Monday, February 17, 2014

#pantas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

*sila baca post ini sambil mendengar lagu seberapa pantas sheila on 7. ok, jangan buat.

pantas update. quick update.
1) Nasihat bro tabligh. Masjid kini sudah seperti temple. Orang datang hanya untuk datang. Kemudian berlalu pergi. Tiada aktiviti meningkatkan iman. Jauh berbeza fungsinya jika dibandingkan di zaman Rasulullah. >> sebelum tidur, memikirkan bagus juga pakat denga ustaz muda, kita tubuh kelab remaja surau. InsyaAllah nanti bila menetap tetap ketika kerja. Doakan!

2) Fikir juga apa perlu dibuat nanti bila ada senggang masa balik grad. Ok la, mungkin nak jadi cikgu 'free' dekat sekolah rendah dolu dolu. Nak berbakti niatnya. Nak mengasah skill kemasyarakatan. Itulah lapangan sebenar. >> nanti bole contact dengan cikgu sabidah. Juga nak suggest adik yang tengah membela perut di rumah selepas SPM untuk mencuba. yosh!

3) Hypothesis. Untuk mudah bangun pagi, lazimkan solat sunat sebelum tidur. Teringat satu fakta yang Imam Bukhari ketika menulis Sahih Bukhari, dia akan solat sunat 2 rakaat sebelum menulis setiap satu hadis. Katanya kerana hadis itu akan menjadi hujahnya di hadapan Allah kelak. Nak buat untuk setiap satu soalan otazky memang berat nanang. Tapi kita kena start somewhere. Kena cuba!

4) Menyedari yang suka tak suka, duit itu sangat diperlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti. Mungkin kena akur akan konsep invest. Kena berguru dengan abang akan bab itu. Takda duit, kerja tak jalan. Kerja tak jalan, masyarakat tak dapat dirawat.

Allahu a'lam

No comments: