Sunday, June 23, 2013

#cahaya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Surah an-Nur (Cahaya).

Surah cukup sarat akan penerangan hukum hakam yang berkaitan wanita dan rumah tangga.
Teringat kembali di KMB, kwn baik saya meminta izin untuk membawa balik satu jilid Tafsir al-Azhar ke biliknya untuk dibaca dgn lebih teliti. 'Din, asal jilid ni?'..'Aku nak study surah an-Nur doh'...'Peh, banyak cekadak kau, dah takde surah lain ke nak study?'..'Surah ni bagus la..bla bla bla...'..
Ye ye..byk la kau kasi alasan.!

Surah ini juga, menjadi sedikit popular di fb, di mana ada kisah berkenaan pemberian mahar. Syarat, hafal surah an-Nur. well, dikongsi jugalah di wall page, dan di-like oleh org-org yg cukup rare meng-like apa yang saya kongsi. unik. Tapi saya suka konsep hafalan sebagai mahar. Seakan macam, kalau kau tak ingat kalam Allah, jangan harap nak try menambah beban 'kasih sayang' sesama manusia.

Dan surah ini, disebut ketika mana tugasan saya membentangkan topik peranan wanita dalam Islam. Surah an-Nur, 31.

sebahagian ayat:

dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya (dalam nota usrah: dada) dengan tudung kepala mereka; 

diberitakan, Rasulullah menyampaikan arahan ini, lantas para suami/kaum lelaki pulang ke rumah dan diajarkannya. Dan Ummu Mukminin Saidatina Khadijah mengajarkannya juga kpd kaum muslimat. Dan Ummu Mukminin pernah menukilkan yang dengan turunnya ayat ini, maka ia menambah satu kelebihan para muslimat berbanding dgn wanita kuffar. Dan seruan ayat ini disambut, dengan sangat baik. Mereka mencarik kain-kain di rumah, lantas di litupi kepala dan dada mereka.

Tersentuh.
Izzah kepada agama.
Hari ini, berapa ramai yang melihat arahan Allah S.W.T. merupakan suatu kebaikan/kelebihan yang Allah beri kepada mereka? :-(

Kadangkala, saya kasihan muslimat perlu menahan bahang kerana menjaga agama. Saya tanpa penutup pun dah mcm cacing kepanasan. Dan saya berterima kasih kpd mereka. Kerana mereka, saya boleh rendahkan kawalan mata saya. Lebih bebas. Sangat susah menjadi lelaki zaman sekarang. Ada nikmat mata ni pun jadi serba salah. Dan mungkin ini antara sebab saya rindu pada sekolah lama. Tudung labuh selabuh-labuhnya, bukan sipi-spi or langsung tak tutup dada.

Dan melihat kepada asas penurunan ayat ini, di kalangan ulama' menyatakan bahawa ia semata-mata untuk menjaga martabat wanita. Dengan kata nama lain, Allah ingin menjadikan wanita less attractive. Dan bila mana ia disabit kepada isu 'make up' agak jelas bahawa make up ini memusnahkan purpose guidelines yang Allah beri. Ia membuatkan wanita lebih sedap dipandang oleh lelaki ajnabi, lantas... :-(

Saya agak extrimist dan kecewa jika berbincang bab make-up.
Saya benci kakak saya ber-make up bila kahwin. Lebih memburukkan wajah. Dan seakan menyanggah larangan Allah
Tapi, Allah knows the best. Kerana tiada larangan 'total' berkenaan perkara ini, maka saya lebih gemar utk diam dan memerhati dengan teliti.

Allahu a'lam

No comments: