Tuesday, May 15, 2012

Nakba

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Usai ber-program. Banyak yg dipelajari. Namun kesimpulan utama yang dapat, perlu ubah cara belajar, dan sangat cantik Allah susun qada' dan qadar. Sangat cantik.

Tapi sedih. Macam mana la hai boleh lupa hari ini, hari rasmi utk bermuhasabah diri memikirkan berkenaan saudara-saudara ku di bumi Palestin. 15 Mei. Hari Nakba.

Tiada coretan yang mampu ku karang, kerana mengarang itu bukan speciality yg semulajadi lahir pada diri ini. Cukup lah sekadar seruan, wahai saudara-saudaraku, yg senang mahupun susah. Beringat lah. Kita masih punya tanggungjawab yg belum selesai. Hak Allah perlu ditegakkan, dipancang kukuh di muka bumi ini !

Bukan sekadar hal study
Bukan sekadar hal ingin kahwin
Bukan sekadar masalah dgn kawan
Bukan sekadar lapar perut masih belum di isi
Bukan sekadar .. ( x 1001 perkara lagi)

Berdoa lah, berusaha lah.

kadang-kadang terdengar. org perlekehkan boikot, perlekehkan usaha-usaha yg seakan-akan minor jika nak dibandingkan dgn tuntutan study. Katanya, ustaz ini ckp ini. Katanya, hadis tu ckp itu. nak je sembur,

mungkin nk kena tunggu ibu mu, adik beradik mu dicabul maruah, dibunuh, baru nak ambil hadis/pendapat yg lebih offensive dalam memperjuangkan hak diri sendiri agaknya.

agaknya, memang salah satu indicator akhir zaman, bila umatnya hilang rasa 'bond' bersaudara.

Jangan redha pada hawa nafsu kita, wahai saudara-saudaraku sekalian.

No comments: