Saturday, April 24, 2010

musim baru

dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdulillah.
harini, ringan sikit tangan nak menaip dlm blog ni :)
dan alhamdulillah,
musim baru telah tiba..
musim bunga! :D
musim yg dinantikan selepas duduk dibawah paras beku utk beberapa bulan.

ALHAMDULILLAH

tika musim ini, bersesuaian dgn gelarannya, pokok mula berputik mengeluarkan bunga dan daun2 muda..
masyaAllah..lawa, sgt lawa..
dan tika inilah, manusia akan meraikannya.
boleh dilihat perubahan ketara density manusia di taman-taman.
adik kecil berlari-lari di taman.
ibu-ibu menyorong kereta roda (ada baby!)
atuk nenek bercanda menikmati cahaya.

Alhamdulillah

bercakap mengenai bayi, kewujudan mereka sgt2 ketara. setiap kali berada di luar rumah, insyaAllah, dalam radius pengelihatan sy mesti ada seorang bayi. dan menjadi hobi sy (seorang yg pelik), meng'observe' bayi2 itu. kelihatan mereka sgt 'fresh'. segar.
pancaran perasan ingin tahu sgt jelas. mata bulat. tak betah duduk diam. toleh itu ini. sana sini.
cuba menyebut itu ini..(eg: uuu..aaa..eee..*menangis*) ha ha

alhamdulillah

sy diberi nikmat utk merasai keceriaan ini.
menikmati rezeki Allah yg satu ini.

alhamdulillah

berkenaan dgn bayi juga, sy telah menerima tazkirah menerusi satu filem orang putih.

dikisahkan, manusia tika zmn tersebut menghadapi satu situasi serius.
mereka gagal melahirkan zuriat.
dan ditakdirkan seorang wanita kulit hitam mengandung.
dan melahirkan bayi.
bayi pertama selepas 18 tahun 'kekontangan' bayi berlaku.
yg menarik apabila melihat manusia begitu tidak aman.
tidak senang. takut. resah. malah gila.
kerana tiada bayi.

nauzubillah

refleksi kita pd zaman ini.
sy ambil contoh mudah
Malaysia.
'yg aman'
hari-hari di dada akhbar....
ada kes rogol (buat bayi secara haram)
ada kes buang bayi
ada kes dera bayi
ada kes seludup bayi
etc (mcm2 lagi lah..gerun utk menaip)

sama-sama kita renungkan
bayi itu satu ciptaan yg cukup indah (lebih2 lg siapa yg belajar perubatan atau seorang ibu)
kelahiran itu merupakan satu anugerah
Islam menegaskan banyak ayat mengenai penciptaan manusia di dalam alQuran
Islam menganjurkan bahawa bayi (anak) itu adalah asset berharga

maka kita sebagai manusia (Dan mungkin penganutnya)
tidakkah kita dpt melihat apa yg berlaku disekeliling?
hurm, mari kita berfikir...
bermuhasabah

insyaAllah, itu sahaja setakat ini.
illalliqa' :)

p/s: di sini, musim bunga turut dibayangi dgn musim peperiksaan. 'bijak' sungguh mereka mengatur jadual pelajar. ciss! :)

Sunday, April 4, 2010

mati

بسم الله الرحمن الرحيم


sekarang ni sedang cuti 4-5 hari. kejap je. cuti panjang sebelum summer final.
personally, expactation untuk cuti ni agak tinggi. nak 'happy'. nak 'enjoy'. nak perfect.

TAPI

ini kedua terakhir sebelum kelas bermula.
rasa masih tak puas.
nak lagi.
rasa tak nak pergi kelas.
rasa MALAS.

petang ini, saya nak mengajak kita sama-sama refleksi diri.
fikir-fikir balik, mcm mana pemikiran ini boleh wujud.
kenapa hati rasa tak seronok je..?


sedarlah
sedarlah
sedarlah


sesungguhnya, inilah tanda-tanda seseorang itu mencintai dunia.
mana mungkin manusia puas akan nikmat dunia.
bak kata orang-orang kampung..
'...konpem tak puas...'
bak kata-kata melayu lama..
seperti meminum air laut untuk menghilangkan dahaga..makin diminum, makin dahaga..

inilah yg disebut sebagai al-wahn (al-wahnu) di dalam hadis Rasulullah..

“The People will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their food.” Someone asked, “Will that be because of our small numbers at that time?” He replied, “No, you will be numerous at that time: but you will be froth and scum like that carried down by a torrent (of water), and Allah will take the fear of you from the breasts (hearts) of your enemy and cast al-wahn into your hearts.” Someone asked, “O Messenger of Allah, what is al-wahn?” He replied, “Love of the world and dislike of death.”
[An authentic hadith recorded by Abu Dawud and Ahmad]

cinta dunia, takut mati...

ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini..