Sunday, August 11, 2013

#fooooooood

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Perasaan selepas sarapan dengan kombinasi maggi goreng-tosai telur-neslo ais extra serbuk milo memang tidak dapat digambarkan. Ditambah dengan suasana kedai mamak hingar bingar Malaysian style. Aduh~~

Lebih hebat dari berita kemenangan Malaysia mengalahkan Barca.
Takpun dapat kawen (ni tipu)
Ataupun dapat pass IB dan dapat fly.

Barangkali, kerinduanku kepada mamak melampaui kerinduan kepada keluarga sendiri.
Haha. Merapu.

'fabiayyi alaa irabbi kuma tukazziban' -nikmat dari tuhanmu yang manakah ingin kamu dustakan?
Semoga kita menjadi hamba bersyukur, dan tidak meupai hakikat sebenar penciptaan kita sebagai seorang hamba dan destinasi yang kekal abadi berbanding dunia yang sementara. amin.

Ahaaa, damai. So, lagu tema untk pagi ni - somewhere over the rainbow; by norah jones.



Cheer up. Mood gorning!

Allahu a'lam

No comments: