Saturday, October 31, 2009

720 am - 1 Nov 2009; jawapan(2)

salam wrbt

menyambung perbincangan kedudukan kita sebagai manusia dan Allah sebagai satu kuasa yg terulung.

kita kadang-kadang terlalu menggunakan logik akal dalam kehidupan. tetapi sebagai seorang umat Islam, logik itu ada batasnya. maka untuk tidak tergelincir dari perbatasan itu, ulama dan ilmuwan Islam menggariskan etika dalam berfikir dan menuntut ilmu. yg ditekankan di sini adalah kedudukan tuhan yg kita tidak boleh persoalkan.

mengapa?

jumaat lalu, group usrah saya ada bermain satu permain.

atheis vs penda'wah/yg beragama

lakonan atheis yg dibawakan oleh group 'lawan' adalah sangat mantap, hinggakan kami di group 'beragama' ini pening kepala. tetapi, secara keseluruhannya, soalan yg dikemukakan begitu 'remeh'! 'kalau tuhan tu ada, kenapa tak nampak'..'kalau tuhan tu ada, kenapa ada orang masih susah'..etc

kadang-kadang, kita sibuk mempersoalkan kerja tuhan. kita sibuk mencari apa yang tidak perlu dicari. saya tidak bercadang menjawab contoh di atas, tetapi hanya untuk mengajak kita masing-masing, lucutkan lah ego seorang manusia, dan pakailah 'pakaian' seorang yang lemah (dengan kata nama lain, hamba). daripada kita sibuk mempersoalkan tuhan tidak memberi kesenangan kpd pengemis ditepi jalan, mungkin kita boleh cuba membantu mereka itu sendiri. why not?

akhir kata, seorang yang mengaku dia menganut Islam tidak boleh berhenti berfikir. teruskanlah berfikir, kerna ia akan memantapkan akidah dan iman kita.tetapi awas! sila 'define' keyword penting (eg:tuhan) dan segala kemusykilan perlu ditanya, jangan terus membuat konklusi melalui 'rasa'.

salam

Sunday, October 25, 2009

629 am - 25 Oct 2009; Jawapan (1)

bismillahhirrahmannirrahim

salam wrbt
merujuk kpd teka teki lepas, ia tidak akan dijawab sekali gus
malah idea memberi teka teki pd post lepas adalah berasal dari insiden berlaku ketika satu majlis di adakan ditempat saya belajar

saya ingin mengajak pembaca bermuhasabah diri

siapa kita?

dan...

apa itu tuhan?


insiden yg berlaku:
satu majlis ilmu diadakan utk mengajak pelajar kembali kpd fitrah Islam yg sebenar
namun, satu isu berbangkit. saya fikir, ia tidak perlu diceritakan begitu detail. secara kasar, ia mempersoalkan pandangan ulama tentang sifat Allah yg Maha Adil dan Qada'-Qadr. secara sedikit mendalam, seorang pelajar berminat utk tahu kedudukan mereka yg kafir. adakah mereka telah ditakdirkan utk kekal kafir..bla3..

menjawab kes ini:
perkara yang dibincangkan agak berat. ditambah dgn kedudukan ilmu saya dan mereka yg berada di dalam majlis utk membincangkannya. namun, mari kita merujuk perkara asas. Adilnya Allah itu adalah diluar imiginasi manusia. mengapa kita menggunakan perkataan 'maha' di atas segala sifat Allah?kenapa tidak saja menggunakan 'paling'?apa yg saya faham mengenai perbezaan dua perkataan ini, maha is something beyond imagination. sifat-sifat Allah itu diluar konteks pemikiran akal.adil Allah itu tidak sama 100% dengan apa yg kita faham.malah, perkataan adil itu sendiri terlalu general. ianya subjektif. dan ia tidak dapat dinilai.manakal, Qada' dan Qadar itu, melalui pembacaan dan rujukan majlis ilmu, ianya sesuatu yg tetap.memang sudah tertulis. TETAPI, ia mampu diubah dengan doa.

but, what if the person is not muslim?how can he 'berdoa'?

maka, disini, konsep dakwah itu perlu!

'aku naik saksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, Dan ak bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pensuruh Allah'

declaration yg kita sentiasa sebut, adalah perjanjian utk menjadi hambaAllah DAN juga menegakkan agama Allah (menyebarkan Islam). maka persoalan mcm mana nk berdoa tu..kita yg patut doakan mereka..DITAMBAH dgn usaha.

akan bersambung...

Saturday, October 24, 2009

1055 pm - 24 Oct 2009; teka teki

salam wrbt.

hari ini, post agak ringkas.
nak mengajukan teka teki. :D
saya namakan teka teki yg mengujakan kepercayaan anda
apapun..sebelum membaca soalan teka teki ini, diharap pembaca jgn cepat melenting
waraskan akal, tingkatkan iman

sejarah teka teki ini saya kurang ingat di mana saya mendapatkannya, tetapi jika tidak silap, mereka yg bukan Islam melontarkan persoalan ini

soalan berbunyi:

Allah itu maha mampu..maha kuat.
mampukah Allah menciptakan, sesuatu yg Dia tidak mampu angkat?

clue:
1) tepuk dada, tanya akidah anda
2) tunggu post seterusnya

p/s: jwpn insyaAllah akan menyusul ;)

Wednesday, October 21, 2009

5.50am - 22 Oct 2009; tidur

salam wrbt.

mari hari ini kita cakap pasal tidur :)
sebab?
sekarang ini housemate saya semua masih tidur.

tidur merupakan suatu nikmat (boleh dibaca dgn penuh berhikmah dan juga sinis)
dijadikan malam itu utk manusia berehat (which is tidur)
tidur itu penting utk meneruskan hidup yg berkualiti.
saya pasti pembaca pernah merasa bahana hidup keesokan harinya tanpa tidur yang cukup
-ini pandangan orang yg hidup dgn penuh kesederhanaan

tetapi isu tidur ini agak berat sebenarnye..(yeke?why?tidur je pun..)
kerana..
tidur itu memerlukan masa (dan masa itu emas)
tidak dinafikan diri ini sering alpa dgn fakta mudah ini
disebabkan alpa..maka wujud la 'pegangan' tidur sebagai :

-mengisi masa lapang
-tidur terlajak-lajak
-tidur PERLU 10 jam (mcm baby)

dan lain2

tidak salah utk tidur, tidur itu perlu, dan tidur itu salah satu nikmat dunia (sila jgn zalim kpd badan anda sendiri)dan juga satu IBADAT

TETAPI

tidur terlajak sehingga tertinggal subuh itu jalan pintas ke neraka
tidur yang berlebihan menyuburkan sifat malas dalam diri
tidur yang tanpa perancangan mengurangkan kualiti tidur itu sendiri

dan banyak lagi

tidur yang di anggap sebagai ibadah itu, secara ringkasnya, hendaklah seperti Nabi buat: pautan utk info tambahan dan another info tambahan


namun sebagai mukmin berjaya, tidur ini dijadikan sebagai platform merancang strategi
strategi?
saya pernah terbaca/terdengar akan mereka yang berjaya merancang hari keesokkan harinya, sebelum tidur.
saya pernah ditegur utk mengurangkan kuantiti tidur berdasarkan fakta akan manusia menghabiskan beberapa tahun dalam hidupnya..utk tidur (sgt la rugi jika sesaat itu bernilai satu gram emas)
di sini, saya mengajak rakan-rakan bermuhasabah diri

mari tingkatkan kualiti tidur kita :)

Tuesday, October 20, 2009

7.00 am - 21 Oct 2009; maju

salam wrbt

saya ada kwn...punya kwn..
yg ckp mcm nie;

"setiap muslim itu akan diuji pada titik kelemahannya. perkara2 yang dia mampu untuk hadapi, Allah takkan uji sebab dia boleh buat. Sebab itu kalau seorang muslim itu kuat pada harta dan pangkatnya, contohnya dia banyak harta dan pangkat besar dan dia benar2 gunakan itu semua untuk fii sabilillah, dia boleh berjaya. tapi Allah akan uji dia pada sesuatu yang dia lemah seperti keluarga bermasalah, sahabat2, dan sebagainya sebab Allah tahu kelemahan kita. Allah akan uji dari sudut ini, sehinggalah dia menjadi kuat untuk mengatasi kelemahan ini. Dan yakinlah, Allah takkan membebani hambaNya melainkan sesuatu yang sanggup dia bebani.."

dan saya ada nabi (s.a.w) yg sahabatnya, quote baginda ckp mcm nie;

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas RA “Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan menjadikan setiap kesulitan jalan keluar dan setiap kesempitan akan mengantikan dengan keluasan, serta memberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkakan” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Nisa’i, dan Hakim)

kredit: kwn saya

alhamdulillah, kerana saya punya kwan lagi :)
bak bait kata dalam lagu hijjaz (dunia yang sepi):

Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

hidup dikelompok masyarakat yang atmosphere nya tidak menepati ciri ciri Islam cukup 'menyunyikan' hati. maka teringat hadis ghuraba (dan juga lagu ghuraba)

hidup itu sementara,
jangan kita berputus asa
Allah itu sentiasa ada
menyusunkan yg terbaik untuk kita

insyaAllah

Monday, October 19, 2009

752 am - 20 Oct 2009; ada yang lagi berat!

salam wrbt

santai2 sambil melayan 'rasa bersalah', saya membuka laman-laman blog
tp byk2 artikel yg dibaca, artikel bertajuk salah siapa ini menggerakkan saya berkongsi link, agar dpt dibaca oleh para pembaca yang terasa dia sedang membuat decision yg susah atau menghadapi kesusahan..mari sama-sama kita renungkan

7.00 am - 20 Oct 2009; banyak lagi

salam wrbt

smlm hati tidak tenteram.
pikir2 pasal nk move-out the house or not. (merujuk pd post 'sayonara')
then,
tak jadi.
setelah berdiskusi, dan bersolat sunat, dan memikirkan kembali new situation yg akan dihadapi.
kpd yg mengharap, maaf kerana sy tidak bersedia..bukan kecut dan tidak boleh berdiri sendiri..just hati begitu kacau..mungkin final decision utk cancelkn urusan rumah dgn agent baru tidak tepat bagi kamu, tp ia lebih kpd jalan win-win situation; kite tangguhkan dulu.
jika dilihat post-post sebelum ini, kbnyakkan masalah yg ditimbulkan dtg dri housemate sendri. bukan ingin memecahkan tembelang. just to let pembaca tahu how the things are. diorg bukanlah terlalu JAHAT, tetapi diri ini sendiri yang tidak kuat untuk terus berdiri di persekitaran begini. wujud pelbagai masalah hati (eg: ketidak ikhlasan, etc).

semoga Allah membantu diri ini dalam menjadi seorang muslim sejati. semoga Allah membantu pembaca juga :)

620 pm; 19 Oct 2009 - sayonara

salam wrbt

ending suatu hari yg bercampur baur


kadangkala, ada pilihan yg berat perlu dibuat,
untuk kebaikan semua pihak.
maka tetap lah pada pilihan/pendirian itu


ya Allah, semoga pilihan yang ku buat ini, terbaik untuk semua..amin

Sunday, October 18, 2009

hari ini

konklusi dari movie 'bruce almighty':

pray more :)

Saturday, October 17, 2009

8.06 am; 18 Oct 2009 - sekadar renungan

salam wrbt

maaf, lama benar tak menulis...
hanya ingin berkongsi sebuah kisah..yang berlaku pada seorang teman..

teman saya seorang muslim.
dia punya kawan, juga seorang muslim.
kawan dia tinggal berjiran dengan dia.
ditakdirkan Allah, pada suatu hari..kawannya ditimpa musibah..
kawan dia akan menduduki PMR, namun mengalami masalah utk berfikiran waras.
mengikut cerita teman saya, dia terkena buatan org! (innalillah)
hatta, dia perlu mengambil sedikit masa utk membuat sesuatu tindakan (eg: ke tandas)
saya bersimpati dengan teman saya, dan juga kawan dia.
kami sama-sama bermohon doa.
teman saya begitu sedih sekali..begitu geram sekali, kerana kawan dia nak duduki PMR keesokkan harinya, namun dek buatan org (mungkin), dia hadi begitu

semoga Allah membantu kawan dia..sama-sama kita doakan, amin

namun, saya juga rasa sedih..lg geram

wahai teman,
bagaimana engkau ingin meminta bantuan Allah,
sedangkan engkau sambil lewa dgn tuntutan-tuntutan agama
engkau berlaku tidak adil, ZALIM!
saban hari ak terseksa melihat engkau menyambil lewakan tuntutan agama?
apakah engkau sudah pasti akan pengakhiranmu?
(maaf, kerana saya/ak betul-betul keciwa)

maka, kepada kamu saya doakan,
ya Allah, sesungguhnya hidup ini suatu persinggahan..semoga engkau menyedarkan mereka yang 'lena' pada persinggahan ini, untuk tidak lupa akan tujuan hidup yg hakiki..amin