Thursday, June 19, 2014

#tangkapleleh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Nak dekat habis belajar ni, terasa sayu satu macam.
Sebab akan tamat satu fasa hidup kebiasaan, masuk baru.
Tapi harini special. Kerana ada kawan bawa makanan sampai ke library semata mata untuk kasi budak sorang yang konon die hard study ni berbuka.

*oih nip, pehal 'taman' habis post kali ni!

Ntah la geng. Aku tersentuh je sebenarnya orang buat baik dekat aku. Tapi kadang kadang aku terasa cara aku expresikan rasa terima kasih aku kepada mereka tak mencukupi. Lagi lagi kawan yang sorang ni. Dah tolong masak, bawakkan sampai ke library. Cair hati beb. Tak masuk bab dia masakkan ketam (feveret) pasal aku melawak waktu dia tanya menu apa nak makan waktu usrah.

Tadah tangan, muka sememeh mcm budak kecil.
- Ya Allah ya tuhanku. Hidup ku ini penuh liku liku. Namun engkau utus mereka yang baik sangat di sisiku. Ya Allah, tiada upaya hamba ini untuk membalas segala baik budi mereka ya Allah. Rahmati mereka. Ampuni dosa mereka. Redhailah hidup mereka. Masukkanlah mereka ke dalam syurga Mu. Jadikanlah kami berjiran di dunia sana ya Allah. Dan jadikanlah kami di dalam golongan yang dapat menerima nikmat agung, iaiytu melihat wajahMu ya Allah. Amin.-

No comments: