Thursday, June 20, 2013

#anger

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Selasa lepas, aku terasa diuji akan kesabaran ku, yg ku kira semakin baik hari demi hari.
Aku diminta tolong oleh seorang rakan, untuk passkan barang untuk dibawa balik ke kampung, kepada seorang teman.
Kita kena tolong orang, nanti Allah sayang kita.
Maka saya pun tolong, walaupun menyedari exam besar pada lusanya. Kejap je ni, pujuk diri sendiri.

Maka bermulalah:
'Train lambat 15 minit la'..'ok bos'...
Memandangkan saya sangat menghargai masa orang lain (walaupun saya kuat buang masa sendiri), saya cuba memastikan saya tak buat org tertunggu. Sampai on time.

Tunggu 10-15 minit...mana la hai..
Msg masuk..sorry, agak2 lagi 10 minit sampai...
Tak mampu nak balas..psl ia menyebabkan saya terpaksa tunggu 25 minit..(terbakar)..

Maka, selepas melepasi 'masa' yang ditetapkan, saya terasa syndrome 'menurun'...
Haish..terpaksa mencangkung, tahan marah. Nak tumbuk, sebelah dinding kaca..naya je...
Nasib ada henpon zaman 3310, maka aku ramas sekuat hati...
Sambil tu, da ready taip ayat pedas..tinggal nak send je...
Fuuuuh T_T

Lepas dah macam cacing kepanasan, 15 minit melepasi masa tamat, baru dia muncul. Salam, peluk sikit..bye2.. a 45 minutes test. failed.
Tak boleh nak cakap, kang cakap lebih, benda lain keluar.

Saya masih panas baran lagikah? hurm. bad news..bad news...

KMB dulu...

Ia merupakan kali pertama (yeke?) dan harapnya kali terakhir saya unleash kemarahan pada skala penuh.
IA adalah rentetan tekanan mendapatkan placement ke uni. Well, saya lebih mahu fokus untuk exam, dan memilih uni saya sekarang kerana borangnya sehelai, dan super simple, dan tak payah interview (hanya sembang poyo)..
Sedangkan kehendak ibu bapa saya, ingin saya pergi ke negara yg pengajiannya 5 tahun, dan nampak bergaya bila nak show off depan member. Australia.

Saya tak mahu. Dan saya stress..sedih pasal I'm the only one tak dapat PMC (gile pelik, tapi bapak banyak hikmah).

Takpe lah, janji belajar, mana-mana pun sama.

So, nak dijadikan drama, mereka pun push-push. Saya ketika itu tengah bad mood, minta untuk mereka diam.
Mereka tetap push..
Aku merayu, tolong la diam...
Push lagi..

check-mate.

Kerana hati terlalu marah, namun akal kata itu kedua ibu bapaku,
Maka kesannya, aku menangis. Dan mengigil...Memang hay-wire sympathetic dan para sympathetic.
Dan saya kancing gigi. Melihat itu, naik cuak mak dan bapak.
Lantas, saya berlalu pergi, meninggalkan mereka. Mereka tunggu beberapa ketika, mengharapkan saya pulang kembali (ingatnya saya nak basuh muka pasal menangis). Namun hampa.

Dan untuk memujuk saya kembali, mereka terpaksa meminta bantuan 2 orang akak saya yg jauh diperantauan.
*sangat lah salah suruh diorg pujuk, pasal saya pun tak rapat dgn mereka..
Tapi ok la, nice try, dari mereka call ak direct.

It takes a week or 2 untuk mereka 'berani' call direct.

Well, never proud of it. But please, dont push me to the limit. I hate it. And am sure you will hate it too.

Allahu a'lam

No comments: