Thursday, January 31, 2013

dont judge a book by its cover lah :)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




missing jia jian.. and chen ee wan. semua dah besar dah pun.

Tuesday, January 29, 2013

melalalalalalalak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Pada malam hari, tidakpun hujung minggu (tiada outing, tidak boleh pulang ke rumah). Sampai kelas, tidur 10 minit dulu (ke 15 minit?). Bangun, tarik buku satu kilo. Mengadah selama sejam. Ah, dah nampak tulisan macam line-line. Pergi 'pau' mp3 kawan. Bersidai di corridor. Melalak. *sweetmemories*

Monday, January 28, 2013

back to the past

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...



내가 여자에 관심 것처럼 '이'을 느낀다 때문에이 노래

Sunday, January 27, 2013

alangkah lucunya ahli gerakan Islam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hendaknya mengkader, tapi QC-nya caca marba. Aku sendiri segan, nak ajak org ke arah Islam, sedangkan figura-figuranya tidak berkualiti (aku?). Menjadi bahan tomahan, masyarakat yg kononnya nak diajak menjadi seperti mereka (aku?)

Terkejar-kejar, tp yg sedia ada lemah (aku lagi?).

Beban tidak sekata, karang dikata cepat mengalah (confirm lah aku).

Hai ahli gerakan Islam. hai hai hai~~~

Muhasabah diri yang panjang. Terfikir, dahulu nabi tekun mendekati masyarakat. Tidak gopoh. Kerana yang ingin dibina itu hati-hati yang mantap. Acuannya perlu berhati-hati. Agak senang nak cakap, dulu sy buat ditempat sekian-sekian.. boleh tarik ramai orang...? OH~~ silalah cuba di sini, baru tahu rasanya. Lain padang, lain belalang. Lain padang lain isunya. Bila mana bab kader mengkader menjadi topik yg dikejar-kejar, terasa meluat. Meluat pada diri sendiri terutamanya. Meluat pada orang yang heboh bergebang di dunia cyber, tp realitinya, senyap sokmo anti sosial. Meluat dengan orang yang aci lari dengan beri bertimbun alasan.

ps: adakah aku kelihatan sedang bersenang lenang? pundak yang sedia ada sudah penuh, maka patutkah aku memberi alasan untuk menolak? dilema oh dilema

alangkah lucunya ahli gerakan Islam. ulang saban tahun masalah sama menerpa. tapi diulang kesalahan lama.

:)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ya Allah, aku sebagai seorang hamba terasa begitu bersyukur...

Terasa sekian lama hatiku 'mati'. Kau kirimkan hadiah yang sangat-sangat berharga...

Ya Allah, tetapkanlah dia dijalan agamaMu. Jadikanlah dia sebagai jiranku jika ditakdirkan syurga sebagai destinasiku di akhirat kelak.


kita dikelilingi ramai manusia, tetapi sedikit sahabat.

Allahu a'lam

Saturday, January 19, 2013

Sum 41 - Pieces

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Berjalan di tengah kegelapan malam yang pekat,
Menahan kesejukan musim salju yang mencengkam terus ke sumsum tulang,
Terus berjalan... Menapaki terus tanpa menoleh kebelakang,
Seakan-akan ia cermin perjalanan kehidupan duniawi,
Cuba mencari jawapan di atas setiap persoalan hidup,
Berperang dengan pelbagai watak yang wujud dalam diri,
Iman lagak pasang surut tanpa disedari, tanpa dikehendaki,
Yang pasti, diri ini cuba mencapai redha yang hakiki.




Allahu a'lam

Wednesday, January 16, 2013

lagu bilik air

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Kecik-kecik, lagu bilik air saya. Harap bersabar kepada siapa yang menunggu di luar ye..

Part paling best: high pitch, OOOooooOOOOOOoooooOOOOOOOO~~~



ps: videoklip original 18sx. jaga mata. :-)

Monday, January 14, 2013

Selamat harijadi emak! :D

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hari ini saya inging bercakap mengenai emak saya.

Emak saya bernama Mariam binti Mohd. Sedikit sejarah mengenai nama emak saya, moyang saya (jika tidak salah) adalah orang yang bertanggungjawab dalam memberi nama emak saya. Emak saya (anak kedua dalam keluarga dan anak perempuan tunggal dalam keluarga) dan arwah pak long saya diberi nama berdasarkan nama surah dalam al-Quran. Allahyarham pak long bernama Taha (surah tho-ha) dan emak Mariam (Maryam).

Saya sangat kagum dengan emak saya. Walaupun kerap berbeza ijtihad (ewah~ mana tupahnya kuah kalau tidak ke nasi..keras kepala :-p ), namun saya tidak mengharapkan seorang ibu yang lain selain emak. Menurut nenek (setelah bertapa lebih kurang seminggu dengan nenek raya lepas di kampung), emak adalah seorang yang sangat berwawasan. Apa yang dia nak, dia akan usahakan sebaik mungkin untuk mencapainya. Emak pantang dapat markah bawah A dalam exam (itulah sebabnya saya cuak nak kasi tahu result exam dekat emak kecik-kecik dulu...hurm..sampai besar pun sebenarnya..hehe). Dia akan mengadu dekat nenek dan atok kalau result tak perform. Ini juga menimbulkan masalah kepada pakcik-pakcik saya kerana cikgu disekolah selalu membandingkan pencapaian mereka dengan emak (well..same goes with me..selalu kena compare dengan akak-akak. Really, its su*ks). Emak juga ahli sukan. 2,3 almari penuh dengan medal sukan. Balapan, pelbagai jenis lompat, etc. Dan emak seorang yang hebat dalam hoki. Pernah mewakili universiti di peringkat antarabangsa. Maka saya pun cuba nak ikut (lah konon) jejak langkah emak. Dulu, ketika foundation, try main hoki. Bapek la susah jang oi. Sakit belakang. Tu belum cerita bab kena bola hoki yg keras tak ingat. Disebabkan obsesi bermain hoki, emak punya luka berjahit di kepala kerana terhentak dengan kayu hoki. Sometimes, saya main hoki tu just nak dapat pujian mak je..tetapi gagal. heh..~

Emak seorang yang sangat hardworking. Dia bekerja pada siang hari (pergi sebelum jam 7 untuk elak jam KL dan balik lewat petang) dan mengurus rumah di luar waktu kerja. Fuuuuhh..serius..she is an iron lady. Bapa saya punya pantang ..Makanan perlu dimasak oleh emak, by hook or by crook. Takde aci makan luar. Orang gaji tak leh masak (kalau masak, bapak tanak makan). Baju pun kalau boleh nak mak basuh, mak gosok. Mak mengadu penat, tetapi dia taat. Dan kami adik beradik memang di bawah pemantauan rapi dalam bidang akademik oleh emak. Haish, saya sangat benci dipantau emak. Emak garang dan tegas. Sewaktu kecil dahulu, hujung minggu pagi no TV (walhal time tu la kartun best..! selalu mengharap mak kena pergi kerja time tu). Baca buku BI sebelah emak (buku BM boleh baca sorang-sorang..siap ada pertandingan lumba baca dengan abang..upah satu buku lima posen). Lepastu, bab belajar mengaji. Saya sedikit gemuruh kalau berdepan dengan orang yang garang. So mak ni jenis perfectionist sikit. Sakit la kena cubit baca Quran dengan dia. Menangis tu kira normal la. Sampai satu tahap, pasal dah tak tahan, panggil bapak duduk sebelah mak masa belajar mengaji. Lepastu bisik dekat bapak, 'Mak ni macam serigala berantai..kalau ada bapak dia tak garang', :-p punya la nakal budak bertuah sorang ni.  Sampai sekarang kena usik dengan bapak pasal serigala berantai. Adoyai.

Garang-garang mak, dia sangat penyayang. Mungkin kadangkala saya kurang faham dengan tindakannya yang tegas memanjang (mungkin kerana suasana pembesarannya ketika kecil), namun dia sedaya upaya menguruskan kami dengan baik. Memandangkan ayah jenis anti-makan-luar, maka emak akan selalu masak dirumah, dan ayah ni 'pakar' dalam bab complain. Kesannya, masakan mak memang supreme. (ok, dah start terliur). Emak juga sentiasa berikan terbaik untuk kami. Kami adik beradik kalau ke asrama, akan dibekalkan dengan air doa dan yasin hand-made emak! (bapak panggil tu air jampi..haha) Walaupun saya muak dengan air kosong.. Namun effort emak dengan berbotol-botol dibekalkannya kepada kami memang jika nak difikirkan sangat la 'bergaya'. Kalau air botol 'jampi' boleh dibuat, semestinya doa-doanya juga kerap dilakukan. Jazakillahu khayr ummi atas doamu yang tidak putus-putus.

Hurm. Banyak lagi cerita berkenaan emak saya untuk saya kongsi. Bukanlah untuk menanyangkan sangat kisah hidup saya pada semua orang. Namun dengan mencoret ini, terasa kecil sangat usaha saya untuk membalas jasa emak dan menghargainya. Selamat hari jadi emak. Anakmu jauh dinegara orang hanya dapat mendoakan yang terbaik untukmu. Ya Allah, kau lindungilah ibuku dari segala mehnah dunia dan kurniakanlah ganjaran tertinggi di dunia yang kekal abadi kelak.



Allahu a'lam.


ketika along kawen :)

Saturday, January 12, 2013

seafood. tomyam supreme. abang.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Minggu depan ada seorang kawan balik bercuti ke rumah selama sebulan. Nak belajar masak 'seafood' katanya. Hahaa. Kasihan la hai seafood. Hang dah jadi codename untuk ******

Alhamdulillah, baki kuah tomyam supreme feat dgn meehon. Terbaba baiknya. Dan dalam masa yang sama, ayah call. Maka pagi ni dapat bercakap dengan ayah dan mak. Mereka kelihatan baik-baik saja, kecuali satu perkara yang menggusarkan mereka.

Abang.

Abang mogok nak berhenti kerja. Haila. To je problem. 4th rotation, dan dia complain untuk berhenti kerja. Sangat abnormal untuk para HO mogok 4th rotation. Kasihan ibu ayah. Lepas kejadian nenek pengsan bulan lepas, abang tak sihat. Siap jumpa psychiatrist. Result: Judgement Disorder. *terasadirisendiripunadabendalahni* Abang sangat unik. Dia mampu survive study di kawasan tundra, dalam bahasa tempatan, dengan berniaga untung puluh ribu... Saya admire dan dengki sikit dengan kehebatan dia. Biasalah, dengki pasal tak dapat jadi macam dia. Tapi this recent news makes me ponder on many things. But one thing, tepat lah keputusan saya untuk put a stop dalam memperjuangkan hak utk berumah tangga. Setiap perkara ada hikmahnya. Ibrah pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir yg dinukilkan dlm surah al Kahf. Now, kena tukar job. Jadi spy untuk kumpul details pasal abang. Itu sebagai usaha untuk korek problem dia. The rest, pray (tawakkal)

ps: minggu depan kawan datang. then pembukaan tanah jajahan. bila mau amik exam? lalalala~~~

Friday, January 11, 2013

salji yang gebu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ahaaa, ketika dalam pengembaraan melengkapkan bahan tomyam supreme... salji pun turun...

Menampar-nampar pipi. Kebas seketika.. Ya Allah, nikmatnya. Sambil berangan-rangan seakan-akan hidup di dunia Narnia.. tiba-tiba keluar lagu winter sonata dalam kepala. Aish, termauk mode korea. *masukair*




Semoga ini winter yang memberi manfaat, amin.

Tuesday, January 8, 2013

basketball

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Boleh ketagih rupanya tonton video clips NBA basketball. Superhuman. Jaw-dropping.



Allah lebih hebat. Kerana cipta ciptaan yang hebat macam ni. Allahu akbar.

Allahu a'lam

Konflik itu rencah kehidupan masyarakat Malaysia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Ok, akan ada isu baru. penuh la di dada fb tak lama lagi. This is why people hate politics.

PR setuju bukan Islam guna kalimah ALLAH

Ya Allah ya tuhanku, tenangkanlah masyarakat di negaraku. Jernihkan pemikiran kami ya Allah. Berikan kami kefahaman dan ilmu bermanfaat. Lapangkanlah dada kami. Hindarilah kami dari sifat-sifat mazmumah. Amin.

Allahu a'lam

Monday, January 7, 2013

ana ummati ya jibril?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Malu



:-(

Allahu a'lam

Sunday, January 6, 2013

sungul

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...




Ya Rasulullah, kalau kamu berada di zaman ini... Dan melihat orang mencerca pewaris perjuangan-mu...
Malah, lebih menyedihkan, sesama yang ingin berjuang atas ajaran Allah ini bertelagah tidak henti...

Apa yang kamu rasa, dan lakukan wahai kekasih Allah?

Saya benci orang yang benar ditindas. Tapi dalam masa yang sama saya benci pergaduhan antara mereka yang baik berlaku tanpa henti. Cukuplah.

Allahu a'lam.

Thursday, January 3, 2013

darah..darah...

Dengan Nama Alllah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...





Haaaa, amik darah..amik darah.. T_T
Tak pernah berjaya 100% sebelum ni. Mesti ada je problem.
Harini kena buat dekat PESAKIT. bukan robot mahupun kawan...

Waaaaaa.. Sorry patient..sorry sorry....

Bismillahi-tawakkaltu-Ala-Allah



aaarrghhh!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Tak boleh jadi. Tengah belajar, tiba-tiba mengidam. GTG. (-_-")


Jauhkanlah aku ya Allah, dari mencintai dunia berlebih-lebihan T_T

Wednesday, January 2, 2013

kena smash

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

ok, kena berubah!



Allahu a'lam

Tuesday, January 1, 2013

Kritikan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Alhamdulillah, di tanah air, macam-macam option diberikan kpd masyarakat muslim utnuk menyambut tahun baru. Alhamdulillah juga, ia mendapat sambutan.

Tapi tak pasti lah, barangkali sekarang saya dlm mode 'serius'. Jauh disudut hati bahawasanya masyarakat melayu masih memerlukan hiburan sebagai satu element utama dalam dakwah Islam. Saya tidak marah kepada penceramah, pasal saya rasa ayat-ayatnya hanya mencapai tahap 'ceria' (untuk skala diri saya), namun mendengar respon khalayak ramai, seakan-akan itu merupakan hiburan yang teramat asyik. Ntah la. Salah saya kut.



Allahu a'lam