Thursday, June 27, 2013

#russia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

BIsmillah, pertamanya, ingin mengucapkan taniyya kpd kwn sy yg bernama tepung atas semakin hampirnya tarikh walimah. Siap ber banner gitu. T.T

Baik, tajuk post ini adalah russia. Kenapa?

Jiran atas rumah saya punya tetamu daripada russia sekarang. Tetapi anak melayu lah (anti climax)
Mereka bercerita cukup panjang. Mostly berkenaan life di sana. Dan cara belajar. Dan susah senang.
Saya rasa seronok, dan menarik. Rasa....best gile jadi diorang. Begitu la gamaknya nak ckp terujanya life di sana.
Namun, tiba satu part..saya terkesima. Ia bermula dengan statement, yang seluruh batch kawan ini, kaki dota..kecuali beberapa. Itu pun layan korea, or drama melayu. Namun, dari itu, punya kecuali lagi. Seorang. Muslimah.

Apa komen mereka: hiburan dia ni nasyid je *gelak*. Tapi dia muslimah la. Top student. Jaga ikhtilat. Takkan berdua melainkan ada yang ketiga. Hatta dalam internet, walaupun utk kerja sekolah. Dia sanggup suruh tunggu, dan cari orang ke-3.

Saya mcm...tak mampu nk digest. Selama mana mereka bercerita berkenaan latar tempat dan masyarakat di sana, seakan mustahil ada survivor seperti itu. Bayangkan, satu uni tu hantu dota! Bukan lah jadi hantu dota tu dah jd sama level dgn iblis. Tapi agak kritikal la gaya hidup mereka. Bukan dota je la...tiru meniru etc etc perkara 'ganas' yang mereka lakukan.

Dan saya rasa, mcm kena simbah dgn air ke muka.
Malu yang amat. Orang hidup strunggle di bumi seperti itu, saya ambil mudah bab ikhtilat. Langgar selanggar langgarnya.

Baiklah, sempena meraikan Ramadhan yang mulia ini, saya rectify polisi org ketiga dalam any perbualan dgn wanita ajnabi. Dalam semua perkara, tanpa kompromi. Saya perlu berubah. Hijrah.

Allahu a'lam

No comments: