Thursday, November 13, 2014

al- kisah selepas solat jumaat.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



sejarah lagu ni, adalah lagu yg antara paling popular di cybercafe ketika zaman sekolah menengah rendah, time melepak di cc main ragnarok, etc. dan aku serta seorang rakan ku cukup kemas menghafal beat piano ini (ketika di sekolah asrama). tajuk piece ni; Hungarian Dance no. 5 (piano). lepas hampir 10 tahun baru tahu tajuk. #looser

berbalik kepada tajuk di atas. sedih sebenarnya waktu tengah menulis ni. haih.

balik solat, maka aku singgah di 7e, nak cari snek/air sejuk. baru aku sedar 7e itu hire OKU sebagai pekerja. umur pekerja itu dalam lingkungan 30+an. aku masuk, dan pusing-pusing..mencari idaman hati. sambil memikirkan masih ada hidangan di bawah tudung saji di rumah yg belum dijamah. masakan ibu wajib dimakan, priority no.1.

sambil pusing-pusing, ada sekumpulan anak remaja. sekolah menengah. bagaimana aku tahu? kerana seorang daripada anak muda itu kawan aku. ye kawan. hanif memang suka kawan dengan budak kecil. 1st aku kenal rasanya waktu kami main bola di padang rumah. waktu zaman 2001-2003 gitu. di ketika itu baru nak masuk sekolah rendah la kut. haha. dan kali terakhir aku rapat dengan dia, waktu 2nd year uni. dia belum masuk sekolah menengah lagi ketika itu. waktu bulan ramadhan. aku biasa akan lepak di masjid antara maghrib dan isya'. aku akan layan kanak-kanak kecil mengaji ketika itu. dia salah satu daripadanya. biasalah nakal. ngaji tak ngaji. tapi kawan itu berusaha, so kita kena tunjuklah yang kita hargai usaha tu. sama-sama jugalah kami kena marah dengan makcik pasal buat bising (penat solat, pitstop lepak luar surau, tukar cerita).

tapi kawan itu berubah. aku jenis yang kalau orang ignore aku, ak ignore balik. habit dari zaman pts. banyak sangat kawan, sampai tak tertegur. nak tegur tapi tengah rush, so buat tak nampak. sekarang dah terbiasa. tapi tengah berubah perlahan lahan. tapi untuk kes ni, aku sengaja tak tegur. dia tengah dengan clan dia. aku eaves drop. sibuk bercerita. cerita yang dia senang je tipu nenek. nenek kaya. so tipu nak dapat duit. nak buat belanja. tengok rambut pun dan berkaler-kaler. bangga tu tengah cerita benda mcm tu. dan kumpulan tu sebenarnya tgh kurang adab. melepak dlm 7e mcm lepak dkt maple. masuk kedai atas urusan, dan kemudian keluar lah. ni duduk atas bench, buat bising.

aku kasihan pada abang yg menjaga 7e, macam kes buli ni. tapi aku menjadi iblis bisu, membiarkan. aku bersalah untuk tidak menegur, dalam masa yang sama, tidak mahu mencari masalah tambahan. selepas membayar roti krim blueberry cap high5 aku berlalu pergi.

aku tidak marah padan kumpulan anak muda itu. aku sedih. aku sedih mereka jadi begitu, aku sedih kerana kawan aku jadi begitu. barangkali itu normal bagi umur tu. belajar peads pun mmg tahu anak remaja mmg selalu ada konflik. ia mengingatkan aku kpd rakan-rakan seperjuangan dahulu. ramai juga mengambil bad turn. tapi ada yg berubah, ramai yang berubah. aku berdoa semua yang baik-baik belaka untuk semua. yang pasti tugas sebagai daie itu banyak, dan berat. indeed, tanggungjawab lebih dari masa yang ada.

dan hujan pun turun. ah, sungguh melancholic. macam kena cancel meeting pertama berjumpa voldermort.

Allahu a'lam.