Friday, August 15, 2014

7

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Bercakap berkenaan nombor yg saya suka, tentunya ia nombor empat. Yondai. Mungkin kerana saya anak ke empat. Dan dalam kelas selalu dapat no. 4.

Tapi sejarah menukilkan no. 7 merupakan no. menarik untuk tahun ini. Bukan setakat saya lahir pada haribulan 7, tetapi paper terakhir saya adalah pada 07072014. Cool kan? Even pekerja student office cakap no. saya cool. Lol.

Dan dikesempatan ini, saya ingin mengekspresikan rasa syukur saya kepada Allah, atas segala nikmat, dan kepanjangan umur ayah saya yang lahir pada hari ini 15 Ogos. Kami berkongsi bulan lahir yang sama (beserta kakak yang kedua). Semoga diberkati dan diredhai Allah S.W.T. dan dilembutkan hati untuk beri anak dia yang seorang ini kahwin. Haha.

Allahu a'lam


No comments: