Monday, November 18, 2013

#islah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Hidup seorang muslim itu tidak terlepas dari tuntutan islah.
Apa itu islah? Islah itu perubahan, pembaikan.
Kata nama sinonim dengan Islah adalah Hijrah.

Dan itu sebab kita perlu sentiasa bermuhasabah. Teliti kembali apa yang lepas.
Bukan untuk kita tangisi, tapi berubah menjadi lebih baik di masa hadapan.

Dan setiap susun atur kehidupan kita, perlu dipasakkan niat kerana Allah dan ke arah islah.
Semua perkara! Termasuk kahwin.
Maka kalau nak kahwin bukan kerana Allah dan bukan kerana untuk perbaiki diri, nantikanlah kemungkinan yang buruk yang akan menanti.
Itu sebabnya dalam hadis mengahwini wanita kerana 4 perkara; rupa, kedudukan, harta dan agama.. Rasulullah menekankan agama sebagai kunci terpenting. Kerana agama itu secara naturalnya bersifat islah.

...................................

Disapa oleh seorang stranger hari ini. Namun diendahkan dengan memberi isyarat tangan (hormat?). Kerana bagiku ketika saat itu, aku perlu segera, dan kemungkinan yang menegur itu inginkan perkara remeh.

Dan ketika berlalu, hati berkecamuk dek memikirkan surah 'Abasa. Dan nasyid 'dont talk about Muhammad'. Dan kisah cubaan Abu Bakar R.A. mengikut jejak nabi dengan memberi makanan kepada seorang buta.

Buruknya hai akhlak ku.

Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.

Allahu a'lam

No comments: