Friday, June 21, 2013

#dosa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Aku juga pendosa.
Dan aku tahu, aku kerap mengulanginya.
Dan aku tahu apa itu rasa benci kepada diri sendiri.
Dan pernah juga aku memikirkan jalan untuk memutuskan nyawaku, kerana tidak sanggup mengulanginya.
Malah, aku terasa jijik kepada diri sendiri bilamana orang memandang aku baik, dan dengan jawatan 'ketua biro agama' yang disandang.

Namun, rahmat Allah tidak bertepi.
Penuh bait-bait nasyid, mengingatkan aku akan sifat al-Ghafur, ar-Rahman dan ar-Rahim.
Dan aku tahu, Allah menutup aibku, memberikan ku peluang memperbaiki diri.
Ku biarkan dosaku, menjadi rahsia aku dan Rabb-ku, seakan satu janji kukuh yang Dia yang Maha Sempurna dan aku yang pacal hina.
Selagi mana ku teguh menyintai Dia, berusaha untuk berubah, aku akan pastikan 'peperangan' dengan dosaku tidak akan berakhir. Kemenangan atau syahid.

Allahu a'lam

No comments: