Sunday, September 8, 2013

#byebye

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Counting hours before back to land of misery. Haha. Exaggerate.

Let me begin with a question from bapak after finishing the OnG practical (not oil and gas, pls).

'so, apa yang X belajar selama practical ni?'

Maka, izinkan saya memulakan penceritaan post ini dengan kejadian pagi tadi.
Selepas bersarapan, ikut bapak pergi pasar. Parking disebelah longkang, saya terlihat seekor kucing. Half body dalam air. Dan menggigil SANGAT kuat. Astaghfirullah. Hilang fokus membeli belah di pasar. Try to ignore it, tapi bila balik tempat parking balik, tengok kucing tu makin tak bermaya. Haila... Bapak drove back to home, while me buat muka ketat speechless tak tau apa patut buat.

Sampai dirumah, tergesa-gesa keluarkan barang. Hati tak sedap lah. Dalam kepala dah set up rescue mission. Need to be fast. Hypothermia and maybe hypoglycemic. Sebat kain buruk bersih satu. Bergegas ke pasar. Jalan kaki. Sampai-sampai, beli satu ikan. Mesti lapar kucing tu. Brother jual ikan kat pasar tu sengih je. Satu je? -_-"

Then pergi ke tempat kejadian. Kucing tu mcm dah pengsan. Masuk longkang yang penuh semak dan air bertakung. Rasanya kucing tu trapped, tak dapat keluar. Or maybe hiding pasal area tu banyak gile anjing. so, dukung kucing basah tu, lap2. Hasi body heat. Blow hot air kat telinga. Tiba-tiba dekat belakang, sayup-sayup dengar kucing lain mengiau. Deh..Ada anak kucing. Haiyo. Gua hati lelaki sejati pun bole nangis ni. Peluk kejap kucing tu, kasi body heat..sambil try nak deal dengan 2 ekor anak kucing. Kucing yang basah kuyup tu try nak jalan, tapi shaky gile. Serba salah nak tinggal, tapi dah dok meronta. Dukung 3 kucing sekali, letak di tepi jalan. Cover dia pakai kain yang dibawa tadi.

Semoga Allah dengan sifat ar-Rahman Nya membantu kucing itu. :(

OnG posting sangat membantu dalam mengisi masa lapang. Bukan takat OnG, dengan bantuan rakan UM, kami pergi macam-macam tempat..Forensic, AE, seminar, grand lect, etc. Alhamdulillah. Credit to mr Hafizzuddin Taufiq for helping us. A lot. Banyak belajar. Along side with medical knowledge, dapat merasa sipi-sipi kehidupan sebagai kakitangan perubatan in the future. Ethical issues. Paradigm. Politics in hospital. ETC.

Hirarki kuasa di sesebuah ward biasanya di atas sekali adalah ketua jabatan, diikuti consultant (prof, assist prof), young lect./specialist, MO/senior nurse, HO, MA, dan kami..MS (medical student). Banyak kejadian yang berlaku, yang menyebabkan diri ini mempersoalkan, adakah kerjaya doktor ini benar-benar mulia, atau hanya di Malaysia sahaja ia kelihatan jijik. At least, itu apa yang saya rasa.

Being a doctor, it kills ur emotion. Really. PPUM is considered paling lenient. So, HO agak relax, walaupun pernah je nampak di perli super sinis (kami MS pun kena sekali). Working from 0800-0200 esoknya, and sambung 0600 hari yang sama. Inhuman. Then kena 'hormat' senior. After finish your working hours, nak kena minta cop MO. And MO tidur. So kena tunggu. Baagaa. (ini cerita from sabah la. Queen Eli. So jangan mintak situ). Ada sekali dekat AE. Suatu malam lah. Bajet extra rajin, nak merasa 'oncall' ikhlas. Lol. Tengah observe macam mana nak place branula. Tiba-tiba ada suara melolong. Boleh pulak ada satu doc dari belakang, ajak kitorg. Jom-jom, tengok drama. Rupanya di red zone AE, ada patient meninggal dunia. Act da meninggal atas katil dari rumah. Try to resuscitate. Failed. Meraung la family. Doc tu sambung..'selalunya actor dia India..tp harini Cina'. Kitorg sengih la. Tapi rasa..benda ni pun bole buat lawak ke? Argh, tak dapat nak masuk logik akal. But gila la kot. AE nak cater patient bertali arus. Doc mcm 2,3 orang je. HO 2 org macam tu. MA and nurse.  Ada 20+ compartment (ni di yellow zone, tak kira green and red lagi). Divided by langsir. Itu pun kalau terlebih patient, celah2 pun ada jugak menyempit. Dengan makian patient lagi. Smua buat muka stone je. Silent treatment omputih cakap. Tapi ntah la. Macam tak kena.

Di OnG department pun, tak kurang menarik school of thoughts yg ada. Satu consultant tu, go for cheap, most logic, trying to lessen the burden of the family. Ada satu tu (maybe) more friendly to family, always kind of giving hope la, walaupun patient tu da kena register under palliative treatment. Yang 1st tu, da gaya macam shinigami. Yang 2nd tu, friendly, tp mungkin akan membazir, which consequence dia in the future lah. Dapat la tengok dua-dua beraksi menyelesaikan kes octaplet pregnancy, pelbagai jenis cancer yang semua macam takde chance nak hidup, deal dengan patient yang keras kepala. Haih. Takpela awak, awak kasi jawan exm dulu, kasi dapat scroll, then baru peningkan diri balik dengan benda-benda ni.

Tapi, pengalaman ni super duper mahal. So bapak, walaupun saya jawab 'kena belajar dan belajar', tapi banyak gila persoalan yang saya dapat dan tak mampu nak dijawab. So taktau la benda tu nak panggil belajar ke tak. :)

Ntah la. Psyduck. Esok nak balik. 730pm malaysia..sehingga 10pm next day waktu sana. Godspeed. Huming 'leaving on the jet plan' Armageddon version.

Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'alaa deenik! (Ya Allah pemilik hati-hati, tetapkanlah hati ini dalam landasan agama Mu!)



Allahu a'lam


No comments: