Saturday, June 7, 2014

#malam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Pulang lewat malam ke rumah, menaiki pengangkutan awam.
Aku bergelumang dengan bangsa putih yang punya pelbagai ragam.
Barangkali mereka gembira. Barangkali juga sedih. Barangkali juga seperti aku, agam.

Aku fikir, aku ini hanyalah gumpalan daging yg dicipta oleh Yang Maha Kuasa.
Yang punya nyawa, bernafas dan berfikir. Berperasaan dan berzikir.
Aku hanya seorang yang lemah, yang tidak punya kuasa. Sememangnya tidak, kerana aku tidak dapat mengawal suatu apa pun tanpa izin-Nya.. Hatta akal ini sekalipun dipandu oleh-Nya.

Segumpal daging yang punya ruh, yang dinobatkan sebagai khalifah kerana aqalnya.
Diberi kitab al-Quran untuk ditelusi segala isi persoalan dan cerita. Agar pengajarannya menyuluh jalan.

Tidakkah kita berfikir?

No comments: