Saturday, December 31, 2011

Turki Uthmaniyyah ada robot?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Barangkali, saya masih berada dalam mood Empayar Islam yang terakhir.

http://aku-macjay.blogspot.com/2011/02/teknologi-robot-turki-uthmaniyah.html

cerita wanita

Srikandi Turki

Suatu waktu dahulu satu dunia tahu tentang kisah yang menimpa Gul Aslan, MP Kavakci dan lain-lain. Mereka menghadapi tribulasi besar-besaran sehingga mengundang cela seksa dipenjarakan oleh regim sekular di Turki, malah Kavakci hilang kerakyatan.

Saya masih ingat kepada demonstrasi yang diadakan di Beyazit, Istanbul oleh pelajar-pelajar universiti berhubung dengan larangan pelajar bertudung masuk ke kawasan kampus untuk menduduki peperiksaan. Bayangkan, ada antara mereka telah enam tahun bertungkus-lumus menyempurnakan pengajian di bidang perubatan, tiba-tiba sehari itu sahaja mereka ditegah masuk ke universiti untuk menyelesaikan peperiksaan terakhir. Mereka terpaksa memilih antara hijab dan perintah Allah itu, sengan segulung ijazah bekalan hidup.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tragedi Di Depan Mata

Saya melihat bagaimana abang kepada seorang pelajar perempuan yang berdemonstrasi itu merentap tudung adiknya supaya dapat menduduki peperiksaan. Berlakulah pergaduhan yang amat menyayat hati itu. Kanal Yedi (Channel 7) yang menyiarkan hal itu saya tutup kerana hati ini amat terguris dan dayus kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Saya rasa kaget melihat pelajar muslimat memakai snow cap dan membalut kepala dan leher dengan mafla bagi menggantikan hijab supaya mereka boleh melepasi sekuriti di pagar kawasan kampus.

"Isteri Mustafa, kawan saya yang pernah tinggal bersama di Jordan dulu, pergi bekerja ketika matahari belum terbit. Duduk di kelas sehingga Maghrib sebelum pulang ke rumah. Semuanya agar tudung beliau tidak dilihat Pengetua. Sampai bila dia mampu bertahan, entahlah!" Saya berkongsi cerita dengan Islam (nama seorang watak, bukan merujuk kepada agama Islam).

Beliau mengangguk lesu. Isterinya sendiri sudah meletakkan jawatan kerana tekanan yang sama.

Banyak lagi catatan yang boleh dikongsi bersama, namun bukanlah itu isu yang hendak saya ketengahkan di sini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bertemu Sendiri

Lawatan ke Turki kali ini sangat unik. Hadir bersama isteri dan anak ke bumi Khalifah, saya mengharapkan perkongsian fikrah kami dapat disuluh dari sudut para isteri pula dengan kehadiran Ummu Saif.

"Betul ke isteri kamu ni doktor, Hasrizal?" tanya Islam.
"Kenapa? Sebab saiznyakah?" soal saya. Kami ketawa kecil.
"Bukan! Maksud saya, susah sungguh mahu membayangkan seorang doktor memakai tudung di Turki ini" balas Islam.
Saya mengangguk.

Apabila kami menyentuh soal tekanan ke atas umat Islam di Turki, lazimnya ia berakhir dengan sepi sejenak, masing-masing merenung lantai dan mengesat air mata sebelum melepaskan nafas dalam yang menyesakkan dada. Terdiam, tergamam dan hanya pada Allah sahaja, perasaan yang bercampur-aduk itu disandarkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tinggal Bidang

Semua sahabat saya mengalami nasib yang sama. Mereka menceburi bidang perniagaan walaupun tanpa minat dan menyanggah kecenderungan. Ini adalah gara-gara pelbagai sekatan yang dikenakan oleh kerajaan demi memastikan lulusan Ilahiyat (Pengajian Islam dan Teologi Ketuhanan) terseksa hidup, bukan sahaja semasa di fakulti semasa belajar, malah sepanjang hayat selagi nyawa dikandung badan.

Tiada kerja yang boleh dipohon, sekolah-sekolah Tahfiz dan Imam Hatip ditutup, manakala jawatan-jawatan lain, sudah sampai ke peringkat mustahil untuk diperolehi. Namun, hidup mesti diteruskan, mereka menceburi perniagaan demi mencari rezaki yang halal dan alhamdulillah, nampaknya masing-masing mempunyai kehidupan yang bolehlah dikatanakan baik.

Walau bagaimanapun, suatu yang pasti, isteri masing-masing semuanya tidak bekerja. Semuanya kerana hijab. Melalui isteri saya, cerita-cerita yang didengari melalui kaum ibu itu memang menyedihkan. Bayangkan, selepas bertahun-tahun mengejar ijazah sehingga beroleh kelayakan sebagai peguam, akauntan, lulusan Pengajian Islam dan sebagainya, semuanya berakhir di rumah.

Kebetulan pula rakan-rakan  saya ini kebanyakkannya berkahwin dengan rakan sekelas semasa di universiti. Maka kehadiran saya menjadi sebab untuk mereka semua kembali berkumpul. Para isteri juga diketemukan kembali. Walaupun gembira, cerita-cerita sedih ini jugalah yang mendominasi perbualan. Mereka tidak dapat menerima hakikat isteri saya bekerja sebagai seorang doktor di Ireland dengan penuh kebebasan terhadap tudung yang dipakai.

Bagaimana kebebasan itu ada di Ireland tetapi tidak di bumi Khalifah ini?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekal Optimis

Saya cuba mencari the bright side of the story -- mencari sinar di sebalik kejadian. Mungkin kaum wanita ramai yang tidak bersetuju dengan analisis saya terhadap fenomena ini. Namun saya cuba bersikap adil dan mengharapkan agar hal ini boleh mencelikkan pandangan kita semua yang terperangkap dalam gaya hidup seperti hari ini.

Sejarah memperlihatkan bagaimana umat Islam cemerlang, gemilang dan terbilang ketika kaum wanitanya berada di rumah. Mungkin tiada statistik yang boleh saya kemukakan untuk menyokong dakwaan ini, tetapi sekurang-kurangnya strategi Ataturk ketika merancang kemusnahan Khalifah Othmaniyyah boleh dijadikan kayu ukur. Ataturk menyedari bahawa antara unsur kekuatan pegangan umat Islam ialah pada kedudukan wanitanya. Masyarakat boleh diubah dengan mengubah wanita. Wanita memelihara rumah tangga, anak-anak dan suami. Institusi keluarga ini menjadi benteng pertahanan umat ketika berhadapan dengan proses pembaratan budaya dan cara hidup dikala itu.

Kerana itulah, Ataturk telah menyusun strateginya yang tersendiri. Atas nama hak sama rata antara lelaki dan wanita, Ataturk menggalakkan wanita bekerja, bermusafir keluar meninggalkan rumah, malah diberikan tempat di kerusi-kerusi parlimen. Bagi mereka yang dahagakan 'kemajuan', mereka melihat usaha Ataturk ini sebagai usaha pemodenan yang wajar disyukuri. Namun, strategi Ataturk berjaya. Institusi keluarga mula retak.

Lihat sahaja dalam masyarakat kita. Kesan daripada wanita bekerja, telah menimbulkan pelbagai masalah dalam masyarakat. Penjagaan anak-anak terpaksa diserahkan kepada pembantu rumah dan pusat penjagaan kanak-kanak. Lantas sifat mereka terbentuk mengikut sifat pembantu rumah dan pusat berkenaan. Amat mendukacitakan, ada antara umat Islam yang anak-anaknya dijaga diberi makan dan dididik oleh pembantu rumah yang menyembah berhala dan ahli syirik.

Titil getir pula menyelubungi rumah tangga dengan menghadirkan pembantu rumah dalam sesebuah rumah yang sempit. Jika isteri belum pulang bekerja, suami duduk di rumah bersama anak-anak dan wanita bukan mahram yang menjadi pembantu rumah. Tidak sedikit kes-kes fahsya' (keji) dan mungkar yang berlaku akibat situasi seperti ini. Begitu juga, anak-anak renggang daripada ibu dan bapa, kasih sayang tidak sekukuh generasi lalu. Lantas bertambah-tambahlah ibu yang melahirkan bosnya sendiri sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi SAW sebagai tanda kiamat dalam hadith Jibril yang masyhur itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerjaya Lebih Utama

Kemunculan career women juga semakin bertambah. Mereka mengutamakana karier dan tidak berkahwin selepas mencecah usia lanjut. Semua ini menjadi barah tahap tiga dalam masyarakat.

Al-Marhum Said Hawwa telah mengulas berhubung dengan hal ini dalam kitabnya Al-Islam. Beliau menegaskan bahawa Uqubat Fithriyyah (balasan/hukuman fitrah) daripada wanita meninggalkan peranan mereka di rumah dan keluar bekerja meliputi;

1) Kecelaruan hubungan antara lelaki dan perempuan serta hilangnye ketenangan dan kesejahteraan. Anak-anak tidak dapat mengecapi penjagaan oleh ibu bapanya dengan sempurna.

2) Perempuan hilang rasa kebergantungan kepada suaminya, dan ia menjadi ancaman yang besar kepada hubungan perkahwinan mereka.

3) Wanita itu telah menolak tanggungjawab nafkah orang lain ke atas dirinya. Akibatnya, selepas mencapai usia tua dan uzur, wanita itu masih perlu bekerja seperti lelaki walaupun fizikalnya sudah tidak mengizinkan.

4) Wanita kehilangan sifat-sifat kewanitaan yang dihususkan kepadanya. Natijahnya, wanita itu sudah tidak lagi sesuai untuk memikul tanggungjawab asasinya seperti mengandung anak.

5) Keretakan hubungan kekeluargaan berkembang menjadi krisis dalam masyarakat.

6) Ibu bapa yang baik tidak dapat mewariskan sifat-sifat mereka yang baik kepada anak-anak bahkan hubungan kasih sayang juga terjejas.

Kerana itulah Allah SWT menegaskan di dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:

"..dan tetapkanlah kedudukan kamu (wanita) di rumah dan janganlah sekali-kali kamu bertabaruj dengan tabaruj jahiliah pertama.."

Akan tetapi, untuk memujuk kaum wanita kembali ke rumah memainkan peranan mereka yang maha besar dan penting itu, bukanlah  suatu yang mudah. Selain daripada terperangkapnya kita dalam corak kehidupan sedemikian rupa, permintaan itu mungkin akan diperangi oleh pelbagai pertubuhan yang ditubuhkan dengan matlamat 'menjaga hak-hak wanita'.

Mungkin dengan penindasan dan suasana maha terpaksa sahajalah corak kehidupan seperti itu boleh berubah. Maka pada pandangan saya, apa yang berlaku di Turki mungkin amat besar hikmahnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tekanan Mungkin Kurniaan

"Namun, tekanan ekonomi, tidak memudahkan pilihan ideal itu diambil" ujar Islam.
"Benar, saya langsung tiada bangkangan mengenainya," sahut saya.

Akibat tekanan yang amat besar, Muslimat yang mulia pekerti itu terpaksa akur untuk tidak bekerja demi hijab dan agama. Lantas mereka hanya menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anak.

Jika situasi seperti ini distrategi dengan baik, saya melihat ia sebagai suatu perubahan yang positif dalam masyarakat. Wanita kembali kepada fitrah mereka.

Bayangkan, anak-anak dididik oleh wanita berpendidikan tinggi dan berjiwa besar. Sudah tentu generasi yang lahir adalah lebih baik dan berkualiti berbanding dengan generasi belaian tangan pembantu rumah. Kita mengimpikan pendidikan yang baik untuk anak-anak.

Jika situasi seperti ini boleh dimanfaatkan oleh kita semua, mungkin usaha menyediakan pendidikan alternatif seperti home schooling boleh dijayakan dengan begitu baik sekali. Lihat sahaja usaha gigih masyarakat Muslim minoriti di Amerika Syarikat membangunkan sistem pendidikan Islam di sana. Mereka sudah berjaya sampai ke tahap mampu mengemukakan konsep home schooling sebagai pendidikan formal anak-anak yang diiktiraf oleh Silibus Nasional Negara. Halaman web: www.muslimhomeschool.com wajar diteliti oleh kita semua.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berhenti Menangis

"Berhentilah meratapi masalah ini. Ia mungkin cara Allah mengembalikan wanita cerdik pandai ke rumah untuk anak masin-masing," pujuk saya.
"Benar. Hikmahnya jelas. Cuma untuk menelannya rasa terlalu pahit," balas Islam perlahan.
Saya menyambung, "Untuk jangka pendek, ia mungkin suatu penindasan. Namun jika dilihat kepada masa hadapan, saya percaya bahawa perbuatan regim sekular menyekat kerja golongan Pengajian Islam dan wanita bertudung ini, akan menjadi suatu strategi yang mereka kesali"
"Penantian kita tidak lama, insyaAllah. Iaitu untuk suatu jangka masa yang dekat. Bak kata pepatah Turki; 'Her gelecek yakindir!' Islam kembali bersemangat. Setiap yang datang itu hampir, kata pepatah Turki yang dipetiknya.

Semoga kemenangan Islam disegerakan allah. Dalam masa yang sama saya berdoa  semoga anak-anak saya terselamat daripada fitnah kehidupan harini. Semoga rumah tangga saya dipelihara Allahketika ia menjadi pondok kecil yang dirempuh badai metropolitan Kuala Lumpur yang menggila.

Titisan air mata dan renungan terpaku ke lantai, akhirnya berubah menjadi dongak dagu kami ke langit dengan senyuman penuh makna... Beruntunglah mereka yang wanitanya berjaya mempertahankan fitrah.

Maafkan saya jika anda fikir analisis ini kolot dan ketinggalan zaman...

(Potongan artikel ini dipetik daripada buku Ustaz Hasrizal; saifulislam.com, yang bertajuk 'Secangkir Teh Pengubat Letih' mukasurat: 215-223)













Saturday, December 24, 2011

mata

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang..

*this post is inspired by the nasyid song 'buta mata'.

lupa banyak kali.
nikmat mata.
sangat banyak salah guna.
*biarlah hanya Allah je tahu kesalahan ini =(
tp mesej nya ...
agar kita bayangkan, apalah guna mata kita seharian.
tengok alam? lihat muka ibu ayah? baca buku?

dan fikir-fikir lg, ya Allah, banyaknya dosa mata saya !

(Allahu Allah...)

menggunakan mata as in mata is everything.

sedangkan mata hanyalah satu tools utk guide kita hidup.

TOOLS . no more, no less. (we not owned them anywy)

*same goes to every part of our body ...

-muhasabah diri.. apalah guna mata ku ini dalam menempuh hidup yg diredhai pemilik asalnya..

Allahu a'lam

Friday, December 23, 2011

kecik-kecik dulu..

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

tiba-tiba teringat..

kecik-kecik dulu, pilih cita-cita sebab nak tolong orang ...

ni bila dah besar, dah kelabu mata .. kerja mana banyak duit, kerja mana senang ..


Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda telah bersabda : “Barangsiapa yang meringankan salah satu daripada kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah meringankan salah satu daripada kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang memudahkan (membantu dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan (berhutang), maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya. Barangsiapa yang menempoh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Tidaklah satu kaum berkumpul di satu rumah (masjid) dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka dan maklaikat mengelilingi mereka dan Allah memuji mereka di hadapan para maklaikat-Nya. Barangsiapa yang amal solehnya sedikit, maka nasabnya (keturunannya) tidak boleh mengangkat darjatnya.”

[Hadis riwayat Imam Muslim]

Tuesday, December 20, 2011

di mana kita..

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

cuba sama-sama kita bayangkan..
kita dipanggil untuk berjihad. berperang.
demi Allah dan Islam...

agak-agak sanggupkah kita menyahut seruan itu?

adakah kita akan memilih utk tampil diposisi barisan terhadapan sekali?
umpama singa yg garang,
umpama sang pencinta merindui syurga?

tidak pun, kita memilih untuk berada di tengah,
ingin menyumbang, tapi gentar melihat sosok kekuatan musuh..
terasa masih memerlukan motivasi tambahan dan bimbingan saf dihadapan..

jika tidak..

mungkin kita memilih utk berada di belakang..
masih teragak-agak dengan janji Allah..
masih dalam dilema antara ilusi dunia, mahupun akhirat yg nyata.
namun perlu menunjukkan muka di medan juang, kerana dihambat dek perintah Allah azzawajalla.

atau barangkali (nauzubillah)

kita memilih utk beri alasan,
untuk 'berjuang' di rumah.
ye lah, takut-takut yg ke medan perang itu kalah, mana nak selamatkan anak bini, harta bagai?
mencontohi golongan-golongan yg jelas tercatit dlm kitab Allah dan sirah nabawi.
penuh alasan. (munafiq?)

tepuk dada, tanya iman.

Allahu a'lam

Monday, December 12, 2011

sedih la

salam..

sedih la..

adik gagal exam..

ya Allah, permudahkanlah urusan dia.

: (

Sunday, December 4, 2011

rindu

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

ntah la.

harap-harap, nanti kan..

(ok la, nak sesegera mungkin..nak sekarang..)

nak rasa rinduuuu...

berjumpa tiap-tiap hari.., at least 5 kali sehari (wajib)

dengan Dia..

nak kecapi, rasa tak sabar, bertemu janji dengan Dia..

hurm..ntah la..

moga dikurniakan perasaan itu, amin..

tak setuju

kadang-kadang, tak setuju dengan cara orang mempromosi ibadah,

promote ibadah-ibadah yg 'banyak' pahala je.

terasa seakan-akan mendidik masyarakat supaya memilih.

mengejar ibadah-ibadah 'eksklusif'

maka, di mana letaknya ikhlas kpd Allah?

di mana nilainya istiqamah?

p/s: dari tak buat langsung... (-_-")

satu


Dengan NamaMu, Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasihani

Ingin sekali daku mencintaiMu, di setiap desah nafas.

Sunday, July 31, 2011

looking back

melihat kebelakang.

hurm..

melihat 'past' selepas melihat pada 'present'. kerna selalunya 'present' ingatkan kita mengenai something pd 'past'.

facebook-walking sat tadi. 'menonton' page sepupu.

ada gambar dia dengan girl lah.

*monolog: adakah sy dengki..no way! im hot enough..! -maaf, syndrome perasan menjadi2 time musim exm kali ni..hadei..xpe, perasan sorg2 je..-

maka, serta merta meneruskan perjalanan facebook-walking, mengorek beberapa identiti di dalam gambar tersebut..

HAAAAAAA..gotcha! you got a somebody special there!

teringat kecik-kecik main tangkap belalang..tarik-tarik tangan..etc..

sekarang sudah besar rupanya..sorry la adik sepupu ku, abg sepupumu tak sedar.. :D

tp..(mungkin)..jauh di sudut hati ni..sedih..(barangkali)..

entah la..

kpd kalian yg membaca; selamat beribadah di bulan Ramadhan 1432H. :)

Thursday, June 16, 2011

...

sambil-sambil study,
dengar lagu ni. subhanallah..
sayu je teringat dosa lama..
...
...



Tuesday, June 14, 2011

nasyid :)



'..merindui janjiMu tuhan, panduan diperjuangan..'

Monday, June 13, 2011

keseimbangan

بسم الله الرحمن الرحيم

bagaimana untuk mencapai equilibrium antara pengharapan (doa) dan usaha?

sering kali kita berharap lebih, tetapi kecil sekali usaha..

sering kali juga kita berusaha cukup sungguhnya, namun lupa siapa pemberi kata putusnya..

Allahu a'lam

ingat

cabaran org beriman itu bukan sahaja pd bila mana ketika susah, dia 'ter'gerak utk mengingati Allah..
namun lebih dari itu lagi, bila mana dia perlu menghadirkan ke dalam hatinya 'rasa' kewujudan allah itu sendiri.

Friday, May 20, 2011

cerai

بسم الله الرحمن الرحيم


'...Aku ceraikan dunia dengan talak TIGA!...'

Friday, May 13, 2011

ironi

بسم الله الرحمن الرحيم

dlu sekolah menengah, benci ustaz garang...
kini da jauh dirantau org, rindu kena marah-marah dgn ustaz garang...

....

Tuesday, May 10, 2011

sayu

بسم الله الرحمن الرحيم

harini, buang tebiat. naik bot sorang2.
balik dari naik bot, rasa speechless.
dan tiba-tiba,
keluar perkataan dari benak hati; Isle of Innisfree
*merujuk kpd poem Lake Isle of Innisfree*

I WILL arise and go now, and go to Innisfree,
And a small cabin build there, of clay and wattles made:
Nine bean-rows will I have there, a hive for the honey-bee,
And live alone in the bee-loud glade.

And I shall have some peace there, for peace comes dropping slow,
Dropping from the veils of the mourning to where the cricket sings;
There midnight's all a glimmer, and noon a purple glow,
And evening full of the linnet's wings.

I will arise and go now, for always night and day
I hear lake water lapping with low sounds by the shore;
While I stand on the roadway, or on the pavements grey,
I hear it in the deep heart's core.
...

Monday, May 9, 2011

Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم


'..doa, dan teruskan berdoa..'

Al A'raf (55-56)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

Tuesday, March 22, 2011

From my friend - Title: A Plea To My Fellow Malaysians

All throughout my 11 years of school life, whenever I sang the Selangor state song, I never once mentioned the word "Allah". I really thought it meant the Malay God (and non-Muslims weren't supposed to say it). When I entered college, I found out that Bibles in Borneo used the word "Allah" to describe God. Honestly, that didn't make a single difference to me. God didn't change because of my naivety. He has always been good to me; He is ever righteous and holy and forgiving and loving, even before I ever knew Him - even while I was in my mother's womb, He has been good to me.

http://www.compassdirect.org/english/country/malaysia/98438/

I wish the home minister!, politicians and fuming protestors (on both sides!) would just stop, and think about it; we're all striving to find out who God is. He is great and powerful; whether it be to the Muslim, or Christian, or Buddhist, or Hindu. He is Multiple to the Buddhist and Hindu, or He is One to the Christian and Muslim.

I don't get are why some people are so angry and fearful - some Muslims are angry because they think the world "Allah" is unique to their religion and this has led to some Christians being angry because now their Bibles need authorization and stamps. Some Muslims fear that the Bible might "mislead" some of their followers, and some Christians fear that this is only the beginning of eventual persecution (then again, the Bible talks a lot about how persecution is inevitable in the Christian walk).

But, why are we fighting? Does fighting help us get to heaven? Does fighting over this issue bring either of us closer to God? Does the act of burning holy places / books in protest make us more righteous? Will a stamp on the first page of the Bible really stop an interested non-Christian from picking up the Bible and reading it? (Also, I don't think there would be a problem with non-Christian Buddhists and Hindus reading the Bible; their religions never mention that they are forbidden from opening the Bible to take a peek, if I am not wrong. So, to be politically-correct, the stamp technically should be renamed from the currently proposed "Untuk Kegunaan Penganut Agama Kristian Sahaja").

I read the Quran out of curiosity, and I find what I learn from my Muslim friends interesting. I find how the Hindus worship the Ganjes river intriguing and I've watched some documentaries on it. I like how Buddhism propagates inner peace and tranquility. I'm interested in the atheist's point of view because they always have the strongest ideas and challenging questions to test my faith.

But all these do not thwart my faith, because I know my principals and I have good experiences to back up my faith. I try to respect all religions (and atheism) and I believe that everyone is entitled to believe in what they think is right. Just because I am a Christian does not in anyway make me more superior, and it doesn't mean I can't learn from other religions, too. I am just like every other religious person, trying to find out more about God. I prefer the idea that God sent Jesus to die for our sins, and that's why I'm a Christian. (In my naive teen years I may have been more silly and tried to force my religious ideas on other people - and I do apologize if I've been insensitive towards any of you - but I've learned better, and I know now that God reveals Himself to those who sincerely seek Him out of free will.)

I believe if someone really believes in God (or really doesn't believe in God), he or she should keep testing his / her faith to make sure that he / she is really strong and not just keep going with the flow just because of inertia and routine and societal pressure. We all know that coal under pressure turn into diamonds. So why not each person be allowed to refine their faith? And besides, when we've put aside all our religious differences, aren't our core values the same? All religions teach us to be humble and kind and honour our parents. All religion guides us to know God more, or at least, to know what God expects of us.

I'm not saying this just because I'm a Christian I'm kicking up a fuss about the stamping of Malay language Christian bibles. Even if the stamping of the Malay language Bibles go on, I don't really mind, especially if it means that the translated Bibles get to the churches easier instead of being held up in ports. I believe that it's possible that "the Muslim God could compel a non-Muslim to pick up the Al-Quran and enlighten him/her" just as much as "the Christian God could compel a non-Christian to pick up the Bible and enlighten him/her" even if either Holy Books were full of stamps from cover to cover.

The fuss I'm kicking up about is why are we arguing about these things, when there are bigger things we can think about. Like how people are starving when some people are so rich they can feed 500 people with the single meal they have. Or like how we can improve our country's economic situation. Or even our country's public transport system. Or even our public toilets. Something that would not create dissent and cause some Malaysians living abroad to smirk and sigh in relief because they "escaped from Malaysia" in time to "save" their children (who speak with some foreign accent), but will make them feel like returning because they are missing out! Something that's much more worthwhile doing rather than sending angry text messages to the local ulama / pastor saying "You better do something about this whole issue otherwise there are some angry people waiting to jump at the chance of taking down a church / mosque".

I am still learning about God (or at least, my perception of God), but this I can say : I'm not sure if God would be angry if a Malay-speaking Christian says "Praise Allah for his goodness" BUT I'm pretty sure God would be prouder of the Muslims and Christians if we work together to build our beloved country instead of picking on each other all the time just because of religion. Let's not be like the Pharisees or "orang Jahiliyah," quick to stir up dissent, blatantly ignoring the speck of sawdust in our very own eye.

Come on, fellow Malaysians. We can do this. We can live in perfect harmony, just like our ancestors did, right after we celebrated Merdeka.

Disclaimer : This whole post in itself is not meant to stir up dissent. Every single sentence I've written is just my own rumination; I admit that I am only human, prone to err. I love all my Facebook friends, no matter what religions they own / don't own. This post is just my plea from my point of view, for us to look at the bigger picture - despite the recent happenings in Malaysia, be it political or religious or whatever issue makes us "pening". We will always have our differences, so why don't we just practice love and acceptance a little bit more?

However, the only person I'm really really REALLY annoyed with is the home minister. Please do away with the "BY ORDER OF THE HOME MINISTER" in the stamp. I wouldn't like it if some politician wanted his title stamped over every single copy of the English-language Al-Quran either.

Saturday, March 5, 2011

cukup

بسم الله الرحمن الرحيم

hidup manusia di dunia ini cukup la sekadar;

Roti keras
Air sejuk

dan..

secebis kain (pakaian)

-quoted from seorang alim-

Allahu a'lam

Friday, February 11, 2011

10 hari sebelum skola start

بسم الله الرحمن الرحيم

sebaik-baik perbuatan adalah perbuatan yg diikhlaskan niatnya kerana Allah

renung2kan

Friday, January 28, 2011

Allahu Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

kejadian yg sedang berlaku di timur tengah kian panas.
rakyat mula bangkit, meminta hak mereka kembali.

tapi..

jauh di sudut hati ini. terasa cukup-cukup pilu.
andai mereka selusuri kejatuhan Turki Uthmaniyyah,
As-Syahid Imam Hassan al-Banna dan para tokoh/pejuang Ikhwanul Muslimin..
pejuang-pejuan Islam di seantero dunia..
kisah-kisah mereka cukup tragis

mereka menggadai harta dan nyawa, untuk membangunkan, menyedarkan masyarakat..
namun Allah telah menjemput mereka, sebelum mereka melihat masyarakat yg mereka ingin ubahi berubah,

ya, aku pasti, kamu (wahai pejuang2 yg syahid), akan menitiskan air mata melihat akan kesedaran yg ada sekarang..
Allah telah membenarkan janji-janjiNya.

dan ku mohon ya Allah,
sesungguhnya, revolusi ini bukan untuk kami.
jadikanlah kami sebagaimana Nabi SAW dan para sahabat dlm peristiwa Fathul Makkah.
kemenangan ini (insyaAllah) adalah satu langkah dlm mencapai redhaMu.
amin..

Allahu Akbar!

Monday, January 17, 2011

SOLAT !!!!

بسم الله الرحمن الرحيم


SOLAT!

Saturday, January 8, 2011

Ego

بسم الله الرحمن الرحيم

Ego mempunyai banyak tafsiran dan pecahan.
Tapi di sini, ego yg ingin disentuh ialah mudah...
Ego 'self-confidence'

Jika mahu diperbincangkan bab ego ni, mmg boleh buat essay lebih 10 perenggan.
Saya tidak mahu olah byk.
Cuma mahu ajak.
Muhasabah dgn ego kita.
Adakah ego sudah merajai hati kita?
Adakah kita sanggup untuk menolak kebenaran, hanya kerana ego?

Tahukah anda?
Antara sifat yg menjadikan Iblis dilaknat oleh Allah adalah..
Ego
nak kata, penting tak penting kita kawal ego kita..

harap kita muhasabah diri yuk..kat mana taraf ego kita :)

Tuesday, January 4, 2011

Acheh

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah sememangnya sebaik baik pencatur..
Acheh kita mengorak langkah menjungjung agama yg benar..
Kita yg dah lama merdeka, bila lagi??


p/s: terasa nk pindah ke Acheh lah...T_T

Monday, January 3, 2011

sepotong ayat dari ceramah ringkas..utk dikongsi

بسم الله الرحمن الرحيم


'...ketahuilah, bahawa kehidupan di dunia ini umpama permainan...'

-muhasabah diri-

Sunday, January 2, 2011

jgn main sound sound

بسم الله الرحمن الرحيم



Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. berkata kepada sebahagian sahabatnya ;- Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya


*kwn sy bernama 'nat' kasi*

retorical

بسم الله الرحمن الرحيم

tamat membaca kisah perjuangan penduduk Islam Indonesia ketika penjajahan Belanda.

bertanyakan kpd diri sendiri,

'..kalau aku di tempat mereka, adakah aku akan diam, atau berjuang, atau memperhambakan diri kpd penjajah..'

andai jawapan diri ini adalah ingin berjuang, sudah bersediakah kamu?

jika dikatakan sudah, maka dengan apa kamu persediakan diri kamu?
-dgn tawakkal?ilmu?alatan?kawan? *etc..-

*retoris*

Saturday, January 1, 2011

perlu tonton

بسم الله الرحمن الرحيم

harini nk promote movie.
perlu tonton!!


mengisahkan perjuangan seorang doctor (pakar) dalam kehidupannya
dari kecil..hingga dewasa..hingga berjaya..

note: dunia ini mmg untuk mereka yg ingin berjuang :)