Saturday, July 6, 2013

#saksi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Semalam,selepas kuliah Ramadhan, ada pasangan ingin bernikah.
Dan saya 'dijemput' jadi saksi. (sangat la langkah step, belum kahwin da jadi saksi..looser)
Dan totally sesi pernikahan di sini SUPER PANTAS. 10 minit settle semua.
Mula-mula masuk bilik, nampak la 4-5 orang ahli keluarga pasangan. Dan pasangan itu sendiri, duduk sebelah menyebelah.
Dan imam di hadapan, menerangkan maksud lafaz, yang perlu disebut dalam bahasa arab. Setelah semua faham, ayah si wanita tu pun sebut lafaz, dan si pasangan lelaki tu jawab setuju.. khalas..finish~
Tercengang la sikit, .. haih melepas la nikah simple-simple dkt sini. Kena menyusahkan diri.

Tapi waktu tu, wujud kekecohon kecil.
Punya la nak cakap simple nikah dekat sini, booth party yang nak bernikah tu tak kisah mahar berapa. (aku dah tergelak dalam hati..siut korang, bapak relek)
Pak imam: Kamu ni, nak letak mahar berapa? (kepada si perempuan)
Wanita: Errr, berapa-berapa je lah.
Pak imam: Ye la, tapi berapa?
Wanita: (Menoleh ke tepi, kpd pasangannya) Tak kisah berapa pun..
Pak imam: Saya kena catat dalam sijil nikah nanti. Berapa?
Wanita: (Toleh belakang pulak..banyak betul talian hayat) Akak, berapa eh?
Akak wanita: Ooo.. sedikit emas..
Wanita: Haaa..sedikit emas..!
Pak imam: Ye ye, sediikit tu macam mana? satu rantai? satu keping?
Wanita: Err.. agak-agak lebing kurang 800 ringgit lah..
Pak imam: Ok, 800 ringgit...

*wanita tersebut kemudiannya menerangkan kpd ayahnya, kerana perbualan berlangsung dalam bahasa Inggeris.

Ayah: Haaa? 800 je? *muka stress..mcm...awat murah sangat.
Wanita: *tersengih*
Pak imam: Eh, 800 bole..8000..80000 pun boleh...
Ayah: Terkedu..senyap..(agak2 mcm segan nak demand lebih2..dah half way depan imam nak bernikah)

*fuh, selamat pengantin laki tu.

Islam itu practical, dan kebanyakkan yang menyusahkan itu kerana adat dan nafsu dunia.

Kemudian pergi market sampai pancit. Memasak sikit, jamu orang (rajin sikit pasal lepas ni mmg plan tak sentuh kuali..buka masjid la katekan..T_T -burukperangai-)

Cuti yang penuh. Alhamdulillah.

Allahu a'lam

No comments: