Tuesday, February 25, 2014

#alihbahasa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Sekarang agak sibuk dengan peperiksaan. Walaupun jiwa agak kosong untuk menghadapinya, namun akan cuba ku gagahi diriku utk menyelesaikannya.
Hidup semakin menarik. Sambil senggang waktu yang ada, digunakan untuk mendengar pesanan tafsir surah-surah juzu' amma Brother Nouman Ali Khan.
InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk mengalih bahasa tazkirah-tazkirah tersebut ke dalam bahasa melayu. Ini bukan kali yang pertama akan niat sebegini. Sebelum ini, karangan Ibn Taymiyyah (Kitab al-Iman) menjadi buku sasaran, namun akan laras tulisan yang berat dan tidak pasti bagaimana untuk dialih bahasakannya (kerana tersesak-sesak membacanya), maka ia terkubur di tengah jalan.
Doakan saya rakan-rakan. Tak tahulah amal jariah mana yang akan diterima Allah. Moga semua nya. Amin.

Allahu a'lam

No comments: