Wednesday, May 30, 2012

Puan saya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Harini, mahu bercakap berkenaan orang yg penting dalam hidup saya.

Puan. Ibu kepada emak saya.

Saya sayang puan saya. Sebab? Puan saya adalah orang yang paling baik kepada saya, dulu, kini dan insyaAllah hingga ke akhir hayat.

Saya lahir di dunia ini, dan awal 9 bulan di muka bumi Allah ini, Puan dan Atuk (Allahyarham) yang jaga saya di kampung. Memang macam menjadi tradisi keluarga kami, di mana adik beradik akan dibesarkan di kampung (kecuali akak 2nd dan adik last). Al-maklumlah, parent sibuk kerja (masa emak baru lahirkan saya, dia kena outstation lama ke Bangkok). *antara sebab/dalil saya tak sokong para ibu yg bekerja*

9 bulan Puan jaga saya. Puan dan Atuk sangat sabar kerenah saya, itu lah pasal saya jadi cucu feveret kecik-kecik dulu *ewah~* Ada satu kejadian, di mana saya di bawa ke klinik kampung (biase la, baby kene selalu buat check-up). Atuk risau, pasal tak buang air besar. Maka bila jumpa tu, berlaku la kes menarik. Mereka tidak memahami 'cold reflex' barangkali, maka ditelanjang bulatkan saya (harresment!) dan di timbang atas penimbang beralas besi. Jeng jeng jeng. Maka saya pun ter'buang air kecil' la bila ditimbang tu. mesti kecewa habis nurse kampung tu. budak kecik tak makan saman! :-p

Puan juga antara cikgu awal dalam hidup saya. Saya diajar mengenal kalam Allah, diajar solat, dan akhlak-akhlak yg baik. Puan pandai memancing saya dan adik beradik. Kami sering diberi upah (Puan panggil tu duit gula-gula) bila buat baik. Bestkan puan saya :-) Tiap kali balik kampung, kami dilayan macam raja. Meja makan tak pernah kosong. Tak roti canai, agar-agar. Tak agar-agar, kopok. Tak kopok, kuih. etc... Tu la Pasal kampung Puan dekat Tampin menjadi tumpuan percutian saya jika ada masa lapang. (Tak cakap lagi bab 'immunity' dari kena marah dengan mak bila jadi nakal dekat kampung).

Ntah la, banyak nak cakap pasal puan saya. Tapi kenapa ye harini saya tulis pasal puan saya.

Puan saya baru kemalangan. Jatuh kata bapak. Patah tulang pelvis. (dah la tengah rotation ortho). memang putus semangat dengar berita ni. Ya Allah, sedihnya hamba ini. Nak balik. Cancel plan nak balik lambat ke Malaysia. Nak balik kampung. Nak jumpa Puan saya.

Pray. To Him, everything come..and to Him, we all will be return.

:-(

2 comments:

ibu mia said...

shafahallah..moga perkara ni membuatkan enta dan keluarga lebih rapat dengan-Nya

pendamba_cinta said...

JZKK