Tuesday, June 24, 2014

#past

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Past.
Aku membelek kembali beberapa perkara dan meninjau individu individu yang berperanan penting dalam perjalanan hidupku.
Dan aku malu, dan rasa... sedih(?) kecewa(?) akan layar hidupku masa lampau. Ramai rupanya orang yang kau sudah calari hati mereka wahai hanif. Ramai.

Aku tekad. Aku akan bersikap lebih pemaaf dan mengelak dari bertegang leher selepas ini. Dan akan aku pastikan, aku tidak lagi membuat apa apa keputusan yang memberi impak negatif kepada orang lain.

Semoga Allah mengampuni dosa ku ini. Imam Ahmad ketika mana ada yang membesarkan diri Imam Ahmad, maka berkatalah beliau yg seakan bermaksud, jika engkau melihat aibku, nescaya ditaburnya 'turab'/tanah ke atas kepalaku.

Aku lebih hina dari itu. Aku selayaknya dilayan lebih hina dari itu.

Ps: istighfar antara yg termantap; ada di dalam ma'thurat.
Allahumma anta rabbi la-ilahailla anta, khalaq taniy.. (sehingga akhir potongan tersebut)

Allahu a'lam

No comments: