Tuesday, November 30, 2010

bestkan

بسم الله الرحمن الرحيم

mesti bestkan..
kalau kita baca al-Quran
dan tafsirnya
dan kita dapat relate tafsir itu dengan keadaan sekeliling..

mesti bestkan?

:)

Monday, November 29, 2010

pejuang

بسم الله الرحمن الرحيم

dalam 2 minggu ini.
saya perlu ke kelas tambahan bahasa.
kenapa?
kerana saya tidak menghadiri kelas tambahan ini ketika cuti summer yg lepas.
kelas dari jam 5.45pm hingga 7.30pm.
cool kan?
bagi siapa yg tak biasa, rasanya boleh menyumpah department bahasa.
ia agak membebankan, tp insyaAllah penuh dengan manfaat.

tidak lupa juga, kawasan di mana saya belajar kini, cuacanya sangat mengejutkan.
salji lebat!
habis putih taman. habis lecak jalan. jalan kena hati-hati. licin.

saya tidak berminat untuk mengajar bahasa di sini.
mahupun cuaca sejuk yg ada side effect positive dan negative
tp saya cukup terkesan.
dengan semangat guru saya. guru bahasa saya.
dapat saya anggarkan, umurnya tidak kurang 65 tahun. mungkin 75 tahun paling kurang.
seorang wanita.
sangat lembut, penyayang, sabar.
dan dia datang ke kelas itu, dengan menggunakan public transport.
walhal, dia tidak upaya berjalan dengan sendiri, tapi memerlukan walking stick (yang kalau orang patah kaki pakai tu)

anda bayangkan.
dia. 'handicap'.
berjalan atas jalan yg slippery.
ais membeku di atas jalan menyebabkan jalan cukup berbahaya.
situasi begini cukup meruntun jiwa.
setiap kali pelajaran tamat.
dia akan meminta bantuan pelajar, untuk mengemas dan mengunci bangunan.
dan setelah selesai semua itu, pelajar-pelajar akan pulang ke rumah masing-masing
termasuk saya.
dan dia
akan bergerak perlahan, ke stesen yg berhampiran.
cukup perlahan.
ikut calculation saya, lebih 10 kali ganda lebih perlahan berbanding seorang normal berjalan

-tamat-

keadaan ini cukup untuk mengajak kita berfikir.
akan peluang mendapat hidayah Allah tetapi dipersia oleh ramai umat Islam hari ini.
kadang kala, terasa cikgu itu lebih layak menjadi muslim berbanding saya
tidak lupa juga, betapa mulianya seorang guru.
yg tidak merungut, dan bersusah payah hanya untuk mengajar anak muridnya
dan mungkin byk lagi boleh dikupas dari cerita di atas.

tp apapun, key point utama..

jadilah hamba yg bersyukur. bukan sekadar di bibir. tp secara keseluruhannya

Allahu a'lam

Sunday, November 28, 2010

insaf

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah, segala puji bagi Allah
yg memberikan sy waktu untuk menyambung perjuangan di medan maya ini
maaf kpd yg sudi membaca, kerna konsistensi penulisan sgt mengecewakan
sy mengaku, sy sedang menempuhi trabulasi dan konflik dlm diri
tp alhamdulillah, Allah menegur sy
baru sebentar td sy membaca tazkirah buat blogger


saya cukup terkesan.
*istighfar*
harap kamu sekalian doakan perjuangan sy sebagai seorang hamba, khalifah dan daie.
saya mendoakan anda juga (insyaAllah)

Allahu a'lam

Sunday, November 14, 2010

uih, lame gile tak update!!

:) salam..

ya Allah, lama sungguh tak update -istighfar sat-
sebenarnya, tiada apa untuk diperkatakan.
cuma terlintas dlm hati ini seketika.
selepas membaca blog kawan.

ya Allah, jangan jadikan hambaMu ini alpa akan akhirat dan mereka yg memerlukan

amin...