesungguhnya, ku dpt melihat 'kekurangan' kumpulan pelajar itu. tp sedarkah kalian (termasuk diri yg berckp), kekurangan itu lebih baik, dari 'kecacatan' hati yg kian menular dikalangan masyarakat. yg tidak dpt dilihat secara fizikal, namun lebih TERUK dari kekurangan fizikal. masalah masyarakat moden boleh dikatakan timbul akibat 'kecacatan' hati. ia hanya mampu dirawat dgn kesedaran, bahawasanya kehidupan itu sementara. kehidupan itu utk bekalan kpd destinasi yg pasti. memetik sepotong kata-kata (mungkin hadis sahih) daripada Rasulullah S.A.W (insyaAllah..), yg membawa maksud ..

'dunia ini umpama singgahan sementara seorang pengembara yg berteduh sebentar di bawah sepohon kayu, sebelum meneruskan perjalanan kembali'

dan juga memetik tafsir ayat terakhir surah an-Naziat (ayat 46)

'pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya yg hebat) mereka seakan-akan hanya (sebentar) tinggal (di dunia) pada waktu sore atau pagi hari'

semoga sama-sama kita berfikir sejenak, bermuhasabah diri. semoga dijauhkan dari segala penyakit hati, insyaAllah..

p/s: akhir2 isu psl kawen selalu diputarkan. wonder, kalau org tu nak kawen kerana Allah, why not kawen dgn mereka yg mempunyai kekurangan fizikal, kn2?

Monday, April 27, 2009

hairan




aku hairan,

kenapa manusia gemar mencari/memperbesarkan perbezaan di antara mereka, sedangkan terdapat lebih banyak persamaan yang dapat memberi manfaat kedua belah pihak

renung2kan..

Sunday, April 26, 2009

1.38 pm; 26 April 2009

hurm, akhir-akhir ini terlalu sibuk menguruskan kehidupan seharian agar senantiasa berada dlm keadaan terbaik. byk idea yg menjelma, namun hanya terhenti, bergema diakal fikiran ini. namun begitu, ingin sekali sy berkongsi akan perkara yg sy baca dari email seorang rakan. ia berkaitan tiang kehidupan kita, iaitu, SOLAT. semoga dapat bermuhasabah diri dgn post ini; memperbaiki mana yg kurang dan menambah baik mana yg sedia ada. insyaAllah

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. (mungkin ia bermaksud tidak menutupi rambutnya dgn baik)

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud (insyaAllah): "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata (insyaAllah): "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

(maaf, tiada periwayat pada kedua-dua pernyataan di atas)

Monday, April 20, 2009

4.20 pm, 20 April 2009; Ihsan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

insyaAllah, hari ini sy ingin berkongsi pemikiran hasil cetusan dari pengamatan dari kaca mata seorang hamba yang lemah..
Ia berkaitan dgn sifat ihsan. sifat ini dapat diambil dari hadis ke-dua dari buku hadis-40 karangan imam nawawi...



عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).



baik, kita tinggalkan sejenak hadis ini..
ingin sekali diri ini menjadi seorang muslim yg sebenar berdasarkan garis panduan yg ditunjukkan oleh Rasulullah. namun perasaan hairan senantiasa menerjah, mengapa seringkali diri ini selalu melakukan dosa-dosa. dan menyedihkan, ia berulang-ulang kembali. perlu diingat, bahawasanya salah satu sifat manusia itu, ia cepat jemu. dan perkara itu selalu menyelubungi diri ini. ya, mmg akan berasa kekesalan, tp sampai bila?

kita tinggalkan persoalan itu dan beralih kpd topik seterusnya.
sy seorg perantau. dan menjadi kebiasaan kpd para perantau untuk memperkenalkan negara masing-masing. majlis-majlis akan diadakan yg objektifnya utk memperkenalkan budaya-budaya mahupun menerangkan perkara sebenar akan negara mereka (kire promote la). namun diri ini sedikit kecewa. majlis-majlis ini tidak menurut apa yg digariskan oleh Islam. diri ini bukan anti-social, tp diri ini mengaku, yg sgt la tidak menggemari majlis2 sebegini. apakah mereka tidak sedar yang niat tidak menghalalkan cara?

point yg terakhir, ingin mengisahkan akan seorang kawan. kai tidak rapat, tp kalau bertemu sekurangnya senyum akan terukir dan pernah beberapa kali bersembang galak dan bergurau senda. kawan ini seorang yg baik (dari pengamatan diri ini). sembahyang jemaah, kerap. nampak kat masjid, kerap. akhlak, baik. namun setelah masing-masing membawa diri, adalah suatu mengejutkan apabila melihat penampilan terkini kawan itu. daripada sebuah laman social, gambar utamanya diletakkan seorang wanita yg ada kekurangan dari segi pakaiannya. subhanallah! turut disertakan pada profilenya, video klip yg kurang menyihatkan iman. astaghfirullah! diri ini begitu kecewa. perkara ini turut disahkan oleh mereka yg duduk berdektana dgn kawan ini. adakah manusia kini begitu bangga memgayakan maksiat mereka dikhalayak ramai?


maka, timbul persoalan mengenai ihsan dlm benak qalbu diri ini. ihsan (merujuk kpd hadis diawal bicara) merupakan keadaan di mana seorang yg beriman itu seolah-olah melihat Allah atau sekurang-kurangnya dihadirkan di dalam hati mereka perasaan yg mereka diperhatikan oleh Allah. perkara ini seawalnya ditimbulkan oleh naqib usrah sy. kami ketika itu membincangkan mengenai buku 'Apa ertinya Saya menganut Islam' karangan Fathi Yakan. Ia amat memberikan kesan kpd diri ini yg selalu alpa. ia turut menyedarkan diri ini akan antara masalah utama umat Islam itu adalah berpunca dari kecacatan salah satu sifat yg sgt penting; iaitu ihsan. bagaimana jika seorang itu, yg mempunyai keyakinan yang tinggi akan kebesaran Allah, yg memiliki dunia ini, yg memiliki hari kemudian, yg begitu adil, yg benar akan janji-janji-Nya. sama-sama kita bayangkan bahawasanya tiap ketika yg dilalui, dapat 'dilihat' akan kewujudan Allah. tidakkah akan timbul sifat kehambaan dlm diri?

sama-sama kita renungkan. semoga post ini membawa manfaat, insyaAllah. akhir kalam, jaga diri, jaga iman! assalamualaikum warahmatullah-hi wabarakatuh!

Monday, April 13, 2009

2.38 am; 14 april [renungan]

salam..

ingin berkongsi sedikit penemuan menarik
potongan ayat ini 'dijumpai' pada sehelai paparan di lapangan terbang. Ia mengenai 'basic concept' akan setiap agama yg terkenal/utama
yg menariknya, ku melihat pada concept agama Islam, moga ia menjadi renungan bersama, insyaALLAH

Not one of you truly believes* until you wish for others what you wish** for yourself

menurut pemahaman penulis:
* believe..percaya kpd tuhan yg satu
**wish..berharap sesuatu yg terbaik eg: a good muslim, kind person, loyal 'servant'

penulis melihat ayat ini akan bermaksud tidak sempurna kepercayaan seseorang itu, sehingga dia berharap akan akidah yg sempurna pada dirinya juga turut sempurna pada orang lain (tetapi, wish itu disusuli dgn usaha mengajak kpd kebenaran dan memperbaik lompang2 kosong!)

Thursday, April 9, 2009

sedikit peringatan peneman kehidupan

LELAKI
www.iluvislam.com
Syabab
Editor:afdhal87



Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.

Wednesday, April 8, 2009

8 april 2009; 2036 pemerhatian

tajuk post ini dinamakan pemerhatian..
mengapa?

perkara ini kusedari dirumah ku
rumah penginapan, didiami 7 org pelajar course yg sama

ak bukan seorang yg baik..jauh sekali alim
tp apa yg kusedari akan kebaikan, maka akan kukongsi dgn mereka
contohnya: solat berjemaah
namun, kejadian2 yg berlaku membuatkan ku berfikir
adakah umat Islam itu benar2 faham akan agama yg mereka anuti..
atau mungkin, fahaman ak salah?

kisahnya bermula pabila ku ingin solat maghrib berjemaah
hari ini (merujuk pada tarikh post dikeluarkan)
'relax la bro, isya' masuk 920 maa~'
namun ku gagahkan diriku utk terus solat
solat jemaah disebelah mereka (dgn harapan, mereka ringan hati utk berhenti sebentar, menegakkan tiang Islam yg lima; n tempat diorg buat kerja tu mmg diisytiharkan kwsan solat berjemaah utk rumah ku)
solat berjemaah bersama rakan ku yg seorang (even dia pun bikin lawak kering before solat)
namun, yg menyedihkan ak..mereka tak join!
solat jemaah, yg mana disabdakan nabi diangkat darjat siapa yg solat berjemaah itu 27 kali ganda! tidak kurang juga yg melengah2kan solat, apakah mereka tahu ajal maut mereka?

alasan diberi: ad keje..

kerja yg bagi ku boleh disiapkan xsampai la sejam..ditambah, lusa cuti, which jadual diorg sangat la xpack

ak geram
jujur
ak geram

namun, terdetik jua dihatiku, mungkin kerna kelemahan ku
dalam mengajak
dalam memberi contoh yg baik
yelah..diri ini masih penuh dgn daki2 dosa

astaghfirullah hal azim,

diharap post ini dpt mengajak para pembaca bermuhasabah diri
akan kelemahan diri
akan apa yg digelar hambaALLAH
akan apa itu priority
dan akan segala rezki, qada' dan qadar itu dlm kekuasaanNYA

akhir kalam,
salam

Friday, April 3, 2009

hurm..

today, just like every morning before, i surf the internet for a while..
after finished reading the eyeshield21, i went to visit a political blog..
it is not what political party that i support, but (i think you all aware about this);
that each of their leader, (sometimes, but quite significant), that they don't speak parelally..?

why? (just want to ponder..)

Wednesday, April 1, 2009

...

ya Allah..
betapa kerdilnya hambamu ini
yg begitu ingin mendekati diri ini kepadamu
namun
terlalu banyak 'kecacatan'
terlalu banyak calit dosa lalu
terlalu kerap alpa akan keindahan dunia
terlalu lemah utk menetapkan hati pada objektif hidup yg utama ini

ya Allah..
ku cuba menjauhkan cinta sesama manusia
walaupun hati remajaku terlalu mendesak
menyesak

ya Allah..
ku cuba menjauhkan diriku dari melakukan dosa besar
walau kadangkala ku tergelincir ke lembah kehinaan itu

ya Allah..
jangan kau tarik nikmat iman yg manis ini ya Allah
jangan kau jauhkan diri ini dari pandanganMu ya Allah
jangan kau putuskan harapan diri ini padaMu ya Allah

ya Allah, engkaulah tuhan yang memiliki hati-hati ini
tetapkanlah hati hambaMu ini
ya Allah, engkaulah tuhan memiliki pancaindera ini
jauhkanlah dari terus menerus menyalahgunakan nikmatMu ini
ya Allah ya rabbul izzati

Monday, March 23, 2009

assalamualaikum..

since it was nearly 2 years i haven't updated this blog..

'sungguh bersawang'

from now, the topics that will discuss here will be totally different from the previous one. 
hope i will be an 'istiqamah' writer..amin