Saturday, May 12, 2012

Melabur

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Orang sekarang banyak duit. Simpan sahaja merupakan langkah bukan bijak.
Maka, ramai yg berniaga, MELABUR. *termasuk diri ini yg gatal menjadi dealer emas*

Namun tidak kira dalam berniaga, melabur.. umat Islam saban hari melupakan satu element penting dlm bermuamalat. Iaitu; redha.

Dalam bermuamalat, redha itu penting. Kerana redha itu doa. Redha itu satu keberkatan kepada rezeki kita.
Sebagai contoh, seorang peniaga menjual nasi lemak. Ia meletakkan harga yang sesuai, bertepatan, dan menggembirakan si pembeli. Kadang-kadang, bagi meraikan pembeli tetap, diberinya diskaun. Ia menggalakkan si pembeli berasa senang hati dengan barangan yang diperoleh, maka dia rela hati (redha) berurus niaga dengan di peniaga. Ingat, redha yg wujud di dalam hati itu juga merupakan satu doa. Dan sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar dan yang Maha Berkuasa.



Bacaan: melabur secara halal by UZAR

No comments: