Monday, September 13, 2010

berfikir

dikisahkan pada suatu hari, seorang alim meronda-ronda di sebuah kawasan.
dia melewati sebuah kedai yg menjual buah. dan dilihatnya, buah itu cukup baik di luarnya.
maka, dibeli buah itu dan dibawa pulang kerumah, diserahkan kpd si isteri.
maka si isteri pun mempersiapkan buah tersebut utk dimakan.
namun apa yang didapati oleh si isteri itu, buah yg dibeli tidak elok di dalam.
maka si isteri merasa marah akan hasil rezeki yg baru dibeli oleh sang suami.
dalam keadaan marah, ia menegur si suami akan buah tersebut.

jawapan sang suami (lebih kurang):

jika engkau memarahi sang penjual, maka sesungguhnya sang penjual itu ingin menjual barang-barang yg baik sahaja,
jika engkau memarahi si pembeli, sesungguhnya pembeli itu telah memilih buah yg dikiranya terbaik untuk dimakan,
maka...
adakah engkau memarahi pencipta (tuhan) buah ini?

lalu tersentak si isteri, dan memohon taubat lah ia



ps: selalunya, kita marah kat siapa?

Wednesday, September 1, 2010

merdeka!

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah. dah 53 kewujudan negara bangsa Malaysia.
alhamdulillah.

menyambut kemerdekaan dlm kesyahduan Ramadhan cukup style :)

eden tak de perkongsian bagus utk merdeka.
tp teringat kpd satu perbualan yg didengari.
dengar perbualan ni dalam radio.

DJ tu interview seorang veteran.
pom pam pom pam..bla..bla..bla
...
...
...

generasi muda tak sedar betapa susah kemerdekaan dicapai, mereka tak sedar (lebih kurang la salah satu isi penting perbualan tu). eden tibe2 rase bengang. hoit, sampai sekarang kut hafal lagu kemerdekaan. suke suki je claim org muda tak tau erti kemerdekaan. *jom test karoke lagu merdeka, ade brani??-kidding-*

maaf kpd pembaca yg tak sehaluan idea dgn saya. tp saya rasa jika mereka claim generasi muda gagal memahami erti kemerdekaan, maka generasi mereka gagal nak picture erti kemerdekaan yg sebenar kpd generasi kini.
-setiap mereka ada pandangan masing2, hurm-

p/s: habis je talk tu, channel tu mendendangkan lagu berunsur sex. ayuh, 'MERDEKA'! (-_-")