Sunday, December 9, 2012

kecik-kecik dulu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




Hari ini, saya nak cerita satu rahsia. Rahsia kecik-kecik dahulu. Kecik-kecik dahulu, ketika saya darjah 2 Dahlia, saya dilantik oleh cikgu untuk menjadi ketua kelas. Ketua kelas tu! Haha. Tapi saya tak suka jadi ketua kelas. Penolong ketua kelas saya namanya Rozaimah. Dan kami, sangat rapat (ini yang dinamakan cinta monyet. Tapi serius, kalau orang tua dengar rahsia kami, confirm jeles). Oklah, part tu rahsia yang tak boleh diceritakan kepada orang ramai. Tu rahsia lain. Selepas dilantik, saya pulang ke rumah dengan perasaan susah hati. KETUA. Serius tak best. Saya bermasam muka, pergi ke bilik dan termenung. Dah tak ingat sama ada saya menangis atau tak. Menunggu bapak mak pulang lewat petang. Bapak tahu saya susah hati, maka ditegurnya. Dan saya cakap saya tidak mahu ke sekolah. Saya tak mahu jadi ketua. Bapak bangga sebenarnya anak dia yang sorang ni diberi amanah, tapi bila dah mogok sampai tak nak ke sekolah, itu memang problematic. So, disuruhnya saya sendiri cakap dekat cikgu, tak nak jadi ketua. APA? CAKAP SENDIRI? Hahaha, saya agak manja barangkali. Saya tak mahu. Tapi sebenarnya pasal saya takut. Bagi saya, cikgu yang lantik saya itu sangat la garang. Kecut beb. Maka bapak menggunakan kuasa ultimate nya menyuruh akak sulung (along) pergi ke sekolah untuk menyampaikan hasrat hati. Serius, confirm along stress time tu. OOOOO, engko time darjah satu, guru besar rasuah pensil untuk nyanyi depan perhimpunan (dihadapan lebih 1000 pelajar okey) orait je. Ptuuiiii~ Takpe, kakak saya penyabar orang nya. Dapat adik nakal mcm ni memang biasa. Dipendekkan cerita, maka along pun menghadap la cikgu dan menyatakan hasrat hati. Cikgu tu ok je, siap tawarkan jadi penolong ketua kelas lagi. Serius lawak. Nasib penolong ketua kelas. Saya ok je. Yang penolong ketua kelas tu jadi ketua kelas. Dan sepanjang tahun tu, banyak la adegan-adegan menarik, seperti saya buat ketua kelas menangis pasal back up member laki dari kena denda. *sikit punya bagus buat awek sendiri nangis. Gua bab kawan memang takde kompromi* Lepas da buat anak 'dara' orang nangis, poyo pulak nak menikus bila terserempak dengan akak kepada Rozaimah tu. Akak dia muka garang do. Da la family diorang mixed blood dengan chinese. Lagi la takut bila membayang ada cikgu chinese yang super garang dekat sekolah. Aduhai.. lawak lawak


Sebenarnya, post kali ni hanya nak flash back, dan bermuhasabah diri. Dengan umur sekarang, macam-macam amanah yang saya terima. Pressure, terima itu ini. Tapi sekarang dah matang. Dan kurang terasa. Walaupun ada beberapa perkara yang saya rasa sedikit jengkel, tapi tak pe. Bersangka baik itu akhlak seorang muslim. Dan kita pun tak tahu, apakah keputusan dibuat itu baik atau tak. Terbaik atau tak. Lagi-lagi melibatkan isu agama. People can simply shoot out HARAM in everything. Dr. MAZA dan Brother Nouman Ali Khan agree with me about this. But to deliver this in the good way as what Rasulullah did, is something really hard.

Allahu a'lam

No comments: