Thursday, December 30, 2010

tiba-tiba..

bismillah..

harini..
pagi-pagi ni...
teringat bait lagu menceritakan mengenai seorang wanita muslim di zaman Rasulullah yg bernama; Zinnirah..
seorang hamba..
membayar harga iman dgn menerima seksaan dan dibutakan matanya..

...

'..oh Tuhanku, apakah cukup bekalan ku utk membuktikan nilaian imanku kpdMu?..'

Wednesday, December 29, 2010

bangga?

بسم الله الرحمن الرحيم

hari-hari kita 'jumpa' Allah..
yg Maha Powerful!
*dah maha, letak '-ful' lagi*

anda bangga tak?

Tuesday, December 28, 2010

back home

بسم الله الرحمن الرحيم

balik dari 'melihat dan menafsir'..
alhamdulillah, seribu satu pengajaran..
memang tepat kata-kata Rasulullah..

jika ingin kenal seseorang tu, keluarlah bermusafir dgn dia..
(segala kesilapan ayat di atas adalah hadir dari diri saya sendiri, bukan Rasulullah)

Allahu a'lam

Wednesday, December 22, 2010

Merry Christmas!

بسم الله الرحمن الرحيم

perayaan christmas itu tidak ada kaitan dgn majlis keagamaan
ia hanya budaya yg merapatkan silaturrahim
maka, tidak salah utk 'greet' sahabat2 kita yg meraikannya
mari rapatkan jurang budaya!

ps: away from 'home' for a few days

Tuesday, December 21, 2010

buang!


بسم الله الرحمن الرحيم

ya Allah, buangkanlah mentality 'kena pandai baru buat'..
agar kami tidak sentiasa memberi alasan dalam melaksanakan kebaikan..

amin

Sunday, December 19, 2010

Rasul saya.

بسم الله الرحمن الرحيم

setiap zaman akan diutuskan Rasul.
dan Rasul saya bernama Muhammad bin Abdullah.
saya sayang Rasul saya....!

'..cara nabi nak kenal kita adalah dengan kita mengingatinya; selawat, doa..'

Saturday, December 18, 2010

cuti

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah, winter break bermula.
2 MINGGU....!
semoga kelapangan masa ini Allah berkati

ps: mari merancang!

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Friday, December 17, 2010

my last tribute to respected comrade

بسم الله الرحمن الرحيم

innalillah hi wain-na ilaihi raa-jiun

to my comrade.
never ever talk to him face to face.
yet, he accepted me on his facebook as like we are brothers
i know him from my friends.
he is a medicine student.
yet, Allah tests him with cancer.
final stage cancer.
and today, Allah had took Him far away, beyond this world.

Mas Afzal, i hope i can meet you at jannah. we will, insyaAllah




Thursday, December 16, 2010

...

بسم الله الرحمن الرحيم

*tiada idea untuk menulis*

sehari, berapa kali kita baca bismillah sebelum melakukan sesuatu?

Tuesday, December 14, 2010

kalau...

بسم الله الرحمن الرحيم

kalau hari ini tidak lebih baik dari hari semalam..
mengapa perlu diwujudkan hari ini?

ps: snowing..snowing..snowing..

Monday, December 13, 2010

moh pose~

بسم الله الرحمن الرحيم

KEMPEN JOM PUASA MUHARRAM

BILa: 9 mUHARRAM dan 10MuHARRAM
BERSAmAAN: BErGANTUNG KPd KaWASAN MASing2

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa ‘asyura (10 Muharram) dan menganjurkan para Sahabatnya untuk berpuasa mereka berkata : Wahai Rasulullah sesungguhnya ini adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, maka beliau bersabda : Kalau begitu tahun depan Insya Allah kita akan berpuasa (pula) pada hari kesembilan (yakni, bersamaan dengan puasa ‘asyura, untuk menyelisihi Ahli Kitab). Ibnu Abbas berkata : belum sampai tahun berikutnya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah wafat.

(Hadits Ibnu Abbas dalam Shahih Muslim no. 1143)


JOM!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, December 12, 2010

ringkas tp padat

بسم الله الرحمن الرحيم

iman manis?

بسم الله الرحمن الرحيم

'..kemanisan Islam itu akan terganggu kalau kita memasukkan unsur-unsur jahiliyyah di dalam Islam itu sendiri..'

rindu parent

mak...


bapak..

Saturday, December 11, 2010

usrah kawan saya

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah..
harini sahabat saya lead usrah
tajuk: bagaimana ingin memberi soalan?
point yg diingati: kalau orang tanya mana tuhan/Allah, nk jawab mcm mana?
*soalan ini tiada jawapan yg bertul2 logic*

tp saya akan jwb..
1st: Allah/Tuhan saya tidak menyerupai mana-mana makhluk/ciptaannya.
2nd: saya akan cabar org yg tanya saya; lukis satu benda baru yg dia tak pernah lihat.

*maka jwpn muktamadnya ialah; Allah itu diluar dari pemikiran logic manusia. hatta nk lukis benda selain yg wujud dimuka bumi pun kita tak mampu.

kalau lukis species baru, sure ada hidung, ada mata, ada telinga, ada mulut. pemikiran manusia tidak mampu menjangkaui apa yg dia tahu. dan sifat Allah itu diluar jangkauan pemikiran manusia.

Allahu a'lam

Friday, December 10, 2010

inspired

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah, nothing much to say..
just I made a record this week.
2 novels in 3 days.

ada brani nk challenge?
XD

but on top of it,
I feel a bit inspired to be 'old-me'
menjadi seperti suatu ketika dulu
jadi rajin
skema
chenta dengan buku

so, here...
i would to ask you, my reader(s)
to pray for me.
for better future
hijrah (maybe)
:)

Allahu a'lam

Wednesday, December 8, 2010

ingat!

بسم الله الرحمن الرحيم

'..dunia ini umpama penjara bagi orang-orang mukmin..'

poket penuh..tp bila org lain susah, kita tolong tak?
perut penuh..tp ada yg masih berlapar
masa penuh..tp buang mcm tu je

maka...

?

Tuesday, December 7, 2010

Monday, December 6, 2010

hari-hari cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

semalam, dengar kuliah berkait rapat dengan kahwin
dan tertidur tika sesi Q & A

point yg ingin dikongsi: hidup perlu bermatlamat, set the target

esok paginya...
kawan berkongsi video klip berkenaan cinta pula..
kawan kongsikan..

point yg ingin dikongsi: sudahkah kita bercinta dgn si khaliq, sang pencipta kita?


'..hari-hari cinta..'

maal hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم

salam tahun baru Islam :)

1432 Hijrah

azam: ?

Saturday, December 4, 2010

silent?

بسم الله الرحمن الرحيم

silent is wisdom

a point from syarahan usul 18th form Usul 'Isyrin (Usul 20)
written by As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Thursday, December 2, 2010

hari jumaat :)

بسم الله الرحمن الرحيم

surah kahfi hari ini..
dah baca ke belum?


untuk siapa belum biasa pd surah ni, mari mulakan sikit2 (10 ayat?)
siapa yg dah biasa, mari mantapkan!

:)

salji

بسم الله الرحمن الرحيم

salji.
tebal.
lebat.
suka?
merungut?
traffic jam?
sejuk?

24:43


See you not that Allâh drives the clouds gently, then joins them together, then makes them into a heap of layers, and you see the rain comes forth from between them. And He sends down from the sky hail (like) mountains, (or there are in the heaven mountains of hail from where He sends down hail), and strike therewith whom He wills, and averts it from whom He wills. The vivid flash of its (clouds) lightning nearly blinds the sight. [Tafsir At-Tabarî].

:)

Tuesday, November 30, 2010

bestkan

بسم الله الرحمن الرحيم

mesti bestkan..
kalau kita baca al-Quran
dan tafsirnya
dan kita dapat relate tafsir itu dengan keadaan sekeliling..

mesti bestkan?

:)

Monday, November 29, 2010

pejuang

بسم الله الرحمن الرحيم

dalam 2 minggu ini.
saya perlu ke kelas tambahan bahasa.
kenapa?
kerana saya tidak menghadiri kelas tambahan ini ketika cuti summer yg lepas.
kelas dari jam 5.45pm hingga 7.30pm.
cool kan?
bagi siapa yg tak biasa, rasanya boleh menyumpah department bahasa.
ia agak membebankan, tp insyaAllah penuh dengan manfaat.

tidak lupa juga, kawasan di mana saya belajar kini, cuacanya sangat mengejutkan.
salji lebat!
habis putih taman. habis lecak jalan. jalan kena hati-hati. licin.

saya tidak berminat untuk mengajar bahasa di sini.
mahupun cuaca sejuk yg ada side effect positive dan negative
tp saya cukup terkesan.
dengan semangat guru saya. guru bahasa saya.
dapat saya anggarkan, umurnya tidak kurang 65 tahun. mungkin 75 tahun paling kurang.
seorang wanita.
sangat lembut, penyayang, sabar.
dan dia datang ke kelas itu, dengan menggunakan public transport.
walhal, dia tidak upaya berjalan dengan sendiri, tapi memerlukan walking stick (yang kalau orang patah kaki pakai tu)

anda bayangkan.
dia. 'handicap'.
berjalan atas jalan yg slippery.
ais membeku di atas jalan menyebabkan jalan cukup berbahaya.
situasi begini cukup meruntun jiwa.
setiap kali pelajaran tamat.
dia akan meminta bantuan pelajar, untuk mengemas dan mengunci bangunan.
dan setelah selesai semua itu, pelajar-pelajar akan pulang ke rumah masing-masing
termasuk saya.
dan dia
akan bergerak perlahan, ke stesen yg berhampiran.
cukup perlahan.
ikut calculation saya, lebih 10 kali ganda lebih perlahan berbanding seorang normal berjalan

-tamat-

keadaan ini cukup untuk mengajak kita berfikir.
akan peluang mendapat hidayah Allah tetapi dipersia oleh ramai umat Islam hari ini.
kadang kala, terasa cikgu itu lebih layak menjadi muslim berbanding saya
tidak lupa juga, betapa mulianya seorang guru.
yg tidak merungut, dan bersusah payah hanya untuk mengajar anak muridnya
dan mungkin byk lagi boleh dikupas dari cerita di atas.

tp apapun, key point utama..

jadilah hamba yg bersyukur. bukan sekadar di bibir. tp secara keseluruhannya

Allahu a'lam

Sunday, November 28, 2010

insaf

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah, segala puji bagi Allah
yg memberikan sy waktu untuk menyambung perjuangan di medan maya ini
maaf kpd yg sudi membaca, kerna konsistensi penulisan sgt mengecewakan
sy mengaku, sy sedang menempuhi trabulasi dan konflik dlm diri
tp alhamdulillah, Allah menegur sy
baru sebentar td sy membaca tazkirah buat blogger


saya cukup terkesan.
*istighfar*
harap kamu sekalian doakan perjuangan sy sebagai seorang hamba, khalifah dan daie.
saya mendoakan anda juga (insyaAllah)

Allahu a'lam

Sunday, November 14, 2010

uih, lame gile tak update!!

:) salam..

ya Allah, lama sungguh tak update -istighfar sat-
sebenarnya, tiada apa untuk diperkatakan.
cuma terlintas dlm hati ini seketika.
selepas membaca blog kawan.

ya Allah, jangan jadikan hambaMu ini alpa akan akhirat dan mereka yg memerlukan

amin...

Friday, October 1, 2010

Monday, September 13, 2010

berfikir

dikisahkan pada suatu hari, seorang alim meronda-ronda di sebuah kawasan.
dia melewati sebuah kedai yg menjual buah. dan dilihatnya, buah itu cukup baik di luarnya.
maka, dibeli buah itu dan dibawa pulang kerumah, diserahkan kpd si isteri.
maka si isteri pun mempersiapkan buah tersebut utk dimakan.
namun apa yang didapati oleh si isteri itu, buah yg dibeli tidak elok di dalam.
maka si isteri merasa marah akan hasil rezeki yg baru dibeli oleh sang suami.
dalam keadaan marah, ia menegur si suami akan buah tersebut.

jawapan sang suami (lebih kurang):

jika engkau memarahi sang penjual, maka sesungguhnya sang penjual itu ingin menjual barang-barang yg baik sahaja,
jika engkau memarahi si pembeli, sesungguhnya pembeli itu telah memilih buah yg dikiranya terbaik untuk dimakan,
maka...
adakah engkau memarahi pencipta (tuhan) buah ini?

lalu tersentak si isteri, dan memohon taubat lah ia



ps: selalunya, kita marah kat siapa?

Wednesday, September 1, 2010

merdeka!

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah. dah 53 kewujudan negara bangsa Malaysia.
alhamdulillah.

menyambut kemerdekaan dlm kesyahduan Ramadhan cukup style :)

eden tak de perkongsian bagus utk merdeka.
tp teringat kpd satu perbualan yg didengari.
dengar perbualan ni dalam radio.

DJ tu interview seorang veteran.
pom pam pom pam..bla..bla..bla
...
...
...

generasi muda tak sedar betapa susah kemerdekaan dicapai, mereka tak sedar (lebih kurang la salah satu isi penting perbualan tu). eden tibe2 rase bengang. hoit, sampai sekarang kut hafal lagu kemerdekaan. suke suki je claim org muda tak tau erti kemerdekaan. *jom test karoke lagu merdeka, ade brani??-kidding-*

maaf kpd pembaca yg tak sehaluan idea dgn saya. tp saya rasa jika mereka claim generasi muda gagal memahami erti kemerdekaan, maka generasi mereka gagal nak picture erti kemerdekaan yg sebenar kpd generasi kini.
-setiap mereka ada pandangan masing2, hurm-

p/s: habis je talk tu, channel tu mendendangkan lagu berunsur sex. ayuh, 'MERDEKA'! (-_-")

Sunday, August 22, 2010

masjid, surau

apabila orang bukan Islam tahu akan realiti masjid dan surau yg banyak quantitinya, tetapi tak di imarahkan...

nak salahkan orang Islam atas menimbulkan isu 'perkauman' (what the hack?) atau nak mengaku yg kita ni mmg bersalah atas pembaziran nikmat Allah dan masalah qualiti muslim hari ini?

maka?

Saturday, August 7, 2010

menangis bila umur meningkat?

salam.

baru dpt idea.

menangis bila sambut hari jadi..
kerana memikirkan umur di dunia makin menyusut..

menarik bukan? :)

Monday, August 2, 2010

ceramah di surau

assalamualaikum :)

ni mau cerita sedikit pengalaman semalam. di beri rezki oleh Allah untuk menghadiri kuliah tafsir seorang ustaz. judgement saya, ustaz ini seorang ahli PAS (slumber badak je si penulis buat conclusi) kerana agak kerap ustaz memilih ayat-ayat untuk ditafsir berkaitan seruan untuk masyarakat dan pemerintah kembali kpd al-Quran dan sunnah. dan ketika dikupas mengenai sistem hukuman semalam, ustaz tersebut membicarakan mengenai sepotong ayat dari surah al-Maidah (ayat 45) yg terjemahannya berbunyi:

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

seperti mana yg semua maklum (rasanya semua tahu la kan?) qisas ini adalah hukuman berbentuk balasan setimpal. seperti yg disebut di atas, mata-mata, huding-hidung,nyawa-nyawa etc. yang menariknya, ustaz tersebut menegaskan tugas doctor dlm melaksanakan hukuman qisas. (lebih kurang bunyinya) '...yg doktor pakar-pakar ni, bila kata nak balas cedera mata orang tu, haaaa ni la tugas diorg. itu la guna bila jadi pakar!..'

untuk pertama kali dengar, yang antara tugas doctor itu untuk 'merosakkan' in the good way.

ps: penulis lantas tersengih dibalik al Quran tafsir yg dipegangnya ketika itu. cisdel punye ustaz! baik punya kene batang hidung

Saturday, July 31, 2010

dari kawan

salam.

sedikit tulisan dari kawan. bermakna utk jadi kayu ukur kita, insyaAllah

Garis panduan untuk mengenal orang riya': 1) bersemangat di khalayak 2) kendur bila sendirian 3) bersungguh bila dipuji 4) lentur bila dikeji (Ali R.A.)

Friday, July 30, 2010

jom takut

saya lihat org yg hampir dengan saya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan timbul kesedaran kpd diri saya ini.
saya perlu takut. dan belajar untuk takut.
kamu takut?

Sunday, July 18, 2010

...

manusia bila di lahirkan

bogel dan telanjang.

tiada apa-apa di dunia.

tidak terikat langsung dengan dunia.

dan kemudian, yg telanjang itu dibalut dgn sehelai kain.

maka bermulalah ikatan dunia kpd seorang anak adam itu.

dan kini..bagaimana ikatan-ikatan dunia yg membaluti diri kita?mampukah kita leraikan?atau sudah terbelit simpul mati?

Tuesday, July 13, 2010

alhamdulillah

diberi rezeki untuk pulang ke rumah

alhamdulillah

Sunday, July 4, 2010

secebis peringatan 5 july 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

selalunya, bila tgh susah hati, antara ayat yg menjadi penenag hati adalah dlm surah al insyirah.
surah ini sebenarnya ditujukan kpd junjungan kita, Muhammad bin Abdullah, dlm bentuk 'memujuk'.
memujuk Rasulullah agar terus tabah dan konsisten dlm perjuangan.

'..maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan...'

kalau nak ckp bab sastera ni, kalau sesuatu 'point' itu diulang2, maksudnya wujud unsur penegasan!
Allah tegas kan di sini, CONFIRM lepas ni ada kesenangan.


tp lepas kita da melepasi kesusahan tu.
kita jadi senang...
kita terlupa ayat seterusnya yg berbunyi........

'....maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yg lain)..'

rasanya, part ni yg orang lupa (or buat-buat lupa).
ingatlah wahai yg membaca,
antara cara kita bersyukur adalah dgn menghargai pemberian.
jika kita diberi kemudahan, gunakan ia dgn sebaik mungkin.
kita ni, manusia yg diberi akal. boleh berfikir. boleh merancang.
jgn lah kita dok sakan lepas kesusahan, kemudian alpa.
dah alpa tu, bila mai susah lagi, start doa itu ini.
*alhamdulillah, kembali ke pangkal jalan*
tp lepas tu, dok lupa balik..pastu dok mintak balik (bila susah)
sy bukan tuhan, maka amatlah terbatas jika sy ingin memberi pandangan akan 'respon' Allah kpd ummat mcm ni (kerana Allah juga Maha Pengasih lgi Penyayang)
tp, katakan la sy ada kwn perangai mcm ni, mmg terasa fed up kut. (kan?)
buruk bebeno la perangai mcm ni..

insyaAllah. itu je yg sy nk ckp. psl sy pun baru diberi kesenangan lepas kesusahan. moga tak lalai. amin

Thursday, June 24, 2010

cukuplah

بسم الله الرحمن الرحيم


cukuplah untuk hidup (kenikmatan di dunia) ini, dengan bekalan seorang pengembara..

Tuesday, June 22, 2010

lepas satu..satu..

بسم الله الرحمن الرحيم

manusia ni, sgt tamak.
cukup tamak.
mana mungkin mereka tidak tamak.

anda bayangkan,

dapat hirup udara tanpa bayaran!
dapat hidup dengan aman!
dapat makan dgn kenyang!
dan mcm-mcm lg nikmat! (tu baru basic je)

...sebab tulis post ini...

ingin mengaitkan keadaan sang penulis sekarang.
penulis adalah seorang manusia yg ingin menjauhi sifat tamak ini (dan yakin anda juga),
tapi akhir-akhir ini, penulis cukup TAMAK.

penulis sebenarnya tengah sibuk mempersiap siagakan diri utk imtihan minggu depan
jadi, penulis terlalu memikirkan utk berjaya.


ya, bagi kita mmg standard.
tapi itu lah standard org yg kurang muhasabah diri.
dalam dok nak exm ni,
kita jadi kurang bersyukur.
apa la nak dibanding segala nikmat-nikmat sebelum ini...
kadang-kadang bila mahu exm tu, wujud syndrome

'...tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah...'

berbalik kpd keadaan dirumah tempat penulis menginap.
seorang sahabat penulis dah melepasi ujian yg bakal penulis ambil minggu depan.
jadi terlintas dihati penulis'..ALANGKAH baiknya aku dalam keadaan dia..'
sedangkan, penulis telah selesai beberapa exam lebih awal lagi.

potongan kisah di atas bukanlah sesuatu yg dibanggakan, jauh sekali utk menunjuk-nunjuk
(eleyh mat, lu da habis exm lain, kecoh lak)

penulis bukannya pelajar contoh.
tapi cukup lah sekadar memberi sedikit 'idea' bagaimana manusia ni selalu lupa.
dah la lupa, tamak pulak tu.


p/s: haih, lepas satu..satu


-semoga tulisan ini memberikan si pembaca manfaat, amin-

Sunday, June 13, 2010

di pondok kecil

بسم الله الرحمن الرحيم

tgh semak2 kan meja. cari sedikit info. urusan visa.
dok cari-cari, buka external HD.
maka, terbukak juga file nasyid lama

dan terjumpa.
beberapa lagu yg meruntun jiwa.
walaupun tidak berada dlm kondisi seperti lagu-lagu tu
somehow, the 'penasyid' tu dpt create atmosphere yg mengajak diri berasa sedih
eg: di pondok kecil


ps: sayangi lah org yg tersayang, jgn lupa bersyukur

Friday, June 11, 2010

gagal

assalamualaikum wrt wbt

pengumuman:
anda masih belum pulih dari masalah 'lama' anda wahai sang penulis blog.


'...ya Allah, betapa Engkau tahu keadaan diri hambaMu ini. ampunilah dosa-dosa yg aku lakukan, dan permudahkanlah urusan kehidupan dunia hambaMu ini ya Allah...'

-never give up-

Thursday, June 10, 2010

bila...



'...bila yg berilmu *konon*, cakap mcm ni...yg tak berilmu?...'



dan ini counter kpd sang berilmu


p/s: terasa pissed off dengan sang 'berilmu'. kalau boleh, mau letak itu 'bounty' dekat kepala dia

Monday, June 7, 2010

hubungan ketuhanan dan prinsip dunia manusia

assalamualaikum wrt wbt

'...apabila kurang rasa ketuhanan dalam diri seorang manusia,

maka dia akan lebih bergantung kpd prinsip-prinsip dunia manusia...'

Allah hu a'lam

Saturday, June 5, 2010

renungan..

بسم الله الرحمن الرحيم

jauhkan dirimu dari sifat ujub (terasa diri bagus dalam hati)
jauhkan dirimu dari sifat ria'k (menunjuk-nunjuk kemampuan diri)

aku melihat diriku, dan rakan-rakan ku bersifat demikian. mereka org baik-baik belaka. mungkin aku salah sangka kpd mereka. hurm, baiklah *cancel statement kwn2 ade sifat camtu, harap mereka dijauhkan*. aku kadang kala bersikap seperti dua sifat di atas. dan salah satu kesan sifat-sifat di atas adalah. (mungkin ini adalah pendapat);

cakap lebat

'..kadangkala, diam itu lebih baik..'

Allah hu a'lam

Wednesday, June 2, 2010

....


...memerlukan kesabaran dgn kerenah 'jual-ikan' dikalangan housemate...

astaghfirullah-hal-azim

Saturday, May 29, 2010

hari ini punya tazkirah lah.., insyaAllah

assalamualaikum wrbt

'..menjadi faqir kpd Allah..'


ya Allah...jgn beri diri ini kpd diriku dan org lain..

Sunday, May 23, 2010

ya Rasulullah

salam a'laikum

akhir-akhir ini dunia gempar akan gerakan-gerakan anti Nabi Muhammad.
ia dimulakan dgn lukisan karikatur.
kemudian another karikatur. dan another karikatur.
kes masuk keluar mahkamah.
kesemua ini mendapat response dari umat Islam, yg mana mengutuk dgn keras kebiadapan ini.
dan perkara menyedihkan ini terus berlaku dgn watak dalam siri kartun pula.

dan baru-baru ini, mereka ingin melakukan 'Hari Melukis Nabi Muhammad'

saya tergamam. saya keliru.
mengapakah mereka begitu obses utk mencalari hati-hati umat Islam?
apakah salah kekasih Allah ini, sehingga para obsesi pelukis menginginkan wajahnya?

ketahuilah mereka yg begitu obses itu...
saya secara peribadi melihat tindakan saudara seperti kanak-kanak.
berat hati saya ingin respon kpd permasalahan ini, kerana saya tidak mahu bermain dgn isu sebodoh ini..
namun atas kecintaan sy kpd kebenaran (yg dianjurkan Islam), dan kasih saya kpd Allah (dan juga kpd kekasihNya, Muhammad bin Abdullah), maka saya turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anda semua yg lancang mencabar batas yg dijaga oleh umat Islam.

wahai pelukis-pelukis fanatik (serta penyokong mereka),
adalah kiranya saya menyeru anda semua, tidak terlalu memenatkan akal masing-masing membayangkan figura mulia ini. cukuplah bagi kamu untuk merujuk al-Quran dan sunnah bagi mempelajari bagaimana utk 'melukis' watak ini.

Allah hu a'lam
p/s: wahai umat Islam sekalian, mengutuk sahaja belum cukup. tindakan perlu ada. kita kurangkan demand ke atas ekonomi mereka. biar mereka tahu. kita bukan mengomong kosong!

Thursday, May 20, 2010

hoi, jangan malas2!!

assalamualaikum.
sekadar renungan bagi mereka yg diberi kemudahan utk belajar :)

Saturday, May 15, 2010

'..maafkan wahai teman..'

salam.

dulu eden peminat drama melayu.
biasalah, zaman dulu choice tak banyak.
anyway, ada satu drama yg aku sangat tersentuh dgn jalan ceritanya.
tapi eden still ingat, lagu tema dia.
yg ni (merujuk video di bawah)..


dengar balik lagu ni, eden rasa selama mana eden menempuh zaman remaja ni,
kurang sekali eden mengambil berat akan manusia-manusia yg istimewa.


....deep silence...

moga kalian 'terhibur'

Monday, May 10, 2010

12.30 am :)

salam 'alaik..

*ingin bermain kata sebentar*

dikala kesunyian malam ini...
aku keseorangan...
memerhati dunia di skrin lappy ku...
kerenah manusia yg obses...
memperkudakan institusi diraja...
mengingatkan aku kpd 'penyokong-penyokong' saidina ali...
yg lantang mempergunakan slogan ahlul bait...
sedangkan tindakan mereka memecahkan masyarakat dan memutar belitkan keadaan...
--sedih--

lantas ku menekan punat 'related video' di laman youtube ku...
dan terlontarlah bait-bait lagu nasihat...
mengingatkan aku akan hari ibu yg baru lepas...
--berfikir--


...hatta ditengah malam, pengembara dibumi tuhan tidak akan henti-henti melihat dan menafsir,
kerana itulah amanah kpd yg diberi akal...

:)

aaAArghh!!

salam.

peringatan khas kpd nafsu diri ini.
anda telah membuatkan dunia pemilik mu huru hara.

'ya Rabbul-izzati, sesungguhnya hambaMu ini sedang begitu lemah menongkah arus dunia'


Saturday, May 8, 2010

..

kehidupan yg menjadi-jadi teruk..
ada itu petanda lebih baik 'mati'?

konsep 1Malaysia by micheal jackson

salam.


kerajaan, tanak try?

Friday, May 7, 2010

dunia hari ini

salam semua.

adakah saya seorang sahaja.
atau kalian juga.
sedar akan.
kemusnahan.
keruntuhan.
*segala yg negatif*
jiwa dan iman remaja di Malaysia.
ketika ini?

Sunday, May 2, 2010

dear Allah?

when human trying to be logical..and here it goes~~

Saturday, April 24, 2010

musim baru

dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdulillah.
harini, ringan sikit tangan nak menaip dlm blog ni :)
dan alhamdulillah,
musim baru telah tiba..
musim bunga! :D
musim yg dinantikan selepas duduk dibawah paras beku utk beberapa bulan.

ALHAMDULILLAH

tika musim ini, bersesuaian dgn gelarannya, pokok mula berputik mengeluarkan bunga dan daun2 muda..
masyaAllah..lawa, sgt lawa..
dan tika inilah, manusia akan meraikannya.
boleh dilihat perubahan ketara density manusia di taman-taman.
adik kecil berlari-lari di taman.
ibu-ibu menyorong kereta roda (ada baby!)
atuk nenek bercanda menikmati cahaya.

Alhamdulillah

bercakap mengenai bayi, kewujudan mereka sgt2 ketara. setiap kali berada di luar rumah, insyaAllah, dalam radius pengelihatan sy mesti ada seorang bayi. dan menjadi hobi sy (seorang yg pelik), meng'observe' bayi2 itu. kelihatan mereka sgt 'fresh'. segar.
pancaran perasan ingin tahu sgt jelas. mata bulat. tak betah duduk diam. toleh itu ini. sana sini.
cuba menyebut itu ini..(eg: uuu..aaa..eee..*menangis*) ha ha

alhamdulillah

sy diberi nikmat utk merasai keceriaan ini.
menikmati rezeki Allah yg satu ini.

alhamdulillah

berkenaan dgn bayi juga, sy telah menerima tazkirah menerusi satu filem orang putih.

dikisahkan, manusia tika zmn tersebut menghadapi satu situasi serius.
mereka gagal melahirkan zuriat.
dan ditakdirkan seorang wanita kulit hitam mengandung.
dan melahirkan bayi.
bayi pertama selepas 18 tahun 'kekontangan' bayi berlaku.
yg menarik apabila melihat manusia begitu tidak aman.
tidak senang. takut. resah. malah gila.
kerana tiada bayi.

nauzubillah

refleksi kita pd zaman ini.
sy ambil contoh mudah
Malaysia.
'yg aman'
hari-hari di dada akhbar....
ada kes rogol (buat bayi secara haram)
ada kes buang bayi
ada kes dera bayi
ada kes seludup bayi
etc (mcm2 lagi lah..gerun utk menaip)

sama-sama kita renungkan
bayi itu satu ciptaan yg cukup indah (lebih2 lg siapa yg belajar perubatan atau seorang ibu)
kelahiran itu merupakan satu anugerah
Islam menegaskan banyak ayat mengenai penciptaan manusia di dalam alQuran
Islam menganjurkan bahawa bayi (anak) itu adalah asset berharga

maka kita sebagai manusia (Dan mungkin penganutnya)
tidakkah kita dpt melihat apa yg berlaku disekeliling?
hurm, mari kita berfikir...
bermuhasabah

insyaAllah, itu sahaja setakat ini.
illalliqa' :)

p/s: di sini, musim bunga turut dibayangi dgn musim peperiksaan. 'bijak' sungguh mereka mengatur jadual pelajar. ciss! :)

Sunday, April 4, 2010

mati

بسم الله الرحمن الرحيم


sekarang ni sedang cuti 4-5 hari. kejap je. cuti panjang sebelum summer final.
personally, expactation untuk cuti ni agak tinggi. nak 'happy'. nak 'enjoy'. nak perfect.

TAPI

ini kedua terakhir sebelum kelas bermula.
rasa masih tak puas.
nak lagi.
rasa tak nak pergi kelas.
rasa MALAS.

petang ini, saya nak mengajak kita sama-sama refleksi diri.
fikir-fikir balik, mcm mana pemikiran ini boleh wujud.
kenapa hati rasa tak seronok je..?


sedarlah
sedarlah
sedarlah


sesungguhnya, inilah tanda-tanda seseorang itu mencintai dunia.
mana mungkin manusia puas akan nikmat dunia.
bak kata orang-orang kampung..
'...konpem tak puas...'
bak kata-kata melayu lama..
seperti meminum air laut untuk menghilangkan dahaga..makin diminum, makin dahaga..

inilah yg disebut sebagai al-wahn (al-wahnu) di dalam hadis Rasulullah..

“The People will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their food.” Someone asked, “Will that be because of our small numbers at that time?” He replied, “No, you will be numerous at that time: but you will be froth and scum like that carried down by a torrent (of water), and Allah will take the fear of you from the breasts (hearts) of your enemy and cast al-wahn into your hearts.” Someone asked, “O Messenger of Allah, what is al-wahn?” He replied, “Love of the world and dislike of death.”
[An authentic hadith recorded by Abu Dawud and Ahmad]

cinta dunia, takut mati...

ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini..